Thursday 28 August 2014

Khutbah : Merdekakah Kita?



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الصَّادِقُ الْوَعْدُ الاَمِيْنُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.


أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketakwaan dan keimanan kita kepadaNya.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  
Yang bermaksud : Dan Allah s.w.t membuat suatu perbandingan, sebuah negeri yang penduduknya hidup aman dan damai lagi tenteram, sumber rezekinya datang dengan mewah dari segenap tempat, kemudian penduduknya kufur terhadap nikmat-nikmat Allah itu, lalu Allah s.w.t menimpakan kelaparan dan ketakutan ke atas mereka yang meliputi keseluruhannya disebabkan kekufuran yang telah mereka lakukan.                                     (An-Nahl 112)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Ayat 112 yang dipetik daripada Surah Al-Nahli itu tadi menceritakan kepada kita tentang sebuah negeri iaitu Makkah, yang mana penduduknya hidup dalam keadaan aman dan damai, mewah dengan berbagai sumber rezeki yang datang dari segenap penjuru negeri. Namun kemewahan dan keamanan yang mereka kecapi tidak kekal lama apabila penduduknya kufur dan menolak risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, dan bukan sekadar menolak sahaja, bahkan Nabi dan para sahabat menerima tentangan yang cukup hebat dari kaum musyrikin Makkah  sehingga memaksa Nabi bersama para sahabat berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, lalu Allah s.w.t menimpakan bala’ kelaparan disebabkan kekurangan sumber makanan, dan mereka juga ditimpakan bala’ ketakutan akibat daripada peperangan Badar dan beberapa peperangan yang lain sebagai balasan terhadap kekufuran mereka terhadap nikmat Allah dan penentangan yang telah mereka lakukan terhadap Rasulullah s.a.w.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Pada tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka daripada penjajah. Namun kemerdekaan tersebut hanya dapat dicapai setelah hampir 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Tanah air kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British buat kali yang keduanya bermula dari tahun 1511 yakni selepas kejatuhan Kota Melaka sehinggalah kemerdekaan dapat dicapai pada tahun 1957.

Beberapa faktor kejatuhan Empayar Kota Melaka pada tahun 1511 dicatatkan di dalam buku-buku sejarah. Mengikut fakta sejarah, antara sebab-sebab kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis ialah kelalaian dan ketidakcekapan pemimpin pada ketika itu, amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin dan rakyat, wujudnya musuh dalam selimut, berleluasanya perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah antara satu sama lain, kelemahan pertahanan atau ketenteraan daripada menghadapi serangan musuh. Kesan daripada gabungan faktor-faktor tersebut maka bermulalah era penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu apabila Kota Melaka akhirnya berjaya ditawan oleh Portugis.

Tanggal 31 Ogos tahun 2014 esok lusa, Negara kita bakal  menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57, iaitu lebih kurang 1/8 daripada tempoh 446 tahun Negara kita dijajah. Syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kehadrat Allah SWT di atas nikmat kemerdekaan dan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pejuang-pejuang dan wira-wira negara yang telah berkorban harta benda dan nyawa mereka demi memastikan tanah air tercinta bebas daripada cengkaman penjajah. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat mereka, dan mudah-mudahan syurga menanti buat mereka di sana.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia, apabila ditimpa sesuatu musibah ataupun kesusahan maka kita akan segera ingat dan kembali kepada Allah s.w.t serta sentiasa menyebut-nyebut namaNya, tetapi jika musibah atau kesusahan itu hilang dan kita diberi sedikit  kesenangan dan kemewahan, manusia mudah lupa diri dan jarang sangat untuk mengingati Allah, bahkan ada yang lupa terus bahawa dirinya adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Esa. Ibarat kacang lupakan kulit. Sikap dan perangai buruk manusia ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
 
Yang bermaksud : Dan apabila seseorang manusia itu ditimpa kesusahan, maka dia akan berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Kami menghilangkan atau memalingkan kesusahan itu daripadanya serta memberi kepadanya kesenangan, dia terus kembali dengan perangai lamanya (yakni sikap buruknya) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami memohon agar dihapuskan kesusahan yang menimpanya. Demikianlah, orang yang melampaui batas itu sentiasa memandang baik terhadap keburukan yang mereka lakukan.                                                               ( Yunus 12 )

Ayat 12 dari Surah Yunus ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan juga mensyukuri nikmatNya sama ada ketika kita senang mahupun susah, sama ada semasa kita dijajah dan lebih-lebih lagilah setelah kita mencapai kemerdekaan. Jangan hanya bila kita ditimpa kesusahan barulah kita ingat dan menyebut-nyebut namaNya tetapi apabila kita diberi sedikit kesenangan dan kemerdekaan langsung kita lupa kepadaNya.

Apabila manusia lupa kepada Allah SWT, maka Allah akan menguji dengan menambahkan lagi kesenangan dan kemewahan sehingga apabila manusia dalam keadaan lalai dan leka dengan kemewahan dan kesenangan tersebut, lalu Allah SWT merampas kembali nikmat tersebut dalam keadaan mengejut. Allah SWT menjelaskan keadaan ini dalam firmanNya pada ayat 44 dalam Surah Al-An’am:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،



Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Kita boleh dikatakan amat bertuah, dan sememangnya kita bertuah jika dibandingkan dengan rakyat di negara-negara yang lain. Mereka terpaksa hidup dalam suasana peperangan, rusuhan, perang saudara, bencana alam dan sebagainya, sedangkan kita di Malaysia hidup dalam keadaan yang cukup aman dan selesa, mewah dengan segala jenis nikmat dunia, lebih-lebih lagi setelah 57  tahun Negara kita merdeka. Berbagai-bagai nikmat kemewahan hidup yang kita kecapi. Amat malang sekali jika segala nikmat yang kita kecapi selama ini tidak disyukuri, yakni tidak digunakan dengan sebaiknya, kerana satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini melainkan Allah SWT. Dia yang memberi keamanan dan kesenangan kepada kita dan Dia juga berhak mengambil balik keamanan dan kemerdekaan  pada bila-bila masa sahaja jika nikmat keamanan dan kemerdekaan yang diberikan tidak disyukuri dan tidak digunakan dengan sebaiknya. Firman Allah s.w.t,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  
Yang bermaksud : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu, "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur di atas nikmat kurniaanku, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur atau ingkar maka sesungguhnya azabKu amatlah keras".                        (Ibrahim 7)


Sidang Jumaat moga-moga dirahmati Allah,

Bergembira menyambut kemerdekaan sebagai tanda kita bersyukur tidaklah menjadi kesalahan. Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan. Janganlah diajak anak-anak muda berkumpul sambil melaung-laungkan kemerdekaan bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi hanya sekadar untuk leka dengan hiburan yang melampau, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, mengabaikan solat dan sebagainya. 

Perhimpunan-perhimpunan seperti ini jika hanya untuk meramaikan anak-anak muda atau hanya untuk melihat hiburan-hiburan yang melalaikan semata-mata sementara menunggu detik 12 malam, tentu tidak mencapai matlamatnya bahkan akan membawa banyak mudarat dan maksiat. Kita mengharapkan bersempena dengan 57 tahun Negara merdeka, maka masyarakat kita akan lebih merdeka dalam erti kata yang sebenar iaitu merdeka yang benar-benar diredhoi oleh Allah SWT. Alangkah baiknya jika kita sambut kemerdekaan ini dengan mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa’ untuk para pejuang kemerdekaan dan mereka yang telah berjasa kepada negara. Bukankah itu lebih membuktikan bahawa kita amat menghargai nikmat kemerdekaan ini dan juga jasa-jasa mereka.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kelmarin dulu rakyat Palestin bergembira menyambut kemenangan perjuangan mereka selama hampir 70 tahun ditindas apabila Rejim Zionis terpaksa tunduk dan akur terhadap kehendak dan tuntutan pejuang Hamas dan juga rakyat Palestin. Walaupun peperangan yang memakan masa sela lebih 50 hari baru-baru ini telah mengorbankan lebih 2000 syuhada’ dan mencederakan lebih 11,000 yang lain, namun rakyat Palestin sedikitpun tidak pernah berputus asa dalam usaha mereka untuk menuntut kemerdekaan tanahair mereka sekalipun terpaksa bergadai nyawa, harta dan keluarga. Akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Ghaza.

Inilah semangat juang yang patut kita contohi, lebih-lebih lagi buat generasi muda hari ini. Sama-sama kita tanya diri kita, sanggupkah kita berjuang mempertahankan tanahair kita sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Palestin?. Sanggupkah kita mempertaruhkan nyawa dan harta kita demi untuk maruah agama dan Negara yang kita cinta?. Yakinlah kita semua bahawa setiap titisan darah yang tumpah ke bumi kerana mempertahankan agama dan Negara pasti akan diberi balasan syurga. Mudah-mudahan akan lahir generasi yang sanggup mempertahankan bumi Malaysia ini daripada musuh-musuh sebagaimana rakyat Palestin sanggup mempertahankan tanahair mereka daripada cengkaman rejim zionis, dan mudah-mudahan Negara kita akan terus diberi keamanan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.

Sama-samalah kita menadah tangan memohon kepada Allah s.w.t agar nikmat kemerdekaan ini akan terus kita nikmati untuk selamanya dan sama-sama juga kita pohon kepadaNya agar sejarah penjajahan kuasa asing tidak akan berulang lagi di tanah air kita .
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


Yang bermaksud : Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, tentu Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki Kami) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.                                                  (Al-A’raf 96)

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. 



Khutbah Kedua


الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له . وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه . اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين .

أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.

وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين . وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.

وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر , واللهُ يعلم ما تصنعون.    


Wednesday 20 August 2014

Khutbah : Perjuangan Al-Quds



الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ،  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه ُ ،  اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ ، أَمَّا بَعْدُ ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku siding Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :


Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Ayat suci al-Quran yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Makkah al-Mukarramah. Jika pada bulan Rejab dahulu kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin, maka dalam peristiwa perubahan qiblat juga kita dapati bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.

Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca Nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan Yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga Nabi berdoa dan sentiasa memandang ke langit  seolah-olah mengharapkan turunnya wahyu dari Allah yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke arah Baitullah di Makkah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar Baginda mengubah dan beralih  ke arah Ka’abah.

Antara riwayat yang menyebut tentang peristiwa perubahan qiblat daripada Baitul Maqdis, Palestin ke Baitullah, Makkah ialah riwayat daripada Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat di mana Rasulullah s.a.w sedang melawat Ummu Bishr bin al-Bara’ bin Ma’rur di kawasan Bani Salamah. Dia telah menyediakan jamuan untuk Rasulullah s.a.w dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat Zohor, baginda bersembahyang di masjid perkampungan itu. Ketika baginda berada pada rakaat kedua, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya agar menukar arah qiblat dari Masjid al-Aqsa ke arah Ka’abah di Masjid al-Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah Ka’abah ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh sebab itulah masjid tersebut dinamakan Masjid al-Qiblatain yang bererti masjid dua Qiblat yang terus kekal dan boleh dilawati sehingga hari ini.

Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, solat pertama menghadap Ka’abah ialah solat Zohor di Masjid al-Qiblatain di perkampungan Bani Salamah, solat pertama menghadap Ka’abah di Masjid Nabawi ialah solat Asar manakala solat Subuh pertama menghadap Ka’abah ialah di Masjid Quba’.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
           
Kaabah di Mekah dan Masjid al-Aqsa si Baitul Maqdis mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadah bagi umat Islam yang mempunyai kelebihan yang begitu besar. Kaabah telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s di mana ia merupakan rumah Allah atau masjid yang pertama dibina  di atas muka bumi ini. Manakala Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina dimana ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah  oleh Nabi Ibrahim juga sekembalinya baginda dari Makkah ke tanahairnya Baitul Maqdis.

Dari dahulu sehingga sekarang perebutan ke atas Baitul Maqdis oleh tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi terus berlaku. Masing-masing berusaha untuk menguasai bumi suci ini  kerana ia mempunyai kelebihan menurut ketiga-tiga agama ini sehingga ada yang menyatakan bahawa jika sesuatu agama atau kuasa ingin menguasai dunia maka mereka mesti menguasai Baitul Maqdis. Kita lihat bagaimana kejayaan bangsa Yahudi setelah menduduki bumi Palestin di mana jumlah mereka yang beberapa juta sahaja tetapi mampu hidup dan menguasai dunia arab yang terdiri daripada beratus juta penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kejayaan Yahudi mendapatkan sebuah negara yang dinamakan Israel di bumi Palestin ini pada 14 Mei 1948 adalah hasil penipuan fakta dan penguasaan mereka terhadap kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat sehingga mereka berjaya mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  (PBB). Mereka diberikan sebuah negara haram di atas bumi Palestin atas nama simpati dan menebus dosa dunia terhadap kekejaman bangsa Jerman yang didakwa melakukan pembunuhan yang paling kejam dengan membakar berjuta-juta yahudi. Dakwaan mereka ini adalah palsu kerana jumlah sebenar Yahudi pada masa itu tidak sampai kepada jumlah sebagaimana yang didakwa itu. Sedangkan pembunuhan yang paling kejam dan dahsyat ialah pembunuhan Yahudi terhadap umat Islam di mana Yahudi telah menyembelih begitu ramai umat Islam ketika mula-mula memasuki bumi Palestin  sehingga darah umat Islam membanjiri Masjid al-Aqsa. Pembunuhan dan kekejaman mereka terus berjalan sehingga hari ini dan saat ini. Ribuan nyawa rakyat awam Palestin terbunuh, puluhan ribu yang cedera, bangunan dan rumah dibom, bantuan dari luar dihalang dan sebagainya.

Siang Jumaat yang dikasihi,
           
Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini Yahudi mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dengan alasan masjid ini di bina di atas Haikal Kerajaan Nabi Sulaiman. Sememangnya Haikal Kerajaan Nabi Sulaiman terbina berhampiran Masjid al-Aqsa sekarang, tetapi pembinaannya yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan Masjid al-Aqsa. Ini bermakna Masjid al-Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum terbinanya Haikal tersebut dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam bukannya hak Bangsa Yahudi yang merupakan pembunuh para Nabi. Nabi Sulaiman sendiri merupakan keturunan Nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam.
           
Yahudi akan terus berusaha dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa dengan apa cara sekali pun dan kita umat Islam akan terus mempertahankannya walaupun terpaksa menumpahkan darah demi Islam. Kita akan sentiasa mengingati kata-kata tegas yang pernah keluar daripada mulut Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniah Turki di mana ketika ditawarkan dengan tawaran lumayan oleh kesatuan Yahudi antarabangsa supaya dibenarkan Yahudi berpindah beramai-ramai dan menduduki bumi Palestin lalu beliau menjawab :

”Kami tidak akan menjual tanahair kami dengan wang. Kami mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak mungkin melepaskannya walaupun seinci tanpa kami mengorbankan darah kami untuk mempertahankannya.
           
Bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah milik seluruh umat Islam dan bukannya milik umat arab sahaja yang mesti dipertahankan. Yahudi mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa cara sekali pun. Jangan terlalu mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia dikuasai oleh Yahudi dan sekutunya. Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) pula hanya bergegar di dewan sahaja, tetapi bantuan yang akan disalurkan ialah makanan dan ubatan bagi yang cedera dan kain kapan bagi yang telah mati ditembak. Pemimpin negara umat Islam yang lain kebanyakannya hanya mementingkan kedudukan mereka sahaja sahaja sedangkan mereka memiliki segala bentuk kekuatan dan kekayaan.
           
Umat Islam di Palestin memerlukan bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi Yahudi yang kejam. Menunggu kebenaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum menghantar bantuan ketenteraan seperti terus merelakan umat Islam dibunuh dan Masjid al-Aqsa diruntuhkan. PBB yang dikuasai Yahudi sudah tentu tidak akan membantu umat Islam dalam memerangi bangsa mereka Yahudi.
           
Perjuangan kita masih jauh dan teruskanlah memberi bantuan samada dalam bentuk material, duit disamping doa kepada semua umat Islam terutama di Palestin yang dibunuh sesuka hati. Kita juga mengharapkan agar dibuka hati para pemimpin negara umat Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani dalam mempertahankan Islam dan umatnya daripada terus ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Firman Allah dalam ayat 67 surah Ali- Imran :

Maksudnya : Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan tidak pula dia seorang Kristian tetapi dia seorang  yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim dan dia pula bukanlah daripada orang-orang musyrik.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





KHUTBAH KEDUA

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر، أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا. فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا.
وقال تعالى : إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا اَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،  اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  . وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا ، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى عراق وفي سُورِيا  وَفِى مصر وَفِى وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.
اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، اللّهُمَّ   يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمْريِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا، اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَك أعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ. رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.