اَلْحَمْدُ
ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ
عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ،
وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ
شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ
وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan
hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu
sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Saya
berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama
kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah
perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan
dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun
di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada
Allah s.w.t.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Salah
satu daripada anggota yang banyak menjerumuskan dan menghumban
seseorang manusia itu kepada kebinasaan dan kkecelakaan ialah anggota
yang bernama lidah. Kerana itulah Baginda Nabi SAW sangat menekankan
kepada kita supaya menjaga dan memelihara lidah dengan
bersunguh-hsungguh. Antaranya sabda Nabi SAW;
قال
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ
يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنُ لَهُ
الْجَنَّةَ " . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ
Maksudnya:
"Sesiapa
yang boleh menjamin bahawa dia mampu memelihara anggota yang berada di
antara dua tulang gerahamnya iaitu lidahnya, dan anggota yang berada di
celah dua pahanya iaitu kemaluannya, maka aku jamin untuknya syurga"
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang lain;
أكثر خطايا ابن آدم في لسانه
Maksudnya;
"Sebesar-besar atau sebanyak-sebanyak bahaya bagi seseorang anak Adam adalah pada lidahnya"
Perbincangan
berkaitan bahaya dan kebinasaan lidah ini banyak dibincangkan oleh para
ulama di dalam kitab-kitab Tasawwuf. Al-Imam Al-Ghazali RH menyebut di
dalam kita Bidayatul Hidayah,
"Manakala
lidah hanyalah ia diciptakan bagi kamu agar kamu dapat memperbanyakkan
zikrullah dengannya, membaca kitabNya, menunjukkan makhluk Allah SWT ke
arah jalanNya, dan menzahirkan apa yang terlintas di hati nurani engkau
daripada keperluan agama dan dunia engkau. Maka apabila engkau
menggunakan lidahmu bagi tujuan yang lain daripada tujuan asalnya, maka
sesungguhnya engkau telah mengkufuri terhadap nikmat yang diberikan
kepadamu. Berapa ramai manusia di akhirat yang dihumbankan ke dalam api
neraka dengan sebab jenayah yang dilakukan oleh lidahnya. Maka kekanglah
dan jagalah lidahmu sebaik-baiknya supaya ia tidak menjadi sebab kamu
dihumbankan ke dalam api neraka."
Di
antara bentuk-bentuk kejahatan dan kebinasaan lidah adalah seperti
berbohong atau menipu. Begitu juga dengan menabur fitnah sesama kita,
lebih-lebih lagilah di musim kita nak menghadapi pilihanraya, dan juga
dalam suasana kecanggihan teknologi media sosial seperti wassap,
facebook dan sebagainya. Maka jagalah lidah ketika kita berkempen atau
berucap atau berkongsi sesuatu berita di media sosial kerana bimbang
kita sedang menabur fitnah atau menyebarkan berita palsu yang melibatkan
maruah orang lain. Hari ini kita bercakap bukan hanya melalui lidah,
tetapi melalui apa yang kita tulis. Maka apa yang kita tulis dalam media
sosial tersebut sebenarnya sama dengan apa yang kita ucapkan. Jangan
sekali-kali kita menulis sesuatu perkara yang berunsurkan fitnah atau
pembohongan, kerana semua itu akan dipertanggungjawapkan oleh Allah
kepada kita di akhirat kelak.
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Lidah juga boleh terjebak dengan perbuatan mencaci maki, mengumpat, menghina orang lain, dan yang seumpama dengannya.
Kesemua
sifat-sifat buruk ini merupakan antara penyebab utama kepada perpecahan
serta perbalahan sesama umat Islam yang akhirnya akan menghancurkan
kesatuan umat Islam, serta memberi ruang dan peluang kepada
musuh-musuhnya melakukan serangan demi serangan terhadap umat Islam.
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Inilah
di antara penyakit-penyakit lidah yang sangat membinasakan seseorang.
Oleh kerana itulah Al-Imam Al-Ghazali RH menyarankan kepada kita
beberapa perkara jika kita ingin selamat daripada fitnah lidah;
1. Kurangkan bergaul dengan manusia kecuali jika perlu, dan bergaullah dengan bahasa dan percakapan yang baik-baik sahaja
2.
Bercakap sekadar keperluan sahaja, kerana apabila kita banyak bercakap,
maka banyaklah salahnya, jika banyak salah maka banyaklah pula dosanya
3.
Memikirkan terlebih dahulu dengan apa yang hendak kita cakapkan. Jika
baik silakanlah dan teruskanlah bercakap, tetapi jika buruk, maka
diamlah dan janganlah bercakap kerana itu lebih selamat buat kita.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Setiap
daripada kita pasti akan dipertanggungjawapkan dihadapan Allah di
akhirat nanti terhadap apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini.
Begitulah dengan lidah kita. Maka marilah sama-sama kita pelihara dan
menjaga lidah kita dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menyusahkan kita
di akhirat kelak.
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ( النور 24)
"Pada hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".
بَارَكَ
اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Mohon sertakan romanais bahasa arab untuk ayat al-quran.....terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete