الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ ، لِيُظْهِرَهُ
عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ، أَشْهَدُ أَنْ
لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ ،
أَمَّا
بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،.
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk
menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya
berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati
segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap
larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia
mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada
Allah s.w.t.
Sidang Jumaat yang dihormati
sekalian,
Firman Allah dalam ayat 187 surah
al-A’araf:
Maksudnya: Mereka bertanya
kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku,
tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya
melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan
makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu
melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia
mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu
adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
Bulan Muharram telah pun berlalu
pergi meninggalkan kita dan kita kita berada pada bulan yang kedua iaitu bulan
Sofar. Perjalanan masa yang begitu pantas berlalu sepatutnya mengetuk hati kita
untuk sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat
kita dan usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang
dilakukan. Beradanya kita pada bulan Disember turut menghangatkan kembali
tentang ramalan Qiamat mengikut kepercayaan Kalendar kaum Mayan yang dijangka
berlaku pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada tanggal 21 Disember di samping
ramalan berlakunya fenomena alam yang menyebabkan bumi bakal bergelap selama 3
hari pada 23 hingga 25 Disember ini yang turut cuba dikaitkan dengan tarikh
Qiamat. Namun semua ini hanyalah pembohongan semata-mata dengan tujuan untuk
merosakkan akidah umat Islam.
Kita sebagai umat yang beriman kepada
Allah dan hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan
ini kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh
Allah s.w.t. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan
akhirat dan bukannya sibuk mencari dan mengkaji bilakah tarikh Qiamat kerana
banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman
kita. Ikutlah arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi
segala larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda
Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka terhadap ibubapa, peniaga
yang menipu dan sebagainya. Jadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang-orang
yang soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan
mereka.
عَنْ
أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ : مَتَى
السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا ؟ قَالَ : لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي
أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ :
أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ، قَالَ أَنَسٌ : فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا
بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ
أَحْبَبْتَ ، قَالَ أَنَسٌ : فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي
إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ . ( رواه البخاري ومسلم (
Maksudnya : Anas bin Malik r.a berkata
bahawa ada seorang arab badwi bertanya kepada Nabi s.a.w : “Bilakah berlakunya
Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah persiapan engkau untuk
menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku
mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap
bersama orang yang engkau cintai. Anas telah berkata : Maka tiada apa yang
lebih menggembirakan kami dengan suatu yang diucapkan oleh Nabi iaitu engkau
akan tetap bersama orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku
mencintai Nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar
dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka walaupun
aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat
48-49:
)
Maksudnya : Dan (apabila mereka
diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara
mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika
betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak
menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan
membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan
urusan dunia masing-masing).
Kita jangan menjadi umat yang sibuk
mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di
depan mata tanpa mengambil iktibar serta pengajaran disebalik tanda-tanda
Qiamat tersebut. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut di dalam al-Quran
dan hadis Nabi s.a.w, antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua hancur
musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata:
“Sebenarnya sangkakala akan ditiup
ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu
sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar,
tiba-tiba mereka terkejut.” Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali
satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar,
tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup
dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya
lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.”
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan
sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
“Qiamat akan berlaku ketika dua orang
masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya
tidak sempat lagi meneruskan urusan jual belinya, apatah lagi melipat semula
kainnya itu”.
Qiamat juga akan berlaku ketika
seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya,
seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya, seseorang baru
menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu
mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di
kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan
keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan
mendadak sehingga mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah
sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat
perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya
dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya.
Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka
Allah dan dapat menghuni syurga-Nya
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَا تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ
حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ
الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ
خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ
الْيَهُودِ.
Maksudnya : Tidak berlaku Qiamat
sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh
orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu
berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi
dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia, melainkan pokok gharqad maka
sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.
Antara tanda Qiamat juga ialah apabila
para pejuang Islam akan memerangi yahudi habis-habisan sehingga mereka terpaksa
bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu, di mana batu dan pokok turut
memberitahu tentang kedudukan musuh untuk dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan
yang diberitahu oleh Nabi s.a.w ini pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu
sebagai penonton sebaliknya meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada
perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang
mendakwa bahawa tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah
pejuang Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta
agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah Nabi s.a.w dengan
menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis yahudi.
Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman Nabi s.a.w
membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar kepada kemenangan
yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam Peperangan Mu’tah, Jordan
pada tahun 8 Hijrah antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang sahaja berdepan
dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang sehingga ramai di kalangan tentera
Islam telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah s.a.w
mengenai perkara ini tetapi panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan
tegas bangun menyatakan :
“Demi Allah! Adakah kita benci kepada
sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang
semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan tetapi
kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah
kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada
beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah”.
Sidang Jumaat yang dihormati
sekalian,
Firman Allah dalam ayat 65 surah
al-Anfal:
Maksudnya: Wahai Nabi,
peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di
antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus
orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus
orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir,
disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
Sempena berada pada hari Jumaat yang
mulia, di rumah Allah yang mulia marilah sama-sama kita terus mengecam dan
mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutunya dalam membunuh dan menindas umat
Islam di bumi Palestin. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh,
dan semoga Allah memberikan kemenangan yang besar kepada pejuang Islam. Di samping
itu sama-samalah kita hulurkan bantuan yang berbentuk kewangan dan sebagainya.
Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan
besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s dan sebagainya agar
dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman
yahudi Israel. Kita berasa kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan
segera ini malah melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah
menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan
yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam membunuh umat
Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik sokongan dan sumbangan.
Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat
yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi.
Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan
terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa,
saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit serta bertempik kegembiraan.
Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera Nabi Muhammad akan kembali untuk
memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta.
Yang bermaksud : Maha suci Allah yang telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
salam. mohon share link ye.
ReplyDelete