اَلْحَمْدُ
لِلَّه رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى
الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ
اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ،
َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ ، وَعَلى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ، إِتَّقُوا الله !
أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم ،
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok
(hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Hasyr 18)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, kerana
taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah [swt].
Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian
dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah
ditentukan oleh ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya.
Maksudnya
: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
"Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan
yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan
memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang
tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita
gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Manusia
dipilih oleh Allah [swt] sebagai makhluk yang paling mulia di atas muka bumi
ini serta diberi tugas untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang berat
iaitu menyembah serta tunduk patuh kepada Allah [swt] serta memakmurkan dunia
ini berasaskan kepada agamaNya. Al-Quran dikirimkan bersama-sama RasulNya Nabi
Muhammad [saw] sebagai panduan dan pedoman utama dalam membimbing umat manusia
agar tidak melakukan kerosakan atas muka bumi.
Firman Allah dalam ayat 12 surah Muhammad :
Maksudnya
: Sesungguhnya Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dan (sebaliknya) orang-orang yang
kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana
binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal
mereka (di akhirat nanti).
Al-Quran
telah menjelaskan tentang matlamat dan cara hidup yang berbeza antara orang
Islam dengan orang kafir. Matlamat hidup orang-orang yang beriman ialah sentiasa
tunduk dan patuh beribadah kepada Allah [swt] dengan melaksanakan setiap titah
perintahNya serta menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan. Manakala
orang kafir pula sentiasa menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat utama
dalam kehidupan mereka seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula
selepas daripada kematian. Umat Islam diperintah dengan ibadah khusus yang
teratur seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, Haji, Zakat dan juga ibadah-ibadah
umum yang lain termasuk kerja dalam mencari nafkah, makan minum dan selainnya.
Semua ini kita lakukan dengan mematuhi perintah agama dari segi halal dan
haram, dosa dan pahala. Manakala orang-orang yang kafir pula hidup mereka mengikut
hawa nafsu sebagaimana binatang sehingga tidak ada yang tidak boleh bagi mereka.
Bagi
kita orang-orang yang beriman meyakini bahawa setiap amalan yang kita lakukan di
atas dunia ini pasti akan diberi balasan samada Syurga atau Neraka. Keimanan
inilah yang mendatangkan sikap begitu cermat dalam mengatur kehidupan seharian
kita agar selari dengan kehendak dan perintah Allah [swt] dan juga RasulNya.
Malah segala nikmat yang Allah [swt] kurniakan samada sedikit atau banyak akan sentiasa
kita syukuri, begitu juga musibah yang menimpa ke atas kita, akan sentiasa kita
hadapi dengan penuh kesabaran kerana ia merupakan aturan Allah [swt] dalam
menguji keimanan kita. Manakala bagi orang-orang kafir pula, dunia ini adalah
segala-galanya buat mereka. Jika mereka tidak dapat mengecap atau memiliki
nikmat dunia ini, samada takhta, harta dan sebagainya maka bagi mereka kehidupan
dunia mereka sudah tidak ada gunanya lagi, sehingga ramai dari kalangan mereka yang
sanggup membunuh diri apabila gagal dalam pelajaran, pekerjaan, rumahtangga atau
perniagaan, kerana pada tanggapan mereka inilah jalan yang terbaik untuk
menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Orang-orang kafir beranggapan
bahawa mati adalah penamat segala-galanya tanpa berfikir tentang balasan akhirat
yang sepastinya ada sekalipun mereka tidak mempercayainya.
Firman
Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :
Maksudnya
: Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan
mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada
saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai
Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga
ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan
mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh
Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada
mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan
bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan
kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Matlamat
hidup umat beriman ialah memastikan dunia ditadbir dengan adil mengikut acuan Agama
Islam, kerana setiap kita bakal disoal tentang amanah yang dipertanggungjawab
di dunia ini. Manakala orang kafir pula akan melakukan kerosakan di muka bumi
dengan menaburkan pelbagai fitnah dan kejahatan yang boleh mendatangkan mudharat
kepada umat manusia asalkan mereka dapat apa yang mereka kehendaki.
Keamanan
dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar Allah [swt] kepada kita semua
kerana dengannya kita dapat melakukan urusan Agama serta kehidupan seharian
tanpa sebarang ketakutan, kebimbangan. Hari ini, dunia kita tidaklah lagi seaman
dahulu kala. Umat Islam di seluruh dunia terus menderita akibat peperangan, huru-hara,
peperangan dan pergaduhan yang berterusan. Lihatlah nasib saudara kita di bumi
Palestin, Syria dan juga negara-negara Islam yang lain bagaimana rakyat yang
tidak berdosa, orang yang dhaif, anak-anak yang tidak berdaya, golongan wanita
yang lemah sering menjadi mangsa. Mereka diseksa, dipukul, dianiaya,
disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa ada belas kasihan. Keadaan
huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan berterusan, pembunuhan kejam
bukan saja memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian, malah boleh menjejaskan
dan menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara.
Sebagai
umat Islam yang prihatin, kita tidak seharusnya hanya menjadi penonton terhadap
penderitaan, kezaliman dan kesusahan dialami mereka. Kita juga berperanan untuk
membantu mereka samada dengan duit ringgit, tenaga, fikiran atau paling tidak pun
doakanlah keamanan dan kesejahteraan mereka.
Situasi
buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah agenda rapi musuh-musuh Islam
sejak berkurun lamanya. Mereka sedang bersorak gembira di atas penderitaan umat
Islam hari ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan
jayanya.
Mereka sememangnya tidak akan meredhai kita umat Islam, dan mereka sememangnya tidak akan berhenti daripada berusaha untuk melemahkan serta menghancurkan Islam dan umatnya hingga ke akar umbi. Inilah perancangan rapi yang sedang mereka laksanakan dan lebih malang lagi ialah apabila ada dari kalangan umat Islam sebahagiannya bersekongkol dengan mereka yang diibaratkan sebagai api dalam sekam.
Melemahkan
kesatuan kita umat Islam, menyeleweng akidah dan pemikiran kita, , melemahkan sistem
ekonomi umat Islam, kebergantungan umat Islam pada bangsa asing dalam pelbagai
aspek antara factor, ini semua adalah antara agenda jahat musuh-musuh Islam demi
melemahkan umat Islam.
Apa
yang berlaku kepada umat Islam hari ini sebenarnya mempunyai hikmah dan
pengajaran untuk dihayati. Realitinya, umat Islam di negara kita khususnya sedang
berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran yang amat mencabar seperti
serangan fahaman songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan
Islam yang boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian Islam. Malah, masih ada
lagi pihak yang suka membawa isu khilafiah dalam ibadah sehingga mencetuskan perpecahan
dalam masyarakat kita, walhal isu ini sudah lama dibincang dan diperdebatkan oleh
ulama-ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan kecelaruan dan pergaduhan
dalam masyarakat serta memudahkan laluan kepada musuh-musuh Islam untuk melemahkan
kesatuan kita. Sedarkah kita semua bahawa musuh-musuh Islam pastinya gembira
dengan keadaan ini dan mereka sebenarnya sedang bertepuk tangan di atas perpecahan
kita semua.
Menyedari
betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka
marilah kita sama-sama kita menambahkan lagi ilmu agama di dalam dada kita
dengan cara kita berguru dan bukannya setakat berguru dengan google, whatsapp, atau
facebook sahaja, agar akidah kita kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan
pelbagai ajaran-ajaran yang boleh menyesatkan
kita dari jalan kebenaran. Kita juga merayu agar pihak pemerintah serta pihak berkuasa
bersikap tegas dalam menyekat ajaran-ajaran serta fahaman yang sesat ini kerana
sikap berbaik dan berlembut terhadap mereka akan membuka lebih banyak ruang
untuk orang jahil lain untuk mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam. Kesan
daripada kelembutan kita maka bertambah-tambahlah usaha-usaha jahat dari golongan
liberal yang mahu menghalalkan golongan transgender, murtad, zina, homeseks,
lesbian, dedah aurat dan sebagainya. Sekatlah sebelum melarat, tegahlah sebelum
parah, cegahlah sebelum ianya bercambah, dan kembalilah kepada Islam secara sempurna
nescaya kita semua akan selamat dunia dan akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحمدُ
لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ
أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله
وأصحابه أجمعين.
أما
بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا
عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين
ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
وقال
تعالى : إن الله وملائكته يصَلون على
النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا
محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى
بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم
اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب
مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى
بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا
سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن
تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ
الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج
عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح
بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً
بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن
الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه
على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما
تصنعون.
No comments:
Post a Comment