الحمد
لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره
المشركون ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا
عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن
تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد،
أيها الناس اتقوا الله، أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون،
قال الله تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
Mafhumnya
: Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan
hendaklah setiap kamu melihat ( memikirkan) apa yang telah kamu
sediakan untuk hari esok ( kiamat ), dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukakan.
Marilah
sama2 kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar taqwa, yakni dengan
kita mentaati setiap titah perintahNya. Pada masa yang sama kita
meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita
mendapat kejayaan hidup dunia dan akhirat.
Sabda Nabi SAW,
أَنَّ
جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلامُ ، أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ، يُقْرِئُكَ
السَّلامَ ، وَيَقُولُ لَكَ : " عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ ،
وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ
فَإِنَّكَ مُجَازٍ بِهِ ، وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ
بِاللَّيْلِ ، وَعِزَّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ "
Maksudnya,
Telah
datang Jibril AS kepada Nabi SAW lalu berkata Jibril, " Wahai Muhammad
hiduplah sebagaimana kamu inginkan tetapi ingat bahawa kamu akan mati.
Buatlah apa yang kamu mahukan tetapi ingat bahawa kamu akan dibalas oleh
Allah setiap apa yang kamu lakukan. Sayangilah siapa pun yang kamu mahu
tetapi ingat bahawa suatu hari kamu akan berpisah dengannya. Ketahuilah
bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu apabila dia bangun beribadah pada
malam hari, dan ketinggiannya apabila kaya daripada bergantung sesama
manusia".
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Baginda
Nabi SAW telah menyampaikan satu peringatan yang sangat penting buat
kita semua di dalam hadis yang dibacakan tadi. Beberapa perkara telah
dinyatakan oleh Baginda SAW.
1.
Ingatlah bahawa kita semua akan menghadapi kematian. Walausiapa pun
kita, samada kaya atau miskin, rakyat atau pemerintah, orang kampung
atau orang pekan, muda atau tua, yang pasti kita akan mengahadapi saat
kematian yang dijanjikan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian sementara
kita masih diberi peluang untuk hidup, maka gunakanlah kehidupan ini
pada jalan yang Allah redho. Jangan bazirkan atau sia-siakan umur yang
Allah pinjamkan kepada kita. Umur kita adalah amanah yang akan disoal
oleh Allah diakhirat nanti.
2.
Apa yang kita buat ketika hidup ini, samada baik atau jahat, maka akan
diberi balasan oleh Allah SWT. Yang baik akan diberi balasan yang baik,
manakala yang jahat akan dibalas dengan balasan yang buruk. Maka Nabi
SAW memberi ingat kepada kita, kamu nak hidup macam mana pun hiduplah,
tetapi satu perkara yang mesti kamu ingat baik-baik ialah, apa yang kamu
buat ketika kamu hidup di atas dunia ini tidak akan terlepas daripada
balasan Allah SWT di akhirat sana. Maka berfikirlah sehabis-habisnya
sebelum kita bertindak untuk melakukan sesuatu perkara.
3.
Nabi SAW memberi ingat kepada kita tentang kematian. Kita dituntut
untuk sayang menyayangi dan kasih mengasihi antara satu sama lain. Nabi
memberi ingat kepada kita, walau siapa pun yang kita kasih, walau siapa
pun yang kita sayang, suatu hari kita pasti akan berpisah dengannya
iaitu berpisah dengan kematian. Samada kita yang meninggalkannya, atau
dia yang meninggalkan kita. Ini adalah suatu perkara yang pasti. Oleh
yang demikian, sementara kita hidup, berbuat baiklah sesama kita.
Berkasih sayanglah sesama kita. Mudah-mudahan apabila kita mati, orang
akan mengenagkan kita dengan kebaikan dan bukannya dengan keburukan dan
kejahatan.
4. Seterusnya
Baginda Nabi SAW menjelaskan tentang kelebihan ibadah yang dilakukan
pada malam hari atau qiamullail. Ini adalah waktu yang paling tenang
untuk kita sujud dan mendekatkan diri kepada Allah.
قال
صلى الله عليه وسلم : واعلم أنك لن تسجد لله سجدة إلا رفع الله لك بها
درجة , وحط عنك بها خطيئة (الحديث رواه الإمام أحمد وغيره، وصححه
الأرناؤوط)
Maksudnya:
Ketahui olehmu bahawasanya tidak engkau kepada Allah sekali sujud
melainkan Allah akan mengangkat kedudukanmu satu darjat, dan akan
menghapuskan bagimu satu dosa.
Bangunlah
di sepertiga akhir pada tiap-tiap malam kerana inilah waktu dan masa
yang Allah limpahkan rahmat dan keampunanNya dan inilah juga waktu yang
sangat dimustajabkan doa. Orang yang istiqamah beribadah pada malam
hari, akan diangkat darjatnya di sisi Allah serta dimuliakan oleh Allah
SWT.
5. Kekayaan
seseorang manusia bukanlah diukur dari segi harta yang dimilikinya,
tetapi orang kaya yang diiktiraf oleh Baginda Nabi SAW ialah mereka yang
tidak bergantung sesama manusia. Orang yang Allah pelihara dirinya
daripada sifat meminta-minta kepada manusia, atau Allah beri kepadanya
sifat qanaah yakni cukup dengan apa yang ada di dalam tangannya, maka
inilah orang yang kaya di sisi Nabi SAW walaupun di sisi manusia dia
adalah orang yang miskin dan tidak memiliki harta. Tetapi jika sekiranya
sifatnya suka minta-minta dan suka bergantung sesama manusia, maka dia
adalah orang yang miskin di sisi Nabi SAW sekalipun dia pada pandangan
manusia memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah.
Marilah
sama-sama kita bermuhasabah memikirkan keadaan diri kita. Apakah
keadaan cara hidup kita semakin bertambah baik di sisi Allah ataupun
sebaliknya. Apakah setiap hari semakin bertambah amalan baik kita,
ataupun sebaliknya.
Apa
yang sepatutnya berlaku ialah, apabila umur semakin bertambah, dan masa
untuk kita semakin dekat maka semakin bertambahlah bekalan amal
kebajikan yang kita lakukan. Namun jika yang semakin bertambah ialah
amal maksiat, maka cepat-cepatlah balik kepada Allah sebelum kita
terlambat.
Manusia yang
cerdik ialah, mereka yang berpenat lelah di atas dunia ini untuk bekerja
mencari bekal yang akan digunakan di akhirat kelak.
بارك
الله لي ولكم بالقرءان العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر
الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم، أقول قولي هذا
وأستغفر الله العظيم لي ولكم، ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين
والمؤمنات، فاستغروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
No comments:
Post a Comment