الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق، ليظهره على
الدين كله ولو كره المشركون، أشهد أن لآ إله إلا الله وحده لا شريك له،
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على سيدنا وحبيبنا ونبينا
محمد، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد،
فيا أيها الحاضرون، اتقوا الله أوصيكم ونفسي بتقوى الله، فقد فاز المتقون،
قال الله تعالى،
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
ياأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
Mafhumnya;
"Wahai
sekalian manusia yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan
hendaklah setiap kamu melihat apakah yang telah kamu sediakan untuk
menghadapi hari esok, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah (swt) dengan sebenar-benar taqwa,
mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hambanya yang berjaya
di dunia dan di akhirat.
بسم الله الرحمن الرحيم
تبارك الذي بيده الملك وهو على كل شيء قدير، الذي خلق الموت والحيوة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور
سورة الملك 1-2
Mafhumnya;
Maha
Suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas
tiap-tiap sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa,
Maha Pengampun
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Setiap
daripada kita pasti melalui beberapa peringkat kehidupan. Sebahagian
ulama membahagikan kehidupan kita ini kepada lima fasa atau peringkat.
Peringkat
yang pertama ialah peringkat alam benih atau alam zar (ذر) yang bermula
sejak daripada Allah menciptakan Nabi Adam (as) dan kemudiannya
diletakkan setiap benih anak cucu Adam di dalam sulbi datuk kita Nabi
Adam (as). Semasa kita berada di dalam peringkat ini, Allah (swt)
telahpun mengambil akujanji daripada kita semua. Akujanji tersebut
adalah sebagai pengakuan kita terhadap keimanan kita kepada Allah (swt).
Firman Allah (swt);
وإذ
أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا
بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيامة إنا كنا عن هذا غافلين
سورة الأعراف 172
Mafhumnya;
Dan
ingatlah ketika Tuhanmu memgeluarkan dari sulbi anak cucu Adam
keturunan mereka, dan Allah mengambil penyaksian daripada mereka,
bukankah aku ini Tuhan kamu?, maka mereka berkata, bahkan Engkau adalah
Tuhan kami, kami bersaksi. (Kami lakukan sedemikian) agar di hari kiamat
nanti kamu tidak mengatakan "sesungguhnya ketika itu kami lalai
terhadap perkara ini".
Peringkat
yang kedua pula bermula sejak daripada kita dilahirkan ke dunia ini
sehinggalah kita mati, iaitulah fasa kehidupan dunia yang kita sedang
berada hari ini. Maka sekarang ini kita sedang berada pada peringkat
kehidupan yang kedua. Inilah peringkat atau fasa yang amat penting
kerana ia menjadi penentu kepada kehidupan kita yang lagi tiga fasa.
Jika sekiranya kita berjaya mengharungi kehidupan dalam fasa yang kedua
ini dengan baik dan berjaya, maka kita akan selamat pada fasa-fasa yang
berikutnya. Namun jika sekiranya fasa yang kedua ini disalahgunakan dan
tidak dimanfaatkan untuk mencari bekal yang secukupnya, maka kita akan
menderita dalam fasa-fasa yang berikutnya. Orang yang cerdik dan berakal
sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang yang ada ini yang hanya
sekali sahaja demi untuk kebahagian hidup di akhirat sana.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Peringkat
yang ketiga ialah alam barzakh atau alam kubur. Peringkat ini bermula
apabila kita mati dan meninggalkan dunia ini sehinggalah kita
dibangkitkan semula untuk dibicarakan di hadapan Allah (swt).
Pada
fasa yang ketiga inilah bermulanya saat azab ataupun nikmat. Saidina
Uthman Al-Affan (ra) menangis ketika berada di atas perkuburan. Apabila
ditanya kepada beliau apakah sebabnya beliau menangis, maka jawap beliau
bahawa Nabi (saw) bersabda:
Kubur
adalah awal2 persinggahan akhirat, barangsiapa selamat di dalamnya,
maka yang selepasnya akan menjadi mudah baginya. Namun jika dia tidak
selamat di dalamnya, maka yang selepas daripada itu akan menjadi lebih
sukar baginya.
Riwayat Al-Tirmizi
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Fasa
yang keempat pula bermula sejak kita dibangkitkan dari kubur dan dibawa
untuk dibicarakan di Mahsyar. Ini juga merupakan saat yang amat
menyeksakan buat mereka yang tidak beramal ketika hidup di dunia. Adapun
orang-orang yang soleh dan taat kepada Allah, akan dipermudahkan oleh
Allah (swt) segala urusannya di Mahsyar.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat sekalian,
Fasa
kehidupan kita yang terakhir adalah samada syurga ataupun neraka.
Inilah kesudahan fasa kehidupan bagi setiap daripada kita. Syurga yang
merupakan tempat yang penuh dengan segala kenikmatan dan kesedapan sudah
semestinya untuk mereka yang beriman dan taat kepada Allah dan
Rasulnya. Sedangkan neraka merupakan tempat yang penuh dengan segala
bentuk azab dan seksaan yang disediakan untuk mereka yang kufur dan
derhaka kepada Allah (swt). Inilah kesudahan dalam segala kehidupan.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Orang
yang cerdik dan berakal pasti akan mempersiapkan dirinya dengan amal
yang secukupnya sebagai bekalan untuk hidup bahagia di akhirat sana.
Marilah sama-sama kita persiapkan diri dengan amal yang secukupnya.
Dunia bukanlah tempat untuk kita bersuka ria dan berseronok sehingga
lupa tanggungjawap kita. Bersusah-susah lah dengan beramal di dunia agar
kita hidup bahagia di akhirat sana.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
والعصر، إن الإنسان لفي خسر، إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر
No comments:
Post a Comment