Wednesday 23 October 2013

Khutbah : Sekat Bukan Berubat



الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(الحشر 18  )

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t selain daripada ketaqwaan kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،ƒ

Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling (yakni ingkar daripada ingatan dan petunjukKu) maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta matanya. (Pada hari itu) dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya celik ketika di dunia?” Allah berfirman : “ Demikianlah keadaannya di mana (ketika di dunia dahulu) telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu tetapi engkau melupakan serta meninggalkannya (tidak percaya). Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.
                                                   (Thaha 124-126)

Manusia yang mahukan ketenangan dalam hidupnya di dunia dan juga kejayaan di akhirat adalah manusia yang sentiasa memastikan hidupnya berada di bawah petunjuk Allah s.w.t tidak kira samada ketika hidupnya senang ataupun susah, ketika dia kaya atau miskin, ketika dia sihat atau sakit dan ketika dia lapang ataupun sibuk. Manakala manusia yang terus menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan akan sentiasa hidup dalam keadaan keluh kesah dan jauh daripada ketenangan yang diidamkan walaupun pada hakikatnya dia memiliki segala-galanya termasuk harta yang bertimbun-timbun, pangkat kedudukan yang tertinggi serta pengikut yang berduyun-duyun.

Pada hari ini umat manusia seolah-olah menjadi hamba kepada harta sehingga tidak lagi menghiraukan peraturan-peraturan Allah s.w.t tentang halal dan haram, dosa dan pahala, syurga dan neraka asalkan poket dapat dipenuhkan dan nafsu dapat dipuaskan. Sebagai manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, kita patut sedar bahawa harta adalah rezeki daripada Allah s.w.t di mana harta yang kita miliki ini ada kemampuan yang amat terbatas. Harta yang diperolehi dengan cara yang halal dan dilaburkan kepada perkara yang halal maka ianya boleh memberikan pulangan pahala dan balasan yang baik kepada tuannya, tetapi jika disalahgunakan harta tersebut maka harta tersebut boleh mendatangkan dosa dan kemudharatan kepada pemiliknya. Semua kita sedar bahawa harta bukanlah segala-galanya walaupun banyak daripada urusan dan hajat kita memerlukan kepada harta. Di antara kelemahan-kelemahan harta yang mungkin kita tidak sedar ialah :

1. Dengan harta kita mampu membeli sebanyak mungkin kitab atau buku-buku yang penuh dengan ilmu pengetahuan, tetapi dengan harta tidak ada sesiapa pun yang mampu membeli akal fikiran dan kecerdikan untuk memahami isi kandungan kitab atau buku tersebut.
2.   Dengan harta kita mampu membeli makanan yang murah ataupun mahal, tetapi dengan harta tidak ada seorang pun manusia yang mampu untuk membeli selera makan bagi menikmati makanan tersebut sehingga kadang-kadang makanan yang sedap pun dirasakan tawar.
3. Dengan harta kita mampu untuk membeli emas dan perak sebagai perhiasan tetapi dengan harta kita tidak mampu untuk membeli kecantikan dan keindahan budi bahasa.
4.   Dengan harta kita mampu untuk membeli ubat-ubatan ketika sakit bahkan kita juga mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta yang mahal bayarannya, tetapi dengan harta kita sama sekali tidak mampu untuk membeli kesihatan dan kesembuhan penyakit.
5.   Dengan harta kita mampu untuk mencari hiburan dan keseronokan tetapi dengan harta kita sama sekali tidak mampu membeli ketenangan dalam  kehidupan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
           
Antara maksud Zikr atau peringatan Allah yang tersebut pada ayat 124 dalam surah Thaaha yang dibacakan sebentar tadi yang pertamanya ialah al-Quran sebagaimana Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr,
  
Maksudnya :  Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar memeliharanya.                               (al-Hijr 9)           

Berapa ramai di kalangan umat Islam kini yang buta al-Quran bahkan tidak pernah merasa bersalah dan rugi sedikitpun sekalipun mereka tidak mampu membaca Kitab Allah ini. Golongan yang pandai serta mahir membaca pula kadang-kadang tidak menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan pilihan harian atas alasan sibuk, kalut, takdan dan sebagainya, sedangkan waktu untuk membaca update-update terkini di laman facebook, whassap, twitter dan akhbar-akhbar sentiasa pula diperuntukkan. Ada juga kalangan kita yang membaca al-Quran tetapi tidak faham maksud al-Quran sehingga segala perintah atau larangan Allah hanya sekadar dibaca dan dilagukan sahaja. Bilakah kemenangan dan kemuliaan umat Islam dapat dicapai sekiranya kita sendiri yang bertindak menjauhkan diri daripada al-Quran sedangkan al-Quran itulah yang merupakan ubat penawar yang paling mujarab dalam menangani pelbagai penyakit umat manusia. Apa yang lebih malang lagi ialah apabila ada kalangan umat Islam sendiri yang sanggup bangun untuk menentang perintah dan larangan al-Quran.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah
           
Maksud kedua bagi Zikr ialah ilmu agama, sebagaimana Firman Allah dalam ayat 43 surah an-Nahlu : 
Ÿ
Maksudnya : Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrikin) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya.                                    (an-Nahlu 43)

Umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi jahil tentang agama mereka sendiri sudah pasti akan terlibat dengan perkara-perkara munkar dan jenayah. Begitu juga golongan yang 'meluat atau benci' terhadap golongan ulama' ataupun pengajian-pengajian yang berteraskan Islam akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merbahaya dan merosakkan. Gejala keruntuhan akhlak yang pada hari ini menjadi barah dalam masyarakat adalah berpunca apabila anak-anak kita yang belajar di sekolah pada peringkat awal lagi sudah tidak ditanam nilai-nilai keislaman dalam diri mereka.

Berapa sangat masa yang diperuntukkan dalam jadual pengajian harian mereka pelajaran-pelajaran agama berbanding masa yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Apabila peranan agama dibelakangkan dalam kehidupan kita serta golongan ulama' diketepikan maka kita seolah-olah menjadi penyebab kepada berkembangnya kejahilan dalam masyarakat, dan sudah pastinya masyarakat yang ada akan hidup dalam suasana yang dipenuhi dengan jenayah disebabkan jauhnya kita daripada petunjuk agama.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
           
Maksud ketiga bagi Zikr ialah solat sebagaimana Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Jumaah :
  

Maksudnya : Maka apabila telah diseru bagi mendirikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan olehmu akan jualbeli.                                        (al-Jumuah 9)
               
Pada hari ini akibat ceteknya ilmu agama maka umat Islam semakin berani melawan perintah Allah s.w.t dengan meningalkan dan mengabaikan solat yang merupakan tiang dalam agama Islam. Sebagai seorang pemimpin dalam sebuah keluarga, masyarakat mahupun Negara kita sepatutnya lebih runsing sekiranya anak-anak ataupun rakyat yang kita pimpin tidak solat dan masjid-masjid menjadi semakin kurang ahli jemaahnya walaupun masjid-masjid pada hari ini dibina dengan begitu indah dan menelan kos jutaan ringgit. Apa yang berlaku hari ini ialah ibu bapa lebih runsing dan pening kepala jika anak-anak mereka gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak pernah risau jika anak-anak tidak pernah solat ataupun menutup aurat. Solatlah yang akan menjamin seseorang itu selamat daripada perkara-perkara keji dan munkar. Tidak akan berlaku masalah zina, ragut, rasuah, bunuh dan sebagainya jika masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang mendirikan solat dalam kehidupan mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Maksud keempat bagi Zikr ialah zikrullah dengan banyak menyebut nama Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Ahzab,
  
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.
      (al-Ahzab 41)           

Akibat hati yang dipenuhi dengan lagu-lagu dan irama-irama syaitan serta hiburan yang melampau, dan lidah pula sentiasa dibasahi dengan penghayatan muzik-muzik yang melalaikan maka ianya telah menyebabkan hati menjadi mati dan jauh daripada petunjuk Allah s.w.t. Apabila hati seseorang itu telah mati, maka apa jua nasihat, hidayah mahupun ilmu pengetahuan tidak akan bertapak di dalam hati seperti ini. Realitinya sebahagian besar kehidupan kita pada hari ini dipenuhi dan disumbat dengan suasana hiburan yang melalaikan samada melalui televisyen, majalah, akhbar dan sebagainya.

Maksud kelima bagi Zikr ialah peringatan atau nasihat sebagaimana Firman Allah dalam ayat  55 surah az-Zaariyat :
  
Maksudnya : Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman.
           
Kegagalan kita untuk membudayakan amalan nasihat-menasihati kearah kebaikan dalam masyarakat pada hari ini, maka ianya telah menyebabkan kehidupan kita menjadi rosak dan terus bertambah rosak. Budaya "jangan menjaga tepi kain orang lain" terlalu kuat diamalkan oleh masyarakat kita hinggakan kadang-kadang maksiat dan jenayah dilakukan di hadapan mata kepala kita, tetapi kita lansung tidak ambil peduli atau berusaha untuk menghalangnya. Apa yang perlu dilakukan oleh kita pada hari ini ialah sekat sebelum ianya melarat dan berubat sebelum ianya merebak. Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud,
  

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


الخطبة الثانية :
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.

وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك  كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.

وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    

Sunday 13 October 2013

Khutbah : Kejayaan Menuntut Kepada Pengorbanan (Idul Adha)



اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
 فرمان الله تعالى دالم أية     77-82 سورة الشعراء :
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَ‌بَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩ وَإِذَا مَرِ‌ضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١ وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ‌ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ 
Maksudnya : “(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; “Tuhan yang menciptakan daku, maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;  “Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;  “Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; “Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberi kesempatan buat kita untuk sama-sama menikmati nikmat hari raya korban pada tahun ini. Nikmat hari raya ini mengetuk hati kita bagaimana sempurna dan lengkapnya agama Islam dalam memastikan setiap gerak laku kita termasuk berhari raya mestilah mengikut syariat agar mendatangkan pahala dan bukannya bebas mengikut nafsu syahwat yang hanya akan menambahkan dosa. Nabi Ibrahim a.s pernah mengajak kaumnya agar meninggalkan amalan penyembahan berhala yang sesat dan kembali kepada agama fitrah iaitu Islam yang hanya menyembah Allah Tuhan Yang Maha Yang Maha Esa. Baginda juga mengajak kaumnya agar yakin bahawa Allah yang mengatur segala-galanya bukan sahaja penciptaan kita malah rezeki, sihat atau sakit , hidup dan mati, hidayah, pengampunan dosa dan balasan Syurga Neraka. Allah tidak bergantung harap kepada kita sebaliknya seluruh makhluk ciptaanNya begitu mengharapkan pertolongan dari Allah setiap tempat dan ketika. Apabila aqidah yang kukuh tentang kekuasaan Allah yang mengatur segala-galanya telah berjaya disemai dalam diri setiap manusia, sepastinya akan lahirlah umat yang mempunyai jatidiri yang tinggi yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan sekalipun diuji.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah as-Syu’ara’ ayat 83-89 
 :
رَ‌بِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣﴾وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِ‌ينَ ﴿٨٤ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَ‌ثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ﴿٨٥ وَاغْفِرْ‌ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ ﴿٨٦ وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ﴿٨٧ يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Maksudnya : “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa kita menyebut tentang beberapa pengajaran penting daripada perjalanan hidup Nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam usaha baginda dan keluarga meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Malah melalui doa-doa Nabi Ibrahim a.s yang tertera di dalam al-Quran banyak mengajar kita bagaimana untuk membina keturunan atau generasi yang tunduk serta patuh kepada Allah yang berjaya dunia akhirat. Antaranya ialah wajib ditekankan ilmu agama yang akan memantapkan aqidah mengenal Allah dan Rasul, mengetahui antara kewajipan dan larangan, dosa dan pahala, halal dan haram. Ilmu agama tidak boleh dipandang remeh-temeh. Ilmu agama bukan pilihan kedua, ketiga atau sebaginya. Jika masyarakat yang ada pada hari ini terus memandang remeh pada urusan agama maka tahap buta agama yang menjurus kepada kerosakan aqidah serta akhlak akan semakin meningkat. Maka akhirnya lahirlah sebuah masyarakat yang hanya pandai khayal untuk memasuki Syurga Allah tetapi tidak tahu dan tidak sedar bahawa amalan dan cara hidup yang mereka lakukan setiap hari adalah amalan dan cara hidup ahli Neraka. Ini semua adalah berpunca daripada kejahilan ilmu agama.

Dasar sekulerisme yang masih menguasai cara berfikir dan bertindak masyarakat kita sebenarnya banyak membantu usaha musuh-musuh Islam untuk meneruskan agenda penjajahan mereka sebagaimana yang pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone :

”Untuk menghancurkan kekuatan Islam mestilah dihapuskan terlebih dahulu hijab dari muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah dibawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan juga mungkar”.
Begitu juga agenda bersama yahudi dan komunis :

”Kita akan hancurkan kehidupan sistem keluarga orang-orang buta huruf (orang Islam) dan kita akan hancurkan kepentingan pendidikan mereka”.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Nabi Ibrahim a.s yang diberi gelaran Khalilullah merupakan salah seorang rasul dari kalangan rasul-rasul Ulul Azmi yang paling banyak menghadapi ujian dan cubaan dari Allah s.w.t. Malah nama baginda sentiasa kita sebut dalam bacaan tahiyyat akhir solat kita bersama nama Nabi Muhammad s.a.w. Antara ujian yang dihadapi oleh baginda ialah, baginda diperintahkan untuk meninggalkan isteri kesayangan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s yang masih kecil di suatu lembah yang kering kontang sehingga sebelum baginda beredar lalu Siti Hajar bertanya :

“Adakah ini merupakan arahan Allah?”. 

Apabila mendengar jawapan Nabi Ibrahim bahawa ianya adalah merupakan perintah dari Allah, lalu Siti Hajar pasrah dengan menyatakan bahawa Allah pasti tidak akan mensia-siakan pengorbanan itu. Belum jauh baginda meninggalkan isteri dan anak tercinta, maka Nabi Ibrahim a.s menadah tangan seraya berdoa kepada Allah s.w.t sebagaimana yang dicatatkan dalam surah Ibrahim ayat 37 
 :
رَّ‌بَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّ‌يَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ‌ ذِي زَرْ‌عٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّ‌مِ رَ‌بَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْ‌زُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَ‌اتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُ‌ونَ

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Kisah yang hebat ini sepatutnya meresap ke hati sanubari kita untuk dijadikan sebagai contoh buat kita dalam usaha kita untuk mewujudkan keluarga yang bahagia, di mana setiap ahli keluarga bermula daripada suami, isteri dan anak-anak wajib mentaati Allah dan Rasul, dan sedar serta melaksanakan tanggungjawap masing-masing. Sibuk dan kalut dalam mencari nafkah bukan penghalang dalam mendidik anak-anak. Sikap menyerah bulat-bulat urusan pendidikan anak-anak kepada sekolah,  pusat pengajian atau orang gaji tanpa disertai dengan pemantauan susulan oleh ibu bapa akan menyebabkan berlakunya kekurangan penghayatan beragama. Ini ditambah lagi dengan kemudahan teknologi maklumat dengan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menonton tv, layari internet tanpa kawalan, apatah lagi alat-alat tersebut dibenarkan untuk diletak di tempat yang susah dipantau oleh ibubapa seperti di dalam bilik anak-anak. Ibubapa juga tidak boleh memberi alasan bahawa mereka jahil agama menyebabkan urusan pendidikan diserahkan kepada orang lain, sedangkan proses untuk belajar ilmu agama sepatutnya berjalan terus-menerus selagimana hayat dikandung badan. 

Tanyalah diri kita, dalam seminggu berapa jamkah kita dapat luangkan masa terutamanya antara Maghrib dan Isya’ atau cuti hujung minggu untuk mendalami ilmu agama?. Jangan cuba tipu diri sendiri kerana berapa banyak masa kita habiskan untuk menonton tv, melayari internet, bersiar-siar dan berbual kosong. Pastikan kita sekeluarga tidak menjadi umat yang muflis di hari akhirat disebabkan jahilnya kita tentang agama. 

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِي هَذِهِ السَّبَخَةِ مَجْرَى قَنَاةٍ , فَيَكُونُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ , حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمَتِهِ ، وَإِلَى أُمِّهِ , وَابْنَتِهِ ، وَأُخْتِهِ ، وَعَمَّتِهِ , فَيُوثِقُهَا رِبَاطًا , مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ….. – رواه أحمد

Maksudnya: “Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Majra Qanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat atau menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya……..”

Musuh-musuh Islam juga akan meneruskan penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan menghancurkan kaum wanitanya dan menyuburkan budaya pergaulan bebas. Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti kaum wanita adalah yang paling ramai akan lari keluar untuk mengikut dajjal. Kita dapat lihat pada hari ini kaum wanita tidak lagi lekat diam di rumah tetapi turut keluar dari rumah dengan pelbagai tugasan dan tujuan samada untuk urusan yang diizinkan oleh syara’ ataupun tidak. Tetapi tidak dapat dinafikan keluarnya wanita dari rumah hari ini adalah lebih banyak menjurus kepada kesan negatif daripada yang positif. Di tengah-tengah perpecahan dan keruntuhan dunia Islam sekarang ini, kita dapat menyaksikan betapa banyaknya usaha dalam mengeluarkan wanita dari agama dan Syariat Nabinya ke jalan yang amat jauh dari jalan yang diredhai Allah atas laungan kononnya hak kebebasan wanita. Ingatlah bagaimana Islam telah meletakkan kemuliaan wanita di tempat yang terbaik setelah dilayan lebih teruk daripada binatang semasa jahiliah. Jangan tertipu dengan laungan Dajjal sehingga maruah wanita kita menjadi lebih murah daripada besi buruk. Pastikan maruah wanita tidak dirosakkan dengan pekerjaan yang tidak sesuai dengan fitrah wanita, menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat, sebagai pelaris kepada produk-produk kapitalis, mangsa jualan maruah di internet dan sebagainya.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لا تُكَلِّفُوا الصِّغَارَ مِنَ الْجَوَارِي الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُنَّ يَكْسِبْنَ بِفَرْجِهَا , وَلا تَكَلَّفُوا الصَّبِيَّ الصَّغِيرَ الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُ يَسْرِقُ , وَعُفُّوا يُعِفَّكُمُ اللَّهُ   - رواه أبو نعيم

Maksudnya : Jangan kamu bebankan hamba perempuan yang kecil dengan pekerjaan kerana mereka akan mencari hasil dengan menjual kehormatan mereka. Jangan kamu memaksa anak kecil dengan pekerjaan kerana dia akan mencuri. Dan berilah keringanan nescaya Allah meringankan kamu.

Renungilah juga ucapan seorang penulis terkenal Helen Stanbury

“Cegahlah percampuran antara lelaki dan perempuan. Kami di Amerika banyak menerima padah daripada percampuran ini sehingga menjadi sebuah masyarakat yang penuh dengan kehidupan bebas dan lucah. Akhirnya ramai mangsa pergaulan bebas ini memenuhi penjara, kaki lima, kelab malam dan rumah urut penuh kehinaan”.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 35-36

وَإِذْ قَالَ إِبْرَ‌اهِيمُ رَ‌بِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ ﴿٣٥﴾ رَ‌بِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ 

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (ikut Islam) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (menolak Islam), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat)

Perjuangan Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail a.s bukan sahaja dalam membentuk keluarga, malah membina Negara yang aman di mana antaranya ciri-cirinya ialah dibersihkan daripada sebarang unsur syirik disamping kepatuhan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan. Begitulah juga Negara aman akan diraih dengan mempunyai kemimpinan yang bertaqwa kepada Allah sehingga adil dalam melaksanakan urusan pemerintahan. Negara akan huru hara dan kacau bilau apabila kepimpinan dan juga rakyat jelata tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Firman Allah dalam ayat 85 surah an-Nisa’ :

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ‌كُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً‌ا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





 خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ . فرمان الله تعالى دالم أية  103-107سورة  الصافات :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ  قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ  إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ  وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

 Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah,

Ketika mengingati pengorbanan hebat Nabi Ibrahim yang diperintah menyembelih anaknya Nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya, maka umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan dan kehebatan agama Islam dalam menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita yakin bahawa perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan halangan sama ada dari musuh atau umat Islam sendiri. 

Oleh itu sempena berada pada hari raya korban yang mengetuk hati kita supaya mengorbankan rasa cinta pada dunia dalam memastikan Islam berada dipuncak jaya. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengembalikan agama Islam dalam merajai dunia agar kemerdekaan Palestin dapat diraih, kezaliman di Syria dapat dihentikan, pembunuhan etnik Ronghiya di Myanmar dapat disekat, penderitaan saudara seagama di Mesir dapat dibela, keganasan terhadap umat Islam Thailand mendapat perhatian, nasib umat Islam seluruh dunia dapat dibantu di bawah satu bendera iaitu Islam yang mulia. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadah korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )

 اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلندوَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعصتم بالله محب الدين السلطان الحاج عبد الحليم معظم شاه ابن المرحوم السلطان بدليشاه. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ . الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ! ولله الحمد.