اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ
الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا
بِمَا عَمِلَتْ، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا
وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا،
وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ
أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم،
( الحشر 18 )
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk
menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya
berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita
mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan
setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita diberikan kejayaan dan
keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya
: Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab
"Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab
yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari
akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka
itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang yang berjaya. (Al-Baqarah 1-5)
Tidak
ada sedikit pun keraguan bagi mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya
terhadap apa jua berita yang datang dari Rasulullah SAW sekalipun kadang-kadang
ianya sukar untuk diterima akal manusia yang serba lemah, kerana dengan iman
tersebut kita menyakini bahawa segala apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW adalah
perkara yang benar dan juga merupakan merupakan wahyu daripada Allah SWT.
Di
antara apa yang telah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW ialah tentang
tanda-tanda yang akan muncul sebelum
berlakunya qiamat.
Dalam
hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA menceritakan:
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu
itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?”. Maka kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari
kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehinggalah kamu melihat
sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda menyebutkannya (satu
persatu): “Keluarnya asap, munculnya Dajjal, keluar binatang dari perut bumi,
terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam AS, Ya’juj
dan Ma’juj, berlakunya tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat
dan yang ketiga di Semenanjung Arab dan yang akhir sekali adalah api yang
keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka”. – Hadis
Riwayat Muslim
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Kemunculan
Dajjal sebelum berlakunya kiamat merupakan fitnah yang amat dibimbangi oleh
Rasulullah SAW kepada umatnya. Bahkan Rasul-rasul yang terdahulu juga sedemikian.
Nabi SAW menyatakan di dalam sebuah hadis,
مَا مِنْ نَبِيٍّ
إلَّا وَقَدْ أنْذَرَ أُمَّتَهُ الأعْوَرَ الْكَذَّابَ ، إنَّهُ أعْوَرُ وإنَّ رَبَّكُمْ
لَيْسَ بِأعْوَرَ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ "ك ف ر " .
Maksudnya
: Tidak seorang pun daripada kalangan para Nabi melainkan mereka telah
memberi amaran dan peringatan bagi umat masing-masing akan kedatangan Dajjal
yang buta sebelah mata. Dan sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) tidak buta, lagi
tertulis di antara dua matanya “Kaf Fa Ro” yakni kufur.
Tiga
tahun sebelum kemunculan Dajjal, kehidupan manusia akan dilanda kesusahan, kesempitan
dan kelaparan disebabkan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada tahun
pertama kemunculan Dajjal, satu pertiga langit tidak akan menurunkan air hujan dan satu pertiga tumbuh-tumbuhan pula
tidak akan tumbuh. Kemudian pada tahun kedua kemunculan Dajjal akan bertambah
lagi dua pertiga langit tidak menurunkan hujan. Manakala pada tahun ketiganya pula,
langit langsung tidak menurunkan air hujan hingga menyebabkan banyak
tumbuh-tumbuhan dan binatang akan mati kelaparan. Rasulullah SAW menyatakan
bahawa bekalan makanan manusia yang beriman pada waktu itu ada bacaan tahlil,
tasbih, tahmid dan takbir.
Dajjal
akan muncul di suatu tempat yang sunyi di antara bumi Syam dan Iraq lalu dia
merusuh ke kanan dan ke kiri dan kemudiannya Dajjal akan mengembara ke seluruh
pelusuk dunia. Kata Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah
Al-Bahiliy;
“Pada awalnya Dajjal akan mengaku dirinya sebagai Nabi .
Ingatlah, tidak ada lagi Nabi sesudah aku (kata Nabi SAW). Setelah itu dia akan
mengaku dirinya sebagai Tuhan. Ingatlah
Tuhan yang sebenar tidak mungkin kamu dapat lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu
cacat matanya sedangkan Allah tidak cacat, bahkan Allah tidak sama dengan yang
baharu. Di antara dua matanya tertulis perkataan ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh
setiap mu’min yang pandai membaca atau yang buta huruf”
Sidang
Jumaat yang dikasihi,
Tidak
ada satu tempat yang tidak pernah dimasuki oleh Dajjal kecuali dua tempat iaitu
Makkah dan Madinah. Diriwayatkan juga bahawa Dajjal tidak akan dapat memasuki
empat buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi, Masjid Thur dan
Masjid Al-Aqsa. Sabda Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin
Abdillah;
“Bumi yang paling baik adalah bumi Madinah. Sewaktu
kedatangan Dajjal nanti ia dikawal oleh Malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki
Madinah dan ketika kemunculan Dajjal, bumi Madinah akan bergegar sebanyak tiga
kali”
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Dajjal
adalah pembawa fitnah yang paling besar di antara fitnah-fitnah yang ada sejak
Allah SWT mencipta Nabi Adam AS hinggalah kepada hari kiamat. Dajjal akan
mendatangi setiap kaum dan mengajak kaum tersebut supaya beriman kepadanya dan
mengaku dia sebagai Tuhan, lalu mereka pun beriman kepadanya. Maka diberikan
kepada kaum tersebut air hujan dan bumi yang subur. Kemudian di datangi pula
kaum yang lain dan dia mengajak mereka untuk beriman dengannya lalu kaum
tersebut menolak ajarannya, maka Dajjal pun berlalu pergi dari mereka. Keesokan
paginya, negeri mereka menjadi kering kontang dan semua kekayaan mereka habis. Inilah
fitnah yang amat ditakuti. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Nabi
SAW ada menyatakan bahawa;
“Dan di antara fitnahnya ialah Dajjal akan berkata
kepada orang-orang Arab kampung, ‘Bagaimana pendapatmu jika aku membangkitkan
ayahmu dan ibumu, apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu?’. Maka
mereka menjawab, ‘Ya’, Kemudian dua syaitan yang merupakan diri dengan ayahnya dan
ibunya, lantas keduanya berkata; ‘Wahai anakku, ikutilah dia (Dajjal)
sesungguhnya dia adalah Tuhanmu”. (Ibnu Majah)
Dajjal
memiliki sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia diizinkan Allah untuk
memerintahkan langit untuk menurunkan air hujan maka turunlah air hujan sebagai
ujian kepada umat manusia. Dia juga diizinkan Allah memerintahkan bumi
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya sebagai fitnah kepada umat
manusia. Dajjal juga dapat melintasi bumi dari satu tempat menuju ke tempat
yang lain dengan pantas dan luar biasa bagaikan hujan yang ditiup angin
kencang. Ini semua adalah fitnah yang akan lahir bersama-sama dengan Dajjal untuk
menyesatkan umat manusia untuk sama-sama mengikutnya. Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam
Muslim daripada Huzaifah,
لَأنَا أعْلَمُ
بِمَا مَعَ الدَّجَّالِ ، مِنْهُ مَعَهُ نَهْرَانِ يَجْرِيَانِ ، أحَدُهُما رَأْيَ
الْعَيْنِ مَاءٌ أبْيَضُ ، والآخرُ رَأْيَ الْعَيْنِ نَارٌ تأجَّجَ ، فأمَّا
أدْركَهُ أحَدٌ فَلْيَأتِ النَّهْرَ الَّذِى يَرَاهُ نَارًا وَلْيُغَمِّضْ ثُمَّ
لْيُطَأْطِئْ رَأْسَهُ ، فَيَشْرَبَ مِنْهُ فَإنَّهُ مَاءٌ بَارِدٌ .
Maksudnya
: Sesungguhnya aku sangat-sangat mengetahui tentang perkara (fitnah) yang
ada bersama-sama Dajjal. Setengah daripada fitnahnya ialah, bersama-samanya dua
sungai yang mengalir deras. Salah satunya Nampak di mata seperti air yang putih
jernih, dan yang satu lagi pula kelihatan seperti api yang bernyala-nyala. Maka
apabila seseorang (daripada kamu) menghadapinya maka hendaklah dia pergi ke
arah sungai yang kelihatan seperti api yang bernyala, kemudian pejamkan
matanya, kemudian hantukkan dengan kepalanya, maka minumlah daripadanya kerana
bahawa sesungguhnya ianya air yang sejuk (bukannya api sebagaimana yang dilihat
oleh matanya). [1]
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Nawwas bin Sam’an RA, para sahabat bertanya kepada
Rasulullah SAW mengenai Dajjal. Kata mereka;
“Ya Rasulallah, berapa lamakah Dajjal tinggal di bumi?”,
lalu Baginda menjawap, “selama 40 hari, sehari seperti setahun, sehari lagi
seperti sebulan, dan sehari lagi seperti seminggu, dan hari-hari lainnya
seperti hari-harimu (seperti hari-hari biasa)”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimanakah
kecepatan bumi?”, Baginda menjawab, “Seperti hujan ditiup angin kencang. Lalu
ia mendatangi suatu kaum dan diajaknya kaum itu, kemudian mereka mempercayainya
dan memenuhi seruannya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Kesemua
Rasul dan Nabi telah pun memberi amaran dan peringatan kepada umat
masing-masing tentang kemunculan fitnah Dajjal. Bahkan Rasulullah SAW telah pun
menjelaskan kepada kita tentang bagaimanakah ciri-ciri Dajjal dan juga rupa
bentuk fitnah yang dibawanya agar kita semua sentiasa berwaspada dengannya.
Seandainya
kita ditakdirkan Allah sempat hidup pada waktu kemunculan Dajjal, maka
hendaklah kita perbanyakkan memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah
yang besar ini. Di antara cara untuk berlindung daripada fitnah ialah berpegang
teguh dengan ajaran Islam serta mempertingkatkan keimanan kita semua.
Dekatkanlah diri kita dengan Allah, tunaikan segala kewajipan kita terhadap
Allah, baca dan hayati isi kandungan kitab suci Al-Quran Al-Karim, hadiri kelas-kelas
pengajian agama untuk menambah ilmu di dalam dada kita. Dengan cara ini kita
akan dapat tahu bahawa Dajjal juga adalah makhluk Allah yang biasa yang makan
dan minum seperti kita sedangkan Allah Maha Suci daripada semua itu.
Antara
lain ialah sebagaimana yang diajar oleh
Baginda Nabi SAW melalui sabdanya ;
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ ، إنَّ الرَّجُلَ
لَيَاْتِيْهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمّا يَبْعَثُ بِهِ
مِنَ الشُّبُهَاتِ .
Yang
bermaksud : Siapa-siapa yang telah mendengar tentang kemunculan Dajjal, maka
hendaklah dia menjauhkan dirinya bersembunyi daripada Dajjal. Demi Allah, ada
seseorang yang mendatangi Dajjal dan menyangka bahawa dia beriman tetapi
kemudian dia menjadi pengikut Dajjal disebabkan banyak syubahat dan kesamaran
bersamanya.
Tempat
yang terbaik untuk bersembunyi adalah di dua kota yang tidak akan mampu
dimasuki oleh Dajjal iaitu Kota Makkah dan Kota Madinah dan beberapa buah
masjid iaitu Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi, Masjid Thur dan juga Masjid
Al-Aqsa.
Seandainya
kita tidak mampu, maka jadikanlah 10 ayat yang pertama dan 10 ayat yang
terakhir daripada Surah Al-Kahfi sebagai amalan harian kita untuk menjadi
perisai terhadap fitnah Dajjal. Baca dan hayati maknanya. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah
dan di antara doanya ialah sebagaimana dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam
Muslim daripada Ibnu Abbas RA. Kata Ibnu Abbas RA bahawasanya Nabi SAW mengajar
para sahabat akan doa ini sebagaimana Nabi mengajar Al-Quran kepada mereka.
Kata Nabi SAW “bacalah kamu semua” ;
الَّلهُمَّ إنِّي أعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَأعُوْذُبِكَ
مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ المسِيْحِ الدَّجَّالِ ،
وأعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَاْلممَاَتِ
“Ya Allah, aku
memohon perlindungan dari azab jahannam, dan dari azab kubur, dan dari
seburuk-buruk fitnah Dajjal dan dari fitnah hidup dan mati”
Saudara-saudara
sidang Jumaat yang dikasihi,
Dajjal
akan mati di tangan Nabi Isa AS. Ketika turunnya Nabi Isa AS, Dajjal berada di
sekitar Baitul Maqdis, kemudian Nabi Isa AS bertemu dengan Dajjal di pintu Lud
yang ada pandangan mengatakan bahawa sekarang ini pintu tersebut berada di sekitar
lapangan terbang Israel. Ketika Dajjal melihat Nabi Isa AS, maka Nabi Isa
berkata kepadanya
“Aku akan memukul engkau dan engkau tidak akan dapat melarika
diri daripadaku”
Kemudian
Nabi Isa AS mengejar Dajjal dan membunuhnya. Pengikut-pengikut Dajjal juga lari
bertempiaran kerana dikejar oleh orang-orang mu’min sehinggakan pohon-pohon
kayu akan berbicara,
“Wahai orang muslimin, wahai hamba Allah, ini dia
orang-orang Yahudi berada di belakangku, marilah kamu bunuhlah mereka”. [2]
Dengan
kematian Dajjal maka berakhirlah fitnah yang terbesar itu dan Allah
menyelamatkan orang-orang yang beriman.
Maksudnya
: Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka
tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau
kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu
(yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari
tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman
sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.
Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan
Kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada
kami)". (Al-Ana’m 158)
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
الخطبة الثانية :
الحمدُ لله
حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ سيدَنا
محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه
أجمعين.
أما بعد،
فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا
نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا
اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
وقال تعالى
: إن الله وملائكته يصَلون على النبي،
يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى
ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ
وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر
للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب
الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام
وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ،
أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا
إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ
آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت .
آمين يا رب العالمين .
اللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ،
ونعوذبك من عذاب القبر ، ونعوذبك من فتنة المسيح الدجال ، ونعوذبك من فتنة المحيا
والممات
وأن تشمل
بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ
الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج
عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح
بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً
بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل
والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون.
فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم، ولذكر
الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.
salam ustaz...dimana kitab di atas boleh saya dapat utk rujukan saya mengenai akhir zaman ini...tq
ReplyDelete