Tuesday 25 November 2014

Khutbah : Cabaran Buat Umat Akhir Zaman

اَلْحَمْدُ لِلَّه رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ، إِتَّقُوا الله ! أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.                                                                 (al-Hasyr 18)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah [swt]. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya.

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Fussilat :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Manusia dipilih oleh Allah [swt] sebagai makhluk yang paling mulia di atas muka bumi ini, serta diberi tugas untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang berat iaitu tunduk dan patuh kepada Allah [swt] serta bertanggungjawap untuk memakmurkan bumi ini berasaskan kepada perintahNya. Al-Quran dikirimkan bersama-sama RasulNya Nabi Muhammad [saw] untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman utama kepada kita agar kita dapat menguruskan kehidupan kita berlandaskan titah perintahNya. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

AKitab Suci al-Quran telah menjelaskan tentang matlamat dan cara hidup yang berbeza di antara orang yang beriman dengan orang kafir. Matlamat hidup orang-orang yang beriman ialah sentiasa tunduk dan patuh beribadah kepada Allah [swt] dengan melaksanakan setiap titah perintahNya serta menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan. Manakala orang kafir pula sentiasa menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat utama dalam kehidupan mereka seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula selepas daripada kematian. Kita orang yang beriman diperintahkan dengan ibadah khusus yang teratur seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji bagi yang berkuasa, mengeluarkan Zakat, dan juga ibadah-ibadah umum yang lain termasuk kerja dalam mencari nafkah, makan minum dan selainnya. Semua ini kita lakukan kerana menjunjung perintah Allah di samping kita menjaga dari segi halal dan haram, dosa dan pahala. Manakala orang-orang yang kafir pula kehidupan mereka selalunya berlandaskan kehendak hawa nafsu mereka sehinggakan bagi mereka tidak yang tidak boleh.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Bagi kita orang-orang yang beriman meyakini bahawa setiap amalan yang kita lakukan di dalam dunia ini pasti akan diberi balasan samada Syurga atau Neraka. Keimanan inilah yang menyebabkan kita begitu begitu berhati-hati dalam mengatur kehidupan seharian kita agar selari dengan kehendak dan perintah Allah [swt] dan juga RasulNya. Malah segala nikmat yang Allah [swt] kurniakan samada sedikit ataupun banyak akan sentiasa kita syukuri, begitulah juga dengan musibah yang menimpa ke atas kita, akan sentiasa kita hadapi dengan penuh kesabaran kerana ia merupakan aturan Allah [swt] dalam menguji keimanan kita. 

Manakala bagi orang-orang kafir pula, dunia ini adalah segala-galanya buat mereka. Jika mereka tidak dapat mengecapi atau memiliki nikmat dunia ini, samada takhta, harta dan sebagainya maka bagi mereka kehidupan dunia mereka sudah tidak ada gunanya lagi, sehingga ramai dari kalangan mereka yang sanggup membunuh diri apabila mereka gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam rumahtangga, perniagaan dan sebagainya, kerana pada tanggapan mereka tidak ada gunanya lagi mereka hidup di dunia ini, dan inilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Orang-orang kafir beranggapan bahawa mati adalah penamat kepada segala masalah yang mereka hadapi tanpa mereka berfikir tentang balasan akhirat yang sepastinya ada sekalipun mereka tidak mempercayainya.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Keamanan dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar dari Allah [swt] kepada kita semua, kerana dengannya kita dapat melakukan urusan agama serta kehidupan seharian tanpa sebarang ketakutan, kebimbangan. Hari ini, dunia kita tidaklah lagi seaman dahulu kala. Umat Islam di seluruh dunia terus menderita akibat peperangan, huru-hara, peperangan dan pergaduhan yang berterusan. Lihatlah nasib saudara kita di bumi Palestin, Syria dan juga negara-negara Islam yang lain bagaimana rakyat yang tidak berdosa, orang yang dhaif, anak-anak yang tidak berdaya, golongan wanita yang lemah sering menjadi mangsa. Mereka diseksa, dipukul, dianiaya, disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa ada belas kasihan. Keadaan huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan berterusan, pembunuhan kejam bukan saja memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian, malah boleh menjejaskan dan menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap saudara yang seagama dengan kita, maka kita tidak sepatutnya hanya menjadi penonton terhadap penderitaan, kezaliman dan kesusahan mereka sedang alami. Kita sebenarnya berperanan untuk membantu mereka samada dengan duit ringgit, tenaga, fikiran atau paling tidak pun doakanlah keamanan dan kesejahteraan mereka.

Situasi buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah hasil dari kejayaan agenda yang telah disusun dengan begitu rapi oleh musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Musuh-musuh Islam pada saat ini sebenarnya sedang bersorak gembira dan bertepuk tangan di atas penderitaan yang dialami oleh kita umat Islam. Mereka sememangnya sama sekali tidak akan meredhai kita umat Islam, dan mereka sememangnya tidak akan berhenti daripada berusaha untuk melemahkan serta menghancurkan kita dan agama kita. Inilah perancangan rapi yang sedang mereka laksanakan, namun apa yang  lebih malang lagi ialah apabila ada dari kalangan umat Islam sebahagiannya yang bersekongkol dengan mereka dalam usaha ini, yang mana diibaratkan sebagai api dalam sekam dan juga musuh dalam selimut. 

Di antara matlamat musuh-musuh Islam ialah melemahkan kesatuan kita umat Islam sehingga kita tidak lagi bersatu hati, menyeleweng akidah dan pemikiran kita, melemahkan sistem ekonomi umat Islam, menjadikan umat Islam terus menerus bergantung hidup kepada mereka dalam pelbagai aspek, ini semua adalah antara agenda jahat musuh-musuh demi untuk menguasai kita umat Islam.

Realiti yang tidak dapat dinafikan bahawa umat Islam di negara kita khususnya sedang berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran yang amat mencabar seperti serangan fahaman songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian Islam. Malah, masih ada lagi pihak yang suka membawa isu khilafiah dalam ibadah sehingga mencetuskan perpecahan dalam masyarakat kita, walhal isu ini sudah lama dibincang dan diperdebatkan oleh ulama-ulama silam, sehinggakan seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ dan budaya pada hari ini, kita saling melabelkan serta tuduh-menuduh antara satu sama lain yang akhirnya membawa kepada perpecahan serta perbalahan yang amat membimbangkan. Inilah punca yang akan menambahkan lagi kecelaruan dan pergaduhan dalam masyarakat kita serta memudahkan lagi  laluan kepada musuh-musuh Islam untuk melemah dan menghancurkan kesatuan kita. Sedarkah kita semua bahawa musuh-musuh Islam pastinya sedang bergembira dengan perpecahan kita ini dan mereka sebenarnya sedang bertepuk tangan sambil menyorak kita semua. 

Menyedari betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka marilah kita sama-sama kita menambahkan lagi ilmu agama di dalam dada kita dengan cara kita berguru dengan guru yang benar, mempelajari kembali kitab-kitab kuning tinggalan ulama-ulama silam. Bukannya hanya berguru dengan google, whatsapp, telegram, atau facebook sahaja, agar akidah kita kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ajaran-ajaran yang boleh  menyeleweng dan menyesatkan kita dari jalan kebenaran. Marilah sama-sama kita duduk di dalam majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau untuk sama-sama kita menadah kembali kitab-kitab kuning atau kitab-kitab turath ini. Mudah-mudahan ada keberkatannya buat kita semua. Kita juga merayu agar pihak pemerintah serta pihak berkuasa bersikap tegas dalam menyekat ajaran-ajaran serta fahaman yang menyeleweng ini kerana sikap berbaik dan berlembut terhadap mereka akan membuka lebih banyak ruang untuk orang jahil lain untuk mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam. Kesan daripada kelembutan kita inilah, maka bertambah-tambahlah usaha jahat dari golongan liberal yang mahu menghalalkan serta mengiktiraf golongan transgender, sehingga mereka sanggup meletakkan agama Islam setaraf dengan agama yang lain dengan alasan dangkal mereka kononnya untuk memberi hak kebebasan kepada manusia. Sekatlah fitnah yang sedang berkembang ini sebelum ianya melarat, tegahlah setiap kemungkaran ini sebelum ianya semakin parah, cegahlah apa yang sedang berlaku hari ini sebelum ianya kian bercambah, dan kembalilah kita semua kepada ajaran Islam secara keseluruhannya, nescaya kita semua akan selamat dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :

Maksudnya : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    

Wednesday 19 November 2014

Khutbah : Nasib Umat Islam

اَلْحَمْدُ لِلَّه رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ ، وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ، إِتَّقُوا الله ! أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،  

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.                                                                 (al-Hasyr 18)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah [swt]. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya.

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Fussilat :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Manusia dipilih oleh Allah [swt] sebagai makhluk yang paling mulia di atas muka bumi ini serta diberi tugas untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang berat iaitu menyembah serta tunduk patuh kepada Allah [swt] serta memakmurkan dunia ini berasaskan kepada agamaNya. Al-Quran dikirimkan bersama-sama RasulNya Nabi Muhammad [saw] sebagai panduan dan pedoman utama dalam membimbing umat manusia agar tidak melakukan kerosakan atas muka bumi. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 12 surah Muhammad :

Maksudnya :  Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka (di akhirat nanti).
 
Al-Quran telah menjelaskan tentang matlamat dan cara hidup yang berbeza antara orang Islam dengan orang kafir. Matlamat hidup orang-orang yang beriman ialah sentiasa tunduk dan patuh beribadah kepada Allah [swt] dengan melaksanakan setiap titah perintahNya serta menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan. Manakala orang kafir pula sentiasa menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat utama dalam kehidupan mereka seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula selepas daripada kematian. Umat Islam diperintah dengan ibadah khusus yang teratur seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, Haji, Zakat dan juga ibadah-ibadah umum yang lain termasuk kerja dalam mencari nafkah, makan minum dan selainnya. Semua ini kita lakukan dengan mematuhi perintah agama dari segi halal dan haram, dosa dan pahala. Manakala orang-orang yang kafir pula hidup mereka mengikut hawa nafsu sebagaimana binatang sehingga tidak ada yang tidak boleh bagi mereka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Bagi kita orang-orang yang beriman meyakini bahawa setiap amalan yang kita lakukan di atas dunia ini pasti akan diberi balasan samada Syurga atau Neraka. Keimanan inilah yang mendatangkan sikap begitu cermat dalam mengatur kehidupan seharian kita agar selari dengan kehendak dan perintah Allah [swt] dan juga RasulNya. Malah segala nikmat yang Allah [swt] kurniakan samada sedikit atau banyak akan sentiasa kita syukuri, begitu juga musibah yang menimpa ke atas kita, akan sentiasa kita hadapi dengan penuh kesabaran kerana ia merupakan aturan Allah [swt] dalam menguji keimanan kita. Manakala bagi orang-orang kafir pula, dunia ini adalah segala-galanya buat mereka. Jika mereka tidak dapat mengecap atau memiliki nikmat dunia ini, samada takhta, harta dan sebagainya maka bagi mereka kehidupan dunia mereka sudah tidak ada gunanya lagi, sehingga ramai dari kalangan mereka yang sanggup membunuh diri apabila gagal dalam pelajaran, pekerjaan, rumahtangga atau perniagaan, kerana pada tanggapan mereka inilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Orang-orang kafir beranggapan bahawa mati adalah penamat segala-galanya tanpa berfikir tentang balasan akhirat yang sepastinya ada sekalipun mereka tidak mempercayainya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
 
Firman Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :

Maksudnya : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Matlamat hidup umat beriman ialah memastikan dunia ditadbir dengan adil mengikut acuan Agama Islam, kerana setiap kita bakal disoal tentang amanah yang dipertanggungjawab di dunia ini. Manakala orang kafir pula akan melakukan kerosakan di muka bumi dengan menaburkan pelbagai fitnah dan kejahatan yang boleh mendatangkan mudharat kepada umat manusia asalkan mereka dapat apa yang mereka kehendaki. 

Keamanan dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar Allah [swt] kepada kita semua kerana dengannya kita dapat melakukan urusan Agama serta kehidupan seharian tanpa sebarang ketakutan, kebimbangan. Hari ini, dunia kita tidaklah lagi seaman dahulu kala. Umat Islam di seluruh dunia terus menderita akibat peperangan, huru-hara, peperangan dan pergaduhan yang berterusan. Lihatlah nasib saudara kita di bumi Palestin, Syria dan juga negara-negara Islam yang lain bagaimana rakyat yang tidak berdosa, orang yang dhaif, anak-anak yang tidak berdaya, golongan wanita yang lemah sering menjadi mangsa. Mereka diseksa, dipukul, dianiaya, disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa ada belas kasihan. Keadaan huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan berterusan, pembunuhan kejam bukan saja memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian, malah boleh menjejaskan dan menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang prihatin, kita tidak seharusnya hanya menjadi penonton terhadap penderitaan, kezaliman dan kesusahan dialami mereka. Kita juga berperanan untuk membantu mereka samada dengan duit ringgit, tenaga, fikiran atau paling tidak pun doakanlah keamanan dan kesejahteraan mereka.

Situasi buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah agenda rapi musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Mereka sedang bersorak gembira di atas penderitaan umat Islam hari ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya. 

Mereka sememangnya tidak akan meredhai kita umat Islam, dan mereka sememangnya tidak akan berhenti daripada berusaha untuk melemahkan serta menghancurkan Islam dan umatnya hingga ke akar umbi. Inilah perancangan rapi yang sedang mereka laksanakan dan lebih malang lagi ialah apabila ada dari kalangan umat Islam sebahagiannya bersekongkol dengan mereka yang diibaratkan sebagai api dalam sekam.

Melemahkan kesatuan kita umat Islam, menyeleweng akidah dan pemikiran kita, , melemahkan sistem ekonomi umat Islam, kebergantungan umat Islam pada bangsa asing dalam pelbagai aspek antara factor, ini semua adalah antara agenda jahat musuh-musuh Islam demi melemahkan umat Islam.

Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini sebenarnya mempunyai hikmah dan pengajaran untuk dihayati. Realitinya, umat Islam di negara kita khususnya sedang berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran yang amat mencabar seperti serangan fahaman songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian Islam. Malah, masih ada lagi pihak yang suka membawa isu khilafiah dalam ibadah sehingga mencetuskan perpecahan dalam masyarakat kita, walhal isu ini sudah lama dibincang dan diperdebatkan oleh ulama-ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan kecelaruan dan pergaduhan dalam masyarakat serta memudahkan laluan kepada musuh-musuh Islam untuk melemahkan kesatuan kita. Sedarkah kita semua bahawa musuh-musuh Islam pastinya gembira dengan keadaan ini dan mereka sebenarnya sedang bertepuk tangan di atas perpecahan kita semua. 

Menyedari betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka marilah kita sama-sama kita menambahkan lagi ilmu agama di dalam dada kita dengan cara kita berguru dan bukannya setakat berguru dengan google, whatsapp, atau facebook sahaja, agar akidah kita kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ajaran-ajaran yang boleh  menyesatkan kita dari jalan kebenaran. Kita juga merayu agar pihak pemerintah serta pihak berkuasa bersikap tegas dalam menyekat ajaran-ajaran serta fahaman yang sesat ini kerana sikap berbaik dan berlembut terhadap mereka akan membuka lebih banyak ruang untuk orang jahil lain untuk mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam. Kesan daripada kelembutan kita maka bertambah-tambahlah usaha-usaha jahat dari golongan liberal yang mahu menghalalkan golongan transgender, murtad, zina, homeseks, lesbian, dedah aurat dan sebagainya. Sekatlah sebelum melarat, tegahlah sebelum parah, cegahlah sebelum ianya bercambah, dan kembalilah kepada Islam secara sempurna nescaya kita semua akan selamat dunia dan akhirat.