الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا
شريك له، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !
اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Wahai
hamba-hamba Allah sekalian! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru kepada diri saya dan juga tuan-tuan sidang Jumaat sekalian, marilah
sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah SWT dengan kita melaksanakan segala
suruhanNya dan meninggalkan segala tegahanNya. Sesungguhnya
berjayalah mereka yang bertaqwa kepada Allah di dunia dan juga di akhirat.
Firman
Allah SWT pada ayat 217 dalam Surah al-Baqarah;
Yang
bermaksud : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum)
berperang dalam bulan-bulan yang dihormati; katakanlah kepada mereka:
"Peperangan dalam bulan itu adalah satu dosa besar, tetapi perbuatan
menghalang (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya,
dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram, serta
mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya
di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya)
daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka
(orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu)
memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang
demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari
agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia dalam keadaan kafir, maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia
dan juga di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalam
neraka (selama-lamanya). (al-Baqarah 217)
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam
adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT bagi memastikan manusia bergerak di
atas muka bumi ini mengikut landasan yang dibenarkan oleh Allah SWT demi
mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Peraturan yang
ditetapkan oleh Allah SWT begitu sempurna yang meliputi ibadah khusus dan juga
urusan keduniaan sehingga umat manusia yang benar-benar berpegang dengan ajaran
Islam pasti merasai bagaimana keadilan dan kebijaksanaan Islam dalam mengatur dan
menguruskan kehidupan manusia.
Penciptaan
manusia bukan sekadar untuk membuktikan kehebatan Allah dalam menciptakannya,
tetapi sebaliknya di sana ada hikmah dan sebab yang tersendiri termasuklah
untuk membezakan antara manusia yang benar-benar beriman dan beribadah
kepadaNya dan juga manusia yang engkar serta kufur kepada Allah.
Kebenaran
dan keadilan Islam walaupun pernah ditonjolkan serta dibuktikan ketika zaman
pemerintahan Baginda Nabi Muhammad SAW namun masih ada yang sangsi terhadap
keadilan dan kebenarannya. Ini adalah berpunca daripada kejahilan manusia
tentang keadilan Islam yang menyeluruh disamping kelalaian umat Islam untuk
menunjukkan keadilan Islam untuk dilaksanakan sebagai teras dalam kehidupan.
Tidak ketinggalan juga dengan perancangan jahat musuh Islam terutama Yahudi dan
Nasrani yang sentiasa menyerang Islam dari pelbagai sudut dengan menggunakan
segala kemudahan dan kecanggihan yang mereka ada sehinggakan masyarakat yang
jahil tentang Islam semakin menjauhkan diri daripada Islam kerana bimbang
kononnya Islam akan menyekat dan menyempitkan kehidupan harian mereka.
Permusuhan
Yahudi dan Nasrani terutamanya terhadap Islam terus subur dan tidak pernah
padam sama sekali, di mana pada zaman Rasulullah SAW sendiri kita dapati melalui
lakaran sejarah bagaimana Yahudi pada mulanya dapat menerima Rasulullah SAW
sebagai pemimpin tetapi lama-kelamaan api permusuhan dan hasad dengki mereka
kembali menyala sehingga mereka sanggup memerangi Rasulullah SAW serta
mencabuli perjanjian yang telah dimetrai sebelumnya. Perbuatan jahat Yahudi ini
telah menyebabkan mereka ditimpa dengan pelbagai kehinaan termasuklah dihalau
keluar daripada bumi Madinah dan
akhirnya bumi Madinah berjaya dibersihkan daripada bangsa Yahudi.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada
hari ini kita berdepan untuk sekian kalinya dengan Yahudi dan Nasrani yang
bergerak dengan pelbagai cara dan tindakan dalam usaha mereka untuk memerangi Islam.
Antaranya ialah melalui peperangan sehingga ramai saudara seagama kita menjadi
mangsa kekejaman Yahudi dan Nasrani terutamanya di negara-negara yang majoritinya
umat Islam terutamanya di Palestin, Mesir dan sebagainya.
Manakala
cara lain yang dimainkan oleh Yahudi dan Nasrani ialah melalui serangan
pemikiran sehinggakan umat Islam terpesona dengan sistem ciptaan Yahudi dan
Nasrani untuk diguna pakai dalam kehidupan mereka sehingga mereka sanggup
mengenepikan sistem Islam yang telah terbukti keadilan dan kesyumulannya.
Antara suntikan berbahaya lain yang berjaya disuntik oleh mereka ialah budaya pergaulan
bebas dalam kehidupan dan berbagai jenis hiburan tanpa sempadan yang menjadi
antara punca utama berlakunya keruntuhan akhlak di negara-negara umat Islam
termasuklah kita di Malaysia .
Bagi
sebahagian umat Islam yang inginkan kebebasan dan hiburan tanpa sempadan dalam
kehidupan mereka, maka mereka sentiasa merasakan bahawa Islam adalah merupakan
antara perkara yang menyekat dan menghalang kebebasan mereka sehinggakan Islam
dimusuhi tanpa rasa bersalah. Ini sekaligus membuktikan bahawa perancangan
jahat Yahudi dan Nasrani telah pun berjaya. Benarlah sabda Nabi SAW melalui
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Sa’id al-Khudri RA,
قال الرسول صلى الله عليه
وسلم :
لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا
بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ
لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ
؟
Yang
bermaksud: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi
sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka masuk ke lubang biawak
sekalipun nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para
sahabat bertanya : “ Ya Rasulallah! Adakah Yahudi dan Nasrani yang engkau
maksudkan?. Nabi bersabda: “Siapa lagi jika bukan mereka.”
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Maruah Islam sekali lagi dicabar pada
hari ini. Dunia hari ini tertumpu kepada apa yang berlaku di bumi Mesir.
Pemimpin yang dipilih oleh suara rakyat digulingkan secara zalim oleh
sekutu-sekutu musuh Islam serta cuba untuk digantikan dengan pemimpin lain
melalui jalan yang batil. Secara jelasnya peranan musuh-musuh Islam terutamanya
Israel sememangnya besar dalam isu ini. Mereka amat bimbang seandainya negara
Mesir dan negara-negara Islam lain dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berpegang
teguh dengan ajaran Islam.
Dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan oleh Dr Saleh an-Ni’amy yang merupakan salah seorang pakar dalam
urusan Yahudi, beliau mengutip satu tulisan oleh seorang pemerhati di akhbar Israel
Today yang mengatakan bahawa,
“Kita (yakni orang-orang Yahudi)
akan menangis darah untuk generasi kita jika kita membiarkan kudeta ini (yakni
al-sisi) gagal dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir”.
Manakala dalam satu kenyataan yang lain
pula, seorang Yahudi yang bernama Dan Margelt yang merupakan seorang
pemerhati sebuah akhbar Israel dan juga rakan karib kepada Perdana Menteri Israel,
Benjamin Natanyahu menyatakan,
“Jika setiap negara melakukan tindakan
menentang rejim baru ini, dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir, maka
wajib bagi Israel untuk melakukan apa sahaja tindakan untuk menjamin perkara
tersebut tidak berlaku demi kepentingan Israel”.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Apa yang pasti ialah Yahudi dan
Nasrani serta musuh-musuh Islam yang lain tidak akan duduk senang jika
sekiranya syiar Islam terus berkembang dan umat Islam hidup dalam keadaan aman
dan damai. Mereka hanya akan duduk diam jika sekiranya umat Islam berpecah
belah dan ditimpa keburukan sebagaimana yang berlaku di bumi Mesir pada hari
ini. Ini dijelaskan melalui firman Allah
s.w.t dalam surah ali-Imran ayat ke 120,
Yang
bermaksud : Jika kamu senang dan selesa maka mereka (Yahudi dan Nasrani)
akan bersedih, tetapi jika kamu ditimpa kesusahan atau penderitaan maka mereka
akan bergembira (senanglah hati mereka). Sekiranya kamu bersabar dan bertaqwa
nescaya tipu daya mereka itu tidak sedikit pun akan memudaratkan kamu,
sesungguhnya Allah amat mengetahui apa-apa yang mereka lakukan. (ali-Imran 120)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Mimbar hari ini menyokong sepenuhnya
sebarang usaha dari pelbagai pihak untuk memboikot setiap jenis barangan
keluaran Yahudi dan Nasrani sebagai satu mesej kepada masyarakat dunia bahawa
umat Islam membantah sekeras-kerasnya kenyataan mereka yang mengaitkan al-Quran
sebagai pencetus keganasan.
Namun apa yang kita lihat pada hari
ini ialah seolah-olah tindakan memboikot ini hanyalah sekadar tindakan “hangat-hangat
taik ayam”. Tidak seperti beberapa bulan yang lalu, keadaan hari ini yang
sunyi tanpa laungan boikot menggambarkan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Media pula semakin rancak mempromosikan produk-produk keluaran mereka, bahkan
masyarakat kita sendiri seolah-olah sukar untuk tidak membeli hasil keluaran
mereka.
Mungkin ini menjadi faktor mengapa
Yahudi dan Nasrani tidak merasa takut dan gentar untuk terus menghina dan
menindas Islam kerana mereka yakin bahawa umat Islam tidak akan mampu untuk
bertindak balas ke atas mereka. Di
sebalik itu juga, kita semua mempunyai tugas lain yang jauh lebih berat dari hanya
mengadakan perarakan membantah dan memboikot, iaitu kita bertanggungjawap
sepenuhnya untuk memulihkan semula maruah Islam dan harga diri kita. Kita sepatutnya menjadi umat contoh untuk
semua umat di dunia dan bukannya menjadi umat yang ditindas dan dipandang
rendah serta dihina.
Yang bermaksud : Mereka hendak
memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak
menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir
tidak suka (akan yang demikian). Dialah yang telah mengutuskan RasulNya dengan
membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam), untuk dimenangkan dan
ditinggikanNya atas segala agama yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak
menyukainya. (at-Taubah 32-33)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ