Sunday, 28 September 2014

Khutbah : Semangat Pengorbanan



اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ مَنَحَ أَحْبَابَهُ حَلاَوَةَ الطَّاعَةِ، وَعَصَمَهُمْ مِنَ اللَّغْوِ وَاللَّهْوِ وَالإِضَاعَةِ، وَدَعَاهُمْ اِلَى حَجِّ بَيْتِهِ فَأَقْبَلُوْا عَلَيْهِ بِالإِسْتِطَاعَةِ، فَنَالُوْا بِذَلِكَ النَّعِيْمَ الْمُقِيْمَ. أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىَ حَمْدَ مَنْ حَمِدَ اللهَ، فَأَسْبَغَ عَلَيْهِ جُوْدَهُ وَإِنْعَامَهُ، وَأَشْكُرُهُ شُكْرَ مَنْ أَخْلَصَ للهِ حَجَّهُ فَصَانَ قِيَامَهُ، فَوَقَاهُ اللهُ عَذَابَ الْجَحِيْمِ.  

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذاَ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ، سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.      
أما بعد، فياعِبَادَ الله، إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
 
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t selain daripada ketaqwaan kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada tahun ke sembilan hijrah, satu ketetapan telah diisytiharkan kepada masyarakat Arab Makkah pada ketika itu, iaitu mengenai perhubungan diplomatik antara masyarakat  Islam dan bukan Islam. Kota Makkah telah diisytiharkan dengan rasminya pada tahun tersebut sebagai tanah haram. Maka tidak lagi dibenarkan kepada musyirikin Quraisy untuk menziarahi Baitillahi Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini, Kota Makkah dan juga kawasan-kawasan di sekelilingnya telah dibersihkan daripada perkara-perkara syirik. Manakala Kalimah Tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Ka’bah dengan satu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Kota Makkah yang selama ini digelapkan dan dicemari dengan kebiadapan dan peradaban liar telah diganti dengan sinar cahaya keindahan Islam serta peradaban yang penuh hidayah dan berakhlak. Undang-undang  dan  peraturan yang dicipta dan direka oleh fikiran dan hawa nafsu manusia kini telahpun ditukar ganti dengan undang-undang  dan peraturan syariat Allah SWT. Kota Makkah diberi gelaran Kota Suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kekufuran yang selama ini membanjiri Kota Makkah dan sekeliling Ka’bah. Laungan " Allah Akbar " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ " berkumandang di segenap penjuru Kota Makkah.

Firman Allah SWT,
بسم الله الرحمن الرحيم
š
Yang bermaksud : "Apabila datang pertolongan dari Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia secara beramai-ramai masuk ke agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya sesungguhnya Tuhanmu sangat-sangat  menerima taubat daripada hambaNya".                                                                                              
                                                           ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Pada hari ini umat Islam yang menjadi tetamu Allah di Kota Makkah akan berwuquf di ‘Arafah yang merupakan kemuncak dalam ibadah haji dan juga rukun yang terpenting dalam ibadah haji. Manakala I’dil Adha yang bakal disambut seluruh umat Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban.  Ibadah ini juga merupakan satu bentuk ujian kepada tahap ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT. I’dil Adha juga sebenarnya merupakan sambutan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban yang telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu oleh Nabi Allah Ibrahim AS. Peristiwa ini bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim AS apabila Baginda telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya  Nabi Allah Ismail AS, dan inilah pengorbanan teragung yang pernah dicatatkan dalam lipatan sejarah manusia.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, Nabi Ismail AS adalah merupakan anak kesayangan Nabi Ibrahim AS. Baginda dikurniakan Nabi Ismail dalam usia Baginda yang telah lanjut yakni hampir mencecah 100 tahun. Setelah Nabi Ismail meningkat usia remaja, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Ibrahim AS supaya Nabi Ismail dikorbankan. Nabi Ibrahim AS dengan rela hati bersedia melaksanakan tugas ini sekalipun ianya amat berat. Manakala Nabi  Ismail sebagai anak pula dengan penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah SWT untuk dikorbankan. Peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah SWT melalui firmanNya,


Yang bermaksud : " Maka tatkala  anaknya ini sampai  (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : “Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar ".
                ( Surah al–Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan  Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anak kesayangannya, dan kepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh bapanya sendiri telah memaparkan kepada kita tentang kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman di dalam dada kita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. Ia juga merupakan asas kepada pemerimaan sesuatu amalan di sisi Allah SWT.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang berbahagia,

Sejarah pengorbanan agung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sahaja, malah ianya terus dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam juga adalah merupakan pengorbanan yang cukup tinggi nilainya. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka, bahkan mereka juga turut mengorbankan nyawa mereka. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka.  Begitulah sepanjang zaman, dan sehingga kini ramai yang telah syahid kerana mempertahankan kesucian agama Allah.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Mereka yang berjaya sebenarnya ialah mereka yang sanggup melakukan pergorbanan. Sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, kepentingan diri, kebahagiaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan itu tidak akan datang dengan mudahnya, sebaliknya tanpa pergorbanan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan itu tidak mungkin dapat kita perolehi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua perkara sekalipun tidak akan dapat kita capai melainkan setelah kita sanggup dan bersedia untuk berkorban harta, masa, dan jiwa raga.

Memang sukar untuk kita gambarkan betapa hebatnya peribadi mereka yang sanggup mengorbankan seluruh harta benda, nyawa dan darah mereka demi Allah SWT, tetapi inilah hakikat yang berlaku. Saidina Abu Bakar RA pernah mengorbankan kesemua hartanya semata-mata untuk Islam dan umatnya, sehinggakan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau,

" مَا تَرَكْتَ لِعِيَالِكَ؟، تَرَكْتُ لَهُمْ اللهَ وَرَسُوْلَهُ. "

Yang bermaksud : "  Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?    " lalu  jawab Abu Bakar : " Aku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya " .  

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di kesempatan ini juga mimbar ingin menyeru kepada kita yang berkemampuan, marilah sama-sama kita memeriahkan lagi kedatangan I’dil Adha pada kali ini dengan sama-sama melaksanakanlah ibadah korban dalam usaha mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan juga sebagai tanda syukur kita terhadap segala nikmat yang telah kita dapat. Tidak ada ibadah lain yang paling disukai oleh Allah pada hari-hari 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah selain daripada ibadah menumpahkan darah sembelihan korban ke bumi. Sabda Nabi SAW,

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم قال :  ما عملَ آدميٌّ من عملٍ يومَ النَّحرِ أحبُّ إلى اللهِ من إهراقِ الدَّمِ ، إنَّهُ ليأتي يومَ القيامةِ بقُرونها وأشعَارِها وأظلافِها ، وإنَّ الدَّمَ ليقعُ من اللهِ بمكانٍ قبلَ أن يقعَ من الأرضِ فطيبُوا بها نفساً - [1]

Maksudnya : “Tidak beramal oleh seseorang anak adam daripada amalan yang terlebih kasih di sisi Allah selain daripada menumpahkan darah (sembelihan korban), sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti bersama tanduknya, bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah sembelihan tersebut akan berada di sisi Allah di suatu tempat (yakni korban tersebut diterima oleh Allah) sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh itu perelokkan sembelihan korban itu”.

Lakukanlah ibadah korban ini dengan penuh keikhlasan agar ianya tidak sia-sia dan diterima oleh Allah SWT sebagai amal yang soleh.
Moga-moga semangat pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Nabi Allah Ismail ‘Alaihimassalam, dan juga semangat pengorbanan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan pejuang-pejuang Islam akan menjadi teladan dan pedoman kita semua dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua lapangan dan bidang yang kita ceburi.

 
Yang bermaksud : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi apa yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya, dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada mereka yang berusaha supaya baik amalnya.
                                                                         (al-Hajj 37)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.

أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.

وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    


[1]   - الحديث أخرجه الترمذي 4/83 و ابن ماجه 2/1045 و الحاكم في مستدركه 4/246

Thursday, 28 August 2014

Khutbah : Merdekakah Kita?



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الصَّادِقُ الْوَعْدُ الاَمِيْنُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.


أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketakwaan dan keimanan kita kepadaNya.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  
Yang bermaksud : Dan Allah s.w.t membuat suatu perbandingan, sebuah negeri yang penduduknya hidup aman dan damai lagi tenteram, sumber rezekinya datang dengan mewah dari segenap tempat, kemudian penduduknya kufur terhadap nikmat-nikmat Allah itu, lalu Allah s.w.t menimpakan kelaparan dan ketakutan ke atas mereka yang meliputi keseluruhannya disebabkan kekufuran yang telah mereka lakukan.                                     (An-Nahl 112)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Ayat 112 yang dipetik daripada Surah Al-Nahli itu tadi menceritakan kepada kita tentang sebuah negeri iaitu Makkah, yang mana penduduknya hidup dalam keadaan aman dan damai, mewah dengan berbagai sumber rezeki yang datang dari segenap penjuru negeri. Namun kemewahan dan keamanan yang mereka kecapi tidak kekal lama apabila penduduknya kufur dan menolak risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, dan bukan sekadar menolak sahaja, bahkan Nabi dan para sahabat menerima tentangan yang cukup hebat dari kaum musyrikin Makkah  sehingga memaksa Nabi bersama para sahabat berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, lalu Allah s.w.t menimpakan bala’ kelaparan disebabkan kekurangan sumber makanan, dan mereka juga ditimpakan bala’ ketakutan akibat daripada peperangan Badar dan beberapa peperangan yang lain sebagai balasan terhadap kekufuran mereka terhadap nikmat Allah dan penentangan yang telah mereka lakukan terhadap Rasulullah s.a.w.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Pada tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka daripada penjajah. Namun kemerdekaan tersebut hanya dapat dicapai setelah hampir 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Tanah air kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British buat kali yang keduanya bermula dari tahun 1511 yakni selepas kejatuhan Kota Melaka sehinggalah kemerdekaan dapat dicapai pada tahun 1957.

Beberapa faktor kejatuhan Empayar Kota Melaka pada tahun 1511 dicatatkan di dalam buku-buku sejarah. Mengikut fakta sejarah, antara sebab-sebab kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis ialah kelalaian dan ketidakcekapan pemimpin pada ketika itu, amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin dan rakyat, wujudnya musuh dalam selimut, berleluasanya perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah antara satu sama lain, kelemahan pertahanan atau ketenteraan daripada menghadapi serangan musuh. Kesan daripada gabungan faktor-faktor tersebut maka bermulalah era penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu apabila Kota Melaka akhirnya berjaya ditawan oleh Portugis.

Tanggal 31 Ogos tahun 2014 esok lusa, Negara kita bakal  menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57, iaitu lebih kurang 1/8 daripada tempoh 446 tahun Negara kita dijajah. Syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kehadrat Allah SWT di atas nikmat kemerdekaan dan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pejuang-pejuang dan wira-wira negara yang telah berkorban harta benda dan nyawa mereka demi memastikan tanah air tercinta bebas daripada cengkaman penjajah. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat mereka, dan mudah-mudahan syurga menanti buat mereka di sana.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia, apabila ditimpa sesuatu musibah ataupun kesusahan maka kita akan segera ingat dan kembali kepada Allah s.w.t serta sentiasa menyebut-nyebut namaNya, tetapi jika musibah atau kesusahan itu hilang dan kita diberi sedikit  kesenangan dan kemewahan, manusia mudah lupa diri dan jarang sangat untuk mengingati Allah, bahkan ada yang lupa terus bahawa dirinya adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Esa. Ibarat kacang lupakan kulit. Sikap dan perangai buruk manusia ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
 
Yang bermaksud : Dan apabila seseorang manusia itu ditimpa kesusahan, maka dia akan berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Kami menghilangkan atau memalingkan kesusahan itu daripadanya serta memberi kepadanya kesenangan, dia terus kembali dengan perangai lamanya (yakni sikap buruknya) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami memohon agar dihapuskan kesusahan yang menimpanya. Demikianlah, orang yang melampaui batas itu sentiasa memandang baik terhadap keburukan yang mereka lakukan.                                                               ( Yunus 12 )

Ayat 12 dari Surah Yunus ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan juga mensyukuri nikmatNya sama ada ketika kita senang mahupun susah, sama ada semasa kita dijajah dan lebih-lebih lagilah setelah kita mencapai kemerdekaan. Jangan hanya bila kita ditimpa kesusahan barulah kita ingat dan menyebut-nyebut namaNya tetapi apabila kita diberi sedikit kesenangan dan kemerdekaan langsung kita lupa kepadaNya.

Apabila manusia lupa kepada Allah SWT, maka Allah akan menguji dengan menambahkan lagi kesenangan dan kemewahan sehingga apabila manusia dalam keadaan lalai dan leka dengan kemewahan dan kesenangan tersebut, lalu Allah SWT merampas kembali nikmat tersebut dalam keadaan mengejut. Allah SWT menjelaskan keadaan ini dalam firmanNya pada ayat 44 dalam Surah Al-An’am:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،



Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Kita boleh dikatakan amat bertuah, dan sememangnya kita bertuah jika dibandingkan dengan rakyat di negara-negara yang lain. Mereka terpaksa hidup dalam suasana peperangan, rusuhan, perang saudara, bencana alam dan sebagainya, sedangkan kita di Malaysia hidup dalam keadaan yang cukup aman dan selesa, mewah dengan segala jenis nikmat dunia, lebih-lebih lagi setelah 57  tahun Negara kita merdeka. Berbagai-bagai nikmat kemewahan hidup yang kita kecapi. Amat malang sekali jika segala nikmat yang kita kecapi selama ini tidak disyukuri, yakni tidak digunakan dengan sebaiknya, kerana satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini melainkan Allah SWT. Dia yang memberi keamanan dan kesenangan kepada kita dan Dia juga berhak mengambil balik keamanan dan kemerdekaan  pada bila-bila masa sahaja jika nikmat keamanan dan kemerdekaan yang diberikan tidak disyukuri dan tidak digunakan dengan sebaiknya. Firman Allah s.w.t,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  
Yang bermaksud : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu, "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur di atas nikmat kurniaanku, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur atau ingkar maka sesungguhnya azabKu amatlah keras".                        (Ibrahim 7)


Sidang Jumaat moga-moga dirahmati Allah,

Bergembira menyambut kemerdekaan sebagai tanda kita bersyukur tidaklah menjadi kesalahan. Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan. Janganlah diajak anak-anak muda berkumpul sambil melaung-laungkan kemerdekaan bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi hanya sekadar untuk leka dengan hiburan yang melampau, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, mengabaikan solat dan sebagainya. 

Perhimpunan-perhimpunan seperti ini jika hanya untuk meramaikan anak-anak muda atau hanya untuk melihat hiburan-hiburan yang melalaikan semata-mata sementara menunggu detik 12 malam, tentu tidak mencapai matlamatnya bahkan akan membawa banyak mudarat dan maksiat. Kita mengharapkan bersempena dengan 57 tahun Negara merdeka, maka masyarakat kita akan lebih merdeka dalam erti kata yang sebenar iaitu merdeka yang benar-benar diredhoi oleh Allah SWT. Alangkah baiknya jika kita sambut kemerdekaan ini dengan mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa’ untuk para pejuang kemerdekaan dan mereka yang telah berjasa kepada negara. Bukankah itu lebih membuktikan bahawa kita amat menghargai nikmat kemerdekaan ini dan juga jasa-jasa mereka.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kelmarin dulu rakyat Palestin bergembira menyambut kemenangan perjuangan mereka selama hampir 70 tahun ditindas apabila Rejim Zionis terpaksa tunduk dan akur terhadap kehendak dan tuntutan pejuang Hamas dan juga rakyat Palestin. Walaupun peperangan yang memakan masa sela lebih 50 hari baru-baru ini telah mengorbankan lebih 2000 syuhada’ dan mencederakan lebih 11,000 yang lain, namun rakyat Palestin sedikitpun tidak pernah berputus asa dalam usaha mereka untuk menuntut kemerdekaan tanahair mereka sekalipun terpaksa bergadai nyawa, harta dan keluarga. Akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Ghaza.

Inilah semangat juang yang patut kita contohi, lebih-lebih lagi buat generasi muda hari ini. Sama-sama kita tanya diri kita, sanggupkah kita berjuang mempertahankan tanahair kita sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Palestin?. Sanggupkah kita mempertaruhkan nyawa dan harta kita demi untuk maruah agama dan Negara yang kita cinta?. Yakinlah kita semua bahawa setiap titisan darah yang tumpah ke bumi kerana mempertahankan agama dan Negara pasti akan diberi balasan syurga. Mudah-mudahan akan lahir generasi yang sanggup mempertahankan bumi Malaysia ini daripada musuh-musuh sebagaimana rakyat Palestin sanggup mempertahankan tanahair mereka daripada cengkaman rejim zionis, dan mudah-mudahan Negara kita akan terus diberi keamanan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.

Sama-samalah kita menadah tangan memohon kepada Allah s.w.t agar nikmat kemerdekaan ini akan terus kita nikmati untuk selamanya dan sama-sama juga kita pohon kepadaNya agar sejarah penjajahan kuasa asing tidak akan berulang lagi di tanah air kita .
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


Yang bermaksud : Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, tentu Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki Kami) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.                                                  (Al-A’raf 96)

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. 



Khutbah Kedua


الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له . وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه . اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين .

أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.

وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين . وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.

وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر , واللهُ يعلم ما تصنعون.