Thursday 22 August 2013

Khutbah : Yahudi Musuh Tradisi

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ،  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekalian! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru kepada diri saya dan juga tuan-tuan sidang Jumaat sekalian,  marilah  sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan  kita  kepada  Allah SWT  dengan kita melaksanakan  segala  suruhanNya  dan  meninggalkan  segala  tegahanNya.  Sesungguhnya berjayalah mereka yang bertaqwa kepada Allah di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah SWT pada ayat 217 dalam Surah al-Baqarah;

Yang bermaksud : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan-bulan yang dihormati; katakanlah kepada mereka: "Peperangan dalam bulan itu adalah satu dosa besar, tetapi perbuatan menghalang (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia dalam keadaan kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan juga di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalam neraka (selama-lamanya).                                                                       (al-Baqarah 217)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT bagi memastikan manusia bergerak di atas muka bumi ini mengikut landasan yang dibenarkan oleh Allah SWT demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT begitu sempurna yang meliputi ibadah khusus dan juga urusan keduniaan sehingga umat manusia yang benar-benar berpegang dengan ajaran Islam pasti merasai bagaimana keadilan dan kebijaksanaan Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan manusia.

Penciptaan manusia bukan sekadar untuk membuktikan kehebatan Allah dalam menciptakannya, tetapi sebaliknya di sana ada hikmah dan sebab yang tersendiri termasuklah untuk membezakan antara manusia yang benar-benar beriman dan beribadah kepadaNya dan juga manusia yang engkar serta kufur kepada Allah.

Kebenaran dan keadilan Islam walaupun pernah ditonjolkan serta dibuktikan ketika zaman pemerintahan Baginda Nabi Muhammad SAW namun masih ada yang sangsi terhadap keadilan dan kebenarannya. Ini adalah berpunca daripada kejahilan manusia tentang keadilan Islam yang menyeluruh disamping kelalaian umat Islam untuk menunjukkan keadilan Islam untuk dilaksanakan sebagai teras dalam kehidupan. Tidak ketinggalan juga dengan perancangan jahat musuh Islam terutama Yahudi dan Nasrani yang sentiasa menyerang Islam dari pelbagai sudut dengan menggunakan segala kemudahan dan kecanggihan yang mereka ada sehinggakan masyarakat yang jahil tentang Islam semakin menjauhkan diri daripada Islam kerana bimbang kononnya Islam akan menyekat dan menyempitkan kehidupan harian mereka.

Permusuhan Yahudi dan Nasrani terutamanya terhadap Islam terus subur dan tidak pernah padam sama sekali, di mana pada zaman Rasulullah SAW sendiri kita dapati melalui lakaran sejarah bagaimana Yahudi pada mulanya dapat menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin tetapi lama-kelamaan api permusuhan dan hasad dengki mereka kembali menyala sehingga mereka sanggup memerangi Rasulullah SAW serta mencabuli perjanjian yang telah dimetrai sebelumnya. Perbuatan jahat Yahudi ini telah menyebabkan mereka ditimpa dengan pelbagai kehinaan termasuklah dihalau keluar daripada bumi Madinah  dan akhirnya bumi Madinah berjaya dibersihkan daripada bangsa Yahudi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari ini kita berdepan untuk sekian kalinya dengan Yahudi dan Nasrani yang bergerak dengan pelbagai cara dan tindakan dalam usaha mereka untuk memerangi Islam. Antaranya ialah melalui peperangan sehingga ramai saudara seagama kita menjadi mangsa kekejaman Yahudi dan Nasrani terutamanya di negara-negara yang majoritinya umat Islam terutamanya di Palestin, Mesir dan sebagainya.

Manakala cara lain yang dimainkan oleh Yahudi dan Nasrani ialah melalui serangan pemikiran sehinggakan umat Islam terpesona dengan sistem ciptaan Yahudi dan Nasrani untuk diguna pakai dalam kehidupan mereka sehingga mereka sanggup mengenepikan sistem Islam yang telah terbukti keadilan dan kesyumulannya. Antara suntikan berbahaya lain yang berjaya disuntik oleh mereka ialah budaya pergaulan bebas dalam kehidupan dan berbagai jenis hiburan tanpa sempadan yang menjadi antara punca utama berlakunya keruntuhan akhlak di negara-negara umat Islam termasuklah kita di Malaysia.

Bagi sebahagian umat Islam yang inginkan kebebasan dan hiburan tanpa sempadan dalam kehidupan mereka, maka mereka sentiasa merasakan bahawa Islam adalah merupakan antara perkara yang menyekat dan menghalang kebebasan mereka sehinggakan Islam dimusuhi tanpa rasa bersalah. Ini sekaligus membuktikan bahawa perancangan jahat Yahudi dan Nasrani telah pun berjaya. Benarlah sabda Nabi SAW melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Sa’id al-Khudri RA,

قال الرسول صلى الله عليه وسلم  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟

Yang bermaksud: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulallah! Adakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?. Nabi bersabda: “Siapa lagi jika bukan mereka.”

 Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Maruah Islam sekali lagi dicabar pada hari ini. Dunia hari ini tertumpu kepada apa yang berlaku di bumi Mesir. Pemimpin yang dipilih oleh suara rakyat digulingkan secara zalim oleh sekutu-sekutu musuh Islam serta cuba untuk digantikan dengan pemimpin lain melalui jalan yang batil. Secara jelasnya peranan musuh-musuh Islam terutamanya Israel sememangnya besar dalam isu ini. Mereka amat bimbang seandainya negara Mesir dan negara-negara Islam lain dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Saleh an-Ni’amy yang merupakan salah seorang pakar dalam urusan Yahudi, beliau mengutip satu tulisan oleh seorang pemerhati di akhbar Israel Today yang mengatakan bahawa,

“Kita (yakni orang-orang Yahudi) akan menangis darah untuk generasi kita jika kita membiarkan kudeta ini (yakni al-sisi) gagal dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir”.

Manakala dalam satu kenyataan yang lain pula, seorang Yahudi yang bernama Dan Margelt yang merupakan seorang pemerhati sebuah akhbar Israel dan juga rakan karib kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu menyatakan,

“Jika setiap negara melakukan tindakan menentang rejim baru ini, dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir, maka wajib bagi Israel untuk melakukan apa sahaja tindakan untuk menjamin perkara tersebut tidak berlaku demi kepentingan Israel”.

 Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Apa yang pasti ialah Yahudi dan Nasrani serta musuh-musuh Islam yang lain tidak akan duduk senang jika sekiranya syiar Islam terus berkembang dan umat Islam hidup dalam keadaan aman dan damai. Mereka hanya akan duduk diam jika sekiranya umat Islam berpecah belah dan ditimpa keburukan sebagaimana yang berlaku di bumi Mesir pada hari ini.  Ini dijelaskan melalui firman Allah s.w.t dalam surah ali-Imran ayat ke 120, 

Yang bermaksud : Jika kamu senang dan selesa maka mereka (Yahudi dan Nasrani) akan bersedih, tetapi jika kamu ditimpa kesusahan atau penderitaan maka mereka akan bergembira (senanglah hati mereka). Sekiranya kamu bersabar dan bertaqwa nescaya tipu daya mereka itu tidak sedikit pun akan memudaratkan kamu, sesungguhnya Allah amat mengetahui apa-apa yang mereka lakukan.                                                            (ali-Imran 120)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Mimbar hari ini menyokong sepenuhnya sebarang usaha dari pelbagai pihak untuk memboikot setiap jenis barangan keluaran Yahudi dan Nasrani sebagai satu mesej kepada masyarakat dunia bahawa umat Islam membantah sekeras-kerasnya kenyataan mereka yang mengaitkan al-Quran sebagai pencetus keganasan.

Namun apa yang kita lihat pada hari ini ialah seolah-olah tindakan memboikot ini hanyalah sekadar tindakan “hangat-hangat taik ayam”. Tidak seperti beberapa bulan yang lalu, keadaan hari ini yang sunyi tanpa laungan boikot menggambarkan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Media pula semakin rancak mempromosikan produk-produk keluaran mereka, bahkan masyarakat kita sendiri seolah-olah sukar untuk tidak membeli hasil keluaran mereka.

Mungkin ini menjadi faktor mengapa Yahudi dan Nasrani tidak merasa takut dan gentar untuk terus menghina dan menindas Islam kerana mereka yakin bahawa umat Islam tidak akan mampu untuk bertindak balas ke atas mereka.  Di sebalik itu juga, kita semua mempunyai tugas lain yang jauh lebih berat dari hanya mengadakan perarakan membantah dan memboikot, iaitu kita bertanggungjawap sepenuhnya untuk memulihkan semula maruah Islam dan harga diri kita.  Kita sepatutnya menjadi umat contoh untuk semua umat di dunia dan bukannya menjadi umat yang ditindas dan dipandang rendah serta dihina.   

Yang bermaksud : Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dialah yang telah mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikanNya atas segala agama yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.                                                     (at-Taubah 32-33)


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ