Wednesday 10 December 2014

Khutbah : Liberalisme Dan Sekularisme

اَلْحَمْدُ لِلَّه رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ، إِتَّقُوا الله ! أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ،
 
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.                                                                              (al-Hasyr 18)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, yakni dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya dan meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dijadikan sebagai bekalan kehidupan kita di akhirat sana.

Firman Allah dalam ayat 19 surah Ali ‘Imran :

Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam hati mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Keindahan pada diri, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya terletak pada keindahan Islam. Oleh itu adalah amat penting untuk kita menghidupkan dan menegakkan keindahan Islam di dalam diri dan kehidupan kita, dan dalam masa yang sama kita perlulah menepis salah tanggapan masyarakat terhadap kecantikan dan keindahan agama Allah ini. Realiti yang berlaku pada hari ini ialah, agama Islam banyak disalah tafsir dan disalah faham bukan sekadar oleh orang bukan Islam, malah oleh orang Islam sendiri disebabkan kejahilan mereka tentang agama mereka sendiri. Sebab itu Islamophobia bukan hanya berlaku pada orang bukan Islam, malah turut membabitkan umat Islam yang tidak mempelajari dan memahami ajaran agama Islam sekalipun mereka itu golongan cerdik pandai. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya antara misi agama Islam ialah untuk membawa rahmat dan sebagai penyelamat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi turut merangkumi yang belum beragama Islam, bahkan rahmat yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh makhluk yang ada di bumi dan di langit. Al-Quran Al-Karim dengan jelas menyatakan bagaimana pengutusan Nabi Muhammad [saw] sebagi rahmat kepada sekalian alam dan bukannya khusus untuk bangsa dan tempat tertentu sahaja.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’, ayat 107 :

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”

Justeru, apabila Islam itu lemah, tidak kelihatan gagah dan hebatnya, maka yang ruginya bukanlah sekadar umat Islam sahaja, tetapi seluruh dunia akan kerugian, gelap serta menderita. Hari ini, kegagahan dan keindahan Islam sudah tidak lagi terserlah dalam bentuk amali atau praktikalnya, dan yang tinggal hanya secara teori, ilmu serta ilmiah semata-mata. Jika kita hanya bercakap atau bercerita mengenai keindahan Islam tetapi kita tidak menzahirkan kecantikan dan keindahan tersebut untuk tatapan dalam bentuk amalan dan cara hidup kita, maka orang lain tidak akan percaya bahawa wujudnya keindahan serta kecantikan dalam agama Islam. Terlalu banyak perkara yang disalah anggap dan disalahertikan mengenai agama Islam. Contohnya berkaitan keadilan dalam hukuman Hudud, pentingnya jihad dalam menegakkan agama Allah, penindasan amalan riba, batasan hubungan antara lelaki dan perempuan, kewajipan menutup aurat dan sebagainya sehinggakan kadang-kadang tajuk-tajuk ini sentiasa dipersenda-senda dan dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam bahkan turut dipertikaikan oleh mereka yang beragama Islam dengan alasan dangkal mereka bahawa Islam menyekat hak kebebasan individu. Itulah suara yang semakin kuat kedengaran pada hari ini yang datang dari manusia yang mengaku dirinya seorang Muslim.

Ibadah kita kepada Allah adalah merupakan tanggungjawab kita sepanjang hayat kepada Allah [swt]. Tugas ibadah kepada Allah [swt] sepenuh masa, bukannya kerja sambilan atau part time, malah ianya menuntut kita untuk bekerja dengan lebih masa demi membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Apabila kita bertindak selaras dengan tujuan hidup, barulah kita mampu memperolehi kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan hidup sesuai dengan ikrar kita setiap kali kita solat, di mana kita mengaku untuk tunduk dan patuh kepada Allah [swt] dalam setiap aspek kehidupan kita, sebagaimana firman Allah [swt] pada ayat 162 dalam surah al- An’am :

Maksudnya : Katakanlah : “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Keputusan peperiksaan UPSR anak-anak kita baru sahaja diumumkan beberapa minggu yang lalu dengan suasana  yang berbeza di antara suka dan juga duka, di antara gembira dan juga sedih berdasarkan kepada tahap kejayaan yang dicapai masing-masing. Yang cemerlang semestinya mula memasang cita-cita untuk memasuki sekolah pilihan dan terbaik. Berjaya dan gagalnya dalam peperiksaan di peringkat sekolah telah mewujudkan jurang perbezaan hala tuju ke peringkat seterusnya, apatah lagi berjaya dan gagalnya kita dalam memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada kehidupan dunia malah di alam barzakh dan juga alam akhirat nanti. 

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik dan mentarbiah diri kita sendiri dan seterusnya ahli keluarga terdekat, kemudian diikuti dengan masyarakat bahawa kita bukan sahaja mahukan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah atau universiti malah yang jauh lebih penting ialah berjaya di alam kubur, seterusnya di atas timbangan Allah [swt] di padang Mahsyar nanti, dan kita mengarapkan kesudahan kita adalah syurga yang kekal abadi. Kita tidak mahu hanya setakat melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi sayang mereka buta al-Quran, solat pun jarang-jarang, akhlak pulak tunggang-langgang, aurat didedah dan ditayang-tayang dan maksiat pulak menjadi mainan seharian.

Dalam persoalan solat berjemaah sebagai contohnya, sepatutnya ianya ditekankan dan menjadi teras pendidikan bukan sahaja di sekolah-sekolah pondok, atau sekolah-sekolah agama bahkan sepatutnya solat berjamaah juga jadikan teras di sekolah-sekolah kebangsaan, menengah dan sehinggalah di peringkat universiti. Sebab itu tidak pelik pada hari ini ramai kalangan anak-anak muda Islam yang bukan sahaja tidak bersolat secara berjamaah, bahkan ramai yang tidak solat pun. Seandainya suasana dan keadaan ini berterusan dan tidak ada usaha-usaha untuk membendungnya, maka masyarakat kita sebenarnya sedang menjauhkan diri dari rahmat Allah [swt] dan masyarakat kita juga sedang berhadapan dengan suasana yang pernah Nabi [saw] sebutkan kepada kita bahawa akan muncul di akhir zaman nanti manusia yang Islam, tetapi Islamnya hanya setakat namanya sahaja, sedangkan cara hidupnya langsung tidak mencerminkan dia sebagai seorang Muslim.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Kegagalan memperkasakan pengajian agama telah melahirkan ramai di kalangan orang Islam menjadi pengguna terhadap tamadun barat yang terpisah daripada Aqidah, di mana setengah daripadanya telah menjadi sekular dan liberal. Sekular bermakna sesuatu pegangan itu bersifat duniawi semata-mata, dan langsung tidak terhubung dengan ukhrawi. Bagi mereka kehidupan ini hanyalah setakat di dunia sahaja dan tidak ada akhirat bagi mereka. Liberal bermakna usaha-usaha jahat untuk memisahkan agama daripada kehidupan, seperti memisahkan agama daripada ilmu, dan juga memisahkan agama daripada pemikiran. Pemikiran yang merbahaya ini terus menjalar dan merebak dalam jiwa ramai kalangan umat Islam sehingga banyak perintah agama terus dipersenda-senda dan dipertikai dan dicabar, dan golongan ini juga cuba menafsirkan agama berdasarkan hawa nafsu mereka sehingga tanpa segan silu mempertikaikan hukuman yang telah Allah [swt] tetapkan terhadap golongan murtad, penzina, pencuri dan sebagainya. Mereka juga mempertikai permasalahan menutup aurat yang kononnya ini menyekat hak kebebasan mereka, mereka juga mempertikai kaedah pembahagian pusaka yang pada pandangan otak mereka bahawa ini tidak adil,  mereka menuntut pengiktirafan kepada golongan gay, lesbian, berkahwin sesame jenis, menukar jantina dan sebagainya. Mereka ini akan terus-menerus menggunakan sistem undang-undang ciptaan manusia demi untuk menghalalkan tindakan dan perbuatan mereka yang jelas dilaknat dan dicela oleh Allah [swt].

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ – رواه الترمذي

Maksudnya : Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Situasi buruk yang melanda umat Islam akhir-akhir ini adalah merupakan agenda rapi yang disusun oleh musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Mereka bergembira dan bersorak dengan kecelaruan yang di hadapi oleh umat Islam akhir-akhir ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya, lebih-lebih lagi apabila agenda mereka ini mendapat sokongan dari kalangan orang Islam yang berfahaman secular dan liberal.

Antara perancangan mereka ialah, merapuhkan kesatuan umat Islam, menyeleweng akidah umat Islam, menjahilkan minda dan pemikiran umat Islam tentang ilmu agama, melemahkan ekonomi umat Islam, dan meletakkan umat Islam dalam situasi sentiasa bergantung dengan mereka dalam segenap aspek kehidupan.

Realitinya pada hari ini, umat Islam di negara kita khususnya sedang berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran seperti serangan fahaman songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian agama Islam. Malah lebih menyedihkan lagi ialah, masih ada lagi pihak yang suka membawa isu-isu khilafiah dalam ibadah sehingga membawa kepada perpecahan sesame kita, sedangkan ianya sudah lama diperdebatkan oleh ulama-ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan lagi kecelaruan dan pergaduhan dalam masyarakat. Sedarkah kita bahawa musuh-musuh Islam pastinya gembira dengan keadaan ini.

Menyedari betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka marilah kita sama-sama memantapkan lagi ilmu agama di dalam dada kita, dengan cara berguru dan bukannya setakat berguru dengan facebook, whatsapp, telegram dan sebagainya, agar akidah kita kukuh dan tidak akan terpengaruh dengan pelbagai fahaman dan ajaran yang terpesong. Kita juga meminta agar pihak pemerintah lebih bersikap tegas dalam membanteras serta menyekat ajaran dan fahaman yang sesat ini kerana sikap berlembut dengan mereka sudah pastinya akan membuka lebih banyak ruang untuk orang-orang jahil yang lain untuk mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam seperti usaha jahat yang mereka lakukan untuk menghalalkan golongan transgender, murtad, zina, homeseks, lesbian, sebagainya. Sekatlah sebelum ianya bertambah melarat, tegahlah sebelum ianya semakin membarah, cegahlah sebelum ianya semakin bercambah. Islamlah kita semua secara sempurna, nescaya kita akan selamat di dunia dan di akhirat sana.

Firman Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :

Maksudnya : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    