Saturday 19 April 2014

Khutbah : Fitnah Dajjal



اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

        ( الحشر 18 ) 
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan dan keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya : Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).  Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.   (Al-Baqarah 1-5)

Tidak ada sedikit pun keraguan bagi mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya terhadap apa jua berita yang datang dari Rasulullah SAW sekalipun kadang-kadang ianya sukar untuk diterima akal manusia yang serba lemah, kerana dengan iman tersebut kita menyakini bahawa segala apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW adalah perkara yang benar dan juga merupakan merupakan wahyu daripada Allah SWT.

Di antara apa yang telah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW ialah tentang tanda-tanda yang  akan muncul sebelum berlakunya qiamat. 

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA menceritakan:

“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Maka kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehinggalah kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda menyebutkannya (satu persatu): “Keluarnya asap, munculnya Dajjal, keluar binatang dari perut bumi, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam AS, Ya’juj dan Ma’juj, berlakunya tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab dan yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.                 Hadis Riwayat Muslim


Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kemunculan Dajjal sebelum berlakunya kiamat merupakan fitnah yang amat dibimbangi oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Bahkan Rasul-rasul yang terdahulu juga sedemikian. Nabi SAW menyatakan di dalam sebuah hadis,

مَا مِنْ نَبِيٍّ إلَّا وَقَدْ أنْذَرَ أُمَّتَهُ الأعْوَرَ الْكَذَّابَ ، إنَّهُ أعْوَرُ وإنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأعْوَرَ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ "ك ف ر " . 
  
Maksudnya : Tidak seorang pun daripada kalangan para Nabi melainkan mereka telah memberi amaran dan peringatan bagi umat masing-masing akan kedatangan Dajjal yang buta sebelah mata. Dan sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) tidak buta, lagi tertulis di antara dua matanya “Kaf Fa Ro” yakni kufur. 

Tiga tahun sebelum kemunculan Dajjal, kehidupan manusia akan dilanda kesusahan, kesempitan dan kelaparan disebabkan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada tahun pertama kemunculan Dajjal, satu pertiga langit tidak akan menurunkan air  hujan dan satu pertiga tumbuh-tumbuhan pula tidak akan tumbuh. Kemudian pada tahun kedua kemunculan Dajjal akan bertambah lagi dua pertiga langit tidak menurunkan hujan. Manakala pada tahun ketiganya pula, langit langsung tidak menurunkan air hujan hingga menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan dan binatang akan mati kelaparan. Rasulullah SAW menyatakan bahawa bekalan makanan manusia yang beriman pada waktu itu ada bacaan tahlil, tasbih, tahmid dan takbir.

Dajjal akan muncul di suatu tempat yang sunyi di antara bumi Syam dan Iraq lalu dia merusuh ke kanan dan ke kiri dan kemudiannya Dajjal akan mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Kata Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahiliy;
“Pada awalnya Dajjal akan mengaku dirinya sebagai Nabi . Ingatlah, tidak ada lagi Nabi sesudah aku (kata Nabi SAW). Setelah itu dia akan mengaku  dirinya sebagai Tuhan. Ingatlah Tuhan yang sebenar tidak mungkin kamu dapat lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah tidak cacat, bahkan Allah tidak sama dengan yang baharu. Di antara dua matanya tertulis perkataan ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh setiap mu’min yang pandai membaca atau yang buta huruf”

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Tidak ada satu tempat yang tidak pernah dimasuki oleh Dajjal kecuali dua tempat iaitu Makkah dan Madinah. Diriwayatkan juga bahawa Dajjal tidak akan dapat memasuki empat buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi, Masjid Thur dan Masjid Al-Aqsa. Sabda Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah;

“Bumi yang paling baik adalah bumi Madinah. Sewaktu kedatangan Dajjal nanti ia dikawal oleh Malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah dan ketika kemunculan Dajjal, bumi Madinah akan bergegar sebanyak tiga kali”

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Dajjal adalah pembawa fitnah yang paling besar di antara fitnah-fitnah yang ada sejak Allah SWT mencipta Nabi Adam AS hinggalah kepada hari kiamat. Dajjal akan mendatangi setiap kaum dan mengajak kaum tersebut supaya beriman kepadanya dan mengaku dia sebagai Tuhan, lalu mereka pun beriman kepadanya. Maka diberikan kepada kaum tersebut air hujan dan bumi yang subur. Kemudian di datangi pula kaum yang lain dan dia mengajak mereka untuk beriman dengannya lalu kaum tersebut menolak ajarannya, maka Dajjal pun berlalu pergi dari mereka. Keesokan paginya, negeri mereka menjadi kering kontang dan semua kekayaan mereka habis. Inilah fitnah yang amat ditakuti. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Nabi SAW ada menyatakan bahawa;

“Dan di antara fitnahnya ialah Dajjal akan berkata kepada orang-orang Arab kampung, ‘Bagaimana pendapatmu jika aku membangkitkan ayahmu dan ibumu, apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu?’. Maka mereka menjawab, ‘Ya’, Kemudian dua syaitan yang merupakan diri dengan ayahnya dan ibunya, lantas keduanya berkata; ‘Wahai anakku, ikutilah dia (Dajjal) sesungguhnya dia adalah Tuhanmu”.     (Ibnu Majah)

Dajjal memiliki sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia diizinkan Allah untuk memerintahkan langit untuk menurunkan air hujan maka turunlah air hujan sebagai ujian kepada umat manusia. Dia juga diizinkan Allah memerintahkan bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya sebagai fitnah kepada umat manusia. Dajjal juga dapat melintasi bumi dari satu tempat menuju ke tempat yang lain dengan pantas dan luar biasa bagaikan hujan yang ditiup angin kencang. Ini semua adalah fitnah yang akan lahir bersama-sama dengan Dajjal untuk menyesatkan umat manusia untuk sama-sama mengikutnya.  Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Huzaifah,

لَأنَا أعْلَمُ بِمَا مَعَ الدَّجَّالِ ، مِنْهُ مَعَهُ نَهْرَانِ يَجْرِيَانِ ، أحَدُهُما رَأْيَ الْعَيْنِ مَاءٌ أبْيَضُ ، والآخرُ رَأْيَ الْعَيْنِ نَارٌ تأجَّجَ ، فأمَّا أدْركَهُ أحَدٌ فَلْيَأتِ النَّهْرَ الَّذِى يَرَاهُ نَارًا وَلْيُغَمِّضْ ثُمَّ لْيُطَأْطِئْ رَأْسَهُ ، فَيَشْرَبَ مِنْهُ فَإنَّهُ مَاءٌ بَارِدٌ .  
 
Maksudnya : Sesungguhnya aku sangat-sangat mengetahui tentang perkara (fitnah) yang ada bersama-sama Dajjal. Setengah daripada fitnahnya ialah, bersama-samanya dua sungai yang mengalir deras. Salah satunya Nampak di mata seperti air yang putih jernih, dan yang satu lagi pula kelihatan seperti api yang bernyala-nyala. Maka apabila seseorang (daripada kamu) menghadapinya maka hendaklah dia pergi ke arah sungai yang kelihatan seperti api yang bernyala, kemudian pejamkan matanya, kemudian hantukkan dengan kepalanya, maka minumlah daripadanya kerana bahawa sesungguhnya ianya air yang sejuk (bukannya api sebagaimana yang dilihat oleh matanya). [1]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
 
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Nawwas bin Sam’an RA, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai Dajjal. Kata mereka;

“Ya Rasulallah, berapa lamakah Dajjal tinggal di bumi?”, lalu Baginda menjawap, “selama 40 hari, sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, dan sehari lagi seperti seminggu, dan hari-hari lainnya seperti hari-harimu (seperti hari-hari biasa)”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimanakah kecepatan bumi?”, Baginda menjawab, “Seperti hujan ditiup angin kencang. Lalu ia mendatangi suatu kaum dan diajaknya kaum itu, kemudian mereka mempercayainya dan memenuhi seruannya”.     (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Kesemua Rasul dan Nabi telah pun memberi amaran dan peringatan kepada umat masing-masing tentang kemunculan fitnah Dajjal. Bahkan Rasulullah SAW telah pun menjelaskan kepada kita tentang bagaimanakah ciri-ciri Dajjal dan juga rupa bentuk fitnah yang dibawanya agar kita semua sentiasa berwaspada dengannya. 

Seandainya kita ditakdirkan Allah sempat hidup pada waktu kemunculan Dajjal, maka hendaklah kita perbanyakkan memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah yang besar ini. Di antara cara untuk berlindung daripada fitnah ialah berpegang teguh dengan ajaran Islam serta mempertingkatkan keimanan kita semua. Dekatkanlah diri kita dengan Allah, tunaikan segala kewajipan kita terhadap Allah, baca dan hayati isi kandungan kitab suci Al-Quran Al-Karim, hadiri kelas-kelas pengajian agama untuk menambah ilmu di dalam dada kita. Dengan cara ini kita akan dapat tahu bahawa Dajjal juga adalah makhluk Allah yang biasa yang makan dan minum seperti kita sedangkan Allah Maha Suci daripada semua itu.

Antara lain ialah  sebagaimana yang diajar oleh Baginda Nabi SAW melalui sabdanya ;

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ ، إنَّ الرَّجُلَ لَيَاْتِيْهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمّا يَبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ . 

Yang bermaksud : Siapa-siapa yang telah mendengar tentang kemunculan Dajjal, maka hendaklah dia menjauhkan dirinya bersembunyi daripada Dajjal. Demi Allah, ada seseorang yang mendatangi Dajjal dan menyangka bahawa dia beriman tetapi kemudian dia menjadi pengikut Dajjal disebabkan banyak syubahat dan kesamaran bersamanya.

Tempat yang terbaik untuk bersembunyi adalah di dua kota yang tidak akan mampu dimasuki oleh Dajjal iaitu Kota Makkah dan Kota Madinah dan beberapa buah masjid iaitu Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi, Masjid Thur dan juga Masjid Al-Aqsa. 

Seandainya kita tidak mampu, maka jadikanlah 10 ayat yang pertama dan 10 ayat yang terakhir daripada Surah Al-Kahfi sebagai amalan harian kita untuk menjadi perisai terhadap fitnah Dajjal. Baca dan hayati maknanya. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah dan di antara doanya ialah sebagaimana dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas RA. Kata Ibnu Abbas RA bahawasanya Nabi SAW mengajar para sahabat akan doa ini sebagaimana Nabi mengajar Al-Quran kepada mereka. Kata Nabi SAW “bacalah kamu semua” ;

الَّلهُمَّ إنِّي أعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَأعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ المسِيْحِ الدَّجَّالِ ، وأعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَاْلممَاَتِ  
  
“Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam, dan dari azab kubur, dan dari seburuk-buruk fitnah Dajjal dan dari fitnah hidup dan mati” 

Saudara-saudara sidang Jumaat yang dikasihi,

Dajjal akan mati di tangan Nabi Isa AS. Ketika turunnya Nabi Isa AS, Dajjal berada di sekitar Baitul Maqdis, kemudian Nabi Isa AS bertemu dengan Dajjal di pintu Lud yang ada pandangan mengatakan bahawa sekarang ini pintu tersebut berada di sekitar lapangan terbang Israel. Ketika Dajjal melihat Nabi Isa AS, maka Nabi Isa berkata kepadanya 

“Aku akan memukul engkau dan engkau tidak akan dapat melarika diri daripadaku”

Kemudian Nabi Isa AS mengejar Dajjal dan membunuhnya. Pengikut-pengikut Dajjal juga lari bertempiaran kerana dikejar oleh orang-orang mu’min sehinggakan pohon-pohon kayu akan berbicara,

“Wahai orang muslimin, wahai hamba Allah, ini dia orang-orang Yahudi berada di belakangku, marilah kamu bunuhlah mereka”. [2]

Dengan kematian Dajjal maka berakhirlah fitnah yang terbesar itu dan Allah menyelamatkan orang-orang yang beriman.

Maksudnya : Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan Kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".   (Al-Ana’m 158)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

الخطبة الثانية :
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك  كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ، أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت . آمين يا رب العالمين .
اللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ، ونعوذبك من عذاب القبر ، ونعوذبك من فتنة المسيح الدجال ، ونعوذبك من فتنة المحيا والممات    
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    





[1] Kitab Pengingatan Muslimin Bagi Asyrat As-Saa’h Akhir Zaman, Haji Wan Ali Al-Jambawi, MS12
[2] Kisah ini seperti dalam kitab ‘An-Nihayah Fi Al-Fitan Wa Al-Malahim yang diceritakan oleh Imam Ahmad.