الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ وَأَمَرَ فِعْلَ الخَيْراَتِ وَاَمْتِثاَلَ أَوَامِرِ اللهِ وَاجْتِناَبَ الفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَماَ بَطَنْ، أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوا
اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang
beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan
apa yang dia telah sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.
Marilah sama-sama kita tingkatkan
ketakwaan kita kehadrat Allah s.w.t dengan mentaati segala titah perintahnya dan
meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya semulia-mulia insan disisi Allah
s.w.t adalah mereka yang paling bertakwa kepadaNya.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
dikasihi,
Sudah menjadi lumrah kehidupan
bahawa kita tidak dapat lari dari berdepan dengan kawan dan lawan. Dalam
putaran roda kehidupan kita, kadang-kadang kita dipertemukan dengan kawan dan
ada masanya pula kita terpaksa berhadapan dengan lawan atau musuh. Antara lawan
atau musuh yang sentiasa mengatur perancangan jahat untuk menghancurkan kita
ialah sebagaimana yang diberitahu oleh Allah s.w.t melalui firmanNya;
Yang bermaksud : Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redho atau suka kepadamu (Wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam
itulah petunjuk) yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tidaklah engkau akan perolehi dari Allah
(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(al-Baqarah
120)
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Musuh-musuh Islam sama ada Yahudi
mahupun Nasrani sentiasa berfikir dan merancang strategi bagaimana untuk mereka
merosak dan menghancurkan umat Islam. Hasil dari kajian yang mereka jalankan
mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah
begitu teguh. Mereka terpaksa akur bahawa keimanan dan ketaatan umat Islam
terhadap agama mereka sukar untuk digugat.
Hasil dari kajian tersebut juga
mencetuskan satu formula baru buat mereka iaitu, untuk memecah belahkan umat Islam
bukanlah dengan cara menggunakan senjata api, kereta kebal atau peluru berpandu,
tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran dan
tanggungjawap mereka terhadap agama. Strategi yang digunakan ialah dengan
menghidangkan buat mereka hiburan yang akan melalaikan mereka, terutama
golongan muda, remaja dan belia.
Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan
kelazatan dan keseronokan yang melampau, hiburan sepanjang hari siang dan malam
tanpa ada batasan sudah tentu akan melupakan anak-anak muda kita terhadap
tanggungjawap mereka kepada agama serta akan menjahilkan mereka dengan ilmu agama.
Apabila ini berlaku maka mereka tidak akan lagi memperdulikan apa yang agama
suruh dan apa yang agama larang, tidak memperdulikan dosa dan pahala, halal dan
haram. Bagi mereka hidup hanya sekali, dan inilah masanya untuk mereka
berseronok dan bersukaria tanpa mereka sedar bahawa kematian akan datang
menjemput pada bila-bila masa tanpa memperdulikan usia muda mereka. Apabila ini
berlaku, maka berjayalah perancangan musuh terhadap kita semua.
Hakikat tentang kehidupan dunia yang
penuh dengan keseronokan dan hiburan yang melalaikan ini telah diperingatkan
oleh Allah s.w.t beberapa kali dalam al-Quran, di antaranya ialah:
Yang bermaksud : Kehidupan dunia
ini hanyalah mainan dan keseronokan, dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik daripada dunia bagi mereka yang
bertakwa, tidakkah kamu berfikir?.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Persoalan utama yang cuba
diketengahkan di sini ialah tentang budaya hiburan melampau dan berlebih-lebihan
yang melanda segenap lapisan masyarakat, khususnya umat Islam kita pada hari
ini, tidak kira golongan muda, remaja mahupun golongan lanjut usia. Kanak-kanak
kita sibuk dengan Frozennya, anak-anak muda pula sibuk dengan K-Popnya,
golongan dewasa pula sibuk dengan Maharaja Lawak Meganya, dan golongan wargaemas
pula sibuk dengan Kilauan Emasnya. Fenomena ini nampaknya semakin sukar untuk dikawal
dan merebak dengan begitu pantas.
Realitinya pada hari ini kita
berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita dihidang dengan berbagai
jenis hiburan yang sangat melalaikan dan mengasyikkan. Ada di kalangan masyarakat kita pada hari ini
sanggup menghadap peti televisyen berjam-jam lamanya bahkan sehari suntuk tanpa
rasa jemu dan bosan, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk
mengirim pesanan ringkas bagi memastikan bintang pujaan mereka dinobatkan
sebagai raja atau juara. Masa dan wang dihabiskan begitu sahaja tanpa memberi
apa-apa faedah sedikit pun buat mereka apatah lagi untuk agama.
Penyakit suka kepada hiburan
melampau ini juga seandainya tidak segera dibendung dan dirawat, dibimbangi
akan menyemarakkan lagi wabak penyakit sosial yang telah sedia kritikal, bahkan
banyak permasalahan yang melibatkan muda-mudi Islam kita seperti pergaulan
bebas tanpa ada batasan sehingga sebahagian mereka sanggup dipeluk dan didakap
oleh penyanyi pujaan hati mereka, perlakuan sumbang mahram yang tak henti-henti,
zina di kalangan remaja sekolah yang semakin serius, pembuangan anak yang masih
tiada kesudahannya, penagihan dadah dan
sebagainya. Ini semua adalah berpunca daripada budaya ingin berhibur dan
bersukaria tanpa ada batasan agama, dan kita melihat ianya sebagai satu
kejayaan terhadap perancangan musuh-musuh Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita dengan jelas melihat pada hari
ini golongan muda-mudi yang bakal menerajui negara suatu hari nanti semakin
hanyut diulik dengan hiburan-hiburan yang melalaikan sehingga mereka
mengabaikan tanggungjawap mereka terhadap diri dan agama. Mereka terus menjadi mangsa
perancangan musuh-musuh Islam yang mahu melihat generasi muda Islam tidak lagi
berupaya membangunkan agama mereka. Bayangkan apakah nasib agama dan negara
kita suatu hari nanti seandainya kepimpinan Negara kita diterajui oleh mereka
yang jahil agama serta. Sudah tentulah Negara kita akan diterajui dalam keadaan
hura-hara dan penuh dengan berbagai masalah serta tidak ada keberkatan dari
Allah s.w.t.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang
dikasihi,
Di kesempatan yang masih ada ini,
marilah sama-sama kita bermuhasabah dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada
demi masa depan agama, bangsa dan tanah air kita. Berpadalah dalam hiburan dan
sekadar perlu sahaja. Didiklah anak-anak dengan peraturan agama, dan ajarlah
mereka agar tidak mengabaikan tanggungjawap mereka sebagai khalifah dan juga pemegang
amanah Allah di atas muka bumi ini.
Bimbinglah dan dampingilah mereka
dengan kasih sayang serta bertolak-ansurlah dalam perkara-perkara yang
diharuskan, tetapi bertegaslah dalam perkara-perkara yang diharamkan. Semoga
segala usaha dan amal yang kita lakukan akan sentiasa diberkati, di samping itu
berdoalah semoga kita dimasukkan ke dalam golongan mukmin yang sentiasa
diredhai oleh Allah s.w.t dengan beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan
oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah,
dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang
yang rugi. (al-Munafiqun 9)
بَارَكَ اللهُ لِى
وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ,
وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ,
وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى
وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
الخطبة
الثانية :
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا
اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ
وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ
وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ
واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى : إن
الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً.
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء
الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة
والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم
الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات
الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد
الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك
كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور
وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم
أنت الله لا إله إلا الله ، أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل
ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا
نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ
رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت . آمين يا رب العالمين .
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله
محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه،
وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم
امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير
زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى
القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم
يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر , واللهُ يعلم ما تصنعون.
No comments:
Post a Comment