اَلْحَمْدُ
ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ
عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ،
َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ
شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ
وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
( الحشر 18 )
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan
hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu
sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya
berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama
kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah
perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan
dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan dan keselamatan
hidup di dunia dan juga di akhirat.
Syeikh
Daud Abdullah Al-Fathoni RH di dalam kitabnya “Munyatul Musolli” pada
“Bab Meninggal Sembahyang Lima Waktu Dosa Besar” menjelaskan bahawa,
“Meninggalkan
sembahyang adalah semungkar-mungkar perkara yang mungkar, sebesar-besar
dosa yang ada dan sekeji-keji benda yang haram. Pihak pemerintah
menanggung beban kerja yang berat dan dosa yang besar jika rakyat jelata
tidak menghiraukan pekerjaan agama lebih-lebih lagilah sembahyang lima
waktu dan sembahyang Jumaat sebagaimana yang diperintahkan oleh
syara’”.[3]
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddassir ayat 42-45,
Yang
bermaksud : (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka
berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?",
orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam
kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;, "Dan kami tidak
pernah memberi makan orang-orang miskin;, "Dan Kami dahulu selalu
mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama
orang-orang yang memperkatakannya.
Sebahagian
ulama’ mengatakan bahawa orang-orang yang meninggalkan solat akan
dikumpulkan di akhirat nanti bersama tokoh-tokoh penderhaka kepada
Allah. Jika dia meninggalkan solat kerana disibukkan oleh harta
kekayaannya, maka dia akan dikumpulkan bersama-sama Qarun. Jika dia
meninggalkan solat kerana sibuk dengan kekuasaan atau pemerintahannya
atau kerajaannya maka dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Firaun.
Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan pentadbiran atau
parlimennya maka dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Haman. Jika
dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan perdagangannya, maka
dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Ubay bin Khalaf yang merupakan
seorang pedagang kafir yang berjaya di Makkah. [4]
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Sebahagian
ulama’ mengatakan bahawa tersebut di dalam keterangan hadis bahawa
orang yang mengerjakan solat, maka Allah SWT akan memuliakannya dengan
lima perkara;
1. Dibebaskannya daripada kehidupan yang susah
2. Dibebaskannya dari seksaan kubur
3. Buku catatan amalnya diberikan Allah dan diterima olehnya dengan tangan yang kanan
4. Dia akan melalui titian sirath laksana kilat
5. Dia akan masuk ke syurga tanpa hisab
Manakala
mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT menjanjikan untuknya lima
belas seksaan. Lima seksaan dikenakan ketika di dunia iaitu;
1. Dicabut keberkatan umurnya
2. Tidak ada tanda-tanda orang yang soleh di wajahnya
3. Segala amal lain yang dilakukannya tidak akan diberi pahala
4. Doanya tidak diangkat ke langit
5. Dan tidak ada untuknya bahagian dari doa-doa orang yang soleh
Kemudian tiga jenis seksaan menjelang kematiannya;
1. Matinya dalam keadaan yang hina
2. Matinya dalam keadaan lapar
3.
Matinya dalam keadaan dahaga dan jika diberi minum kepadanya sebanyak
air di lautan sekalipun pasti tidak akan dapat menghilangkan dahaganya
Kemudian tiga jenis seksaan ketika di dalam kuburnya;
1. Kuburnya menjadi sempit sehingga remuk tulang-tulang rusuknya
2. Dibakar di dalam kuburnya siang dan malam
3.
Akan diserahkannya kepada seekor ular yang bernama ‘Syuja’ Al-Aqra’’ ,
mata ular tersebut menyemburkan api, suaranya kuat laksana petir yang
menyambar dan dia akan berkata, “Aku mendapat perintah dari Tuhan untuk
mengajarmu kerana kesalahan kamu mensia-siakan solat Subuh sehingga
terbit matahari. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah
mensia-siakan solat Zohor sehingga Asar. Aku diperintah menyeksamu
kerana kamu mensia-siakan solat Asar hingga Maghrib. Aku diperintah
menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat Maghrib hingga Isya’.
Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat Isya’
hinggalah terbitnya Fajar”. Setiap kali dipatuk oleh ular tersebut maka
terbenamlah dia ke dalam perut bumi sedalam 70 hasta. Maka diseksa dia
di dalam kubur sehinggalah kepada hari kiamat.
Manakala seksa ketika bangun dari kubur;
1. Dia akan melalui suasana hisab atau perhitungan yang amat berat
2. Dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT
3. Allah tidak memandangnya dengan pandangan rahmat
4. Akhirnya diseret dia untuk dihumban ke dalam api neraka
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Diceritakan
oleh sebahagian ulama’ dahulu bahawa ada seorang perempuan yang mati
lalu dikebumikan oleh saudaranya. Semasa pengkebumian tersebut,
saudaranya tidak sedar bahawa kantung yang berisi duitnya atau dompetnya
telah terjatuh ke dalam kubur tersebut sehinggalah setelah semua orang
bersurai barulah saudaranya tersebut sedar bahawa dompetnya telah
terjatuh ke dalam kubur tersebut. Lalu saudaranya kembali ke kubur
tersebut dan menggalinya semula kubur tersebut. Belum pun dalam dia
menggali, tiba-tiba terkeluar semburan api dari dalam kubur saudara
perempuannya itu. Lalu dia membatalkan niatnya untuk terus menggali, dan
dia terus pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya. Dia bertanya
kepada ibunya, “Wahai ibu, ceritakan kepadaku tentang saudara
perempuanku yang meninggal itu. Apakah yang telah dia lakukan semasa dia
hidup dahulu?”. Lalu ibunya bertanya, “Kenapakah kamu bertanya
sedemikian?”, lalu dia berkata, “wahai ibu, aku melihat semburan api
keluar dari lubang kuburnya sewaktu aku pergi untuk menggali semula
kuburnya”. Lalu ibunya berkata sambil menangis, “wahai anakku, saudara
perempuanmu itu selalu meringan-ringankan solatnya sehingga
kadang-kadang terkeluar dari waktunya”. [5] Firman Allah SWT,
Yang
bermaksud : Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang ,
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya;
Berkata Ibnu Abbas RA,
“Adapun
yang dimaksudkan dengan ‘wail’ itu ialah satu wadi yakni kawasan yang
dalam antara dua gunung di dalam neraka jahannam. Wadi ini menjadi
tempat kediaman buat mereka yang melewat-lewatkan solat dari waktunya”.
[6]
Demikianlah balasan
untuk mereka yang sengaja melewat-lewatkan atau menangguh-nangguhkan
solatnya sehingga terkeluar daripada waktunya. Bagaimanakah pula balasan
azab seksaan untuk mereka yang langsung tidak menunaikan solat?, sudah
tentulah jauh lebih berat dan jauh lebih dahsyat dari itu. Oleh yang
demikian, jagalah solat dalam kehidupan kita dan juga ahli keluarga
kita. Letakkan solat ini sebagai satu urusan yang terpenting dalam hidup
kita. Jangan kerana sibuk dengan urusan dunia maka solat diabaikan.
Wahai
saudara-saudaraku yang beriman!, beranikah lagi saudara meninggalkan
atau mengabaikan solat lima waktu dengan gambaran seksaan yang telah
diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW?. Tidak seorang
pun yang berani meninggalkan solat lima waktu melainkan orang itu tidak
mempunyai iman. [7]
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Syeikh Daud Abdullah al-Fathoni di dalam kitabnya ‘Munyatul Musolli’ menyatakan bahawa;
“Ada beberapa orang Sahabat dan Salafus Soleh (yakni generasi awal orang-orang soleh) berkata;
“Aku
tidak terdengar mana-mana Sahabat yang berkata jika meninggalkan
sesuatu amalan menjadi kafir, melainkan meninggalkan solat”
Kata Syeikh Daud Abdullah Fathoni lagi,
“Kita
wajib memaksa ahli keluarga, anak-anak dan orang-orang di bawah jagaan
kita supaya mendirikan solat dan jangan biarkan mereka menguzurkan diri.
Dan bagi mereka yang tidak mematuhi suruhan maka hendaklah kita
menakutkan mereka, memaksa dan memarahi mereka dengan bersungguh-sungguh
seolah-olah mereka telah merosakkan harta benda milik kita. Jika kita
tidak bertindak demikian maka kita dikira sebagai orang yang
meringan-ringankan tuntutan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya orang yang
mengabaikan tuntutan Allah lebih-lebih lagilah solatnya, maka orang ini
tidak ada kebajikan darinya serta tidak ada keberkatan untuk kita hidup
bersama-sama dengannya kerana mereka ini telah melanggar perintah Allah
dan rasulNya”. [8]
وأمر أهلك بالصلوة واصطبر عليها، لا نسئلك رزقا نحن نرزقك والعاقبة للتقوى
Yang
bermaksud : dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami
tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang
yang bertaqwa. (Thahaa 132)
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ