Wednesday 20 July 2016

Khutbah Jumaat : Marah & Adabnya



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Ketahuilah bahawa sifat marah itu ialah satu sifat yang dicela dan sangat banyak kebinasaan padanya. Ia akan menyebabkan pada anggota zahir seperti memukul, memaki hamun bahkan kadang-kadang sehingga membunuh. Manakala di dalam hati akan menimbulkan perasaan dendam, dengki, sukacita dengan terkena bala’ orang-arang yang dimarahinya, dukacita bila dia mendapat ni’mat dan bercita-cita untuk membuka rahsianya. Di antara punca-punca yang menyebabkan tercetusnya sifat marah ialah ;

1.    Sifat ujub dalam diri seseorang yang merasakan dirinya hebat.
2.    Bertengkar atau berbalah kerana sesuatu perkara yang kadang-kadang puncanya adalah kecil sahaja.
3.    Bergurau atau melawak yang melampaui had dan batasan. Bergurau yang pada awalnya yang kadang-kadang dengan perkataan tetapi akhirnya membawa kepada maki hamun, caci cela dan pukul memukul dan sebagainya.

4.    Celupar lidah atau lidah yang tidak dikawal dengan baik sehingga mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti orang lain dan boleh mencetuskan kemarahan mereka. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Para ulama’ membahagikan sifat marah ini kepada beberapa jenis ;

1.    Marah yang dipuji : Seperti marah kerana Allah apabila hak-hak Allah dipermainkan atau dilanggar. Seperti kisah Nabi Musa [as] yang marah kepada kaumnya apabila kaumnya menjadikan anak lembu sebagai tuhan mereka. Firman Allah [swt] ;

Maksudnya : Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadaNya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika Aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim".

2.    Marah yang dicela : Marah kerana mengikut hawa nafsu atau kerana termakan hasutan syaitan yang mana kadang-kadang dia tidak sepatutnya marah dalam keadaan tersebut.
3.    Marah yang diharuskan : Marah yang tidak melampui hukum Allah seperti marah akan seseorang yang mencela dan  memaki hamun kita. Akan tetapi mengawal sifat marah di sini adalah sangat mulia. Firman Allah  Al-Imran 133-134 ; 

Maksudnya :  Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Nabi [saw] mengajar kepada kita tentang bagaimanakah caranya untuk kita mengatasi dan mengawal sifat marah yang ada dalam diri kita.

1.    Membaca Istia’zah. Firman Allah swt ;

Maksudnya :  Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

2.    Ubah Kedudukan kita. Sabda Nabi [saw] ;
 
عَنْ أَبِى ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ .
Maksudnya : Apabila marah seseorang daripada kamu sedangkan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, jika hilang marah itu daripadanya, jika tidak maka hendaklah dia berbaring.

3.    Elakkan perbalahan atau berpaling darpadanya. Ini kerana diam adalah yang terbaik. Bak kata pepatah arab ;

إِذَا نَطَقَ السَّفِيْهُ فَلَا تُجِبْهُ  #  فَخَيْرُ مِنْ إِجَابَتِهِ السُّكُوْتُ
Maksudnya : Apabila berkata-kata oleh orang yang bodoh kepada kamu (yakni sesuatu yang menyakitkan hati kamu), maka janganlah kamu menjawabnya, ini kerana sebaik-baik jawapan untuk orang yang seperti itu ialah ‘diam’ (yakni jangan menjawap dia).

4.    Ambil Wuduk. Sabda Nabi [saw] ;

عَنْ عَطِيَّةَ السعْدِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ :  إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ ، وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu dicipta daripada api, dan hanya sanya api itu dipadam dengan air, maka apabila marah seseorang daripada kamu maka hendaklah dia berwudhuk.

5.    Ingatkan ganjaran yang besar dari Allah untuk mereka yang menahan sifat marah. Firman Allah [swt] ;


Maksudnya :  Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya, dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kesimpulannya ialah, sifat marah perlu ada dalam diri setiap kita kerana ia adalah senjata untuk memerangi musuh-musuh Allah, dan senjata untuk mencegah kemungkaran-kemungkaran yang berlaku. Maka ianya perlu dikawal agar ianya digunakan pada tempat yang sepatutnya. Maka hendaklah dididik akan sifat marah yang ada dalam diri setiap daripada kita supaya ia tunduk dan patuh mengikut akal dan syara’. Maka pergerakannya biarlah dengan sebab petunjuk dari akal dan syara’ dan diamnya pun juga dengan sebab dari petunjuk dari akal dan syara’. Yang demikian itu mampu kita perolehi dengan bersungguh-sungguh pada mengajarnya iaitu membiasakan diri kita dengan lambat marah dan sedia member kemaafan kepada orang lain.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ. أقول قولى هذا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن.



خطبة كدوا
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر ، أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له ، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه ، اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر ، وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر ، فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً ، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين ، وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات ، والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين ، اللهم اهدنا سبلَ السلام ، وأخرجنا من الظلمات إلى النور ، وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله ، محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد ، ووفقه للسداد ، وأصلح به العباد والبلاد ، واجعل التقوى له خير زاد ، إنك رؤوف رحيم جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي ، يعظكم لعلكم تذكرون ، فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر ، واللهُ يعلم ما تصنعون.    

No comments:

Post a Comment