الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا عِبَادَ الله. اِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى
الله، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan
hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan
untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi
kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t
dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu
yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t selain daripada ketaqwaan
kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga
di akhirat.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Ayat-ayat yang
dibacakan sebentar tadi bermula dari ayat 4 hingga 8 yang dipetik daripada daripada
surah al-Isra’ menceritakan kepada kita tentang penderhakaan dan kerosakan yang
dilakukan oleh Bani Israel. Allah s.w.t menceritakan kepada mereka melalui kitab
Taurah bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan penderhakaan terhadap
Allah s.w.t sebanyak dua kali di bumi Palestin.
Mengikut satu
riwayat, penderhakaan yang pertama ialah apabila mereka mengubah isi kandungan
kitab Taurah agar ianya bersesuaian dengan kehendak nafsu mereka dan membunuh
Nabi-Nabi yang diutuskan kepada mereka. Ibnu A’bbas r.a berkata:
”Kerosakan
kali pertama yang mereka lakukan ialah dengan membunuh Nabi Allah Zakaria a.s
dan kerosakan kali yang kedua ialah apabila mereka membunuh Nabi Allah Yahya
a.s”.
Satu riwayat
lain mengatakan bahawa kerosakan yang kedua ialah apabila mereka merancang
untuk membunuh Nabi Allah Isa a.s.
Sebagai balasan
terhadap penderhakaan ini maka Allah s.w.t
mendatangkan balasanNya yang pertama buat mereka. Raja Bukhtanasor
yang merupakan raja negeri Baabil atau Babylon bersama tentera-tenteranya
menyerang dan menawan Kota Baitul Maqdis berdasarkan satu riwayat. Ulama-ulama
Yahudi dibunuh, pemimpin-pemimpin mereka diseksa dan kitab Taurah dibakar serta
tanah air mereka dihancurkan. Mengikut riwayat, hampir 70,000 nyawa Bani Israel
menjadi korban Raja Bukhtanasor dan tentera-tenteranya. Ini
adalah balasan Allah s.w.t terhadap kerosakan
dan penderhakaan mereka buat kali pertama di bumi Palestin.
Setelah hampir
seratus tahun mereka dihina dan hidup dalam kesengsaraan, maka Allah s.w.t
mengembalikan semula kemuliaan dan kemenangan kepada Bani Israel apabila mereka
berjaya menawan negeri Babylon dan memperolehi harta rampasan yang banyak.
Mereka hidup dalam suasana aman dan dikurniakan zuriat keturunan yang banyak. Kemuliaan
ini dikembalikan setelah mereka kembali insaf dan kembali mentaati isi
kandungan kitab Taurah yang asal.
Namun ketaatan
Bani Israel tidak kekal lama. Setelah berlalu 500 tahun mereka kembali
melakukan penderhakaan dan kerosakan buat kali yang kedua. Sebagai balasan
terhadap kekejaman mereka buat kali yang kedua, maka Allah s.w.t mengirimkan
buat mereka tentera-tentera Parsi yang menyerang dan menakluki bumi Palestin.
Bani Israel disembelih, golongan wanita diperkosa, dan Baitul Maqdis
dimusnahkan seperti mana yang telah dilakukan oleh Raja Bukhtanasor pada
kali yang pertama. Kedua-dua peristiwa ini juga turut tercatat di dalam kitab
sejarah Yahudi.
Setelah dua
kali mereka menerima penghinaan dan balasan daripada Allah s.w.t, maka Allah
s.w.t berjanji akan mengampunkan dan mengembalikan kemuliaan buat mereka jika
sekiranya mereka kembali bertaubat kepadanya. Namun sudah menjadi sikap dan
tabiat bangsa Yahudi suka melakukan kerosakan dan penderhakaan terhadap Allah
dan RasulNya. Di zaman baginda Nabi s.a.w, Yahudi sekali lagi menderhaka dengan
mendustakan kenabian Nabi Muhammad s.a.w, mengkhianati perjanjian mereka dengan
Nabi s.a.w, bahkan mereka beberapa kali merancang untuk membunuh Nabi Muhammad
s.a.w seperti mana yang telah mereka lakukan terhadap Nabi Allah Isa a.s.
Sebagai
balasannya, maka Allah s.w.t menimpakan kehinaan ke atas mereka dengan tertewasnya
suku kaum Quraizah dan terhalaunya suku Bani Nadhir dari Kota
Madinah. Manakala yang terselamat dikenakan jizyah atau ufti kepada kerajaan
Islam. Mereka akhirnya terpaksa tunduk di bawah kekuasan Islam dengan penuh
kehinaan. Namun Islam tidak sekali-kali pernah menzalimi mereka bahkan mereka
diberikan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Kekejaman dan kezaliman Yahudi
tidak terhenti di situ sahaja bahkan mereka akan terus-menerus melakukan
kerosakan di bumi sampai bila-bila. Adolf Hitler yang dianggap seorang
manusia jahat oleh Amerika pernah menegaskan di dalam buku yang dikarangnya
ketika dia ditahan di dalam penjara bahawa penderitaan dan kegawatan ekonomi
yang dihadapi oleh masyarakat Jerman pada ketika itu adalah berpunca daripada
kejahatan bangsa Yahudi yang kuat mengamalkan riba’. Peristiwa “Holocaust”
merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi di
Jerman kepada beberapa kumpulan etnik dan
agama sewaktu Perang Dunia yang kedua.
Pembunuhan beramai-ramai ini
dilakukan dengan cara menggunakan sejenis pil beracun yang dilontarkan ke dalam
sebuah bilik yang dipenuhi oleh puak-puak Yahudi, dan pil ini kemudiannya akan
bertukar menjadi gas yang boleh membawa maut. Apabila kesemua Yahudi yang berada
di dalam bilik itu mati maka mayat mereka akan dikumpul dan dibakar.
Kumpulan Yahudi
merupakan sasaran utama dalam peristiwa “Holocaust”, dan pembunuhan ini
dianggap oleh Hitler sebagai "jalan penyelesaian terakhir dan
terbaik terhadap permasalahan dan kejahatan bangsa Yahudi". Hitler yang
dianggap seorang manusia jahat oleh Amerika pun tidak sanggup menghadapi
kejahatan bangsa Yahudi. Sejarah mencatatkan lebih enam juta orang Yahudi
dibunuh dalam peristiwa tersebut. Ini adalah di antara penghinaan yang telah Allah
s.w.t janjikan buat mereka di atas muka bumi bagi setiap kezaliman dan
kerosakan yang mereka lakukan. Firman Allah s.w.t,
Yang bermaksud
: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu, bahawa
sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu (terus menerus)
sehingga hari kiamat, bangsa atau kaum yang akan menimpakan ke atas mereka
dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya, (ini adalah disebabkan kejahatan
dan kekufuran yang mereka lakukan). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab
seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-A’raf 167)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Saki-baki mangsa peristiwa “Holocaust” inilah yang pada hari ini mendiami bumi
Palestin yang pada asalnya mereka datang sebagai pelarian perang sekitar tahun
1948. Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pendita Kristian mendapati
bahawa 80% Yahudi yang berada di bumi Palestin pada hari ini bukannya berasal daripada
keturunan Bani Israel atau Nabi Allah Ya’kub a.s, tetapi mereka adalah berasal
dari keturunan Ya’juj dan Ma’juj. Hanya sekitar abad ke sembilan mereka menjadikan
Yahudi sebagai agama mereka. Salah satu perangai jahat Yahudi ialah, walaupun mereka
hanya menumpang di negara orang dan berstatus pelarian, perangai dan sikap
mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi
negara itu. Inilah nasib yang menimpa umat Islam di Palestin pada hari ini.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abd
Hamid II, iaitu Sultan Turki yang terakhir, satu undang-undang telah digubal dan
disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin
yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Daulah Othmaniyah Turki
adalah dilarang sama sekali untuk dijual kepada Yahudi. Ini telah menimbulkan
kemarahan pihak British dan Perancis kerana kedua-dua negara Eropah ini merancang
untuk menempatkan Yahudi di bumi Palestin.
Namun setelah tumbangnya Daulah
Othmaniyah Turki, undang-undang tersebut telah dibatalkan oleh Kamal
Attaturk. Kesannya, maka banyaklah tanah yang pada asalnya menjadi hak
milik rakyat Palestin telah bertukar tangan menjadi hak milik Zionis Yahudi
hingga ke hari ini yang pada asalnya mereka hanya datang sebagai pelarian
perang. Tanah dibumi Palestin sikit demi sikit diambil dengan cara kekerasan
dan rampasan oleh Rejim Zionis daripada rakyat Palestin.
Nasib rakyat Palestin bertambah
malang apabila penindasan yang mereka hadapi tidak mendapat pertolongan yang
sepatutnya dari negara-negara Arab yang lain sehinggalah ke saat ini. Bahkan
negara-negara Islam yang lain menambah lagi tekanan yang mereka hadapi
sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir, Saudi dan sebagainya. Rejim Zionis
bertambah berani serta dengan rakusnya terus menerus membunuh anak-anak kecil
dan kaum wanita. Setakat hari ini sudah hampir 2000 orang syahid yang mana
majoritinya adalah kanak-kanak manakala hampir 10,000 yang lain cedera. Masjid-masjid
dibom dan rumah-rumah mereka diruntuhkan. Kekejaman serta pembunuhan yang
mereka lakukan sudah tentu mendapat sokongan yang kuat dari sekutu mereka
Amerika Syarikat dan juga sekutu-sekutu yang lain.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat
yang dirahmati Allah,
Janji Allah s.w.t pasti akan tiba.
Islam akan kembali berkuasa dan musuh-musuh Islam terutamanya Rejim Zionis akan
kembali hidup dalam kesengsaraan dan kehinaan seperti mana asal mereka.
Yakinlah kita bahawa, apa jua usaha mereka untuk merampas tanahair umat Islam hanya
akan berakhir dengan penghapusan mereka sendiri dari muka bumi ini. Ini jelas
digambarkan oleh sebuah hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim yang
bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat
sehinggalah umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat).
Umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai, sehinggakan apabila mereka
bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu
bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi yang bersembunyi
di belakang mereka, kecuali sejenis pokok
yang bernama 'Gharqad' (ia akan melindungi mereka), kerana ia adalah
pokok Yahudi".
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Minbar
hari ini menyokong sepenuhnya usaha dari pelbagai pihak untuk memboikot setiap
jenis barangan keluaran Yahudi dan Nasrani sebagai satu mesej kepada masyarakat
dunia bahawa rakyat Palestin tidak keseorangan, bahkan seluruh umat Islam di
dunia bersama-sama mereka. Tindakan memboikot barangan keluaran mereka sudah
tentu akan melumpuhkan kekuatan ekonomi mereka yang selama ini banyak
disumbangkan oleh umat Islam sendiri. Namun apa yang kita lihat pada hari ini
ialah seolah-olah tindakan memboikot ini hanyalah sekadar tindakan yang
bermusim sahaja. Mungkin ini menjadi faktor mengapa Yahudi dan Nasrani tidak
merasa takut dan gentar untuk terus menghina dan menindas Islam kerana mereka
yakin bahawa umat Islam tidak akan mampu untuk bertindak ke atas mereka.
Di
sebalik itu juga, kita semua mempunyai tugas lain yang jauh lebih berat dari hanya
mengadakan perarakan membantah dan memboikot, iaitu kita bertanggungjawap
sepenuhnya untuk menghulurkan bantuan sumbangan kewangan untuk membangunkan
semula tanahair mereka, dan jangan kita lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT buat saudara-saudara kita
di Bumi Palestin, mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan buat mereka dalam
menghadapi ujian yang besar ini.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Hari
ini kita menyaksikan bagaimana Rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata yang
kita yakin ianya tidak akan bertahan lama, setelah mereka tewas dan menerima
tentangan yang begitu hebat dari Briged al-Qassam yang merupakan sayap Pejuang
Hamas yang berjuang bermati-matian demi untuk mempertahankan bumi Ghaza. Rejim
Zionis yang angkuh akhirnya terpaksa mengundurkan tenteranya dalam penuh
keaiban. Benarlah janji Allah bahawa Dia akan menolong siapa yang menolong
agamaNya, dan menjadi tanggungjawap Allah SWT untuk menolong hamba-hambaNya
yang beriman. Tuan-tuan, kita mungkin tidak mampu untuk pergi bersama-sama
mereka untuk mengangkat senjata berperang dengan Rejim Zionis, namun kita masih
mampu untuk mengangkat tangan memohon pertolongan dari Allah untuk diberikan
kemenangan buat mereka. Ingatlah, kejayaan Penduduk Palestin adalah kejayaan
kita dan kekalahan mereka juga adalah merupakan kekalahan buat kita bersama.
firman Allah yang berbunyi;
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai
kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan
jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah
Allah (menetapkan yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman itu berserah diri.
(Ali-‘Imran – 160)
بَارَكَ اللهُ لِيْ
وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ.
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ.
أقول قولى هذا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن.
KHUTBAH KEDUA
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر، أشهد أنْ لا إله إلا
اللهُ وحدَه لا شريكَ له، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ
وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ
اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ
فَازَ المُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ
وَالفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا.
فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا.
وقال تعالى : إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ
عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا اَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ
وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا، اللّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ
سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ .
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى
عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ
وَلا يَرْحَمُنَا ، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا
المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى إيراق وفي سُورِيا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى
شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا
ماليزيا. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي
سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.
اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي
نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ
شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ
وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ
يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ
الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ،
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ
وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمْريِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً
مَنْثُوْرًا، اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ
دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ
وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَك أعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ. رَبَّنَا لاتُزِغْ
قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ
أَنْتَ الوَهَّاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وأن
تَشْمَلَ بعنايتك وتوفيقك مَولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج
عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو
الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد
وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا
لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوْه عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
No comments:
Post a Comment