Wednesday, 19 November 2014

Khutbah : Nasib Umat Islam



اَلْحَمْدُ لِلَّه رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ ، وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ، إِتَّقُوا الله ! أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،  

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.                                                                 (al-Hasyr 18)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah [swt]. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketaqwaan dan keimanan kita kepadaNya.

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Fussilat :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Manusia dipilih oleh Allah [swt] sebagai makhluk yang paling mulia di atas muka bumi ini serta diberi tugas untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang berat iaitu menyembah serta tunduk patuh kepada Allah [swt] serta memakmurkan dunia ini berasaskan kepada agamaNya. Al-Quran dikirimkan bersama-sama RasulNya Nabi Muhammad [saw] sebagai panduan dan pedoman utama dalam membimbing umat manusia agar tidak melakukan kerosakan atas muka bumi. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 12 surah Muhammad :

Maksudnya :  Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka (di akhirat nanti).
 
Al-Quran telah menjelaskan tentang matlamat dan cara hidup yang berbeza antara orang Islam dengan orang kafir. Matlamat hidup orang-orang yang beriman ialah sentiasa tunduk dan patuh beribadah kepada Allah [swt] dengan melaksanakan setiap titah perintahNya serta menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan. Manakala orang kafir pula sentiasa menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat utama dalam kehidupan mereka seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula selepas daripada kematian. Umat Islam diperintah dengan ibadah khusus yang teratur seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, Haji, Zakat dan juga ibadah-ibadah umum yang lain termasuk kerja dalam mencari nafkah, makan minum dan selainnya. Semua ini kita lakukan dengan mematuhi perintah agama dari segi halal dan haram, dosa dan pahala. Manakala orang-orang yang kafir pula hidup mereka mengikut hawa nafsu sebagaimana binatang sehingga tidak ada yang tidak boleh bagi mereka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Bagi kita orang-orang yang beriman meyakini bahawa setiap amalan yang kita lakukan di atas dunia ini pasti akan diberi balasan samada Syurga atau Neraka. Keimanan inilah yang mendatangkan sikap begitu cermat dalam mengatur kehidupan seharian kita agar selari dengan kehendak dan perintah Allah [swt] dan juga RasulNya. Malah segala nikmat yang Allah [swt] kurniakan samada sedikit atau banyak akan sentiasa kita syukuri, begitu juga musibah yang menimpa ke atas kita, akan sentiasa kita hadapi dengan penuh kesabaran kerana ia merupakan aturan Allah [swt] dalam menguji keimanan kita. Manakala bagi orang-orang kafir pula, dunia ini adalah segala-galanya buat mereka. Jika mereka tidak dapat mengecap atau memiliki nikmat dunia ini, samada takhta, harta dan sebagainya maka bagi mereka kehidupan dunia mereka sudah tidak ada gunanya lagi, sehingga ramai dari kalangan mereka yang sanggup membunuh diri apabila gagal dalam pelajaran, pekerjaan, rumahtangga atau perniagaan, kerana pada tanggapan mereka inilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Orang-orang kafir beranggapan bahawa mati adalah penamat segala-galanya tanpa berfikir tentang balasan akhirat yang sepastinya ada sekalipun mereka tidak mempercayainya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
 
Firman Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :

Maksudnya : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Matlamat hidup umat beriman ialah memastikan dunia ditadbir dengan adil mengikut acuan Agama Islam, kerana setiap kita bakal disoal tentang amanah yang dipertanggungjawab di dunia ini. Manakala orang kafir pula akan melakukan kerosakan di muka bumi dengan menaburkan pelbagai fitnah dan kejahatan yang boleh mendatangkan mudharat kepada umat manusia asalkan mereka dapat apa yang mereka kehendaki. 

Keamanan dan ketenteraman adalah antara nikmat terbesar Allah [swt] kepada kita semua kerana dengannya kita dapat melakukan urusan Agama serta kehidupan seharian tanpa sebarang ketakutan, kebimbangan. Hari ini, dunia kita tidaklah lagi seaman dahulu kala. Umat Islam di seluruh dunia terus menderita akibat peperangan, huru-hara, peperangan dan pergaduhan yang berterusan. Lihatlah nasib saudara kita di bumi Palestin, Syria dan juga negara-negara Islam yang lain bagaimana rakyat yang tidak berdosa, orang yang dhaif, anak-anak yang tidak berdaya, golongan wanita yang lemah sering menjadi mangsa. Mereka diseksa, dipukul, dianiaya, disembelih, dirogol dan dibakar hidup-hidup tanpa ada belas kasihan. Keadaan huru-hara yang semakin hari bertambah, kekacauan berterusan, pembunuhan kejam bukan saja memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian, malah boleh menjejaskan dan menyekat usaha pembangunan umat Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang prihatin, kita tidak seharusnya hanya menjadi penonton terhadap penderitaan, kezaliman dan kesusahan dialami mereka. Kita juga berperanan untuk membantu mereka samada dengan duit ringgit, tenaga, fikiran atau paling tidak pun doakanlah keamanan dan kesejahteraan mereka.

Situasi buruk yang melanda umat Islam hari ini adalah agenda rapi musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Mereka sedang bersorak gembira di atas penderitaan umat Islam hari ini. Agenda jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya. 

Mereka sememangnya tidak akan meredhai kita umat Islam, dan mereka sememangnya tidak akan berhenti daripada berusaha untuk melemahkan serta menghancurkan Islam dan umatnya hingga ke akar umbi. Inilah perancangan rapi yang sedang mereka laksanakan dan lebih malang lagi ialah apabila ada dari kalangan umat Islam sebahagiannya bersekongkol dengan mereka yang diibaratkan sebagai api dalam sekam.

Melemahkan kesatuan kita umat Islam, menyeleweng akidah dan pemikiran kita, , melemahkan sistem ekonomi umat Islam, kebergantungan umat Islam pada bangsa asing dalam pelbagai aspek antara factor, ini semua adalah antara agenda jahat musuh-musuh Islam demi melemahkan umat Islam.

Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini sebenarnya mempunyai hikmah dan pengajaran untuk dihayati. Realitinya, umat Islam di negara kita khususnya sedang berdepan dengan pelbagai tribulasi dan cabaran yang amat mencabar seperti serangan fahaman songsang, akidah menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan serta kemurnian Islam. Malah, masih ada lagi pihak yang suka membawa isu khilafiah dalam ibadah sehingga mencetuskan perpecahan dalam masyarakat kita, walhal isu ini sudah lama dibincang dan diperdebatkan oleh ulama-ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan kecelaruan dan pergaduhan dalam masyarakat serta memudahkan laluan kepada musuh-musuh Islam untuk melemahkan kesatuan kita. Sedarkah kita semua bahawa musuh-musuh Islam pastinya gembira dengan keadaan ini dan mereka sebenarnya sedang bertepuk tangan di atas perpecahan kita semua. 

Menyedari betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka marilah kita sama-sama kita menambahkan lagi ilmu agama di dalam dada kita dengan cara kita berguru dan bukannya setakat berguru dengan google, whatsapp, atau facebook sahaja, agar akidah kita kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ajaran-ajaran yang boleh  menyesatkan kita dari jalan kebenaran. Kita juga merayu agar pihak pemerintah serta pihak berkuasa bersikap tegas dalam menyekat ajaran-ajaran serta fahaman yang sesat ini kerana sikap berbaik dan berlembut terhadap mereka akan membuka lebih banyak ruang untuk orang jahil lain untuk mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam. Kesan daripada kelembutan kita maka bertambah-tambahlah usaha-usaha jahat dari golongan liberal yang mahu menghalalkan golongan transgender, murtad, zina, homeseks, lesbian, dedah aurat dan sebagainya. Sekatlah sebelum melarat, tegahlah sebelum parah, cegahlah sebelum ianya bercambah, dan kembalilah kepada Islam secara sempurna nescaya kita semua akan selamat dunia dan akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    


Sunday, 28 September 2014

Khutbah : Semangat Pengorbanan



اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ مَنَحَ أَحْبَابَهُ حَلاَوَةَ الطَّاعَةِ، وَعَصَمَهُمْ مِنَ اللَّغْوِ وَاللَّهْوِ وَالإِضَاعَةِ، وَدَعَاهُمْ اِلَى حَجِّ بَيْتِهِ فَأَقْبَلُوْا عَلَيْهِ بِالإِسْتِطَاعَةِ، فَنَالُوْا بِذَلِكَ النَّعِيْمَ الْمُقِيْمَ. أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىَ حَمْدَ مَنْ حَمِدَ اللهَ، فَأَسْبَغَ عَلَيْهِ جُوْدَهُ وَإِنْعَامَهُ، وَأَشْكُرُهُ شُكْرَ مَنْ أَخْلَصَ للهِ حَجَّهُ فَصَانَ قِيَامَهُ، فَوَقَاهُ اللهُ عَذَابَ الْجَحِيْمِ.  

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذاَ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ، سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.      
أما بعد، فياعِبَادَ الله، إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
 
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t selain daripada ketaqwaan kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada tahun ke sembilan hijrah, satu ketetapan telah diisytiharkan kepada masyarakat Arab Makkah pada ketika itu, iaitu mengenai perhubungan diplomatik antara masyarakat  Islam dan bukan Islam. Kota Makkah telah diisytiharkan dengan rasminya pada tahun tersebut sebagai tanah haram. Maka tidak lagi dibenarkan kepada musyirikin Quraisy untuk menziarahi Baitillahi Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini, Kota Makkah dan juga kawasan-kawasan di sekelilingnya telah dibersihkan daripada perkara-perkara syirik. Manakala Kalimah Tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Ka’bah dengan satu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Kota Makkah yang selama ini digelapkan dan dicemari dengan kebiadapan dan peradaban liar telah diganti dengan sinar cahaya keindahan Islam serta peradaban yang penuh hidayah dan berakhlak. Undang-undang  dan  peraturan yang dicipta dan direka oleh fikiran dan hawa nafsu manusia kini telahpun ditukar ganti dengan undang-undang  dan peraturan syariat Allah SWT. Kota Makkah diberi gelaran Kota Suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kekufuran yang selama ini membanjiri Kota Makkah dan sekeliling Ka’bah. Laungan " Allah Akbar " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ " berkumandang di segenap penjuru Kota Makkah.

Firman Allah SWT,
بسم الله الرحمن الرحيم
š
Yang bermaksud : "Apabila datang pertolongan dari Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia secara beramai-ramai masuk ke agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya sesungguhnya Tuhanmu sangat-sangat  menerima taubat daripada hambaNya".                                                                                              
                                                           ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Pada hari ini umat Islam yang menjadi tetamu Allah di Kota Makkah akan berwuquf di ‘Arafah yang merupakan kemuncak dalam ibadah haji dan juga rukun yang terpenting dalam ibadah haji. Manakala I’dil Adha yang bakal disambut seluruh umat Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban.  Ibadah ini juga merupakan satu bentuk ujian kepada tahap ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT. I’dil Adha juga sebenarnya merupakan sambutan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban yang telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu oleh Nabi Allah Ibrahim AS. Peristiwa ini bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim AS apabila Baginda telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya  Nabi Allah Ismail AS, dan inilah pengorbanan teragung yang pernah dicatatkan dalam lipatan sejarah manusia.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, Nabi Ismail AS adalah merupakan anak kesayangan Nabi Ibrahim AS. Baginda dikurniakan Nabi Ismail dalam usia Baginda yang telah lanjut yakni hampir mencecah 100 tahun. Setelah Nabi Ismail meningkat usia remaja, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Ibrahim AS supaya Nabi Ismail dikorbankan. Nabi Ibrahim AS dengan rela hati bersedia melaksanakan tugas ini sekalipun ianya amat berat. Manakala Nabi  Ismail sebagai anak pula dengan penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah SWT untuk dikorbankan. Peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah SWT melalui firmanNya,


Yang bermaksud : " Maka tatkala  anaknya ini sampai  (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang  yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : “Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar ".
                ( Surah al–Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan  Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anak kesayangannya, dan kepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh bapanya sendiri telah memaparkan kepada kita tentang kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman di dalam dada kita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. Ia juga merupakan asas kepada pemerimaan sesuatu amalan di sisi Allah SWT.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang berbahagia,

Sejarah pengorbanan agung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sahaja, malah ianya terus dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam juga adalah merupakan pengorbanan yang cukup tinggi nilainya. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka, bahkan mereka juga turut mengorbankan nyawa mereka. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka.  Begitulah sepanjang zaman, dan sehingga kini ramai yang telah syahid kerana mempertahankan kesucian agama Allah.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Mereka yang berjaya sebenarnya ialah mereka yang sanggup melakukan pergorbanan. Sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, kepentingan diri, kebahagiaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan itu tidak akan datang dengan mudahnya, sebaliknya tanpa pergorbanan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan itu tidak mungkin dapat kita perolehi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua perkara sekalipun tidak akan dapat kita capai melainkan setelah kita sanggup dan bersedia untuk berkorban harta, masa, dan jiwa raga.

Memang sukar untuk kita gambarkan betapa hebatnya peribadi mereka yang sanggup mengorbankan seluruh harta benda, nyawa dan darah mereka demi Allah SWT, tetapi inilah hakikat yang berlaku. Saidina Abu Bakar RA pernah mengorbankan kesemua hartanya semata-mata untuk Islam dan umatnya, sehinggakan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau,

" مَا تَرَكْتَ لِعِيَالِكَ؟، تَرَكْتُ لَهُمْ اللهَ وَرَسُوْلَهُ. "

Yang bermaksud : "  Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?    " lalu  jawab Abu Bakar : " Aku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya " .  

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di kesempatan ini juga mimbar ingin menyeru kepada kita yang berkemampuan, marilah sama-sama kita memeriahkan lagi kedatangan I’dil Adha pada kali ini dengan sama-sama melaksanakanlah ibadah korban dalam usaha mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan juga sebagai tanda syukur kita terhadap segala nikmat yang telah kita dapat. Tidak ada ibadah lain yang paling disukai oleh Allah pada hari-hari 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah selain daripada ibadah menumpahkan darah sembelihan korban ke bumi. Sabda Nabi SAW,

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم قال :  ما عملَ آدميٌّ من عملٍ يومَ النَّحرِ أحبُّ إلى اللهِ من إهراقِ الدَّمِ ، إنَّهُ ليأتي يومَ القيامةِ بقُرونها وأشعَارِها وأظلافِها ، وإنَّ الدَّمَ ليقعُ من اللهِ بمكانٍ قبلَ أن يقعَ من الأرضِ فطيبُوا بها نفساً - [1]

Maksudnya : “Tidak beramal oleh seseorang anak adam daripada amalan yang terlebih kasih di sisi Allah selain daripada menumpahkan darah (sembelihan korban), sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti bersama tanduknya, bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah sembelihan tersebut akan berada di sisi Allah di suatu tempat (yakni korban tersebut diterima oleh Allah) sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh itu perelokkan sembelihan korban itu”.

Lakukanlah ibadah korban ini dengan penuh keikhlasan agar ianya tidak sia-sia dan diterima oleh Allah SWT sebagai amal yang soleh.
Moga-moga semangat pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Nabi Allah Ismail ‘Alaihimassalam, dan juga semangat pengorbanan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan pejuang-pejuang Islam akan menjadi teladan dan pedoman kita semua dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua lapangan dan bidang yang kita ceburi.

 
Yang bermaksud : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi apa yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya, dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada mereka yang berusaha supaya baik amalnya.
                                                                         (al-Hajj 37)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.

أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.

وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عبادَ الله، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.    


[1]   - الحديث أخرجه الترمذي 4/83 و ابن ماجه 2/1045 و الحاكم في مستدركه 4/246