اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الصَّادِقُ الْوَعْدُ الاَمِيْنُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا
عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ
فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Yang bermaksud: Wahai orang-orang
yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan
apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku sidang
jumaat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita
bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah
sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah. Berbahagialah mereka
yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama
ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketakwaan dan
keimanan kita kepadaNya.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Yang
bermaksud : Dan Allah s.w.t membuat suatu perbandingan, sebuah negeri yang
penduduknya hidup aman dan damai lagi tenteram, sumber rezekinya datang dengan
mewah dari segenap tempat, kemudian penduduknya kufur terhadap nikmat-nikmat
Allah itu, lalu Allah s.w.t menimpakan kelaparan dan ketakutan ke atas mereka yang
meliputi keseluruhannya disebabkan kekufuran yang telah mereka lakukan. (An-Nahl
112)
Saudara-saudaraku
sidang jumaat yang dikasihi,
Ayat
112 yang dipetik daripada Surah Al-Nahli itu tadi menceritakan kepada kita tentang
sebuah negeri iaitu Makkah, yang mana penduduknya hidup dalam keadaan aman dan
damai, mewah dengan berbagai sumber rezeki yang datang dari segenap penjuru
negeri. Namun kemewahan dan keamanan yang mereka kecapi tidak kekal lama
apabila penduduknya kufur dan menolak risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w, dan bukan sekadar menolak sahaja, bahkan Nabi dan para sahabat menerima
tentangan yang cukup hebat dari kaum musyrikin Makkah sehingga memaksa Nabi bersama para sahabat berhijrah
dari kota Makkah ke kota Madinah, lalu Allah s.w.t menimpakan bala’ kelaparan
disebabkan kekurangan sumber makanan, dan mereka juga ditimpakan bala’ ketakutan
akibat daripada peperangan Badar dan beberapa peperangan yang lain sebagai
balasan terhadap kekufuran mereka terhadap nikmat Allah dan penentangan yang
telah mereka lakukan terhadap Rasulullah s.a.w.
Saudara-saudaraku
sidang jumaat yang dikasihi,
Pada
tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka
daripada penjajah. Namun kemerdekaan tersebut hanya dapat dicapai setelah
hampir 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Tanah air kita
pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British buat kali
yang keduanya bermula dari tahun 1511 yakni selepas kejatuhan Kota Melaka
sehinggalah kemerdekaan dapat dicapai pada tahun 1957.
Beberapa
faktor kejatuhan Empayar Kota Melaka pada tahun 1511 dicatatkan di dalam
buku-buku sejarah. Mengikut fakta sejarah, antara sebab-sebab kejatuhan Kota
Melaka ke tangan Portugis ialah kelalaian dan ketidakcekapan pemimpin pada
ketika itu, amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin dan rakyat, wujudnya
musuh dalam selimut, berleluasanya perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah
antara satu sama lain, kelemahan pertahanan atau ketenteraan daripada menghadapi
serangan musuh. Kesan daripada gabungan faktor-faktor tersebut maka bermulalah era
penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu apabila Kota Melaka akhirnya
berjaya ditawan oleh Portugis.
Tanggal
31 Ogos tahun 2014 esok lusa, Negara kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57,
iaitu lebih kurang 1/8 daripada tempoh 446 tahun Negara kita dijajah. Syukur
yang tidak terhingga kita panjatkan kehadrat Allah SWT di atas nikmat kemerdekaan
dan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Tidak dilupakan juga
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pejuang-pejuang dan wira-wira negara
yang telah berkorban harta benda dan nyawa mereka demi memastikan tanah air
tercinta bebas daripada cengkaman penjajah. Semoga Allah memberi sebaik-baik
balasan buat mereka, dan mudah-mudahan syurga menanti buat mereka di sana.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Sudah
menjadi sifat semulajadi manusia, apabila ditimpa sesuatu musibah ataupun
kesusahan maka kita akan segera ingat dan kembali kepada Allah s.w.t serta
sentiasa menyebut-nyebut namaNya, tetapi jika musibah atau kesusahan itu hilang
dan kita diberi sedikit kesenangan dan
kemewahan, manusia mudah lupa diri dan jarang sangat untuk mengingati Allah,
bahkan ada yang lupa terus bahawa dirinya adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Esa.
Ibarat kacang lupakan kulit. Sikap dan perangai buruk manusia ini dijelaskan
oleh Allah s.w.t melalui firmanNya,
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Yang
bermaksud : Dan apabila seseorang manusia itu ditimpa kesusahan, maka dia
akan berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri. Tetapi
setelah Kami menghilangkan atau memalingkan kesusahan itu daripadanya serta
memberi kepadanya kesenangan, dia terus kembali dengan perangai lamanya (yakni
sikap buruknya) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami memohon agar
dihapuskan kesusahan yang menimpanya. Demikianlah, orang yang melampaui batas
itu sentiasa memandang baik terhadap keburukan yang mereka lakukan. ( Yunus 12 )
Ayat
12 dari Surah Yunus ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan juga mensyukuri nikmatNya sama ada ketika kita senang mahupun susah,
sama ada semasa kita dijajah dan lebih-lebih lagilah setelah kita mencapai kemerdekaan.
Jangan hanya bila kita ditimpa kesusahan barulah kita ingat dan menyebut-nyebut
namaNya tetapi apabila kita diberi sedikit kesenangan dan kemerdekaan langsung
kita lupa kepadaNya.
Apabila
manusia lupa kepada Allah SWT, maka Allah akan menguji dengan menambahkan lagi
kesenangan dan kemewahan sehingga apabila manusia dalam keadaan lalai dan leka
dengan kemewahan dan kesenangan tersebut, lalu Allah SWT merampas kembali
nikmat tersebut dalam keadaan mengejut. Allah SWT menjelaskan keadaan ini dalam
firmanNya pada ayat 44 dalam Surah Al-An’am:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Maksudnya
: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka
dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan
kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala
nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut
(dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari
mendapat sebarang pertolongan).
Sidang
Jumaat yang dikasihi,
Kita
boleh dikatakan amat bertuah, dan sememangnya kita bertuah jika dibandingkan
dengan rakyat di negara-negara yang lain. Mereka terpaksa hidup dalam suasana peperangan,
rusuhan, perang saudara, bencana alam dan sebagainya, sedangkan kita di
Malaysia hidup dalam keadaan yang cukup aman dan selesa, mewah dengan segala
jenis nikmat dunia, lebih-lebih lagi setelah 57 tahun Negara kita merdeka. Berbagai-bagai
nikmat kemewahan hidup yang kita kecapi. Amat malang sekali jika segala nikmat
yang kita kecapi selama ini tidak disyukuri, yakni tidak digunakan dengan
sebaiknya, kerana satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, tidak ada sesuatu
pun yang kekal di atas muka bumi ini melainkan Allah SWT. Dia yang memberi
keamanan dan kesenangan kepada kita dan Dia juga berhak mengambil balik
keamanan dan kemerdekaan pada bila-bila
masa sahaja jika nikmat keamanan dan kemerdekaan yang diberikan tidak disyukuri
dan tidak digunakan dengan sebaiknya. Firman Allah s.w.t,
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Yang
bermaksud : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu, "Demi
sesungguhnya! jika kamu bersyukur di atas nikmat kurniaanku, nescaya Aku akan
tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur atau ingkar
maka sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 7)
Sidang
Jumaat moga-moga dirahmati Allah,
Bergembira
menyambut kemerdekaan sebagai tanda kita bersyukur tidaklah menjadi kesalahan.
Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan.
Janganlah diajak anak-anak muda berkumpul sambil melaung-laungkan kemerdekaan
bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi hanya sekadar untuk leka dengan hiburan
yang melampau, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, mengabaikan solat
dan sebagainya.
Perhimpunan-perhimpunan
seperti ini jika hanya untuk meramaikan anak-anak muda atau hanya untuk melihat
hiburan-hiburan yang melalaikan semata-mata sementara menunggu detik 12 malam,
tentu tidak mencapai matlamatnya bahkan akan membawa banyak mudarat dan maksiat.
Kita mengharapkan bersempena dengan 57 tahun Negara merdeka, maka masyarakat
kita akan lebih merdeka dalam erti kata yang sebenar iaitu merdeka yang benar-benar
diredhoi oleh Allah SWT. Alangkah baiknya jika kita sambut kemerdekaan ini
dengan mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa’ untuk para pejuang
kemerdekaan dan mereka yang telah berjasa kepada negara. Bukankah itu lebih
membuktikan bahawa kita amat menghargai nikmat kemerdekaan ini dan juga
jasa-jasa mereka.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Kelmarin
dulu rakyat Palestin bergembira menyambut kemenangan perjuangan mereka selama
hampir 70 tahun ditindas apabila Rejim Zionis terpaksa tunduk dan akur terhadap
kehendak dan tuntutan pejuang Hamas dan juga rakyat Palestin. Walaupun
peperangan yang memakan masa sela lebih 50 hari baru-baru ini telah
mengorbankan lebih 2000 syuhada’ dan mencederakan lebih 11,000 yang lain, namun
rakyat Palestin sedikitpun tidak pernah berputus asa dalam usaha mereka untuk menuntut
kemerdekaan tanahair mereka sekalipun terpaksa bergadai nyawa, harta dan
keluarga. Akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Ghaza.
Inilah
semangat juang yang patut kita contohi, lebih-lebih lagi buat generasi muda
hari ini. Sama-sama kita tanya diri kita, sanggupkah kita berjuang
mempertahankan tanahair kita sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Palestin?.
Sanggupkah kita mempertaruhkan nyawa dan harta kita demi untuk maruah agama dan
Negara yang kita cinta?. Yakinlah kita semua bahawa setiap titisan darah yang
tumpah ke bumi kerana mempertahankan agama dan Negara pasti akan diberi balasan
syurga. Mudah-mudahan akan lahir generasi yang sanggup mempertahankan bumi
Malaysia ini daripada musuh-musuh sebagaimana rakyat Palestin sanggup
mempertahankan tanahair mereka daripada cengkaman rejim zionis, dan
mudah-mudahan Negara kita akan terus diberi keamanan dan kesejahteraan oleh
Allah SWT.
Sama-samalah
kita menadah tangan memohon kepada Allah s.w.t agar nikmat kemerdekaan ini akan
terus kita nikmati untuk selamanya dan sama-sama juga kita pohon kepadaNya agar
sejarah penjajahan kuasa asing tidak akan berulang lagi di tanah air kita .
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Yang
bermaksud : Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan
bertaqwa, tentu Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki Kami) yang
melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan
(Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang
telah mereka usahakan. (Al-A’raf 96)
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ
الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ
الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ,
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ.
Khutbah
Kedua
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ
له . وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه . اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا
محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين .
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر
وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن
الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى : إن الله وملائكته
يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم
على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين . وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين
ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم
والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ
والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك كلمة
الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا
الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ
الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد
ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد، إنك رؤوف رحيم
جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله ،
إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي،
يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، واسئلوه
من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر , واللهُ يعلم ما تصنعون.
Terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteSaya gunakan teks ni untuk bacaan anak saya 6 tahun.
terima kasih
ReplyDelete