الحمد
لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره
المشركون ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا
عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن
تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد،
أيها الناس اتقوا الله، أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون،
قال الله تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
Mafhumnya
: Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan
hendaklah setiap kamu melihat (memikirkan) apa yang telah kamu sediakan
(daripada bekalan amalan kamu) untuk hari esok (kiamat), dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui apa
yang kamu lakukakan.
Marilah
sama2 kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar taqwa, yakni dengan
kita mentaati setiap titah perintahNya dan pada masa yang sama kita
meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita
mendapat kejayaan hidup dunia dan akhirat.
Sabda Nabi SAW,
اقرءوا القرءان فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه
Bacalah
oleh kamu semua akan Al-Quran, maka sesungguhnya Al-Quran yang kamu
baca akan datang memberi syafaat yakni pertolongan kepada kamu pada hari
kiamat.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Al-Quran
ialah Kalam Allah yang mulia, yang diturunkan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, melalui perantaraan Jibril AS, yang melemahkan
sesiapa pun untuk mendatangkan yang seumpama dengannya, membacanya
dikira satu ibadah yang sangat besar pahalanya. Sabda Nabi SAW,
من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة، فالحسنة بعشر أمثالها، ولا أقول الم حرف، ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف
Mafhumnya:
Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat
satu kebajikan, setiap satu kebajikan digandakan 10 pahala, aku tidak
mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif dikira satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Ini
di antara amalan yang besar ganjaran pahalanya, yang dijanjikan oleh
Allah SWT kepada kita semua. Mungkin semasa hidup kita tidak merasa
betapa bernilainya pahala ini, tetapi apabila kita sudah berpindah dari
alam dunia ke alam barzakh, maka pada saat itu tidak ada yang lebih
berharga buat kita semua melainkan pahala daripada amalan yang kita
lakukan semasa di dunia ini. Di antara amalan yang akan memberatkan
timbangan kita di akhirat ialah bacaan Al-Quran.
Orang
yang bersama-sama dengan Al-Quran ialah orang-orang yang mulia di sisi
Allah SWT. Mereka adalah golongan VVIP di sisi Allah SWT. Sabda Nabi
SAW;
خيركم من تعلم القرءان وعلمه
Semulia-mulia kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
Allah
SWT meletakkan ahli Al-Quran pada kedudukan yang sangat mulia di
sisiNya. Maka, kenapakah kita sebagai hamba kepadaNya masih tidak mahu
merebut kedudukan dan pangkat yang mulia ini di sisiNya.
Adalah
amat penting untuk kita membudayakan bacaan Al-Quran dalam kehidupan
kita seharian kita. Terapkan budaya ini dalam diri anak-anak kita dan
ahli keluarga kita. Jika kita masih tidak mampu membaca Al-Quran maka
belajarlah untuk membacanya. Tidak ada batasan umur yang membatasi kita
untuk belajar Al-Quran bahkan biarlah umur kita dan juga masa yang kita
ada dihabiskan untuk Al-Quran. Allah SAW berfirman dalam sepotong hadis
qudsi yang bermaksud;
Barangsiapa
yang masanya disibukkan oleh Al-Quran daripada berdoa dan meminta
kepada Aku, maka Aku akan memberi kepadanya anugerah yang lebih baik
daripada apa yang Aku beri kepada mereka yang meminta kepada Aku.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Memberi
ilmu Al-Quran kepada anak-anak adalah merupakan tanggugjawap ibu bapa.
Ibu bapa akan dipertanggungjawapkan di hadapan Allah SWT tentang perkara
ini. Sabda Nabi SAW,
ادبوا أولادكم على ثلاث خصال، حب نبيكم، وحب أهل بيته، وقراءة القرءان الكريم
Ajarkanlah
atau adabkanlah anak-anak kamu dengan 3 perkara, 1. Kasih kepada Nabi
kamu, 2. Kasih kepada ahli keluarga Baginda, 3. Membaca Al-Quran
Al-Karim
Jika ibu bapa
mampu untuk mengajar sendiri Al-Quran kepada anak-anak, maka lakukanlah
kerana itulah yang terbaik. Namun jika ibu bapa tidak mampu untuk
berbuat demikian, maka hantarlah anak-anak kita ke pusat-pusat pengajian
Al-Quran yang pada hari ini wujud di merata-rata tempat. Samada di
sekolah, di pejabat, di masjid dan surau bahkan sampai di rumah pun
kadang-kadang ada kalangan guru-guru yang pergi mengajar secara
peribadi. Maka tidak ada alasan untuk kita katakan bahawa "aku tidak
pandai membaca Al-Quran dengan sebab tidak ada orang yang mengajar",
sedangkan kelas Al-Quran wujud di merata tempat di sekeliling kita.
Hanya kesedaran dari dalam diri kita sahajalah yang akan dapat
memberikan kepada kita kekuatan serta kesungguhan untuk mempelajari
Al-Quran.
Minbar menyeru
kita semua pada hari ini, marilah sama-sama kita pastikan bahawa kita
mampu membaca Al-Quran dengan kita mempelajarinya dan jangan biarkan
kita mati dalam keadaan kita jahil Al-Quran. Biarlah kita mati dalam
keadaan kita sentiasa istiqamah bersama-sama Al-Quran kerana pasti ada
kemuliaan buat kita di sana.
وننزل من القرءان ما هو شفآء ورحمة للمؤمنين ولا يزيد الظلمين إلا خسارا
بارك
الله لي ولكم بالقرءان العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر
الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم، أقول قولي هذا
وأستغفر الله العظيم لي ولكم، ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين
والمؤمنات، فاستغروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
No comments:
Post a Comment