اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ
الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا
بِمَا عَمِلَتْ، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا
وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا،
وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ
أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم،
( الحشر
18 )
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk
menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya
berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita
mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan
setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan dan
keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Firman
Allah dalam ayat 1 dalam Surah Al-Isra’;
Yang
bermaksud : Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui.
Peristiwa
Isra’ dan Mi’raj adalah merupakan satu peristiwa agung yang berlaku ke atas
diri Baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi SAW telah diisra’kan dengan jasad
Baginda menurut pendapat yang sahih bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah ke
Bait Al-Maqdis di Palestin dengan menunggang Buraq serta ditemani oleh Jibril
AS. Kemudiannya Baginda SAW dimi’rajkan pada malam itu juga dari Bait Al-Maqdis
ke langit dunia sehinggalah Baginda naik mengadap Allah SWT. Lalu hampirlah
Baginda dengan Allah SWT seolah-olah hampirnya dua busur panah atau lebih hampir
dari itu. [1]
Lalu
Allah mewahyukan kepada hambaNya apa
yang mahu diwahyukan. Difardhukan kepadanya 50 solat. Setelah itu Baginda Nabi
pun pulang sehingga bertemu dengan Nabi Musa AS, lalu Nabi Musa AS bertanya
kepada Baginda;
“Apakah yang disuruh kepadamu?”, Baginda menjawab, “50 waktu
solat”, kata Musa AS, “Sungguh umat kamu itu tidak mampu melakukannya,
kembalilah dan mintalah kepada Tuhanmu agar diberi keringanan kepada umatmu”,
lalu Nabi pun berpaling kepada Jibril AS seolah-olah meminta pandangan darinya,
lalu Jibril AS mengiakan cadangan Nabi Musa AS. Lantas mereka berdua pun naik bertemu
dengan Allah SWT lalu Allah mengurangkan sepuluh darinya.
Kemudian
turunlah Nabi Muhammad SAW sehingga bertemu kembali dengan Nabi Musa AS lalu
diceritakan kepada Musa AS tentang apa yang diperolehinya. Lalu Musa AS
berkata, “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan dariNya”. Lalu sentiasalah Nabi berulang alik antara
Nabi Musa dan Allah SWT sehingga akhirnya Allah menetapkan hanya 5 waktu sahaja
sehari semalam ke atas kita umat Nabi Muhammad SAW. [2]
Syeikh
Daud Abdullah Al-Fathoni RH di dalam kitabnya “Munyatul Musolli” pada “Bab
Meninggal Sembahyang Lima Waktu Dosa Besar”
menjelaskan bahawa,
“Meninggalkan sembahyang adalah semungkar-mungkar
perkara yang mungkar, sebesar-besar dosa yang ada dan sekeji-keji benda yang
haram. Pihak pemerintah menanggung beban kerja yang berat dan dosa yang besar
jika rakyat jelata tidak menghiraukan pekerjaan agama lebih-lebih lagilah
sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat sebagaimana yang diperintahkan oleh
syara’”.[3]
Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Muddassir ayat 42-45,
Yang
bermaksud : (setelah melihat
orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan
kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?", orang-orang yang bersalah itu
menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan
sembahyang;, "Dan kami tidak pernah
memberi makan orang-orang miskin;, "Dan Kami dahulu selalu mengambil
bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang
memperkatakannya.
Sebahagian
ulama’ mengatakan bahawa orang-orang yang meninggalkan solat akan dikumpulkan
di akhirat nanti bersama tokoh-tokoh penderhaka kepada Allah. Jika dia
meninggalkan solat kerana disibukkan oleh harta kekayaannya, maka dia akan
dikumpulkan bersama-sama Qarun. Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan
kekuasaan atau pemerintahannya atau kerajaannya maka dia akan dikumpulkan
bersama-sama dengan Firaun. Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan
urusan pentadbiran atau parlimennya maka dia akan dikumpulkan bersama-sama
dengan Haman. Jika dia meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan
perdagangannya, maka dia akan dikumpulkan bersama-sama dengan Ubay bin Khalaf
yang merupakan seorang pedagang kafir yang berjaya di Makkah. [4]
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Sebahagian
ulama’ mengatakan bahawa tersebut di dalam keterangan hadis bahawa orang yang
mengerjakan solat, maka Allah SWT akan memuliakannya dengan lima perkara;
1. Dibebaskannya
daripada kehidupan yang susah
2. Dibebaskannya
dari seksaan kubur
3. Buku catatan
amalnya diberikan Allah dan diterima olehnya dengan tangan yang kanan
4. Dia akan melalui
titian sirath laksana kilat
5. Dia akan masuk
ke syurga tanpa hisab
Manakala
mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT menjanjikan untuknya lima belas
seksaan. Lima seksaan dikenakan ketika di dunia iaitu;
1. Dicabut
keberkatan umurnya
2. Tidak ada
tanda-tanda orang yang soleh di wajahnya
3. Segala amal lain
yang dilakukannya tidak akan diberi pahala
4. Doanya tidak
diangkat ke langit
5. Dan tidak ada
untuknya bahagian dari doa-doa orang yang soleh
Kemudian
tiga jenis seksaan menjelang kematiannya;
1. Matinya dalam
keadaan yang hina
2. Matinya dalam
keadaan lapar
3. Matinya dalam
keadaan dahaga dan jika diberi minum kepadanya sebanyak air di lautan sekalipun
pasti tidak akan dapat menghilangkan dahaganya
Kemudian
tiga jenis seksaan ketika di dalam kuburnya;
1. Kuburnya menjadi
sempit sehingga remuk tulang-tulang rusuknya
2. Dibakar di dalam
kuburnya siang dan malam
3. Akan
diserahkannya kepada seekor ular yang bernama ‘Syuja’ Al-Aqra’’ , mata
ular tersebut menyemburkan api, suaranya kuat laksana petir yang menyambar dan
dia akan berkata, “Aku mendapat perintah dari Tuhan untuk mengajarmu kerana
kesalahan kamu mensia-siakan solat Subuh sehingga terbit matahari. Aku
diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat Zohor sehingga
Asar. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu mensia-siakan solat Asar hingga
Maghrib. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan solat
Maghrib hingga Isya’. Aku diperintah menyeksamu kerana kamu telah mensia-siakan
solat Isya’ hinggalah terbitnya Fajar”. Setiap kali dipatuk oleh ular tersebut
maka terbenamlah dia ke dalam perut bumi sedalam 70 hasta. Maka diseksa dia di
dalam kubur sehinggalah kepada hari kiamat.
Manakala
seksa ketika bangun dari kubur;
1.
Dia akan melalui suasana hisab atau perhitungan yang
amat berat
2.
Dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT
3.
Allah tidak memandangnya dengan pandangan rahmat
4.
Akhirnya diseret dia untuk dihumban ke dalam api neraka
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Diceritakan
oleh sebahagian ulama’ dahulu bahawa ada seorang perempuan yang mati lalu
dikebumikan oleh saudaranya. Semasa pengkebumian tersebut, saudaranya tidak
sedar bahawa kantung yang berisi duitnya atau dompetnya telah terjatuh ke dalam
kubur tersebut sehinggalah setelah semua orang bersurai barulah saudaranya tersebut
sedar bahawa dompetnya telah terjatuh ke dalam kubur tersebut. Lalu saudaranya
kembali ke kubur tersebut dan menggalinya semula kubur tersebut. Belum pun
dalam dia menggali, tiba-tiba terkeluar semburan api dari dalam kubur saudara
perempuannya itu. Lalu dia membatalkan niatnya untuk terus menggali, dan dia terus
pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya. Dia bertanya kepada ibunya, “Wahai
ibu, ceritakan kepadaku tentang saudara perempuanku yang meninggal itu. Apakah
yang telah dia lakukan semasa dia hidup dahulu?”. Lalu ibunya bertanya, “Kenapakah
kamu bertanya sedemikian?”, lalu dia berkata, “wahai ibu, aku melihat semburan
api keluar dari lubang kuburnya sewaktu aku pergi untuk menggali semula
kuburnya”. Lalu ibunya berkata sambil menangis, “wahai anakku, saudara
perempuanmu itu selalu meringan-ringankan solatnya sehingga kadang-kadang
terkeluar dari waktunya”. [5]
Firman Allah SWT,
Yang
bermaksud : Maka kecelakaan besar
bagi orang-orang ahli sembahyang , (laitu)
mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Berkata
Ibnu Abbas RA,
“Adapun yang dimaksudkan dengan ‘wail’ itu ialah satu
wadi yakni kawasan yang dalam antara dua gunung di dalam neraka jahannam. Wadi
ini menjadi tempat kediaman buat mereka yang melewat-lewatkan solat dari
waktunya”. [6]
Demikianlah
balasan untuk mereka yang sengaja melewat-lewatkan atau menangguh-nangguhkan
solatnya sehingga terkeluar daripada waktunya. Bagaimanakah pula balasan azab
seksaan untuk mereka yang langsung tidak menunaikan solat?, sudah tentulah jauh
lebih berat dan jauh lebih dahsyat dari itu. Oleh yang demikian, jagalah solat
dalam kehidupan kita dan juga ahli keluarga kita. Letakkan solat ini sebagai
satu urusan yang terpenting dalam hidup kita. Jangan kerana sibuk dengan urusan
dunia maka solat diabaikan.
Wahai
saudara-saudaraku yang beriman!, beranikah lagi saudara meninggalkan atau
mengabaikan solat lima waktu dengan gambaran seksaan yang telah diceritakan di
dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW?. Tidak seorang pun yang berani
meninggalkan solat lima waktu melainkan orang itu tidak mempunyai iman. [7]
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Syeikh
Daud Abdullah al-Fathoni di dalam kitabnya ‘Munyatul Musolli’ menyatakan
bahawa;
“Ada beberapa orang Sahabat dan Salafus Soleh (yakni
generasi awal orang-orang soleh) berkata;
“Aku tidak terdengar mana-mana Sahabat yang berkata jika
meninggalkan sesuatu amalan menjadi kafir, melainkan meninggalkan solat”
Kata
Syeikh Daud Abdullah Fathoni lagi,
“Kita wajib memaksa ahli keluarga, anak-anak dan
orang-orang di bawah jagaan kita supaya mendirikan solat dan jangan biarkan
mereka menguzurkan diri. Dan bagi mereka yang tidak mematuhi suruhan maka
hendaklah kita menakutkan mereka, memaksa dan memarahi mereka dengan
bersungguh-sungguh seolah-olah mereka telah merosakkan harta benda milik kita.
Jika kita tidak bertindak demikian maka kita dikira sebagai orang yang
meringan-ringankan tuntutan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya orang yang
mengabaikan tuntutan Allah lebih-lebih lagilah solatnya, maka orang ini tidak
ada kebajikan darinya serta tidak ada keberkatan untuk kita hidup bersama-sama
dengannya kerana mereka ini telah melanggar perintah Allah dan rasulNya”. [8]
Yang
bermaksud : dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan
(ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Thahaa 132)
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
الخطبة الثانية :
الحمدُ لله
حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ
سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله
وأصحابه أجمعين.
أما بعد،
فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا
نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا
اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
وقال تعالى
: إن الله وملائكته يصَلون على النبي،
يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى
ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ
وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر
للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب
الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام
وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ،
أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا
إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ
آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت .
آمين يا رب العالمين .
اللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ،
ونعوذبك من عذاب القبر ، ونعوذبك من فتنة المسيح الدجال ، ونعوذبك من فتنة المحيا
والممات
وأن تشمل
بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ
الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج
عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح
بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً
بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل
والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون.
فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر
الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.
[1]
Sirah An-Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum (Terjemahan), Al-Syeikh Safiyyu
Al-Rahman Al-Mubarakfuri MS 199
[2]
Sirah An-Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum (Terjemahan), Al-Syeikh Safiyyu
Al-Rahman Al-Mubarakfuri
[3]
Munyatul Musolli, Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni, Abdul Ghani Jabal Maraqy, MS
68
[4]
Dosa-dosa Besar, Ibnu Hajar Al-Haitami, MS 222.
[5]
Dosa-dosa Besar, Ibnu Hajar Al-Haitami, MS 227
[6]
Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi Uqubati Ahli Al-Kabaair, MS 5
[7]
Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi Uqubati Ahli Al-Kabaair, MS 7
[8]
Munyatul Musolli, Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni, MS 70
terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat
ReplyDelete