Wednesday 16 January 2013

Khutbah : Melampau Di Bumi



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku siding Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-28  surah as-Syura :

Maksudnya:  Dan jika sekiranya Allah swt memewahkan rezeki kepada sekalian hambaNya nescaya mereka akan melampaui batas di muka bumi ini (dengan perbuatan liar). Tetapi Allah swt menurunkan rezeki itu mengikut kadar tertentu sebagaimana yang dikehendakinya. Sesungguhnya Dia mengetahui secara mendalam tentang keadaan hambaNya lagi Maha Melihat dengan nyata. Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan ingatlah bahawa Dialah Pengawal yang melimpahkan ihsanNya lagi Amat Terpuji.
           
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Nikmat kurniaan Allah swt kepada seluruh makhluk ciptaanNya amat banyak sehinggakan tidak mungkin mampu dihitung jumlahnya. Setiap anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh rasa syukur dan terima kasih, dan apa yang lebih penting ialah ianya mestilah digunakan kearah  memperbanyakkan lagi ibadah serta ketaatan kepada Allah swt pada setiap masa dan ketika. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah swt ke atas hambaNya adalah bergantung kepada baiknya amalan kita terhadapNya. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit adalah disebabkan manusia sentiasa berusaha untuk menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada jalan Islam yang sebenar. 

Sebagai manusia, kita sentiasa berdoa memohon dan menaruh harapan kepada Allah agar rezeki yang kita perolehi itu ada bersama-samanya  keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. Di samping itu, kita juga mengharapkan agar Allah swt tidak menjadikan rezeki yang kita terima sebagai suatu pemberian yang tidak ada bersamanya keberkatan dan keredhaan darinya yang mana akhirnya menyebabkan kita mendapat kerugian di dunia dan juga akhirat,والعياذ بالله من ذلك.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
           
Ketika kita dianugerahkan rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah swt menahan nikmatNya sebagai satu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan keredhaan manusia dalam menghadapi bala’ tersebut, ataupun ianya juga merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan melampau agar kembali kepada Allah swt. Antara bentuk bala’ daripada Allah swt ialah, Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sehingga menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok-pokok dan tanam-tanaman turut kekeringan dan sebagainya.

Islam memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Antara apa yang diajar oleh Islam ialah perbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan dari Allah swt di atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan. Kemudian dalam masa yang sama jangan pula kita campur adukkan antara ibadah dan maksiat sehingga menjadi punca kepada lebih banyak bala’ Allah swt yang turun seumpama penganjuran pesta-pesta dan program-program yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang mana ianya menjadi bukti bahawa kita tidak bersungguh-sungguh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah swt.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah :

[1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan mereka akan ditimpa penyakit berjangkit yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain.
[2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan dalam perniagaan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
[3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah swt.
[4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah swt dan rasulNya melainkan Allah swt akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
[5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12  surah Nuh :

Maksudnya:  Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.

Sidang Jumaat yang moga-moga dirahmati Allah,

Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah swt dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah, maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menjadi punca kepada turunnya sesuatu bala’ daripada Allah swt. Apa yang lebih penting ialah, kita hendaklah istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar serta menghindarkan diri dari segala jalan yang membawa kepada kesesatan serta mengundang kemurkaan Allah swt.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16  surah al-Jin ,

Maksudnya:  Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka.  

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Kebatilan dan maksiat hendaklah ditentang dengan penuh ketegasan sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan dari Allah swt. Takut untuk menegur serta mencegah segala bentuk kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita akan mengundang bala’ dari Allah swt, dan apabila telah turun bala’ dari Allah maka ianya akan menyeluruh bukan tertentu kepada pembuatnya sahaja.

Firman Allah dalam ayat 55-56 surah al-A’raf :

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah S.W.T memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan penuh perasaan takut dan mengharap. Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T amat dekat kepada mereka yang berbuat baik.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


وقف جبريل أو ما يسمى بوقف النبوي


بسم الله الرحمن الرحيم
 
وقف جبريل او ما يسمى الوقف النبوي ، قيل إن من بركة العلم نسبة القول إلى قائله ، وقد نقل عن أكثر من واحد من الثقات أن من أنواع الوقف على الكلمات القرآنية الوقف المنسوب إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو المسمى بوقف السنة أو الوقف النبوي أو وقف جبريل .وأكثره لا يكون على رؤوس الآي وقد يكون على راس اية كما سيتضح في بعض المواضع.
وهذا النوع من الوقف ينبغي الوقف عليه والبدء بما بعده . وقد ورد بالرواية عن رسول الله نقلا عن جبريل عليه السلام
والاولى فيه الاتباع والاقتداء بسنة المصطفى صلى الله عليه وسلم 
ونبين في هذا الإيجاز ما نقل عن العلماء في هذا الموضوعوهم فيه على آراء

(أولا) نقل صاحب منار الهدى في بيان الوقف والابتدا عن العلامة السخاوي أن الوقوف هذه عشرة سمى بعضها بوقف جبريل أي ما كان سيدنا جبريل عليه السلام يقف عليه وعلمه للنبي وكما أورد العلماء أن الوقف يكون على هذه الكلمات ويبتديء القارئ من بعدها.
 
والوقوف التي ذكرها السخاوي هي :-
 1.  فاستبقوا الخيرات (البقرة والمائدة)
2. 
قل صدق الله (ءال عمران)
3. 
سبحانك ما يكون لي أن أقول ما ليس لي بحق (المائدة)
4. 
قل هذه سبيلي أدعوا إلى الله (يوسف)
5.
كذلك يضرب الله الأمثال (الرعد)
6. 
والأنعام خلقها (النحل)
7. 
افمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا (السجدة)
8.
ثم أدبر يسعى فحشر (النازعات)
9.
ليلة القدر خير من ألف شهر  (القدر)