Sunday 10 January 2016

Khutbah : Berbekallah Untuk Akhirat



الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ ، 
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Bulan Muharram telah pun berlalu pergi meninggalkan kita dan kita kita berada pada bulan yang kedua iaitu bulan Sofar. Perjalanan masa yang begitu pantas berlalu sepatutnya mengetuk hati kita untuk sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat kita dan usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang dilakukan. Beradanya kita pada bulan Disember turut menghangatkan kembali tentang ramalan Qiamat mengikut kepercayaan Kalendar kaum Mayan yang dijangka berlaku pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada tanggal 21 Disember di samping ramalan berlakunya fenomena alam yang menyebabkan bumi bakal bergelap selama 3 hari pada 23 hingga 25 Disember ini yang turut cuba dikaitkan dengan tarikh Qiamat. Namun semua ini hanyalah pembohongan semata-mata dengan tujuan untuk merosakkan akidah umat Islam.

Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan ini kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan akhirat dan bukannya sibuk mencari dan mengkaji bilakah tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita. Ikutlah arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi segala larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka terhadap ibubapa, peniaga yang menipu dan sebagainya. Jadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang-orang yang soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan mereka.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ : مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا ؟ قَالَ : لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ، قَالَ أَنَسٌ : فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ، قَالَ أَنَسٌ : فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ . ( رواه البخاري ومسلم (

Maksudnya : Anas bin Malik r.a berkata bahawa ada seorang arab badwi bertanya kepada Nabi s.a.w : “Bilakah berlakunya Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah persiapan engkau untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap bersama orang yang engkau cintai. Anas telah berkata : Maka tiada apa yang lebih menggembirakan kami dengan suatu yang diucapkan oleh Nabi iaitu engkau akan tetap bersama orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku mencintai Nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka walaupun aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:
 )
Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

Kita jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar serta pengajaran disebalik tanda-tanda Qiamat tersebut. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua hancur musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata:

“Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut.” Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.”

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 

“Qiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jual belinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu”.

Qiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya, seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya, seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ.
Maksudnya : Tidak berlaku Qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia, melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Antara tanda Qiamat juga ialah apabila para pejuang Islam akan memerangi yahudi habis-habisan sehingga mereka terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu, di mana batu dan pokok turut memberitahu tentang kedudukan musuh untuk dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan yang diberitahu oleh Nabi s.a.w ini pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu sebagai penonton sebaliknya meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang mendakwa bahawa tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah pejuang Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah Nabi s.a.w dengan menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis yahudi. Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman Nabi s.a.w membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam Peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun 8 Hijrah antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang sahaja berdepan dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang sehingga ramai di kalangan tentera Islam telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini tetapi panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : 

“Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah”.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:

Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia marilah sama-sama kita terus mengecam dan mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutunya dalam membunuh dan menindas umat Islam di bumi Palestin. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh, dan semoga Allah memberikan kemenangan yang besar kepada pejuang Islam. Di samping itu sama-samalah kita hulurkan bantuan yang berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s dan sebagainya agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Kita berasa kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan segera ini malah melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik sokongan dan sumbangan. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi. 

Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit serta bertempik kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera Nabi Muhammad akan kembali untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta.

Yang bermaksud :  Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Khutbah : Agama Itu Adalah Nasihat



الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ ، 
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sabda Nabi SAW,

عن أبى رقية تميم بن أوس الداري رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة ، قلنا لمن ؟ ، قال : لله ، ولكتابه ، ولرسوله ، ولأئمة المسلمين وعامتهم .[1]

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Daariy RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : “Agama itu nasihat”. Kami berkata, “Bagi siapa?”. Sabda Nabi SAW, “Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi RasulNya, dan bagi Imam (pemerintah) kaum muslimin dan bagi orang ramai mereka”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Pada hadis tersebut Rasulullah SAW  menerangkan perkara yang berkenaan nasihat dalam agama. Kata Rasulullah SAW agama itu adalah nasihat. Kenyataan Nabi SAW mencetuskan pertanyaan daripada para sahabat kerana mereka ingin mengetahui kepada siapakah nasihat itu dalam hubungan dengan agama?. Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabat tentang maksud nasihat. Perkataan nasihat mengandungi maksud supaya yang dinasihati mendapat keuntungan atau faedah serta kebaikan.

Pertamanya Rasulullah SAW menjelaskan bahawa nasihat bagi Allah SWT yang bererti beriman kepadaNya menurut pengertian yang sebenar tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain. Melaksanakan setiap titah perintahNya serta meninggalkan setiap laranganNya. Mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakanNya dengan menggunakan setiap nikmat pada jalan yang diredhoi oleh Allah SWT.

Keduanya Rasulullah SAW menyebut nasihat bagi kitabnya ialah beriman dengan al-Quran serta kitab-kitab yang diturunkan tanpa meraguinya walaupun satu ayat. Berusaha mempelajari al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai kitab bacaan harian dan panduan serta rujukan dalam kehidupan. Sabda Nabi SAW,
اقرؤوا القرءان فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا لأصحابه .

Maksudnya : Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.

Setelah kita mampu untuk membaca al-Quran dengan baik maka ajarkanlah al-Quran kepada orang lain agar mereka juga mampu membaca al-Quran sebagaimana kita. Sabda Nabi SAW,
خيركم من تعلم القرءان وعلمه

Maksudnya : Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia.
 
Seterusnya berusaha untuk memahaminya dan apa yang paling penting ialah mengamalkan serta menegakkan setiap isi kandungannya tanpa meraguinya walau sedikit pun. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Nasihat yang ketiga adalah untuk untuk Rasulullah SAW iaitu membenarkan risalahnya, beriman dengan semua perkara yang didatangkan oleh Baginda sama ada melalui al-Quran mahupun as-Sunnah. Seterusnya mencintai dan mengasihi Baginda Nabi SAW. Firman Allah SWT,

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [2]

Nasihat untuk Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda menuntut kita semua untuk mengkaji sirah perjalan hidup Baginda Nabi SAW, berakhlak serta beradab dengan akhlak dan adab-adabnya. Begitu juga menolak dan menentang setiap tuduhan jahat yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadap keperibadian Rasulullah SAW. Mencintai mereka yang mencintai Baginda dan memusuhi mereka yang memusuhi Baginda SAW.

Seterusnya Baginda menyebut nasihat untuk para imam muslimin. Yang dimaksudkan dengan imam muslimin ialah para pemerintah umat Islam dan sesiapa sahaja yang dilantik oleh mereka. Termasuk juga dalam pengertian imam muslimin ialah para ulama.

Nasihat untuk golongan ini ialah dengan kita menyukai serta menyokong kebaikan dan keadilan mereka. Bukannya kita mencintai mereka kerana kepentingan peribadi mereka ataupun untuk kepentingan peribadi kita. Bahkan apa yang kita mahukan ialah kebaikan ummah berada di bawah kepimpinan mereka yang adil dan taat kepada Allah dan RasulNya.
Nasihat buat mereka juga bermakna kita menolong mereka selama mana mereka berada ada jalan kebenaran dan memperbetulkan mereka jika sekiranya mereka lari dari jalan yang sebenar. Saidina Umar al-Khattab RA dengan tegasnya menyampaikan ucapan sulungnya sewaktu dilantik sebagai khalifah yang kedua yang antara isi ucapannya ialah,

“Dalam menunaikan tugas ini (sebagai khalifah), kitab suci al-Quran adalah panduanku dan aku akan menuruti jejak langkah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Siddiq RA. Sehubungan dengan itu maka aku memerlukan bantuan dari kamu semua. Sekiranya aku di atas jalan yang benar maka turutilah dan taatilah aku, tetapi sekiranya aku menyimpang dari jalan kebenaran maka hendaklah kamu perbetulkan aku agar aku tidak kehilangan arah” [3]
 
Jika umat manusia menjadi seperti tunggul kayu, tidak melaksanakan tugas menasihati dan menegur pemerintah, dan pemerintah pula menjadi toghut (melampau) tidak lagi menerima teguran dan nasihat dari rakyat jelata ini bererti kehinaan, kehancuran dan kekalahan akan menimpa ke atas mereka. Sebagai pemerintah maka apabila dia ditegur sekalipun teguran itu datang dari rakyat atau orang bawahan maka terimalah teguran itu dengan baik jika teguran itu teguran yang benar.

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW sendiri bersedia menerima teguran dan nasihat dari para sahabatnya. Sebagai contoh apa yang berlaku dalam peristiwa peperangan Badar al-Kubra. Apabila Baginda Rasulullah SAW memilih kawasan mata air yang paling dekat sebagai kubu mereka lalu seorang sahabat yang bernama al-Hubbab bin al-Munzir RA datang bertemu dengan sambil melontarkan pandangannya, “Ya Rasulallah, apakah tempat yang kita singgah ini telah ditetapkan oleh Allah (wahyu) yang tidak dapat kita pertikaikan lagi atau ianya hanya semata-mata satu pandangan dan strategi kamu dalam peperangan?”, lalu jawap Nabi SAW, “bahkan ianya adalah pandangan dan strategi dalam peperangan”. Lalu tegas al-Hubbab lagi, “Ya Rasulallah, ini bukanlah tempat yang sesuai untuk disinggahi, ayuh bawalah tentera-tentera Islam beredar hingga sampai ke kawasan mata air yang paling hampir dengan kaum Quraisy lalu kita singgah di situ dan kita musnahkan telaga-telaga yang ada di belakangnya. Kemudian kita bina satu kolam yang kita penuhkan dengan air. Nanti kita akan memerangi mereka dalam keadaan kita dapat minum dan mereka tidak dapat minum”. Lalu jawap Nabi SAW, “ wahai Hubbab sesungguhnya kamu telah memberi pandangan yang baik”. Lalu diarahkan tentera Islam ke tempat tersebut. [4]
 
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Yang terakhir kata Nabi SAW, nasihat untuk sekalian kaum muslimin iaitu dengan memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka demi kepentingan serta kebaikan akhirat dan dunia mereka. Apa yang menyedihkan ialah umat Islam hari ini memandang remeh di dalam melaksanakan hak an-Nasihah terhadap saudara Islam yang lain khususnya dalam masalah bekalan mereka menuju ke akhirat. Menjadi tugas kita untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dan memperelokkan apa yang tidak elok. Dengan itu an-Nasihah akan berperanan dalam masyarakat Islam sebagai penutup keaiban, penyekat kepada kecacatan, pencegah kemungkaran serta melahirkan kebaikan dan keberkatan dari Allah SWT. 

Walau bagaimanapun, seseorang itu hendaklah memberi nasihat dan menegur saudaranya secara rahsia kerana sesiapa yang menutup keaiban saudaranya maka Allah SWT akan menutup keaibannya. Sebahagian ulama berkata, “Sesiapa yang menegur saudaranya dengan sesuatu perkara yang hanya diketahui olehnya dan saudaranya sahaja, maka itu adalah nasihat. Sesiapa yang menegur saudaranya di hadapan khalayak ramai maka sesungguhnya dia telah mengaibkannya”. [5] 

Fudhail bin I’yadh menegaskan bahawa, “Mu’min yang sebenar ialah mereka yang menutup keaiban dan memberi nasihat, tetapi si jahat ialah mereka yang membuka keaiban dan memalukan saudaranya”.

Dalam sesebuah masyarakat itu ada beberapa golongan yang masing-masing dengan tanggungjawab masing-masing. Ada imam yakni pemerintah atau kerajaan yang dipatuhi, ada pemimpin-pemimpin yang diikuti, ada ulama’-ulama’ yang dituruti dan ada rakyat jelata yang mentaati. Maka semuanya perlu kepada nasihat menasihati, hormat menghormati dan sayang menyayangi agar hidup kita diberkati dan dirahmati.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



[1] Hadis Riwayat Imam Muslim (Hadis ke 7 dalam Hadis 40 Imam Nawawi)
[2] Surah Ali-Imran ayat 31
[3] Umar bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam, Tarikuddin bin Haji Hassan MS 138
[4] Ar-Rahiq Al-Makhtum MS 305 Terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
[5] Al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi MS 64

Khutbah : Miskin Kaya Ujian Allah



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini tidak sama nasibnya. Ada yang hidup dengan penuh kemewahan dan ada pula yang terpaksa meneruskan hidup mereka dalam serba kesusahan. Firman Allah s.w.t,

 
Yang bermaksud : Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia jugalah yang menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha mendalam pengetahuannya, lagi Maha melihat akan hamba-hambanya.      [1]                                                          
                                                                                  
Golongan yang dikurniakan kekayaan dan kemewahan biasanya hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup untuk mendapatkan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Sesetengah golongan kaya yang jahil mendakwa bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki adalah merupakan tanda kemuliaan dan rahmat Tuhan kepada mereka dan biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka sama ada dalam bentuk kenderaan, pakaian, makanan dan tempat kediaman mereka. Termasuk di dalam golongan ini ialah mereka yang dikurniakan kedudukan dan kemenangan dalam merebut jawatan pemimpin sesebuah organisasi mahupun negara. Sebenarnya, apa yang mereka miliki ini adalah ujian dari Allah s.w.t untuk menguji apakah mereka sebenarnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan ataupun sebaliknya.

Allah s.w.t menceritakan kepada kita tentang sikap manusia seperti ini di dalam Surah Al-Fajr ;

Maksudnya : Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakannya dan diberinya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku Telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”.  [2]                                                   

Meneliti kandungan ayat di atas Allah s.w.t. telah memandu kita dalam memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya dan miskin, senang dan susah. 

Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan tentang dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat. Golongan itu ialah:
 
Pertama: Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah lapisan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup untuk membeli apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Mereka mendakwa bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki adalah merupakan tanda kemuliaan dan rahmat Tuhan kepada mereka.

Oleh itu biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka dari aspek material sama ada kenderaan, pakaian, makanan dan tempat kediaman mereka. Mereka juga hidup di kawasan yang setaraf dengan mereka dan jauh dari golongan miskin. 

Daripada aspek sebuah masyarakat dan negara, kekayaan dan sumber alam yang melimpah ruah juga didakwa sebagai lambang rahmat dan punca kemajuan negara. Justeru para pemimpin seringkali mengaitkan kekayaan tersebut sebagai bukti kebaikan dan kebijaksanaan memerintah negara. 

Namun demikian Allah s.w.t. telah membetulkan persepsi di atas dengan firman-Nya yang bermaksud: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberikan kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. (Al-Fajr:15). 

Ayat ini menjelaskan tabiat majoriti manusia yang menilai kekayaan dan kesenangan yang dimiliki sama ada dari aspek material mahupun pangkat. Ia menjadi satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, sedangkan semuanya adalah merupakan satu ujian kepada mereka. Apakah kekayaan itu diurus berpandukan syariat Allah atau sebaliknya?. Allah s.w.t. menempelak mereka yang membuat dakwaan seperti di atas. Kerana pada hakikatnya kemuliaan di sisi Allah bukanlah diukur dari sudut kekayaan tetapi diukur menurut ketakwaan dan keimanan seseorang. 
 
Jika kaya sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan menambahkan amal kebajikan dan ibadah. Ini kerana kekayaan dan kesenangan biasanya akan menghanyutkan manusia dan membawa mereka kepada kekufuran.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Qarun. Akibat dari kekayaan melimpah ruah yang dikurniakan kepadanya telah menjerumuskannya ke lembah kekufuran kepada Allah. 

Sebagai muslim sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat kekayaan dan kesenangan adalah ujian yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia. Ini kerana biasanya golongan kayalah yang selalunya hanyut dengan kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin keselamatan harta benda mereka. 

Dalam sejarah kebangkitan Islam kita dapati golongan yang paling kuat menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w adalah datang dari kalangan bangsawan dan mereka yang berkedudukan di dalam masyarakat. Ini kerana kekayaan menyebabkan mereka sombong dan bongkak lantas tidak mahu menerima kebenaran.

Kedua: Golongan kedua pula ialah golongan miskin. Biasanya golongan ini mempunyai tanggapan bahawa kesempitan hidup dan kesusahan yang menimpa mereka adalah merupakan satu bentuk penghinaan yang telah ditakdirkan ke atas mereka. 

Selalunya mereka akan merasa rendah diri, tidak mahu berusaha dan sering meminta-minta. Akibat dari tanggapan sedemikian menyebabkan adanya kalangan golongan miskin yang tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah kerana mereka buruk sangka kepada-Nya. 

Kemiskinan bukanlah tanda kebencian Tuhan atau penghinaan tetapi ia merupakan satu bentuk ujian kepada manusia. Sama ada ia dapat bersabar atau sebaliknya di dalam berhadapan dengan ujian ini. Ujian berbentuk kemiskinan juga amat sukar dihadapi oleh manusia kerana dengannya menyebabkan manusia terlalu bergantung kepada manusia yang lain dan hilang pergantungan dengan Yang Maha Pencipta.

Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi mendapat sesuap nasi. Meskipun apa yang dilakukan adalah haram. Kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang menurut apa sahaja kehendak orang yang berkuasa ke atasnya meskipun jelas ia adalah bertentangan dengan syariat Allah. 

Kesimpulannya, kekayaan dan kemiskinan kedua-duanya adalah merupakan ujian kepada manusia di dunia ini. Bagi yang kaya, kekayaan boleh menghanyutkan mereka dalam arus kemurkaan Allah. Namun sebaliknya, jika kekayaan digunakan sebaik-baiknya, ia boleh menjadi pendorong kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Sebabnya, dengan kekayaan akan memberikan seseorang ruang seluas-luasnya untuk bersedekah dan mendermakan harta ke jalan meningkatkan syiar Islam. Kemiskinan pula boleh menjadikan seseorang terdorong melanggar larangan Allah semata-mata untuk memperolehi harta kekayaan. 

Namun kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang sentiasa insaf, ingat kepada Allah dan bergantung dengan-Nya sepanjang masa. Malah Rasulullah s.a.w amat suka berdampingan dengan golongan miskin kerana ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah diri.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    




[1] _Surah Al-Isra’ - 30
[2] _Surah Al-Fajr 15-16