الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه ُ ،
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ ، أَمَّا
بَعْدُ ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم،
Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah
kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku siding Jumaat yang dikasihi,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan
sekalian, marilah sama-sama kita
bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya,
dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya.
Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia
dan juga di akhirat.
Firman Allah dalam ayat 144
surah al-Baqarah :
Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat
engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke
kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak
Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya.
Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah
kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang
kamu kerjakan.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Ayat suci al-Quran yang dibaca tadi mengingatkan kita
bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa
di Palestin kepada Ka’abah di Makkah al-Mukarramah. Jika pada bulan Rejab dahulu
kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas
bagaimana perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi
al-Aqsa di Palestin, maka dalam peristiwa perubahan qiblat juga kita dapati bagaimana
kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.
Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan
agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah
waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah
Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca Nabi
Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta
tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan
yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan Yahudi ini agak memberi kesan
mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga Nabi berdoa dan sentiasa memandang
ke langit seolah-olah mengharapkan
turunnya wahyu dari Allah yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke arah
Baitullah di Makkah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w
menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar Baginda mengubah dan
beralih ke arah Ka’abah.
Antara riwayat yang menyebut tentang peristiwa perubahan
qiblat daripada Baitul Maqdis, Palestin ke Baitullah, Makkah ialah riwayat
daripada Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat di mana Rasulullah s.a.w sedang melawat
Ummu Bishr bin al-Bara’ bin Ma’rur di kawasan Bani Salamah. Dia telah
menyediakan jamuan untuk Rasulullah s.a.w dan sahabatnya. Apabila tiba waktu
solat Zohor, baginda bersembahyang di masjid perkampungan itu. Ketika baginda
berada pada rakaat kedua, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya agar
menukar arah qiblat dari Masjid al-Aqsa ke arah Ka’abah di Masjid al-Haram.
Baginda terus berpaling menghadap ke arah Ka’abah ke sudut yang bertentangan
dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung
baki solatnya. Oleh sebab itulah masjid tersebut dinamakan Masjid al-Qiblatain
yang bererti masjid dua Qiblat yang terus kekal dan boleh dilawati sehingga
hari ini.
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, solat pertama menghadap Ka’abah
ialah solat Zohor di Masjid al-Qiblatain di perkampungan Bani Salamah, solat
pertama menghadap Ka’abah di Masjid Nabawi ialah solat Asar manakala solat
Subuh pertama menghadap Ka’abah ialah di Masjid Quba’.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Ka’abah di Mekah dan Masjid al-Aqsa si Baitul
Maqdis mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadah bagi
umat Islam yang mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ka’abah telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail a.s di mana ia merupakan rumah Allah atau masjid yang
pertama dibina di
atas muka bumi ini. Manakala Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina
dimana ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Ka’abah oleh Nabi Ibrahim juga
sekembalinya baginda dari Makkah ke tanahairnya Baitul Maqdis.
Dari dahulu sehingga sekarang perebutan ke atas Baitul Maqdis
oleh tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi terus berlaku. Masing-masing
berusaha untuk menguasai bumi suci ini kerana ia mempunyai kelebihan
menurut ketiga-tiga agama ini sehingga ada yang menyatakan bahawa jika sesuatu
agama atau kuasa ingin menguasai dunia maka mereka mesti menguasai Baitul
Maqdis. Kita lihat bagaimana kejayaan bangsa Yahudi setelah menduduki bumi
Palestin di mana jumlah mereka yang beberapa juta sahaja tetapi mampu hidup dan
menguasai dunia arab yang terdiri daripada beratus juta penduduk yang majoritinya
beragama Islam. Kejayaan Yahudi mendapatkan sebuah negara yang dinamakan Israel
di bumi Palestin ini pada 14 Mei 1948 adalah hasil penipuan fakta dan
penguasaan mereka terhadap kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat sehingga
mereka berjaya mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Mereka diberikan sebuah negara haram di atas bumi Palestin
atas nama simpati dan menebus dosa dunia terhadap kekejaman bangsa Jerman yang
didakwa melakukan pembunuhan yang paling kejam dengan membakar berjuta-juta
yahudi. Dakwaan mereka ini adalah palsu kerana jumlah sebenar Yahudi pada masa
itu tidak sampai kepada jumlah sebagaimana yang didakwa itu. Sedangkan
pembunuhan yang paling kejam dan dahsyat ialah pembunuhan Yahudi terhadap umat
Islam di mana Yahudi telah menyembelih begitu ramai umat Islam ketika mula-mula
memasuki bumi Palestin sehingga darah umat Islam membanjiri Masjid
al-Aqsa. Pembunuhan dan kekejaman mereka terus berjalan sehingga hari ini dan saat
ini. Ribuan nyawa rakyat awam Palestin terbunuh, puluhan ribu yang cedera, bangunan
dan rumah dibom, bantuan dari luar dihalang dan sebagainya.
Siang Jumaat yang dikasihi,
Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini Yahudi
mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dengan alasan
masjid ini di bina di atas Haikal Kerajaan Nabi Sulaiman. Sememangnya Haikal
Kerajaan Nabi Sulaiman terbina berhampiran Masjid al-Aqsa sekarang, tetapi pembinaannya
yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan
Masjid al-Aqsa. Ini bermakna Masjid al-Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum
terbinanya Haikal tersebut dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam bukannya
hak Bangsa Yahudi yang merupakan pembunuh para Nabi. Nabi Sulaiman sendiri
merupakan keturunan Nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam.
Yahudi akan terus berusaha dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa
dengan apa cara sekali pun dan kita umat Islam akan terus mempertahankannya
walaupun terpaksa menumpahkan darah demi Islam. Kita akan sentiasa mengingati
kata-kata tegas yang pernah keluar daripada mulut Sultan Abdul Hamid II yang
merupakan salah seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniah Turki di mana ketika
ditawarkan dengan tawaran lumayan oleh kesatuan Yahudi antarabangsa supaya
dibenarkan Yahudi berpindah beramai-ramai dan menduduki bumi Palestin lalu
beliau menjawab :
”Kami tidak akan menjual tanahair kami dengan wang. Kami
mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak
mungkin melepaskannya walaupun seinci tanpa kami mengorbankan darah kami untuk
mempertahankannya”.
Bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah milik seluruh umat
Islam dan bukannya milik umat arab sahaja yang mesti dipertahankan. Yahudi
mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa
cara sekali pun. Jangan terlalu mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) kerana ia dikuasai oleh Yahudi dan sekutunya. Pertubuhan
Persidangan Negara Islam (OIC) pula hanya bergegar di dewan sahaja, tetapi bantuan
yang akan disalurkan ialah makanan dan ubatan bagi yang cedera dan kain kapan
bagi yang telah mati ditembak. Pemimpin negara umat Islam yang lain kebanyakannya
hanya mementingkan kedudukan mereka sahaja sahaja sedangkan mereka memiliki segala
bentuk kekuatan dan kekayaan.
Umat Islam di Palestin memerlukan bantuan ketenteraan dan
persenjataan dalam menghadapi Yahudi yang kejam. Menunggu kebenaran Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum menghantar bantuan ketenteraan seperti
terus merelakan umat Islam dibunuh dan Masjid al-Aqsa diruntuhkan. PBB yang
dikuasai Yahudi sudah tentu tidak akan membantu umat Islam dalam memerangi bangsa
mereka Yahudi.
Perjuangan kita masih jauh dan teruskanlah memberi bantuan samada
dalam bentuk material, duit disamping doa kepada semua umat Islam terutama di
Palestin yang dibunuh sesuka hati. Kita juga mengharapkan agar dibuka hati para
pemimpin negara umat Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani dalam
mempertahankan Islam dan umatnya daripada terus ditindas dan dizalimi oleh
musuh Islam. Firman Allah dalam ayat 67 surah Ali- Imran :
Maksudnya : Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama
Yahudi dan tidak pula dia seorang Kristian tetapi dia seorang yang tetap
di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim dan dia pula bukanlah daripada
orang-orang musyrik.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي
القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر، أشهد أنْ لا إله إلا
اللهُ وحدَه لا شريكَ له، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ
وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ
اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ
فَازَ المُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ
وَالفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا.
فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا.
وقال تعالى : إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ
عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا اَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ
وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا، اللّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ
سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ .
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى
عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ
وَلا يَرْحَمُنَا ، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ
فِى فَلَسْطِين وَفِى عراق وفي سُورِيا وَفِى مصر
وَفِى وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ
يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.
اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي
نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ
شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ
وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ
يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ
الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ،
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ
وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمْريِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً
مَنْثُوْرًا، اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ
دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ
وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَك أعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ. رَبَّنَا لاتُزِغْ
قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ
أَنْتَ الوَهَّاب. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
No comments:
Post a Comment