Wednesday 6 August 2014

Khutbah : Doa Untuk Ghaza (Edited)



الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.


أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ الله. اِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t selain daripada ketaqwaan kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Ayat-ayat yang dibacakan sebentar tadi bermula dari ayat 4 hingga 8 yang dipetik daripada daripada surah al-Isra’ menceritakan kepada kita tentang penderhakaan dan kerosakan yang dilakukan oleh Bani Israel. Allah s.w.t menceritakan kepada mereka melalui kitab Taurah bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan penderhakaan terhadap Allah s.w.t sebanyak dua kali di bumi Palestin.

Mengikut satu riwayat, penderhakaan yang pertama ialah apabila mereka mengubah isi kandungan kitab Taurah agar ianya bersesuaian dengan kehendak nafsu mereka dan membunuh Nabi-Nabi yang diutuskan kepada mereka. Ibnu A’bbas r.a berkata:

”Kerosakan kali pertama yang mereka lakukan ialah dengan membunuh Nabi Allah Zakaria a.s dan kerosakan kali yang kedua ialah apabila mereka membunuh Nabi Allah Yahya a.s”.

Satu riwayat lain mengatakan bahawa kerosakan yang kedua ialah apabila mereka merancang untuk membunuh Nabi Allah Isa a.s.

Sebagai balasan terhadap penderhakaan ini maka Allah s.w.t  mendatangkan balasanNya yang pertama buat mereka. Raja Bukhtanasor yang merupakan raja negeri Baabil atau Babylon bersama tentera-tenteranya menyerang dan menawan Kota Baitul Maqdis berdasarkan satu riwayat. Ulama-ulama Yahudi dibunuh, pemimpin-pemimpin mereka diseksa dan kitab Taurah dibakar serta tanah air mereka dihancurkan. Mengikut riwayat, hampir 70,000 nyawa Bani Israel menjadi korban Raja Bukhtanasor dan tentera-tenteranya. Ini adalah balasan Allah s.w.t  terhadap kerosakan dan penderhakaan mereka buat kali pertama di bumi Palestin.

Setelah hampir seratus tahun mereka dihina dan hidup dalam kesengsaraan, maka Allah s.w.t mengembalikan semula kemuliaan dan kemenangan kepada Bani Israel apabila mereka berjaya menawan negeri Babylon dan memperolehi harta rampasan yang banyak. Mereka hidup dalam suasana aman dan dikurniakan zuriat keturunan yang banyak. Kemuliaan ini dikembalikan setelah mereka kembali insaf dan kembali mentaati isi kandungan kitab Taurah  yang asal.

Namun ketaatan Bani Israel tidak kekal lama. Setelah berlalu 500 tahun mereka kembali melakukan penderhakaan dan kerosakan buat kali yang kedua. Sebagai balasan terhadap kekejaman mereka buat kali yang kedua, maka Allah s.w.t mengirimkan buat mereka tentera-tentera Parsi yang menyerang dan menakluki bumi Palestin. Bani Israel disembelih, golongan wanita diperkosa, dan Baitul Maqdis dimusnahkan seperti mana yang telah dilakukan oleh Raja Bukhtanasor pada kali yang pertama. Kedua-dua peristiwa ini juga turut tercatat di dalam kitab sejarah Yahudi.

Setelah dua kali mereka menerima penghinaan dan balasan daripada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t berjanji akan mengampunkan dan mengembalikan kemuliaan buat mereka jika sekiranya mereka kembali bertaubat kepadanya. Namun sudah menjadi sikap dan tabiat bangsa Yahudi suka melakukan kerosakan dan penderhakaan terhadap Allah dan RasulNya. Di zaman baginda Nabi s.a.w, Yahudi sekali lagi menderhaka dengan mendustakan kenabian Nabi Muhammad s.a.w, mengkhianati perjanjian mereka dengan Nabi s.a.w, bahkan mereka beberapa kali merancang untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang telah mereka lakukan terhadap Nabi Allah Isa a.s.

Sebagai balasannya, maka Allah s.w.t menimpakan kehinaan ke atas mereka dengan tertewasnya suku kaum Quraizah dan terhalaunya suku Bani Nadhir dari Kota Madinah. Manakala yang terselamat dikenakan jizyah atau ufti kepada kerajaan Islam. Mereka akhirnya terpaksa tunduk di bawah kekuasan Islam dengan penuh kehinaan. Namun Islam tidak sekali-kali pernah menzalimi mereka bahkan mereka diberikan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kekejaman dan kezaliman Yahudi tidak terhenti di situ sahaja bahkan mereka akan terus-menerus melakukan kerosakan di bumi sampai bila-bila. Adolf Hitler yang dianggap seorang manusia jahat oleh Amerika pernah menegaskan di dalam buku yang dikarangnya ketika dia ditahan di dalam penjara bahawa penderitaan dan kegawatan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Jerman pada ketika itu adalah berpunca daripada kejahatan bangsa Yahudi yang kuat mengamalkan riba’. Peristiwa “Holocaust” merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi di Jerman kepada beberapa kumpulan etnik dan agama sewaktu Perang Dunia yang kedua. 

Pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan dengan cara menggunakan sejenis pil beracun yang dilontarkan ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi oleh puak-puak Yahudi, dan pil ini kemudiannya akan bertukar menjadi gas yang boleh membawa maut. Apabila kesemua Yahudi yang berada di dalam bilik itu mati maka mayat mereka akan dikumpul dan dibakar. 

Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama dalam peristiwa “Holocaust”, dan pembunuhan ini dianggap oleh Hitler sebagai "jalan penyelesaian terakhir dan terbaik terhadap permasalahan dan kejahatan bangsa Yahudi". Hitler yang dianggap seorang manusia jahat oleh Amerika pun tidak sanggup menghadapi kejahatan bangsa Yahudi. Sejarah mencatatkan lebih enam juta orang Yahudi dibunuh dalam peristiwa tersebut. Ini adalah di antara penghinaan yang telah Allah s.w.t janjikan buat mereka di atas muka bumi bagi setiap kezaliman dan kerosakan yang mereka lakukan. Firman Allah s.w.t,
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saki-baki mangsa peristiwa “Holocaust”  inilah yang pada hari ini mendiami bumi Palestin yang pada asalnya mereka datang sebagai pelarian perang sekitar tahun 1948. Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pendita Kristian mendapati bahawa 80% Yahudi yang berada di bumi Palestin pada hari ini bukannya berasal daripada keturunan Bani Israel atau Nabi Allah Ya’kub a.s, tetapi mereka adalah berasal dari keturunan Ya’juj dan Ma’juj. Hanya sekitar abad ke sembilan mereka menjadikan Yahudi sebagai agama mereka. Salah satu perangai jahat Yahudi ialah, walaupun mereka hanya menumpang di negara orang dan berstatus pelarian, perangai dan sikap mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Inilah nasib yang menimpa umat Islam di Palestin pada hari ini. 

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, iaitu Sultan Turki yang terakhir, satu undang-undang telah digubal dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Daulah Othmaniyah Turki adalah dilarang sama sekali untuk dijual kepada Yahudi. Ini telah menimbulkan kemarahan pihak British dan Perancis kerana kedua-dua negara Eropah ini merancang untuk menempatkan Yahudi di bumi Palestin.

Namun setelah tumbangnya Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang tersebut telah dibatalkan oleh Kamal Attaturk. Kesannya, maka banyaklah tanah yang pada asalnya menjadi hak milik rakyat Palestin telah bertukar tangan menjadi hak milik Zionis Yahudi hingga ke hari ini yang pada asalnya mereka hanya datang sebagai pelarian perang. Tanah dibumi Palestin sikit demi sikit diambil dengan cara kekerasan dan rampasan oleh Rejim Zionis daripada rakyat Palestin. 

Nasib rakyat Palestin bertambah malang apabila penindasan yang mereka hadapi tidak mendapat pertolongan yang sepatutnya dari negara-negara Arab yang lain sehinggalah ke saat ini. Bahkan negara-negara Islam yang lain menambah lagi tekanan yang mereka hadapi sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir, Saudi dan sebagainya. Rejim Zionis bertambah berani serta dengan rakusnya terus menerus membunuh anak-anak kecil dan kaum wanita. Setakat hari ini sudah hampir 2000 orang syahid yang mana majoritinya adalah kanak-kanak manakala hampir 10,000 yang lain cedera. Masjid-masjid dibom dan rumah-rumah mereka diruntuhkan. Kekejaman serta pembunuhan yang mereka lakukan sudah tentu mendapat sokongan yang kuat dari sekutu mereka Amerika Syarikat dan juga sekutu-sekutu yang lain. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Janji Allah s.w.t pasti akan tiba. Islam akan kembali berkuasa dan musuh-musuh Islam terutamanya Rejim Zionis akan kembali hidup dalam kesengsaraan dan kehinaan seperti mana asal mereka. Yakinlah kita bahawa, apa jua usaha mereka untuk merampas tanahair umat Islam hanya akan berakhir dengan penghapusan mereka sendiri dari muka bumi ini. Ini jelas digambarkan oleh sebuah hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: 

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai, sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka, kecuali sejenis pokok  yang bernama 'Gharqad' (ia akan melindungi mereka), kerana ia adalah pokok Yahudi". 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Minbar hari ini menyokong sepenuhnya usaha dari pelbagai pihak untuk memboikot setiap jenis barangan keluaran Yahudi dan Nasrani sebagai satu mesej kepada masyarakat dunia bahawa rakyat Palestin tidak keseorangan, bahkan seluruh umat Islam di dunia bersama-sama mereka. Tindakan memboikot barangan keluaran mereka sudah tentu akan melumpuhkan kekuatan ekonomi mereka yang selama ini banyak disumbangkan oleh umat Islam sendiri. Namun apa yang kita lihat pada hari ini ialah seolah-olah tindakan memboikot ini hanyalah sekadar tindakan yang bermusim sahaja. Mungkin ini menjadi faktor mengapa Yahudi dan Nasrani tidak merasa takut dan gentar untuk terus menghina dan menindas Islam kerana mereka yakin bahawa umat Islam tidak akan mampu untuk bertindak ke atas mereka. 

Di sebalik itu juga, kita semua mempunyai tugas lain yang jauh lebih berat dari hanya mengadakan perarakan membantah dan memboikot, iaitu kita bertanggungjawap sepenuhnya untuk menghulurkan bantuan sumbangan kewangan untuk membangunkan semula tanahair mereka, dan jangan kita lupa untuk memanjatkan  doa kepada Allah SWT buat saudara-saudara kita di Bumi Palestin, mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan buat mereka dalam menghadapi ujian yang besar ini. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Hari ini kita menyaksikan bagaimana Rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata yang kita yakin ianya tidak akan bertahan lama, setelah mereka tewas dan menerima tentangan yang begitu hebat dari Briged al-Qassam yang merupakan sayap Pejuang Hamas yang berjuang bermati-matian demi untuk mempertahankan bumi Ghaza. Rejim Zionis yang angkuh akhirnya terpaksa mengundurkan tenteranya dalam penuh keaiban. Benarlah janji Allah bahawa Dia akan menolong siapa yang menolong agamaNya, dan menjadi tanggungjawap Allah SWT untuk menolong hamba-hambaNya yang beriman. Tuan-tuan, kita mungkin tidak mampu untuk pergi bersama-sama mereka untuk mengangkat senjata berperang dengan Rejim Zionis, namun kita masih mampu untuk mengangkat tangan memohon pertolongan dari Allah untuk diberikan kemenangan buat mereka. Ingatlah, kejayaan Penduduk Palestin adalah kejayaan kita dan kekalahan mereka juga adalah merupakan kekalahan buat kita bersama. firman Allah yang berbunyi;
ƒ
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.    (Ali-‘Imran – 160)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ. أقول قولى هذا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن.


KHUTBAH KEDUA

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر، أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا. فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا.

وقال تعالى : إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا اَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،  اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  . وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا ، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى إيراق وفي سُورِيا  وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.

اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، اللّهُمَّ   يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمْريِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا، اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَك أعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ. رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

وأن تَشْمَلَ بعنايتك وتوفيقك مَولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوْه عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.



No comments:

Post a Comment