اَلْحَمْدُ للهِ
الَّذِيْ مَنَحَ أَحْبَابَهُ حَلاَوَةَ الطَّاعَةِ، وَعَصَمَهُمْ مِنَ اللَّغْوِ
وَاللَّهْوِ وَالإِضَاعَةِ، وَدَعَاهُمْ اِلَى حَجِّ بَيْتِهِ فَأَقْبَلُوْا
عَلَيْهِ بِالإِسْتِطَاعَةِ، فَنَالُوْا بِذَلِكَ النَّعِيْمَ الْمُقِيْمَ.
أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىَ حَمْدَ مَنْ حَمِدَ اللهَ، فَأَسْبَغَ عَلَيْهِ
جُوْدَهُ وَإِنْعَامَهُ، وَأَشْكُرُهُ شُكْرَ مَنْ أَخْلَصَ للهِ حَجَّهُ فَصَانَ
قِيَامَهُ، فَوَقَاهُ اللهُ عَذَابَ الْجَحِيْمِ.
أَشْهَدُ أَنْ لآ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذاَ النَّبِيِّ
الْكَرِيْمِ، سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
أما بعد، فياعِبَادَ
الله، إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan
hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan
untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saya
berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri, marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah
bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah
s.w.t selain daripada ketaqwaan kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Pada tahun ke sembilan hijrah,
satu ketetapan telah diisytiharkan kepada masyarakat Arab Makkah pada ketika
itu, iaitu mengenai perhubungan diplomatik antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Kota Makkah telah diisytiharkan
dengan rasminya pada tahun tersebut sebagai tanah haram. Maka tidak lagi dibenarkan
kepada musyirikin Quraisy untuk menziarahi Baitillahi Al-Haram. Serentak dengan
ketetapan ini, Kota Makkah dan juga kawasan-kawasan di sekelilingnya telah
dibersihkan daripada perkara-perkara syirik. Manakala Kalimah Tauhid
telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Ka’bah dengan satu
pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Kota Makkah yang selama ini
digelapkan dan dicemari dengan kebiadapan dan peradaban liar telah diganti
dengan sinar cahaya keindahan Islam serta peradaban yang penuh hidayah dan
berakhlak. Undang-undang dan peraturan yang dicipta dan direka oleh
fikiran dan hawa nafsu manusia kini telahpun ditukar ganti dengan
undang-undang dan peraturan syariat
Allah SWT. Kota Makkah diberi gelaran Kota Suci yang telah bersih dari
sebarang bentuk syirik dan kekufuran yang selama ini membanjiri Kota Makkah dan
sekeliling Ka’bah. Laungan " Allah Akbar " dan talbiah
" لَبَّيْكَ اللّهُمَّ
لَبَّيْكَ " berkumandang di segenap
penjuru Kota Makkah.
Firman Allah SWT,
بسم الله الرحمن
الرحيم
Yang bermaksud : "Apabila
datang pertolongan dari Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia secara
beramai-ramai masuk ke agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu
dan mintalah ampun kepadaNya sesungguhnya Tuhanmu sangat-sangat menerima taubat daripada hambaNya".
(
Surah al-Nasr : 1-3 )
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
dikasihi,
Pada hari ini umat Islam
yang menjadi tetamu Allah di Kota Makkah akan berwuquf di ‘Arafah yang
merupakan kemuncak dalam ibadah haji dan juga rukun yang terpenting dalam
ibadah haji. Manakala I’dil Adha yang bakal disambut seluruh umat Islam sememangnya
tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban.
Ibadah ini juga merupakan satu bentuk ujian kepada tahap ketaqwaan dan
keimanan kita kepada Allah SWT. I’dil Adha juga sebenarnya merupakan sambutan
ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban yang telah dimulakan sejak ribuan
tahun dahulu oleh Nabi Allah Ibrahim AS. Peristiwa ini bermula dengan pergorbanan
Nabi Allah Ibrahim AS apabila Baginda telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk
menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail AS,
dan inilah pengorbanan teragung yang pernah dicatatkan dalam lipatan sejarah
manusia.
Sebagaimana yang kita ketahui
bahawa, Nabi Ismail AS adalah merupakan anak kesayangan Nabi Ibrahim AS. Baginda
dikurniakan Nabi Ismail dalam usia Baginda yang telah lanjut yakni hampir mencecah
100 tahun. Setelah Nabi Ismail meningkat usia remaja, Allah SWT memerintahkan
kepada Nabi Ibrahim AS supaya Nabi Ismail dikorbankan. Nabi Ibrahim AS dengan
rela hati bersedia melaksanakan tugas ini sekalipun ianya amat berat. Manakala Nabi Ismail sebagai anak pula dengan penuh
kerelaan dan sabar menurut perintah Allah SWT untuk dikorbankan. Peristiwa ini
telah diceritakan oleh Allah SWT melalui firmanNya,
Yang bermaksud : "
Maka tatkala anaknya ini sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia)
berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak
kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan
menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai
ayah, jalankanlah apa yang telah
diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari
orang-orang yang bersabar. Setelah
kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi
Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok
tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya telah menjalankan perintah
kami), serta kami menyerunya : “Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan
maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami
tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar ".
( Surah al–Shaafat ayat : 102 -
107)
Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anak kesayangannya,
dan kepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh bapanya sendiri telah
memaparkan kepada kita tentang kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu
kita contohi. Peliharalah iman di dalam dada kita dengan sebaik-baiknya kerana
sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. Ia
juga merupakan asas kepada pemerimaan sesuatu amalan di sisi Allah SWT.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
berbahagia,
Sejarah pengorbanan agung
itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sahaja, malah ianya terus dihayati
sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW bersama
para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam juga adalah merupakan
pengorbanan yang cukup tinggi nilainya. Baginda dan para sahabat telah
mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka,
bahkan mereka juga turut mengorbankan nyawa mereka. Setelah kewafatan Nabi
Muhammad SAW, para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan
darah mereka. Begitulah sepanjang zaman,
dan sehingga kini ramai yang telah syahid kerana mempertahankan kesucian agama
Allah.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
dikasihi,
Mereka yang berjaya sebenarnya ialah mereka yang
sanggup melakukan pergorbanan. Sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga,
kepentingan diri, kebahagiaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan
itu tidak akan datang dengan mudahnya, sebaliknya tanpa pergorbanan sesuatu
kejayaan dan kecemerlangan itu tidak mungkin dapat kita perolehi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua perkara sekalipun
tidak akan dapat kita capai melainkan setelah kita sanggup dan bersedia untuk
berkorban harta, masa, dan jiwa raga.
Memang sukar untuk kita gambarkan betapa hebatnya
peribadi mereka yang sanggup mengorbankan seluruh harta benda, nyawa dan darah
mereka demi Allah SWT, tetapi inilah hakikat yang berlaku. Saidina Abu Bakar RA
pernah mengorbankan kesemua hartanya semata-mata untuk Islam dan umatnya,
sehinggakan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau,
" مَا تَرَكْتَ لِعِيَالِكَ؟، تَرَكْتُ لَهُمْ اللهَ وَرَسُوْلَهُ. "
Yang bermaksud :
" Apakah yang engkau tinggalkan
untuk keluargamu? " lalu jawab Abu Bakar : " Aku tinggalkan buat mereka
Allah dan RasulNya " .
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Di kesempatan ini juga
mimbar ingin menyeru kepada kita yang berkemampuan, marilah sama-sama kita memeriahkan
lagi kedatangan I’dil Adha pada kali ini dengan sama-sama melaksanakanlah
ibadah korban dalam usaha mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan juga
sebagai tanda syukur kita terhadap segala nikmat yang telah kita dapat. Tidak
ada ibadah lain yang paling disukai oleh Allah pada hari-hari 10, 11, 12, dan
13 Zulhijjah selain daripada ibadah menumpahkan darah sembelihan korban ke
bumi. Sabda Nabi SAW,
أنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم قال : ما عملَ آدميٌّ من عملٍ يومَ النَّحرِ أحبُّ إلى اللهِ من إهراقِ
الدَّمِ ، إنَّهُ ليأتي يومَ القيامةِ بقُرونها وأشعَارِها وأظلافِها ، وإنَّ
الدَّمَ ليقعُ من اللهِ بمكانٍ قبلَ أن يقعَ من الأرضِ فطيبُوا بها نفساً - [1]
Maksudnya : “Tidak
beramal oleh seseorang anak adam daripada amalan yang terlebih kasih di sisi
Allah selain daripada menumpahkan darah (sembelihan korban), sesungguhnya
binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti bersama tanduknya,
bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah sembelihan tersebut akan berada di sisi
Allah di suatu tempat (yakni korban tersebut diterima oleh Allah) sebelum darah
itu tumpah ke bumi. Oleh itu perelokkan sembelihan korban itu”.
Lakukanlah ibadah korban
ini dengan penuh keikhlasan agar ianya tidak sia-sia dan diterima oleh Allah SWT
sebagai amal yang soleh.
Moga-moga semangat
pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Nabi
Allah Ismail ‘Alaihimassalam, dan juga semangat pengorbanan junjungan besar
kita Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan pejuang-pejuang Islam akan
menjadi teladan dan pedoman kita semua dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan
dan kecemerlangan dalam apa jua lapangan dan bidang yang kita ceburi.
Yang
bermaksud : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak
sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi apa yang sampai kepadanya ialah
amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
nikmat petunjukNya, dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang
sebaik-baiknya) kepada mereka yang berusaha supaya baik amalnya.
(al-Hajj 37)
بَارَكَ اللهُ لِيْ
وَلَكُمْ بالقُرْءَانِ العَظِيْمِ،
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ
قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ
المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ،
فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
الحمدُ لله حمدًا
كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا
محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه
أجمعين.
أما بعد، فيا
عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا
نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا
اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
وقال تعالى
: إن الله وملائكته يصَلون على النبي،
يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى
ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ
وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر
للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب
الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام
وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك
وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم
شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن
المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد
والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا
أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى
القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم
يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ
يعلم ما تصنعون.
No comments:
Post a Comment