الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ
إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
.
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah
kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan
sekalian, marilah sama-sama kita
bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah
perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan
tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat
hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sabda Nabi s.a.w,
قال
الرسول صلى الله عليه وسلم : المسلمُ
من سَلِمَ المسلمون من لسانِه ويَدِه ، والمهاجرُ مَن هَجَرَ ما نهى اللهُ عنه .
Yang bermaksud : Yang dikatakan
muslim sejati itu apabila orang-orang Islam yang lain terselamat dari kejahatan
lidahnya dan tangannya. Dan yang dikatakan orang berhijrah yang sebenar ialah
orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Dalam sebuah hadis yang lain Baginda
Nabi s.a.w bersabda,
لا يَسْتُرُ عبدٌ مُؤمِنٌ عَورةَ عبدٍ مُؤمنٍ إلا سَتَرَه
اللهُ يومَ القيامةِ ، ومَن أقَالَ عَثْرَةَ مُسلِمٍ أقَالَ اللهُ عَثْرَتَه يومَ
القيامةِ .
Yang
bermaksud : Tiap-tiap hamba yang beriman menutupi aib hamba yang beriman
(yang lain) tidak dapat tidak Allah akan menutupi aibnya pada hari qiamat. Dan
barangsiapa menyelamatkan seorang Islam dari tergelincir, nescaya Allah akan
menyelamatkannya pula dari tergelincir pada hari qiamat.
Sidang
Jumaat yang dikasihi,
Masa
berlalu dengan semakin cepat dan pantas. Ini adalah sebagai peringatan besar
kepada kita semua bahawa dunia kini berada di penghujung usianya dan semakin begitu
hampir kepada berlakunya Qiamat. Semakin hampir kita dengan saat kehancuran
dunia maka semakin banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita.
Rasulullah s.a.w telah pun memberi peringatan yang begitu banyak kepada kita
agar tidak terheret dan disesatkan oleh fitnah akhir zaman dengan kita berpegang
teguh kepada al-Quran dan sunnah Baginda s.a.w. Fitnah akhir zaman terlalu
dahsyat sehingga digambarkan oleh Bagida Nabi s.a.w bagaimana akan ada orang
yang beriman pada pagi harinya tetapi kufur pada petangnya, ada pula yang pada
petangnya beriman tetapi menjadi kufur pada keesokan paginya akibat daripada
menjual agama dengan harga yang terlalu murah demi mendapat dunia yang sedikit.
Dunia menjadi matlamat hidupnya sehinggakan akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi
pedoman sehingga wahyu dan perintah Allah diketepikan.
Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,
Firman
Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :
Maksudnya
: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
Masyarakat
kita dibentangkan dan dihidangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa
sama ada TV, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan
pemikiran sehingga yang jahat dilihat sebagai baik, yang zalim dianggap sebagai
adil, yang rosak didakwa berguna, yang hak dihukum sebagai batil, yang benar
dipandang dusta. Apa yang lebih malang ialah apabila hukum agama Allah
dipermainkan sesuka hati demi mencapai matlamat dan tujuan masing-masing.
Akibat tidak takut dengan hukuman dan seksaan Allah s.w.t maka manusia yang
jahil sanggup melakukan apa jua sekalipun untuk bersumpah dengan menggunakan
nama Allah. Sabda Nabi s.a.w,
قال
الرسول صلى الله عليه وسلم :
الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ
النَّفْسِ ، وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .
Maksudnya:
“Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan
sumpah yang dusta.”
Ibnu
Hajar Al-‘Asqalani menghuraikan sumpah daripada pendusta merupakan salah
satu daripada dosa-dosa besar. ‘Ghamus’ ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi
menyatakan dalam ‘Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat’, sumpah tersebut
dinamakan ‘ghamus’ kerana penyumpah tersebut tenggelam dalam dosa dan bakal
ditenggelamkan di dalam api neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu dalam
menghadapi berita yang berbaur fitnah dan tidak jelas, maka ikutilah nasihat
ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. Pertama, jangan
sekali-kali mempercayainya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima
penyaksiannya dan dianggap penipu disisi Allah. Kedua, kamu harus mencegah fitnah itu,
sebab mencegah kemungkaran itu satu kewajipan. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana
ia adalah maksiat dan dosa. Keempat,
kamu jangan sekali-kali bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu,
sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu
selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang kamu menyelidiki
kejahatan orang. Keenam,
jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan
mengikuti cakapnya, iaitu jangan menyebarkan segala fitnah itu kepada orang
lain.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman
Allah dalam ayat 13 surah an-Nuur :
Yang
bermaksud : Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi untuk
menetapkan tuduhan mereka itu, jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi
maka adalah mereka orang yang pembohong pada sisi Allah.
Penyebaran
berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada
kehancuran dan pecah belah dalam masyarakat. Oleh itu mimbar Jumaat hari ini
mengutuk tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur
fitnah sehinggakan mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman nabi tugas menabur
fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas
hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta
dan takhta serta dendam kesumat yang membara.
Menyedari tentang bahayanya berita atau
maklumat yang tidak benar dalam menggugat keamanan, mencemar peribadi umat dan
melemahkan semangat untuk berjuang, maka umat Islam pada hari ini wajib menapis
setiap berita dan maklumat yang diterima dengan pertimbangan yang waras
berlandaskan ilmu agar tidak terus menjadi mangsa penipuan. Kita perlu sedar
bahawa dunia maklumat hari ini secara keseluruhannya dikuasai dan dikawal oleh
yahudi laknatullah sehinggakan banyak berita yang sampai kepada masyarakat
dunia adalah merupakan berita yang telah diubah dan dipalsukan faktanya bagi
menyokong segala tindakan kejam mereka yang telah lama berhasrat untuk
menguasai dunia walaupun terpaksa melakukan penipuan dan pembunuhan yang tidak
bersempadan.
Yahudi menyembunyikan kelemahan dan kejahatan
mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka juga turut meniupkan api
permusuhan dan perpecahan terhadap umat Islam. Kita bukan tidak kenal dengan yahudi yang
merupakan bangsa yang suka membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka dan
suka mengubah isi kandungan kitab mereka dengan tangan-tangan ulama’ mereka.
Yahudi tidak pernah merasa bersalah sedikit pun setiap kali mereka melakukan
kerosakan di atas muka bumi sejak dari dulu hinggalah ke hari ini dan sampai
bila-bila pun. Jika Kitab yang diturunkan oleh Allah pun mereka gamak
menyeleweng apatah lagi berita-berita dan maklumat-maklumat biasa .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Satu perkara lain yang dapat kita ambil
pengajaran di sini ialah, tanggungjawab seseorang yang menjadi pelapor atau
pembawa sesuatu berita itu adalah amat besar tanggungjawabnya. Benar atau palsu
berita yang disampaikan adalah bergantung kepada sifat amanah yang ada pada
diri seseorang pembawa atau pelapor berita tersebut. Bagi mereka yang suka
menyebarkan berita-berita palsu, tuduhan ataupun fitnah sehingga menyebabkan
tercemarnya maruah dan peribadi orang lain bahkan kadang-kala mencetuskan
huru-hara di kalangan masyarakat maka golongan ini sepatutnya bersiap sedia
untuk menerima balasan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t seperti mana yang
ditegaskan melalui firmanNya,
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang
yang suka tersebarnya tuduhan-tuduhan yang buruk (berita-berita palsu) di dalam
kalangan orang-orang yang beriman, maka mereka akan beroleh azab seksa yang
tidak terperi sakitnya di dunia dan juga di akhirat, dan (ingatlah) Allah
mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian). (an-Nur 19)
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ .
No comments:
Post a Comment