Wednesday 26 September 2012

Khutbah : Fitnah Yang Menghancurkan


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , أَمَّا بَعْدُ , فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ . 

قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sabda Nabi s.a.w,

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : المسلمُ من سَلِمَ المسلمون من لسانِه ويَدِه ، والمهاجرُ مَن هَجَرَ ما نهى اللهُ عنه .
Yang bermaksud : Yang dikatakan muslim sejati itu apabila orang-orang Islam yang lain terselamat dari kejahatan lidahnya dan tangannya. Dan yang dikatakan orang berhijrah yang sebenar ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Dalam sebuah hadis yang lain Baginda Nabi s.a.w bersabda,

لا يَسْتُرُ عبدٌ مُؤمِنٌ عَورةَ عبدٍ مُؤمنٍ إلا سَتَرَه اللهُ يومَ القيامةِ ، ومَن أقَالَ عَثْرَةَ مُسلِمٍ أقَالَ اللهُ عَثْرَتَه يومَ القيامةِ 
 
Yang bermaksud : Tidak menutup seseorang yang beriman akan aib hamba yang beriman (yang lain) melainkan Allah akan menutupi aibnya pada hari qiamat. Dan barangsiapa yang menyelamatkan seorang Islam dari tergelincir, nescaya Allah akan menyelamatkannya pula dari tergelincir pada hari qiamat.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Masa berlalu dengan semakin cepat dan pantas. Ini adalah sebagai tanda kepada kita semua bahawa dunia kini benar-benar berada di penghujung usianya dan semakin begitu hampir kepada berlakunya Qiamat. Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita. Berbagai peringatan telah pun disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada kita agar kita tidak disesatkan oleh fitnah akhir zaman. Hanya satu jalan untuk kita selamat dari fitnah ini iaitulah dengan kita berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah Baginda s.a.w. Fitnah akhir zaman terlalu dahsyat sehingga digambarkan oleh Bagida Nabi s.a.w bagaimana akan ada orang yang beriman pada pagi harinya kemudian kufur pada petangnya, ada pula yang pada petangnya beriman kemudian kufur pada keesokan paginya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah demi mendapat habuan dunia yang sedikit. Dunia menjadi matlamat utama dalam hidupnya sehinggakan akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi pedoman sehingga wahyu dan perintah Allah diketepikan.

Sidang Jumaat moga-moga dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Kehidupan kita dibentangkan dan dihidangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa sama ada TV, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan pemikiran sehingga yang jahat dilihat sebagai baik, yang zalim dianggap sebagai adil, yang rosak didakwa berguna, yang haq dihukum sebagai batil, dan yang benar dipandang sebagai dusta. Apa yang lebih malang lagi ialah apabila hukum Allah dipermainkan sesuka hati demi mencapai matlamat dan tujuan masing-masing. Akibat tidak takut dengan janji seksa Allah s.w.t maka manusia yang jahil sanggup melakukan apa jua sekalipun untuk bersumpah dengan menggunakan nama Allah s.w.t. Sabda Nabi s.a.w,

الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ،  وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .

Maksudnya: “Dosa-dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh dan bersumpah dengan sumpah yang dusta.”

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani  menghuraikan sumpah daripada pendusta merupakan salah satu daripada dosa-dosa yang besar. ‘Ghamus’ ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam ‘Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat’, sumpah tersebut dinamakan ‘ghamus’ kerana penyumpah tersebut tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam api neraka di akhirat kelak. Oleh itu dalam menghadapi berita yang berbaur fitnah dan tidak jelas serta menjatuhkan maruah seseorang, maka ikutilah nasihat ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. Pertama, jangan sekali-kali mempercayainya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya dan dianggap penipu disisi Allah. Kedua, kamu harus mencegah fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu suatu kewajipan. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. Keempat, kamu jangan sekali-kali bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang kamu menyelidiki kejahatan orang. Keenam, jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan menyebarkan segala fitnah itu kepada orang lain.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 13 surah an-Nuur :

Yang bermaksud : Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi untuk menetapkan tuduhan mereka itu, jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka adalah mereka orang yang pembohong pada sisi Allah.

Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu mimbar Jumaat hari ini mengutuk tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.

Menyedari tentang bahayanya berita atau maklumat yang tidak benar dalam menggugat keamanan, mencemar peribadi umat dan melemahkan semangat untuk berjuang, maka umat Islam pada hari ini wajib menapis setiap berita dan maklumat yang diterima dengan pertimbangan yang waras berlandaskan ilmu agar tidak terus menjadi mangsa penipuan. Kita perlu sedar bahawa dunia maklumat hari ini secara keseluruhannya dikuasai dan dikawal oleh yahudi laknatullah sehinggakan banyak berita yang sampai kepada masyarakat dunia adalah merupakan berita yang telah diubah dan dipalsukan faktanya bagi menyokong segala tindakan kejam mereka yang telah lama berhasrat untuk menguasai dunia walaupun terpaksa melakukan penipuan dan pembunuhan yang tidak bersempadan. 

Yahudi menyembunyikan kelemahan dan kejahatan mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka juga turut meniupkan api permusuhan dan perpecahan terhadap umat Islam. Kita bukan tidak kenal dengan yahudi yang merupakan bangsa yang suka membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka dan suka mengubah isi kandungan kitab mereka dengan tangan-tangan ulama’ mereka. Yahudi tidak pernah merasa bersalah sedikit pun setiap kali mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi sejak dari dulu hinggalah ke hari ini dan sampai bila-bila pun. Jika Kitab yang diturunkan oleh Allah pun mereka gamak menyeleweng apatah lagi berita-berita dan maklumat-maklumat biasa

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Satu perkara lain yang dapat kita ambil pengajaran di sini ialah, tanggungjawab seseorang yang menjadi pelapor atau pembawa sesuatu berita itu adalah amat besar tanggungjawabnya. Benar atau palsu berita yang disampaikan adalah bergantung kepada sifat amanah yang ada pada diri seseorang pembawa atau pelapor berita tersebut. Bagi mereka yang suka menyebarkan berita-berita palsu, tuduhan ataupun fitnah sehingga menyebabkan tercemarnya maruah dan peribadi orang lain bahkan kadang-kala mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat maka golongan ini sepatutnya bersiap sedia untuk menerima balasan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t seperti mana yang ditegaskan melalui firmanNya,

 
Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya tuduhan-tuduhan yang buruk (berita-berita palsu) di dalam kalangan orang-orang yang beriman, maka mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan juga di akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian).                                                                                     (an-Nur 19)


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ  .

No comments:

Post a Comment