Wednesday 15 April 2015

Khutbah : Mati Satu Peringatan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الّذي خَلَقَ المَوْتَ والْحيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ . وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat (memikirkan) apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah [swt], dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah [swt].
Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali ‘Imran :

Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat. Jika ada manusia yang cuba memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat, maka pastinya dia akan hidup dengan mengikut kehendak hawa nafsunya, kerana merasakan semua yang ada di tangannya adalah miliknya secara mutlak samada kuasa, harta, kecantikan dan sebagainya, tanpa dia memikirkan soal balasan di akhirat sana, sedangkan itu semua adalah pinjaman yang bersifat sementara dari Allah [swt]. Kesemua nikmat itu akan disoal kembali di akhirat sana. Sebagaimana diberitahu kepada kita oleh Baginda Nabi [saw] bahawa kita semua pasti akan disoal tentang umur kita di manakah dihabiskan, tentang tubuh badan kita bagaimanakah dan untuk apakah kita menggunakannya, tentang harta kita, dari mana kita perolehi dan ke mana pula kita membelanjakannya, dan tentang ilmu kita, adakah kita telah beramal dengan ilmu yang kita pelajari atau sebaliknya. 


Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal, malah pasti akan menemui saat kematian, maka sepatutnya peringatan ini mengetuk setiap pintu hati kita supaya segera kembali bertaubat kepada Allah [swt], dan lebih bersungguh-sungguh dalam menambah bekalan pahalan ke akhirat, disamping kita menjauhi dosa dan maksiat terhadap Allah. Al-Imam Al-Ghazali [rh] membahagikan manusia kepada 3 tingkatan dalam menghadapi kematian, iaitu; 


[1] Al-Munhamik [المنهمك  ], iaitu orang yang tenggelam di dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Mereka tidak ingat kematian dan enggan untuk diperingatkan mengenai kematian. Golongan seperti ini tidak mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian, bahkan hidup mereka terus bergelumang dengan dosa dan maksiat.
[2]  At-Tãib [ التائب ], iaitu golongan yang bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah [swt], dan mereka banyak mengingati kematian yang mendorongnya untuk beramal dan mempersiapkan bekalan menuju akhirat. 

[3]  Al-‘Ārif [ العارف ], iaitu golongan yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah [swt]. Mereka sentiasa mengingati kematian bahkan sentiasa menanti saat kematian, kerana kematian bagi mereka adalah pertemuan dengan Allah [swt] Tuhan yang sangat mereka rindui.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peringatan demi peringatan telah diberikan oleh Allah [swt] kepada kita semua untuk menyedarkan kita. Di antara bentuk peringatan dan amaran dari Allah ialah kematian yang berlaku di sekeliling kita daripada kalangan sanak-saudara dan sahabat handai, di mana kita sebagai calon kematian seterusnya, hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat `Izrail menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa kita pula. Seandainya kita sentiasa memperingatkan diri kita tentang kematian yang dijanjikan ini, nescaya kita akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan amal ibadah menanti saat `Izrail datang menjemput kita. Ditanya akan Rasulallah [saw],

أَيُّ المؤمِنُونَ أَكْيَسُ ؟ قال : أَكْثَرُهُم لِلْمَوْتِ ذِكْرًا ، وَأَحْسَنُهُم لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادً ، أولئكَ الأَكْيَاسُ .

Yang bermaksud : “Yang manakah sekalian orang beriman yang cerdik ya Rasulallah?”, lalu bersabda Nabi [saw], “Orang beriman yang cerdik ialah mereka yang banyak mengingati akan kematian, dan cukup pula persediaan mereka itu untuk menghadpi kehidupan selepas daripada kematian ( iaitu akhirat ), mereka itulah orang-orang yang cerdik”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Di antara punca manusia mudah dilalaikan oleh kehidupan dunia ialah panjang angan-angannya, iaitu dia merasakan bahawa dia akan hidup lama lagi di dunia ini. Maka dia tidak berebut-rebut untuk melakukan amal kebajikan, dan tidak bersegera kembali bertaubat kepada Allah [swt]. Sebagai contoh panjang angan-angan ialah, apabila masuknya waktu solat sebagai contoh, maka dia tidak bersegera untuk mendirikan solat tersebut. Bahkan kadang-kadang ditangguhnya solat itu hingga ke penghujung waktu kerana pada sangkaannya dia akan hidup lebih lama lagi. Sedangkan kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Akhirnya dia mati dalam keadaan tidak sempat untuk beramal ibadah, dan bertaubat kepada Allah [swt]. Manakala pendek angan-angan pula adalah satu kelakuan yang dipuji oleh agama kita, kerana ia menjadi sebab bagi kita untuk sentiasa bersiap sedia dengan amal untuk dibawa pulang ke akhirat sana. Diceritakan daripada Mu`az bin Jabal [ra] bahawa berkata ia;

“Tidak melangkah aku akan satu langkah, melainkan aku merasakan dan menyangka bahawa itu adalah langkahku yang terakhir”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat sekalian,

Bahawasanya alamat atau tanda bagi mereka yang mendapat petunjuk kepada kebaikan dari allah [swt] ialah, dia sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi saat kematiannya dengan bekalan yang secukupnya. Maka setiap hari dia bersiap sedia ia pada pagi harinya dengan taubat dan amal-amal yang baik kerana bimbang dia akan mati pada hari itu. Maka jika ditakdirkan dia hidup sehingga ke petang harinya, maka syukur ia kepada Allah [swt] kerana waktu paginya itu telah diisi dengan taubat dan amal-amal kebajikan serta tidak sia-sia paginya itu. Kemudian apabila dia hidup pula di waktu petang hingga ke malamnya, maka mempersiapkan pula dirinya dengan amal-amal soleh sebagai persediaan mengadapi kematian seandainya kematian menjemputnya pada waktu petang tersebut hingga ke pagi esoknya. Jika ditakdirkan Allah [swt] bahawa dia masih hidup hingga keesokan harinya, maka syukur ia kepada Allah [swt] kerana masanya telah digunakan dengan sebaiknya untuk amal-amal soleh dan juga semakin bertambah-tambah pahala amalnya. Demikianlah setiap pagi dan petang hinggalah tiba saat kematiannya. Jika mati ia pada saat itu, maka mati itu adalah tuah dan untung bagi dirinya kerana dia telah bersedia dengan bekal yang secukupnya, namun jika dia masih terus hidup hingga keesokannya, maka bertambah-tambahlah lagilah amal kebajikan yang dilakukannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita sedarkan diri kita semua, hadirkanlah diri kita ke majlis-majlis ilmu tidak kira di mana sahaja. Tambahlah ilmu agama di dalam dada kita. Perbetulkan amal ibadah kita yang selama ini mungkin ada yang tidak betul. Peruntukanlah masa kita untuk hadirkan diri ke masjid dan surau, bersolat berjamaah, duduk di dalam majlis ilmu. Bukan masanya lagi untuk kita berseronok dan lalai hingga kadang-kadang ada di kalangan kita yang mati dalam keadaan jahil agama, نعوذ بالله من ذلك . 

Firman Allah [swt] pada ayat yang ke 81, dalam surah al-Jumuah;

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ، ثُمّ تُرَدُّونِ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونِ

Yang bermaksud : Katakanlah [wahai Muhammad], “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu jua, kemudian kamu akan dikembalikan kepada [Allah] Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia [Allah] memberitahu kepada kamu akan apa yang telah kamu kerjakan [ketika hidup kamu di dunia dahulu]”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,واللهُ يعلم ما تصنعون.   

No comments:

Post a Comment