اَلْحَمْدُ
لِلَّه رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى
الظَّالِمِيْنَ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ
اْلعَظِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ ،
َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الصَّادِقُ الْوَعْدِ الأمِيْنُ . اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ الله ،
إِتَّقُوا الله ! أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله ،ِ فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى
، أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ،
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok
(hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Hasyr 18)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt] dalam erti kata yang sebenar, yakni
dengan kita melaksanakan setiap titah perintahNya dan meninggalkan setiap
larangan dan tegahanNya, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dijadikan
sebagai bekalan kehidupan kita di akhirat sana.
Maksudnya
: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang
sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad
dengki yang ada dalam hati mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar
akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan
hisabNya.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Keindahan
pada diri, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya terletak pada keindahan
Islam. Oleh itu adalah amat penting untuk kita menghidupkan dan menegakkan
keindahan Islam di dalam diri dan kehidupan kita, dan dalam masa yang sama kita
perlulah menepis salah tanggapan masyarakat terhadap kecantikan dan keindahan
agama Allah ini. Realiti yang berlaku pada hari ini ialah, agama Islam banyak
disalah tafsir dan disalah faham bukan sekadar oleh orang bukan Islam, malah
oleh orang Islam sendiri disebabkan kejahilan mereka tentang agama mereka
sendiri. Sebab itu Islamophobia bukan hanya berlaku pada orang bukan
Islam, malah turut membabitkan umat Islam yang tidak mempelajari dan memahami
ajaran agama Islam sekalipun mereka itu golongan cerdik pandai.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya
antara misi agama Islam ialah untuk membawa rahmat dan sebagai penyelamat bukan
sahaja kepada umat Islam tetapi turut merangkumi yang belum beragama Islam,
bahkan rahmat yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh makhluk yang ada di
bumi dan di langit. Al-Quran Al-Karim dengan jelas menyatakan bagaimana
pengutusan Nabi Muhammad [saw] sebagi rahmat kepada sekalian alam dan bukannya
khusus untuk bangsa dan tempat tertentu sahaja.
Firman
Allah dalam Surah al-Anbiya’, ayat 107 :
Maksudnya
: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
(menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”
Justeru,
apabila Islam itu lemah, tidak kelihatan gagah dan hebatnya, maka yang ruginya
bukanlah sekadar umat Islam sahaja, tetapi seluruh dunia akan kerugian, gelap
serta menderita. Hari ini, kegagahan dan keindahan Islam sudah tidak lagi
terserlah dalam bentuk amali atau praktikalnya, dan yang tinggal hanya secara teori,
ilmu serta ilmiah semata-mata. Jika kita hanya bercakap atau bercerita mengenai
keindahan Islam tetapi kita tidak menzahirkan kecantikan dan keindahan tersebut
untuk tatapan dalam bentuk amalan dan cara hidup kita, maka orang lain tidak
akan percaya bahawa wujudnya keindahan serta kecantikan dalam agama Islam.
Terlalu banyak perkara yang disalah anggap dan disalahertikan mengenai agama Islam.
Contohnya berkaitan keadilan dalam hukuman Hudud, pentingnya jihad dalam
menegakkan agama Allah, penindasan amalan riba, batasan hubungan antara lelaki
dan perempuan, kewajipan menutup aurat dan sebagainya sehinggakan kadang-kadang
tajuk-tajuk ini sentiasa dipersenda-senda dan dipermain-mainkan oleh
musuh-musuh Islam bahkan turut dipertikaikan oleh mereka yang beragama Islam
dengan alasan dangkal mereka bahawa Islam menyekat hak kebebasan individu.
Itulah suara yang semakin kuat kedengaran pada hari ini yang datang dari
manusia yang mengaku dirinya seorang Muslim.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Ibadah
kita kepada Allah adalah merupakan tanggungjawab kita sepanjang hayat kepada
Allah [swt]. Tugas ibadah kepada Allah [swt] sepenuh masa, bukannya kerja
sambilan atau part time, malah ianya menuntut kita untuk bekerja dengan lebih
masa demi membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat. Apabila kita bertindak selaras dengan tujuan hidup, barulah kita mampu
memperolehi kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan hidup sesuai dengan ikrar kita
setiap kali kita solat, di mana kita mengaku untuk tunduk dan patuh kepada
Allah [swt] dalam setiap aspek kehidupan kita, sebagaimana firman Allah [swt] pada
ayat 162 dalam surah al- An’am :
Maksudnya
: Katakanlah : “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam”.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Keputusan
peperiksaan UPSR anak-anak kita baru sahaja diumumkan beberapa minggu yang lalu
dengan suasana yang berbeza di antara
suka dan juga duka, di antara gembira dan juga sedih berdasarkan kepada tahap kejayaan
yang dicapai masing-masing. Yang cemerlang semestinya mula memasang cita-cita
untuk memasuki sekolah pilihan dan terbaik. Berjaya dan gagalnya dalam
peperiksaan di peringkat sekolah telah mewujudkan jurang perbezaan hala tuju ke
peringkat seterusnya, apatah lagi berjaya dan gagalnya kita dalam memahami dan
menghayati Islam dalam kehidupan akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada
kehidupan dunia malah di alam barzakh dan juga alam akhirat nanti.
Oleh
itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik dan
mentarbiah diri kita sendiri dan seterusnya ahli keluarga terdekat, kemudian
diikuti dengan masyarakat bahawa kita bukan sahaja mahukan kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan di sekolah atau universiti malah yang jauh lebih
penting ialah berjaya di alam kubur, seterusnya di atas timbangan Allah [swt]
di padang Mahsyar nanti, dan kita mengarapkan kesudahan kita adalah syurga yang
kekal abadi. Kita tidak mahu hanya setakat melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
bidang akademik tetapi sayang mereka buta al-Quran, solat pun jarang-jarang,
akhlak pulak tunggang-langgang, aurat didedah dan ditayang-tayang dan maksiat pulak
menjadi mainan seharian.
Dalam
persoalan solat berjemaah sebagai contohnya, sepatutnya ianya ditekankan dan menjadi
teras pendidikan bukan sahaja di sekolah-sekolah pondok, atau sekolah-sekolah
agama bahkan sepatutnya solat berjamaah juga jadikan teras di sekolah-sekolah
kebangsaan, menengah dan sehinggalah di peringkat universiti. Sebab itu tidak
pelik pada hari ini ramai kalangan anak-anak muda Islam yang bukan sahaja tidak
bersolat secara berjamaah, bahkan ramai yang tidak solat pun. Seandainya
suasana dan keadaan ini berterusan dan tidak ada usaha-usaha untuk
membendungnya, maka masyarakat kita sebenarnya sedang menjauhkan diri dari
rahmat Allah [swt] dan masyarakat kita juga sedang berhadapan dengan suasana
yang pernah Nabi [saw] sebutkan kepada kita bahawa akan muncul di akhir zaman
nanti manusia yang Islam, tetapi Islamnya hanya setakat namanya sahaja,
sedangkan cara hidupnya langsung tidak mencerminkan dia sebagai seorang Muslim.
Sidang
Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kegagalan
memperkasakan pengajian agama telah melahirkan ramai di kalangan orang Islam
menjadi pengguna terhadap tamadun barat yang terpisah daripada Aqidah, di mana
setengah daripadanya telah menjadi sekular dan liberal. Sekular
bermakna sesuatu pegangan itu bersifat duniawi semata-mata, dan langsung tidak
terhubung dengan ukhrawi. Bagi mereka kehidupan ini hanyalah setakat di dunia
sahaja dan tidak ada akhirat bagi mereka. Liberal bermakna usaha-usaha
jahat untuk memisahkan agama daripada kehidupan, seperti memisahkan agama daripada
ilmu, dan juga memisahkan agama daripada pemikiran. Pemikiran yang merbahaya
ini terus menjalar dan merebak dalam jiwa ramai kalangan umat Islam sehingga
banyak perintah agama terus dipersenda-senda dan dipertikai dan dicabar, dan golongan
ini juga cuba menafsirkan agama berdasarkan hawa nafsu mereka sehingga tanpa
segan silu mempertikaikan hukuman yang telah Allah [swt] tetapkan terhadap golongan
murtad, penzina, pencuri dan sebagainya. Mereka juga mempertikai permasalahan menutup
aurat yang kononnya ini menyekat hak kebebasan mereka, mereka juga mempertikai
kaedah pembahagian pusaka yang pada pandangan otak mereka bahawa ini tidak adil,
mereka menuntut pengiktirafan kepada
golongan gay, lesbian, berkahwin sesame jenis, menukar jantina dan sebagainya. Mereka
ini akan terus-menerus menggunakan sistem undang-undang ciptaan manusia demi
untuk menghalalkan tindakan dan perbuatan mereka yang jelas dilaknat dan dicela
oleh Allah [swt].
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ – رواه الترمذي
Maksudnya
: Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan
lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Situasi
buruk yang melanda umat Islam akhir-akhir ini adalah merupakan agenda rapi yang
disusun oleh musuh-musuh Islam sejak berkurun lamanya. Mereka bergembira dan
bersorak dengan kecelaruan yang di hadapi oleh umat Islam akhir-akhir ini. Agenda
jahat mereka telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya, lebih-lebih lagi
apabila agenda mereka ini mendapat sokongan dari kalangan orang Islam yang
berfahaman secular dan liberal.
Antara
perancangan mereka ialah, merapuhkan kesatuan umat Islam, menyeleweng akidah
umat Islam, menjahilkan minda dan pemikiran umat Islam tentang ilmu agama,
melemahkan ekonomi umat Islam, dan meletakkan umat Islam dalam situasi sentiasa
bergantung dengan mereka dalam segenap aspek kehidupan.
Realitinya
pada hari ini, umat Islam di negara kita khususnya sedang berdepan dengan
pelbagai tribulasi dan cabaran seperti serangan fahaman songsang, akidah
menyeleweng dan tuntutan dari orang bukan Islam yang boleh mencabar kewibawaan
serta kemurnian agama Islam. Malah lebih menyedihkan lagi ialah, masih ada lagi
pihak yang suka membawa isu-isu khilafiah dalam ibadah sehingga membawa
kepada perpecahan sesame kita, sedangkan ianya sudah lama diperdebatkan oleh
ulama-ulama silam. Inilah punca yang akan menambahkan lagi kecelaruan dan pergaduhan
dalam masyarakat. Sedarkah kita bahawa musuh-musuh Islam pastinya gembira
dengan keadaan ini.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Menyedari
betapa mencabarnya fitnah terhadap akidah umat Islam akhir-akhir ini, maka
marilah kita sama-sama memantapkan lagi ilmu agama di dalam dada kita, dengan
cara berguru dan bukannya setakat berguru dengan facebook, whatsapp, telegram
dan sebagainya, agar akidah kita kukuh dan tidak akan terpengaruh dengan
pelbagai fahaman dan ajaran yang terpesong. Kita juga meminta agar pihak
pemerintah lebih bersikap tegas dalam membanteras serta menyekat ajaran dan
fahaman yang sesat ini kerana sikap berlembut dengan mereka sudah pastinya akan
membuka lebih banyak ruang untuk orang-orang jahil yang lain untuk
mempertikaikan dan mencabar hukum-hukum Islam seperti usaha jahat yang mereka
lakukan untuk menghalalkan golongan transgender, murtad, zina, homeseks,
lesbian, sebagainya. Sekatlah sebelum ianya bertambah melarat, tegahlah sebelum
ianya semakin membarah, cegahlah sebelum ianya semakin bercambah. Islamlah kita
semua secara sempurna, nescaya kita akan selamat di dunia dan di akhirat sana.
Firman
Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :
Maksudnya
: Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu, jangan
mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada
saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai
Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga
ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan
mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh
Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada
mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan
bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan
kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
الحمدُ لله حمدًا
كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا
محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه
أجمعين.
أما بعد، فيا عبادَ
الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه
وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله
ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى : إن الله وملائكته يصَلون على النبي، يأيها
الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله
وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ
وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين
ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين
والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب الدعوات،
اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام
وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك
وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم
شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج عبد الملك بن
المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح بهما العباد
والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا
أرحم الراحمين.
عبادَ الله،
إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي،
يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه
من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.
No comments:
Post a Comment