Tuesday 14 July 2015

Khutbah Raya Idilfitri 1436 Hijri



اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا ، والحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  ، الحَمْدُ للهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ ، وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ،  اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  ، أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا أَيُّهَا المسْلِمُوْنَ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ ، وَلا تمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah [swt] dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya dan menjauhi setiap  larangan dan tegahanNya, sesungguhnya berjayalah mereka yang bertakwa dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Pada hari yang mulia ini, hari Jumaat, semua umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan 1 Syawwal 1436 Hijriyy dengan gemaan suara takbir, tahmid dan tahlil sebagai tanda kesyukuran serta membesarkan Allah [swt]. Ia juga suatu kemenangan bagi kita semua kerana telah berjaya menempuh satu ujian yang besar terhadap hawa nafsu kita, iaitu ujian Ramadhan selama sebulan. Kita Berjaya mengharungi sebulan Ramadhan dengan penuh kesabaran dan ketaatan semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah [swt].

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

`Idul Fithri merupakan suatu anugerah istimewa dari Allah [swt] kepada kita semua setelah sebulan kita bersama-sama menjalani ibadah puasa sebagai menjunjung dan mentaati perintahNya. Kita penuhkan Ramadhan kita baru-baru ini dengan ibadah wajib dan sunat, berpuasa di siang harinya, bertaraweh dan bertadarus Al-Quran di malam harinya. Mudah-mudahan semua ini akan diterima oleh Allah [swt] dan dikira sebagai amal soleh untuk kita jadikan sebagai bekalan kita di akhirat sana.  
Hari ini hari kemenangan dan kegembiraan buat kita semua. Walaubagaimanapun ini bukanlah bererti kita bebas sebebas-bebasnya untuk bersuka ria sehingga melanggar had sempadan agama. Ingat, bila dan di mana pun kita berada, kita tidak akan sama sekali terlepas daripada tanggungjawap untuk menjaga dan memelihara setiap tuntutan agama. Jangan sampai kita sibuk berhari raya sehinggakan tertinggal solat dan sebagainya. Kita dibenarkan berpakaian serba cantik, tetapi ingat, syara` tetap mewajibkan kita untuk menutup `aurah dengan sempurna. Kita digalakkan ziarah menziarahi, tetapi ingat jangan sampai ada yang berdua-duaan membonceng motosikal atau kereta sehingga membawa kepada fitnah zina dan sebagainya.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

Kepada kaum lelaki, satu perkara yang perlu diingatkan bahawa, hari ini juga merupakan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Ingatlah, kita ada lagi satu kewajipan selepas ini,  iaitu menunaikan solat fardhu Jumaat. Para `ulama’ dalam mazhab kita Syafie mengatakan bahawa, kewajipan fardhu Jumaat hanya gugur untuk mereka yang tinggal terlalu jauh daripada masjid atau disebut sebagai Ahlul Qura, dan dia pula keluar untuk menunaikan solat sunat hari raya sebelum daripada fajar atau sebelum subuh, maka syara` memberikan rukhsoh atau kelonggaran kepada golongan ini untuk tidak hadir solat Jumaat disebabkan kesusahan ke atas mereka. Adapun kita yang rata-ratanya, bahkan boleh dikatakan hampir kesemuanya tinggal berdekatan dan berhampiran dengan masjid, lagi pula kita ada kenderaan yang memudahkan kita untuk datang dan sampai ke masjid, maka kata `ulama’, kita masih wajib melaksanakan solat fardhu Jumaat. Tidak ada alasan untuk kita tidak  hadir menunaikan solat Jumaat pada hari ini.

Di antara perkara yang sangat-sangat dituntut di dalam agama kita ialah menziarahi kubur. Pada awal-awal Islam dahulu sememangnya Baginda Nabi [saw] menegah para sahabat daripada menziarahi kubur kerana bimbang mereka akan melakukan perkara-perkara yang pernah mereka lakukan ketika di zaman jahiliyyah. Akan tetapi selepas daripada itu Baginda Nabi [saw] menyuruh para sahabat dan termasuklah kita semua untuk sentiasa menziarahi kubur, kerana ianya akan menyedarkan kita serta mengingatkan kita tentang kematian. Sabda Nabi [saw] ;

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْر ،ِ فَزُوروْهَا فَإنَّهَا تُزَهِّدُ فِى الدُنْيَا وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ [1]

Ertinya : “Telah melarang aku akan kamu daripada menziarahi kubur-kubur, yakni pada masa baru-baru Islam itu, maka hendaklah menziarah kamu akan dia [ kubur ],  maka bahawasanya enziarahi kubur itu akan menzahid ia pada dunia dan mengingat ia akan akhirat”.

Di antara doa yang dianjurkan kepada kita ketika menziarahi kubur ialah ;

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ ، غَدَا مُؤَجَّلُوْنَ ، وَأَتَاكُمْ مَّا تُوْعَدُوْنَ ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ ، أَنْتُمْ لَنَا سَلَفٌ وَنَحْنُ لَكُمْ تَبَعٌ ، نَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ ، اللهُمَّ اغْفِرْلَنَا وَلَهُمْ [2]

Satu amalan yang baik yang diamalkan dalam masyarakat sejak turun-temurun, iaitu selepas daripada solat sunat `Idil Fithri, maka kita akan menziarahi pusara atau kubur ibu, ayah dan saudara mara kita untuk mendoakan kesejahteraan buat mereka di sana dan juga sebagai tanda yang kita semua masih ingatkan mereka. Mudah-mudahan dengan sedikit doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang kita sedekahkan kepada mereka, akan meringankan bebanan hidup meeka di sana.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

Sebulan berada bersama-sama Ramadhan sepatutnya sudah cukup untuk mentarbiah serta mendidik kita untuk menjadi manusia yang baik dan mendekatkan dengan Allah [swt]. Di bulan Ramadhan kita menjaga solat dengan begitu baik, di bulan Ramadhan kita amat menepati masa terutamanya ketika berbuka puasa sehinggakan tepat sahaja masuk waktu berbuka maka terus kita berbuka tanpa berlengah-lengah, di bulan Ramadhan kita datang beramai-ramai ke masjid bahkan kita duduk di masjid hingga lewat malam. Ini semua sepatutnya tidak berakhir dengan berakhirnya Ramadhan, bahkan sepatutnya kita teruskan hingga bulan-bulan yang lain. Masjid bukan hanya untuk diimarahkan pada bulan Ramadhan, bahkan perlu diimarahkan sepanjang masa. Marilah sama-sama kita makmurkan masjid kita sepanjang masa dengan kita hadir berjamaah, mendengar majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Apa yang kita lakukan ini adalah untuk bekalan akhirat kita.



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

Hari raya adalah medan terbaik untuk kita sama-sama kembali mengeratkan hubungan sesama kita. Jika ada perselisihan faham, perbezaan pandangan yang kadang-kadang menyebabkan kita bermusuh-musuhan sesama kita, maka inilah saat yang terbaik untuk kita kembali menjernihkan keadaan dan suasana. Buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. Jangan kerana dendam kesumat, perbezaan pandangan dan pendapat menyebabkan kita berpecah antara satu sama lain.
Gunakan kesempatan Hari Raya ini terutamanya bagi mereka yang jarang kembali ke kampung halaman untuk mempereratkan semula tali silaturrahim sesama kita. Ziarahilah kaum kerabat dan sahabat handai, khususnya mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan ayah atau ibu kita yang telah pergi ke Alam Baqa. Rasulullah [saw] pernah ditanya ;

“Bolehkan aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku yang telah meninggal dunia?”.
 
Jawab Baginda Nabi [saw] yang bermaksud ;

“Ya, dengan kamu memperbanyakkan doa dan istighfar untuk mereka, menunaikan janji dan wasiat mereka, menghubungkan tali silaturrahim dengan orang-orang yang tak sampai hubunganmu dengan mereka melainkan dengan perantaraan mereka, dan memuliakan kawan-kawan mereka yang masih hidup”.

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَر, اللهُ أَكْبَر, اللهُ أَكْبَر, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَر, وَللهِ الْحَمْدُ.

الْحَمْدُ للهِ الَّذِى لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الأَخِرَةِ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه , وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ الْخَلائِقِ وَالْبَشَرِ . اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ ,  فَيَا عِبَادَ اللهِ , أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فِى كُلِّ وَقْتٍ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Hari ini kita berkumpul dalam satu perhimpunan besar sebagai tanda kesyukuran kepada Allah [swt] kerana berjaya melaksanakan perintahNya. `Idil Fithri mengingatkan kita kepada ni`mat agama Islam yang menghimpunkan hati kita dalam perpaduan ummah yang kukuh. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama meneruskan azam dan tekad untuk tetap berada dalam ikatan persaudaraan Islam yang sejati dengan melakukan amalan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan di hari raya ini agar kemesraan terus berkekalan.

Dalam sebuah hadis, Baginda Rasulullah [saw] bersabda  ;

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا ، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَآبُّواْ ، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَىْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ.

Maksudnya : “ Dan demi nyawaku yang dalam genggamanNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman sepenuhnya, dan kamu tidak beriman sehingga kamu sayang menyayangi antara kamu, apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang mana jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam di kalangan kamu.”                         
( Riwayat Muslim )

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Dalam merayakan hari yang mulia ini, marilah kita raikan kegembiraan ini dengan cara yang sederhana,  terutama dalam menyediakan juadah makanan. Jangan sampai kita melampau atau melakukan pembaziran. Begitu juga ketika mana kita berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan, menghadiri rumah terbuka dan sebagainya perlulah dibatasi oleh landasan syariat. Pergaulan antara lelaki dan perempuan mestilah terkawal, batasan aurat hendaklah dipelihara, elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak selari dengan kehendak Islam, kerana ini semua akan mencemarkan kesucian `Idil Fithri yang kita rayakan.

Akhirnya, setelah bergembira merayakan `Idil Fithri, sama-samalah pula kita teruskan semangat Ramadhan yang tertanam di jiwa dengan melaksanakan puasa sunat di bulan Syawwal atau yang kita istilahkan sebagai ‘puasa enam’ sebagaimana yang dituntut kepada kita untuk melakukannya. Sabda Rasulullah [saw] yang berbunyi ;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ


Maksudnya : “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun ”.
اللهُ أَكْبَر ، اللهُ أَكْبَر ، اللهُ أَكْبَر ، وَللهِ الحَمْد

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الصَّحَابَةِ وَالْقَرَابَةِ أَجْمَعِيْنَ ، وَعَنِ التَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَات ، اللَّهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ عَلَى السَّلاَطِيْنِ الْكِرَامِ وَوُلاَةِ الْمُسْلِمِيْنَ الْعِظَامِ ، الَّذِيْنَ قَضَوْ بِالْحَقِّ وَبِهِ كَانُوا يَعْدِلُوْنَ ،

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مَالِيْزِيَا وَسَائِرَ بِلاَدِ الْمُسْلِمِيْنَ طَيِّبَةً آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً رَخِيَّةً ، رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا  بِالْحَّقِ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ ، رَبَّنَا لاَتُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً ، إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ، رَبَّنَا آتِنَا فىِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ ، وَإِيْتَآئِ ذِى الْقُرْبىَ ، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ ، فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوْهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
 
اللهُ أَكْبَرْ ، اللهُ أَكْبَرْ ، اللهُ أَكْبَرْ ، لاَ إِلَهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرْ ، اللهُ أَكْبَرْ وَللهِ الْحَمْدُ .



[1]  _ باب ما جاء في الرخصة في زيارة القبور  ( سنن الترمذي ) :
1054حدثنا محمد بن بشار ومحمود بن غيلان والحسن بن علي الخلال قالوا حدثنا أبو عاصم النبيل حدثنا سفيان عن علقمة بن مرثد عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : قد كنت نهيتكم عن زيارة القبور فقد أذن لمحمد في زيارة قبر أمه فزوروها فإنها تذكر الآخرة ، قال : وفي الباب عن أبي سعيد وابن مسعود وأنس وأبي هريرة وأم سلمة قال أبو عيسى حديث بريدة ، حديث حسن صحيح ، والعمل على هذا عند أهل العلم ، لا يرون بزيارة القبور بأسا ، وهو قول ابن المبارك والشافعي وأحمد وإسحق .
http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=56&ID=1916