الحمد لله الذى خلق السموات والأرض وجعل الظلمت
والنور ثم الذين كفروا بربهم يعدلون ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ،
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله ، اللهم صل وسلم على عبدك ورسولك محمد وعلى آله
وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين ،
أما بعد ،
فيا أيها الحاضرون ! اتقوا الله أوصيكم ونفسي بتقوى
الله ، فقد فاز المتقون .
Saudara-saudaraku
sidang hadirin sekalian,
Marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dengan sebenar-benar taqwa, yakni
dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya, dan pada masa yang sama kita
meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita beroleh
kejayaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Setiap
apa yang berlaku di atas muka bumi ini membuktikan kebesaran dan kekuasaan
Allah [swt] Tuhan yang mengurus dan mentadbir alam ini. Di setiap apa yang
berlaku ini juga sudah semestinya mengandungi hikmah dan pengajaran buat mereka
yang menggunakan mata hatinya untuk berfikir. Di antara bukti kekuasaan Allah
[swt] ialah pertukaran malam dan siang sebagaimana firman Allah [swt] dalam
surah Yaasin ayat 37 :
وءاية لهم اليل نسلخ
منه النهار فإذا هم مظلمون
Yang
bermaksud : Dan satu lagi bukti bagi mereka tentang adanya malam yang
Kami [Allah] selakkan siang daripadanya,
tiba-tiba mereka berada dalam kegelapan [malam].
Apa
yang dapat kita fahami di sini ialah, pertukaran malam dan siang yang berlaku
di atas muka bumi ini ialah
sebesar-besar bukti tentang kekuasaan Allah [swt] untuk menjadi teladan bagi
orang-orang yang mahu berfikir dan mahu memahami tentang kekuasaan Allah [swt].
Saudara-saudaraku
sidang hadirin sekalian,
Pada
malam ini dan juga pada saat ini, Allah [swt] sekali lagi memperlihatkan kepada
kita semua akan keesaan dan kekuasaanNya, iaitu fenomena Gerhana Bulan Penuh
yang dapat dilihat oleh kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Kejadian
seperti ini akan menambahkan lagi keimanan kepada Allah buat mereka yang
beriman. Ketika hayat Baginda Nabi [saw] pernah berlaku gerhana matahari ketika
mana anak Baginda Nabi [saw] iaitu Sayyidina Ibrahim, anak dari perkahwinan
Baginda Nabi [saw] dengan Sayyidatina Maryah al-Qibtiyyah, meninggal dunia pada
tahun ke 10 hijrah iaitu ketika berusia 16 bulan 8 hari menurut satu pandangan,
maka ada cakap-cakap di kalangan para sahabat bahawa gerhana matahari tersebut
berlaku disebabkan kematian Ibrahim. Lalu Nabi [saw] bersabda yang bermaksud;
“Bahawasanya
matahari dan bulan itu adalah dua tanda daripada segala tanda yang menunjukkan
akan keesaan dan kekuasaan Allah [swt], tiada gerhana keduanya kerana mati
seseorang atau kerana hidupnya. Maka apabila kamu lihat akan yang demikian itu,
maka hendaklah kamu sembahyang hingga hilang gerhana tersebut”. [1]
Saudara-saudaraku
sekalian,
Menjadi
kepercayaan karut di sisi masyarakat Arab jahiliyyah sejak sekian lama,
kononnya apabila berlakunya fenomena gerhana matahari atau bulan, maka mereka
beranggapan bahawa ianya ada kaitan dengan kematian seseorang ataupun kekalahan
tentera mereka di dalam peperangan. Maka Nabi [saw] menegaskan bahawa ianya
tidak ada kaitan dengan mati atau hidup seseorang, tetapi ianya adalah salah
satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah [swt].
Peristiwa
gerhana ini sudah tentu menyebabkan rasa takut dan gerun di dalam hati setiap kita
sebagai hamba kepada Allah [swt]. Maka dengan sebab itulah Allah memerintahkan
kepada kita melalui lidah RasulNya supaya kita melakukan solat sunat gerhana,
berdoa, beristighfar, dan bersedekah bagi menghilangkan rasa takut dan gerun di
dalam hati kita dengan sebab fenomena ini. Kata ulama’, mula disyariatkan solat
gerhana matahari pada tahun kedua hijrah Nabi [saw], manakala solat sunat
gerhana bulan pula mula disyariatkan pada bulan Jamadil Akhir, tahun kelima
hijrah Nabi [saw] menurut pandangan yang rajih.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa [ra] katanya;
“Telah
berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi [saw] , lalu Baginda bangun berdiri
dalam keadaan terkejut bimbang [takut] berlakunya qiamat sehinggalah Baginda
tiba ke masjid, lalu Baginda berdiri untuk bersolat dengan sepanjang-panjang
qiyam dan rukuk dan sujud. Aku tidak pernah sama sekali melihat Baginda
melakukan sedemikian dalam solatnya yang lain. Kemudian Baginda bersabda,
“sesungguhnya tanda-tanda ini yang diutuskan oleh Allah, tidaklah berlaku
disebabkan kematian seseorang ataupun hidupnya, akan tetapi Allah
mengutuskannya untuk menimbulkan rasa takut dalam hati hambanya kepadaNya. Maka
apabila kamu lihat yang demikian, maka bangunlah bersegera untuk mengingatiNya
[dengan solat], berdoa dan beristigfar kepadaNya”. [2]
Saudara-saudaraku
sekalian,
Fenomena
gerhana ini juga membuktikan kepada kita bahawa seluruh makhluk Allah [swt]
yang ada di bumi dan di langit, samada Malaikat, jin dan manusia dan juga
lain-lainnya, kesemuanya sujud dan patuh kepada perintah Allah. Mereka tidak
pernah membantah apa yang telah disusun dan diatur oleh Allah kepada mereka. Di
sana ada dua macam cara ketaatan dan kepatuhan makhluk kepada Allah kata
ulama’;
1. Menyembah
Allah secara tunduk, taat dan beribadat. Inilah cara kepatuhan Malaikat, jin
dan manusia kepada Allah.
2. Menyembah
secara menghambakan diri dengan patuh kepada perintahNya dan mengikut setiap
peraturan yang ditetapkan olehNya tanpa mengingkari dan menyalahinya
peraturanNya. Inilah cara bagi makhluk seperti matahari, bulan, bintang,
gunung-ganang, pohon kayu dan sebagainya sujud dan patuh kepada Allah [swt]. [3]
Firman
Allah [swt] pada ayat yang ke-18 dalam surah al-Hajj,
ألم تر أن الله يسجد له من فى السموات
ومن فى الأرض والشمسُ والقمرُ والنجومُ والجبالُ والشجرُ والدوآبُّ وكثيرٌ من
الناس ، وكثيرٌ حقَّ عليه العذابُ ، ومن يُهِنِ اللهُ فما له من مُكْرمٍ ، إن الله
يفعل ما يشاءُ .
Yang
bermaksud : “Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah itu disembah oleh
makhluk yang ada dilangit dan juga di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang,
gunung-ganang, pohon-pohon kayu, binatang-binatang, dan ramai dari kalangan
manusia, dan ramai pula di kalangan manusia yang sudah pasti akan menerima azab
seksaan. Dan sesiapa yang dihinakan oleh Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang
akan dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki”.
Saudara-saudara
sidang jamaah sekalian,
Marilah
sama-sama kita insafkan diri kita. Sedarlah bahawasanya kedatangan kiamat sudah
terlalu hampir dengan kita. Pelbagai tanda-tanda kecil kiamat sudah pun
diperlihatkan oleh Allah [swt] kepada kita semua sebagai amaran dan peringatan
untuk kita semua supaya segera kembali bertaubat kepadaNya. Bukan masanya lagi
untuk kita terus melekakan diri kita dengan mainan dunia. Bukan masanya lagi
untuk kita terus melalaikan diri kita dengan tipuan dunia. Marilah sama-sama
kita bermuhasabah, menghitung amalan kita masing-masing apakah bekal yang nak
kita bawa ke akhirat nanti sudah benar-benar mencukupi ataupun sebaliknya. Kembalilah
kita patuh dan tunduk menjunjung setiap perintah Allah ke atas kita,
sebagaimana makhluk-makhluk yang lain juga sentiasa tunduk dan patuh kepada
Allah [swt]. Beruntunglah mereka yang sudah cukup bekalannya, tetapi rugilah
mereka yang mati dalam keadaan tidak ada bekalan yang dibawa bersama-sama.
أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر
نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
Yang
bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu semua kepada
Allah, dan hendaklah setiap daripada kamu melihat apakah [bekalan] yang telah
dia sediakan untuk hari esok [kiamat], dan bertaqwalah kamu semua kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي
القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
Khutbah
Kedua
الحمدُ لله الذى خلق الشمس ضياء والقمر نورا ، وأشهد أنْ
لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له ، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه ،
اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ
اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر.
فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين
ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
Sidang
jamaah yang dikasihi,
Marilah
sama-sama kita pertingkatkan amal baik kita dari masa ke semasa, lebih-lebih
lagilah pada saat-saat seperti ini sebagaimana yang disarankan oleh Baginda
Nabi [saw] kepada kita. Tidak ada sesiapa yang akan dapat menolong dan membantu
kita di akhirat sana melainkan amal baik yang telah kita kerjakan semasa hidup
kita di dunia ini. Seperti mana kata Nabi [saw], orang yang bijak ialah mereka
yang sentiasa bermuhasabah akan dirinya serta memastikan dirinya sentiasa
mematuhi perintah Allah serta beramal dia untuk kehidupan selepas daripada
kematiannya [akhirat]. Manakala orang yang jahil atau bodoh ialah mereka yang
sentiasa mengikut kehendak hawa nafsunya serta melanggar perintah Allah [swt]
dalam masa yang sama dia berangan-angan untuk mendapat syurga dan kehidupan
yang bahagia di akhirat sana. [4]
وقال تعالى : إن
الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً.
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء
الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة
والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم
الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات
الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات وقاضي الحاجات ، وألف بين قلوبهم ، وأصلح ذات بينهم ، وانصرهم
على عدوك وعدوهم ، اللهم إنا نسئلك أن
تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين ، اللهم اهدنا سبلَ
السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى
القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي ، يعظكم لعلكم تذكرون ، فاذكروا الله
العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله
أكبر ، واللهُ يعلم ما تصنعون .
Yuk Gabung Bersama Kami Hanya di RoyalQQ
ReplyDeleteMinimal Deposit Hanya Rp 15.000
RoyalQQ juga membagikan Bonus TO 0.5% SETIAP HARI!
HADIA JACKPOT Menanti anda^^
Daftarkan segera hanya di RoyalQQ
LINK : https://goo.gl/dQPyud