اَلْحَمْدُ
لِلَّه رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى
الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ
اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ،
َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ، إِتَّقُوا الله !
أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم ،
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok
(hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Hasyr 18)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, kerana
taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah [swt].
Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian
dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah
ditentukan oleh ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya.
Maksudnya
: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
"Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan
yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan
memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang
tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita
gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Manusia
dipilih oleh Allah [swt] sebagai makhluk yang paling mulia di atas muka bumi
ini, serta diberi tugas untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang berat
iaitu tunduk dan patuh kepada Allah [swt] serta bertanggungjawap untuk memakmurkan
bumi ini berasaskan kepada perintahNya. Al-Quran dikirimkan bersama-sama
RasulNya Nabi Muhammad [saw] untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman utama kepada
kita agar kita dapat menguruskan kehidupan kita berlandaskan titah perintahNya.
AKitab
Suci al-Quran telah menjelaskan tentang matlamat dan cara hidup yang berbeza di
antara orang yang beriman dengan orang kafir. Matlamat hidup orang-orang yang
beriman ialah sentiasa tunduk dan patuh beribadah kepada Allah [swt] dengan
melaksanakan setiap titah perintahNya serta menjauhi segala laranganNya dalam
setiap aspek kehidupan. Manakala orang kafir pula sentiasa menjadikan
keseronokan dunia sebagai matlamat utama dalam kehidupan mereka seolah-olah
mereka tidak akan dibangkitkan semula selepas daripada kematian. Kita orang
yang beriman diperintahkan dengan ibadah khusus yang teratur seperti solat 5
waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji bagi yang berkuasa, mengeluarkan
Zakat, dan juga ibadah-ibadah umum yang lain termasuk kerja dalam mencari
nafkah, makan minum dan selainnya. Semua ini kita lakukan kerana menjunjung
perintah Allah di samping kita menjaga dari segi halal dan haram, dosa dan pahala.
Manakala orang-orang yang kafir pula kehidupan mereka selalunya berlandaskan
kehendak hawa nafsu mereka sehinggakan bagi mereka tidak yang tidak boleh.
Bagi
kita orang-orang yang beriman meyakini bahawa setiap amalan yang kita lakukan di
dalam dunia ini pasti akan diberi balasan samada Syurga atau Neraka. Keimanan
inilah yang menyebabkan kita begitu begitu berhati-hati dalam mengatur
kehidupan seharian kita agar selari dengan kehendak dan perintah Allah [swt]
dan juga RasulNya. Malah segala nikmat yang Allah [swt] kurniakan samada
sedikit ataupun banyak akan sentiasa kita syukuri, begitulah juga dengan musibah
yang menimpa ke atas kita, akan sentiasa kita hadapi dengan penuh kesabaran
kerana ia merupakan aturan Allah [swt] dalam menguji keimanan kita.
Manakala
bagi orang-orang kafir pula, dunia ini adalah segala-galanya buat mereka. Jika
mereka tidak dapat mengecapi atau memiliki nikmat dunia ini, samada takhta,
harta dan sebagainya maka bagi mereka kehidupan dunia mereka sudah tidak ada
gunanya lagi, sehingga ramai dari kalangan mereka yang sanggup membunuh diri
apabila mereka gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam
rumahtangga, perniagaan dan sebagainya, kerana pada tanggapan mereka tidak ada
gunanya lagi mereka hidup di dunia ini, dan inilah jalan yang terbaik untuk
menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Orang-orang kafir beranggapan
bahawa mati adalah penamat kepada segala masalah yang mereka hadapi tanpa mereka
berfikir tentang balasan akhirat yang sepastinya ada sekalipun mereka tidak
mempercayainya.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Keamanan
dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar dari Allah [swt] kepada kita
semua, kerana dengannya kita dapat melakukan urusan agama serta kehidupan
seharian tanpa sebarang ketakutan, kebimbangan. Hari ini, dunia kita tidaklah
lagi seaman dahulu kala. Umat Islam di seluruh dunia terus menderita akibat
peperangan, huru-hara, peperangan dan pergaduhan yang berterusan. Lihatlah
nasib saudara kita di bumi Palestin, Syria dan juga negara-negara Islam yang
lain bagaimana rakyat yang tidak berdosa, orang yang dhaif, anak-anak yang tidak
berdaya, golongan wanita yang lemah sering menjadi mangsa. Mereka diseksa,
dipukul, dianiaya, disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa ada belas
kasihan. Keadaan huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan berterusan,
pembunuhan kejam bukan saja memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian, malah
boleh menjejaskan dan menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara.
Sebagai
umat Islam yang prihatin terhadap saudara yang seagama dengan kita, maka kita
tidak sepatutnya hanya menjadi penonton terhadap penderitaan, kezaliman dan
kesusahan mereka sedang alami. Kita sebenarnya berperanan untuk membantu mereka
samada dengan duit ringgit, tenaga, fikiran atau paling tidak pun doakanlah
keamanan dan kesejahteraan mereka.
Situasi
buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah hasil dari kejayaan agenda yang telah
disusun dengan begitu rapi oleh musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Musuh-musuh
Islam pada saat ini sebenarnya sedang bersorak gembira dan bertepuk tangan di
atas penderitaan yang dialami oleh kita umat Islam. Mereka sememangnya sama
sekali tidak akan meredhai kita umat Islam, dan mereka sememangnya tidak akan
berhenti daripada berusaha untuk melemahkan serta menghancurkan kita dan agama
kita. Inilah perancangan rapi yang sedang mereka laksanakan, namun apa yang lebih malang lagi ialah apabila ada dari kalangan
umat Islam sebahagiannya yang bersekongkol dengan mereka dalam usaha ini, yang
mana diibaratkan sebagai api dalam sekam dan juga musuh dalam selimut.
Di
antara matlamat musuh-musuh Islam ialah melemahkan kesatuan kita umat Islam
sehingga kita tidak lagi bersatu hati, menyeleweng akidah dan pemikiran kita, melemahkan
sistem ekonomi umat Islam, menjadikan umat Islam terus menerus bergantung hidup
kepada mereka dalam pelbagai aspek, ini semua adalah antara agenda jahat musuh-musuh
demi untuk menguasai kita umat Islam.
Realiti
yang tidak dapat dinafikan bahawa umat Islam di negara kita khususnya sedang
berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran yang amat mencabar seperti
serangan fahaman songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan
Islam yang boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian Islam. Malah, masih ada
lagi pihak yang suka membawa isu khilafiah dalam ibadah sehingga mencetuskan
perpecahan dalam masyarakat kita, walhal isu ini sudah lama dibincang dan diperdebatkan
oleh ulama-ulama silam, sehinggakan seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ dan
budaya pada hari ini, kita saling melabelkan serta tuduh-menuduh antara satu
sama lain yang akhirnya membawa kepada perpecahan serta perbalahan yang amat
membimbangkan. Inilah punca yang akan menambahkan lagi kecelaruan dan
pergaduhan dalam masyarakat kita serta memudahkan lagi laluan kepada musuh-musuh Islam untuk melemah
dan menghancurkan kesatuan kita. Sedarkah kita semua bahawa musuh-musuh Islam
pastinya sedang bergembira dengan perpecahan kita ini dan mereka sebenarnya
sedang bertepuk tangan sambil menyorak kita semua.
Menyedari
betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka
marilah kita sama-sama kita menambahkan lagi ilmu agama di dalam dada kita
dengan cara kita berguru dengan guru yang benar, mempelajari kembali
kitab-kitab kuning tinggalan ulama-ulama silam. Bukannya hanya berguru dengan google,
whatsapp, telegram, atau facebook sahaja, agar akidah kita kukuh dan tidak mudah
terpengaruh dengan pelbagai ajaran-ajaran yang boleh menyeleweng dan menyesatkan kita dari jalan
kebenaran. Marilah sama-sama kita duduk di dalam majlis-majlis ilmu di
masjid-masjid dan surau-surau untuk sama-sama kita menadah kembali kitab-kitab
kuning atau kitab-kitab turath ini. Mudah-mudahan ada keberkatannya buat kita
semua. Kita juga merayu agar pihak pemerintah serta pihak berkuasa bersikap tegas
dalam menyekat ajaran-ajaran serta fahaman yang menyeleweng ini kerana sikap
berbaik dan berlembut terhadap mereka akan membuka lebih banyak ruang untuk
orang jahil lain untuk mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam. Kesan
daripada kelembutan kita inilah, maka bertambah-tambahlah usaha jahat dari
golongan liberal yang mahu menghalalkan serta mengiktiraf golongan transgender,
sehingga mereka sanggup meletakkan agama Islam setaraf dengan agama yang lain
dengan alasan dangkal mereka kononnya untuk memberi hak kebebasan kepada
manusia. Sekatlah fitnah yang sedang berkembang ini sebelum ianya melarat,
tegahlah setiap kemungkaran ini sebelum ianya semakin parah, cegahlah apa yang
sedang berlaku hari ini sebelum ianya kian bercambah, dan kembalilah kita semua
kepada ajaran Islam secara keseluruhannya, nescaya kita semua akan selamat
dunia dan juga di akhirat.
Firman
Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :
Maksudnya
: Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan
mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada
saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai
Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga
ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan
mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh
Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada
mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan
bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan
kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحمدُ
لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ
أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله
وأصحابه أجمعين.
أما
بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا
عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين
ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
وقال
تعالى : إن الله وملائكته يصَلون على
النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا
محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى
بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم
اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب
مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى
بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا
سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن
تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ
الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج
عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح
بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً
بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن
الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه
على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما
تصنعون.
No comments:
Post a Comment