Sunday 24 February 2013

Khutbah : Antara Dosa-dosa Besar


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
 قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

عن أبى بَكْرَةَ قال : قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم : ألا أحدِّثُكم بأكبر الكبائر ؟ قالُوا بَلَى يا رسولَ الله ، قال : الإشْرَاكُ بالله ، وعُقُوقُ الوالدَين ، قال وجَلَسَ وكان مُتَّكِئًا قال : وشَهَادةُ الزُّورِ أو قَوْلُ الزُّور ، قال : فما زَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلَّم يقُولهُا حتى قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ .
(رواه الترمذى )

Yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu akan sebesar-besar dosa daripada segala dosa?”, lalu jawap para sahabat :  “Bahkan ya Rasulallah”. Lalu sabda Nabi s.a.w : “Menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, menderhaka kedua ibu bapa". Kata Abu Bakrah : “Dan duduk tegak Rasulullah s.a.w selepas menyebut kedua-dua dosa itu padahal Baginda duduk sambil menyandar sebelumnya". Lalu Baginda bersabda lagi : “dan saksi palsu atau perkataan bohong”. Kata Abu Bakrah : “Maka sentiasalah Baginda mengulangi kata-katanya “dan saksi palsu” beberapa kali hingga berkata-kata kami di dalam hati kami mudah-mudahan Baginda berhenti daripada mengulanginya kerana kasihan akan jadi penat Baginda Nabi dengan sebab itu".                                             (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Perbuatan yang dikira sebagai dosa besar itu banyak. Namun dalam hadis yang dibacakan tadi Nabi s.a.w menyebut kepada kita tiga daripadanya. Yang pertama syirik atau kufurkan Allah, yang kedua menderhaka kedua ibu bapa, dan yang ketiganya menjadi saksi palsu.

Syirik atau kufur kepada Allah adakalanya berlaku dengan i'tiqad, dan ada kalanya dengan perbuatan, dan ada kalanya pula dengan perkataan atau lidah. Maka kufur dengan i'tiqad itu seperti beri'tiqad bahawa Allah itu tidak wujud, atau beri'tiqad bahawa bukan Allah yang mencipta alam ini, atau menafikan sifat-sifat Allah s.w.t dan sebagainya. Ada pun kufur dengan perbuatan seperti menyembah selain dari Allah, dan memijak-mijak atau membakar kitab suci al-Quran dengan tujuan untuk menghinanya, atau membuang al-Quran ke tempat najis dan sebagainya. Manakala kufur dengan perkataan itu seperti diucapkan dengan lidahnya bahawa Allah itu tiada, atau dikatakan bahawa segala isi kandungan al-Quran itu karut dan tidak sesuai lagi digunapakai dalam dunia yang serba moden pada hari ini, atau mendakwa bahawa hukuman Allah itu tidak berperikemanusiaan ,atau menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w, dan sebagainya. Ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh yang menyebabkan rosaknya iman seseorang muslim.

Dosa besar yang kedua sebagaimana yang disebutkan dalam hadis tadi ialah menderhaka terhadap kedua ibu bapa. Sebagaimana Allah s.w.t memerintahkan kepada kita supaya mentaati kedua insan ini selama mana mereka tidak menyuruh kita menderhaka terhadap Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t pada ayat 14 dan 15 dalam surah Luqman,

Yang bermaksud : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya yang telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (sejak dari awal mengandung hinggalah selesai menyusukannya), dan tempoh menceraikan susuan ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kamu kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau - dengan akal sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu setiap apa yang kamu telah kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Ada di kalangan kita yang diuji oleh Allah s.w.t dengan ujian kehilangan kedua ibu bapa di saat kita masih memerlukan belaian kasih sayang dari mereka. Sebagaimana Baginda Nabi s.a.w kehilangan ayahnya di saat Baginda masih lagi berada dalam kandungan ibunya. Kemudian ketika berusia enam tahun ibunya pula meninggal dunia. Baginda hidup menumpang kasih bersama datuknya, namun tidak lama. Dua tahun kemudian datuknya pula meninggal dunia lalu baginda hidup menumpang kasih dan sayang dari bapa saudara Baginda Abu Thalib. 

Ada pula di kalangan kita yang diuji oleh Allah dengan dilanjutkan usia kedua orang tua kita atau salah seorang dari mereka sehingga  mencecah usia nyanyuk dan berada di dalam peliharaan kita. Apakah kita mampu berkhidmat dan berbakti kepada mereka sebagaimana mereka memelihara dan membesarkan kita sewaktu kita kecil dulu. Beruntunglah mereka yang berjaya mengharungi ujian ini, namun ramai yang gagal menghadapinya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia mereka.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Yang ketiga ialah menjadi saksi yang palsu. Inilah antara perkara yang banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini akibat daripada kejahilan dan tidak takut kepada hukuman Allah s.w.t. Apabila berlaku perebutan harta atau apa jua jenis perebutan, lalu diupah seseorang untuk menjadi saksi yang palsu di hadapan hakim dengan tujuan untuk mendapatkan harta tersebut, maka orang yang sanggup menjadi  saksi palsu itu telah melakukan dosa yang besar kerana telah mengubah yang benar menjadi salah, atau yang salah menjadi benar. Hinggakan orang yang sepatutnya berhak ke atas sesuatu itu hilang haknya disebabkan penyaksian yang palsu. Nabi s.a.w memberi amaran yang keras kepada golongan ini melalui sabdanya dalam sebuah hadis riwayat Abi Daud,

أنَّ النبىَّ صلى الله عليه وسلم قَامَ خَطِيْبًا فقال : أيها الناسُ ! عَدَلَتْ شَهَادَةُ الزُّوْرِ الإشْرَاكَ بِاللهِ ، ثُمَّ قَرَأ : فَاجْتَنِبُوْا الرِّجْسَ مِنَ الأوْثَانِ وَاجْتَنِبُوْا قَوْلَ الزُّوْرِ .

Yang bermaksud : Bahawasanya Nabi s.a.w bangun menyampaikan khutbahnya, bersabda Nabi s.a.w : “Telah bersamaan dosa saksi palsu itu akan dosa syirikkan Allah. Kemudian Baginda membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan jauhkanlah sekalian kamu menyembah berhala, dan jauhkan oleh sekalian kamu daripada saksi palsu”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Al-Hafiz Az-Zahabiy Rahmatullahi A’laihi telah berkata : “Sesungguhnya menjadi saksi palsu itu menyebabkan beberapa dosa besar,

1.    Berbohong dan menipu, kerana firman Allah s.w.t :إن الله لا يهدى من هو مسرف كذَّاب  yang bermaksud : “Bahawasanya Allah tidak akan memeri hidayah akan mereka yang melampau dan pembohong”.
2.    Menzalimi ke atas orang yang mengupahnya untuk menjadi saksi palsu kerana menyebabkan dia mendapatkan sesuatu yang bukan hak miliknya.
3.    Menzalimi ke atas orang yang menjadi mangsa kerana menjadi penyebab dia kehilangan hak yang sepatut menjadi miliknya.
4.    Dia mengharuskan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Apabila manusia hidup dengan berpandukan hidayah dan ilmu pengetahuan maka dunia akan aman tenteram di bawah naungan rahmat dan keberkatan Allah s.w.t. Namun apabila kejahilan menguasai kehidupan manusia maka akan hilanglah ketenangan dalam kehidupan dan dunia sudah tidak selamat untuk didiami. Kejahilanlah yang menyebabkan manusia meringan-ringankan perintah Allah, ibu bapa tidak ditaati bahkan mereka dilayan seperti binatang, maksiat berleluasa, penyaksian palsu sudah menjadi satu bidang kerjaya demi untuk mendapatkan kesenangan dunia. Apabila semua ini berleluasa maka tidak ada lagi ketenangan dan keamanan. Jenayah bunuh berlaku pada setiap hari, bahkan manusia bukan setakat sanggup membunuh tetapi membakar mayat yang mereka bunuh dan diberi makan kepada binatang liar. Itulah realiti yang terpaksa kita hadapi pada hari ini akibat  membelakangkan perintah serta hukuman Allah s.w.t. Masih belum terlambat untuk kita sama-sama kembali mentaati perintah dan melaksanakan hukum Allah s.w.t demi mendapat keredhoaan Allah s.w.t di dunia dan juga di akhirat.

  
Yang bermaksud : Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.                                                                  (Al-Ana’m 151)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ







Anak-anak : Antara Ujian dan Perhiasan


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
 قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.


عَنْ أنسٍ بنِ مالك يقولُ : جَاءَ شَيْخٌ يُرِيْدُ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّم فَأبْطَأ القَوْمُ عَنْهُ أنْ يُوَسِّعُوْا لَهُ ، فَقَالَ النبىُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : لَيْسَ مِنَّا مَنْ لمْ يَرْحَمْ صَغِيْرنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيْرَنا   ( رواه الترمذى )

Yang bermaksud : Daripada Anas bin Malik r.a berkata ia, telah datang seorang lelaki tua mahu berjumpa dengan Nabi s.a.w, maka terlambat oleh para sahabat untuk memberi laluan kepadanya, maka bersabda Nabi s.a.w, “Bukan dari kalangan umatku (yang sempurna adabnya) sesiapa yang tidak mengasihani kanak-kanak (dan orang yang lebih muda darinya), (dan bukan dari kalangan umatku yang sempurna adabnya) mereka yang tidak hormatkan orang-orang tua kami”. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Belas kasihan kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat dituntut di dalam Islam. Tidak sepatutnya kita sebagai orang-orang tua menunjukkan marah sepanjang masa sehinggakan anak-anak takut dan gerun untuk mendekati kita, dan pada masa yang sama janganlah dibiarkan mereka tanpa ditegur sehingga mereka melampaui hukum syara’, melanggar adab dan tidak hormatkan orang-orang tua. Ada masa kita perlu menyayangi mereka, dan ada masanya pula mereka perlu ditegur atau dimarahi. Apabila mereka datang untuk berjumpa dengan kita maka sambutlah kedatangan mereka dengan senyuman dan hati yang terbuka. Bertanyalah kepada mereka apa yang patut ditanya, bahkan tidak salah untuk kita memeluk dan mencium mereka tanda kasih dan sayang kita kepada mereka.

Baginda Nabi s.a.w adalah contoh ikutan yang terbaik dalam apa jua keadaan. Imam al-Ghazali r.h menyebut di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, bahawasanya Nabi s.a.w apabila pulang daripada musafir, maka kepulangan Baginda akan disambut oleh seluruh para sahabat termasuklah kanak-kanak. Hinggakan mereka sanggup pergi untuk mendapatkan Baginda di pintu masuk kota Madinah. Apabila Baginda melihat kepulangannya disambut oleh kanak-kanak, maka Baginda memberhentikan untanya dan diangkat kanak-kanak yang datang menyambutnya seberapa ramai yang boleh untuk naik bersama-samanya. Lalu berebut-rebutlah kanak-kanak untuk naik bersama-sama Nabi, ada yang duduk di hadapan dan ada yang duduk di belakang Baginda Nabi s.a.w. Bahkan Nabi s.a.w turut menyuruh para sahabat untuk sama-sama membawa kanak-kanak yang lain ke atas tunggangan mereka. Baginda sememanganya hebat di medan perang, tetapi amat menyayangi kanak-kanak bahkan bergurau dengan mereka.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Anak-anak adalah perhiasan dunia yang tidak ternilai harganya, tetapi dalam masa yang sama mereka juga adalah ujian dari Allah s.w.t. Khaulah bintu Hakim r.a (خولة بنت حكيم) menceritakan bahawa, pada suatu hari Nabi s.a.w keluar sambil memeluk salah seorang daripada cucu Baginda. Baginda bersabda,

“Sesungguhnya kamu wahai anak-anak menjadi penyebab ibu bapa kamu menjadi bakhil (kedekut untuk menafkahkan harta mereka pada jalan Allah kerana bimbang kamu hidup susah), kamu juga menjadi penyebab ibu bapa kamu takut untuk pergi berperang pada jalan Allah (kerana bimbang mereka akan mati dan kamu menjadi yatim piatu), kamu juga menjadi penyebab ibu bapa kamu jahil tentang ilmu agama (kerana masa mereka dihabiskan untuk membesar dan bermesra dengan kamu), dan sesungguhnya sekalian kamu wahai anak-anak adalah merupakan bunga-bungaan dari syurga (yakni buah hati ibu dan ayah kamu serta perhiasan hidup yang tidak ternilai harganya)”.
                 (Riwayat Imam a-Tirmizi)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sebahagian daripada kebinasaan buat mereka yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak ialah, bahawasanya isteri dan anak-anak menjadi penyebab kita lalai dari mengingati Allah s.w.t dan akhirat. Ini adalah kerana masa hidup kita lebih banyak dihabiskan untuk mencari kesenangan dan harta dunia demi untuk memastikan anak-anak dan isteri hidup mewah tanpa memikirkan bekalan untuk dibawa ke akhirat yang kekal selamanya. Berkata seorang cerdik pandai Abu Sulaiman Ad-Durrani (أبى سليمان الدرانى) ,

مَا شَغَلَكَ عَنِ اللهِ مِنْ أهْلٍ وَمَالٍ وَوَلَدٍ فَهُوَ عَلَيْكَ مَشْئُوْمٌ

Yang bermaksud : Setiap apa yang kamu miliki yang menyibukkan kamu dari mengingati Allah samaada isterimu, hartamu dan anak-anakmu maka semua itu membawa kecelakaan ke atasmu.

Kata-kata Abu Sulaiman ini dikuatkan lagi dengan firman Allah s.w.t pada ayat 9 dalam surah al-Munafiqun,

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya), dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Sebahagian daripada nikmat kurniaan anak-anak pada hari qiamat ialah, apabila mati anak-anak di saat mereka masih kecil, maka anak-anak itu akan menarik tanggan kedua ibu bapanya untuk bersama-samanya ke syurga. Bersabda Nabi s.a.w,
إنَّ الطِّفْلَ يَجُرُّ بِاَبَوَيْهِ إلى الجَنّةِ

Yang bermaksud : Bahawa sesungguhnya kanak-kanak kecil yang mati itu akan menarik tangan kedua ibu bapanya masuk ke dalam syurga bersama-samanya.
Tersebut di dalam satu khabar bahawasanya pada hari qiamat kelak, setiap anak-anak orang Islam akan berhimpun di satu tempat. Maka Allah s.a.w menyuruh para malaikatNya untuk membawa kanak-kanak tersebut ke dalam syurga tanpa dihisab akan mereka. Maka menyuruh oleh malaikat akan anak-anak tersebut masuk ke dalam syurga, lalu berkata kanak-kanak tersebut kepada para malaikat, “Di mana ibu dan ayah kami?”, lalu jawap para malaikat, “Sesungguhnya ibu dan ayah kamu tidak dapat bersama-sama kamu masuk ke dalam syurga disebabkan dosa-dosa mereka yang banyak”, maka berkata kanak-kanak tersebut, “Sesungguhnya ibu dan ayah kami telah sabar di atas kematian kami dahulu kerana mengharapkan pahala pada hari ini”, maka menjerit-jeritlah anak-anak tersebut di pintu syurga. Lalu Allah s.w.t bertanya kepada para malaikatNya sedangkan Dia lebih mengetahuinya, “Siapakah yang menjerit-jerit itu?”, lalu jawap para malaikat, “Ya Allah, yang menjerit-jerit itu adalah anak-anak orang Islam yang mati kecil, mereka enggan masuk ke syurga melainkan ibu dan ayah mereka turut bersama-sama mereka masuk ke dalam syurga”. Maka berfirman Allah kepada anak-anak tersebut, “Ambillah kamu akan tangan ibu dan ayah kamu dan masuklah kamu bersama-sama mereka ke dalam syurga”.        (Petikan dari kitab Muhimmah Fi I’lmi al-Hadis)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Anak-anak adalah anugerah dari Allah. Mereka adalah amanah yang diserahkan kepada kita untuk kita didik dan asuh mereka supaya taat dan patuh kepada Allah dan rasulNya. Apa yang pasti amanah ini pasti akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Ajarlah mereka mencintai Allah. Kenalkan mereka siapa Rasulullah. Didiklah mereka untuk membaca kitab Allah. Inilah penentu untuk mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Jangan kita hanya berdukacita jika anak-anak tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM atau sebagainya, tetapi tidak pernah merasa dukacita jika anak kita buta al-Quran dan tidak solat. Berpesanlah kepada mereka agar jangan mengabaikan solat lima waktu. Inilah antara perintah Allah s.w.t kepada kita melalui firmannya dalam surah Thahaa ayat 132,

  
Yang bermaksud : Dan perintahkanlah ahli keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

 بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Monday 18 February 2013

Khutbah : Fitnah Yang Menghancurkan 2


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sabda Nabi s.a.w,

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : المسلمُ من سَلِمَ المسلمون من لسانِه ويَدِه ، والمهاجرُ مَن هَجَرَ ما نهى اللهُ عنه .
Yang bermaksud : Yang dikatakan muslim sejati itu apabila orang-orang Islam yang lain terselamat dari kejahatan lidahnya dan tangannya. Dan yang dikatakan orang berhijrah yang sebenar ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Dalam sebuah hadis yang lain Baginda Nabi s.a.w bersabda,

لا يَسْتُرُ عبدٌ مُؤمِنٌ عَورةَ عبدٍ مُؤمنٍ إلا سَتَرَه اللهُ يومَ القيامةِ ، ومَن أقَالَ عَثْرَةَ مُسلِمٍ أقَالَ اللهُ عَثْرَتَه يومَ القيامةِ .
 
Yang bermaksud : Tiap-tiap hamba yang beriman menutupi aib hamba yang beriman (yang lain) tidak dapat tidak Allah akan menutupi aibnya pada hari qiamat. Dan barangsiapa menyelamatkan seorang Islam dari tergelincir, nescaya Allah akan menyelamatkannya pula dari tergelincir pada hari qiamat.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Masa berlalu dengan semakin cepat dan pantas. Ini adalah sebagai peringatan besar kepada kita semua bahawa dunia kini berada di penghujung usianya dan semakin begitu hampir kepada berlakunya Qiamat. Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita. Rasulullah s.a.w telah pun memberi peringatan yang begitu banyak kepada kita agar tidak terheret dan disesatkan oleh fitnah akhir zaman dengan kita berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah Baginda s.a.w. Fitnah akhir zaman terlalu dahsyat sehingga digambarkan oleh Bagida Nabi s.a.w bagaimana akan ada orang yang beriman pada pagi harinya tetapi kufur pada petangnya, ada pula yang pada petangnya beriman tetapi menjadi kufur pada keesokan paginya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah demi mendapat dunia yang sedikit. Dunia menjadi matlamat hidupnya sehinggakan akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi pedoman sehingga wahyu dan perintah Allah diketepikan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Masyarakat kita dibentangkan dan dihidangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa sama ada TV, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan pemikiran sehingga yang jahat dilihat sebagai baik, yang zalim dianggap sebagai adil, yang rosak didakwa berguna, yang hak dihukum sebagai batil, yang benar dipandang dusta. Apa yang lebih malang ialah apabila hukum agama Allah dipermainkan sesuka hati demi mencapai matlamat dan tujuan masing-masing. Akibat tidak takut dengan hukuman dan seksaan Allah s.w.t maka manusia yang jahil sanggup melakukan apa jua sekalipun untuk bersumpah dengan menggunakan nama Allah. Sabda Nabi s.a.w,

قال الرسول صلى الله عليه وسلم  : الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ،  وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .

Maksudnya: “Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta.”

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani  menghuraikan sumpah daripada pendusta merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. ‘Ghamus’ ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam ‘Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat’, sumpah tersebut dinamakan ‘ghamus’ kerana penyumpah tersebut tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam api neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu dalam menghadapi berita yang berbaur fitnah dan tidak jelas, maka ikutilah nasihat ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. Pertama, jangan sekali-kali mempercayainya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya dan dianggap penipu disisi Allah. Kedua, kamu harus mencegah fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu satu kewajipan. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. Keempat, kamu jangan sekali-kali bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang kamu menyelidiki kejahatan orang. Keenam, jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan menyebarkan segala fitnah itu kepada orang lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 13 surah an-Nuur :
  

Yang bermaksud : Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi untuk menetapkan tuduhan mereka itu, jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka adalah mereka orang yang pembohong pada sisi Allah.

Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan pecah belah dalam masyarakat. Oleh itu mimbar Jumaat hari ini mengutuk tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman nabi tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.

Menyedari tentang bahayanya berita atau maklumat yang tidak benar dalam menggugat keamanan, mencemar peribadi umat dan melemahkan semangat untuk berjuang, maka umat Islam pada hari ini wajib menapis setiap berita dan maklumat yang diterima dengan pertimbangan yang waras berlandaskan ilmu agar tidak terus menjadi mangsa penipuan. Kita perlu sedar bahawa dunia maklumat hari ini secara keseluruhannya dikuasai dan dikawal oleh yahudi laknatullah sehinggakan banyak berita yang sampai kepada masyarakat dunia adalah merupakan berita yang telah diubah dan dipalsukan faktanya bagi menyokong segala tindakan kejam mereka yang telah lama berhasrat untuk menguasai dunia walaupun terpaksa melakukan penipuan dan pembunuhan yang tidak bersempadan. 

Yahudi menyembunyikan kelemahan dan kejahatan mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka juga turut meniupkan api permusuhan dan perpecahan terhadap umat Islam. Kita bukan tidak kenal dengan yahudi yang merupakan bangsa yang suka membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka dan suka mengubah isi kandungan kitab mereka dengan tangan-tangan ulama’ mereka. Yahudi tidak pernah merasa bersalah sedikit pun setiap kali mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi sejak dari dulu hinggalah ke hari ini dan sampai bila-bila pun. Jika Kitab yang diturunkan oleh Allah pun mereka gamak menyeleweng apatah lagi berita-berita dan maklumat-maklumat biasa

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Satu perkara lain yang dapat kita ambil pengajaran di sini ialah, tanggungjawab seseorang yang menjadi pelapor atau pembawa sesuatu berita itu adalah amat besar tanggungjawabnya. Benar atau palsu berita yang disampaikan adalah bergantung kepada sifat amanah yang ada pada diri seseorang pembawa atau pelapor berita tersebut. Bagi mereka yang suka menyebarkan berita-berita palsu, tuduhan ataupun fitnah sehingga menyebabkan tercemarnya maruah dan peribadi orang lain bahkan kadang-kala mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat maka golongan ini sepatutnya bersiap sedia untuk menerima balasan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t seperti mana yang ditegaskan melalui firmanNya,

 
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya tuduhan-tuduhan yang buruk (berita-berita palsu) di dalam kalangan orang-orang yang beriman, maka mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan juga di akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian).                                                                                               (an-Nur 19)


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ  .