اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ،
اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا
عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا
وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى
اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ
وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
( الحشر
18 )
Yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk
menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya
berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita
mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan
setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di
dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah s.w.t.
Sidang
Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman
Allah dalam ayat-33 surah Luqman :
Maksudnya
:Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan
hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan
anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu
atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah
itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan
jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan
kamu berani melanggar perintah Allah.
Satu
demi satu tanda-tanda kecil bagi kiamat telah pun diperlihatkan
oleh Allah s.w.t kepada kita semua sebagai peringatan yang jelas tentang betapa
hampirnya dunia ini kepada saat kehancurannya.Dunia semakin bercelaru dengan
pelbagai fitnah dan kesesatan yang kacau-bilau, dan ianya seolah-olah tidak ada
penghujungnya. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan hari kiamat
wajib mengambil semua ini sebagai amaran dan peringatan penting untuk
mempersiapkan diri kita dengan amal soleh sebelum kita dijemput untuk melalui
dua alam pembalasan, iaitu alam kubur dan alam akhirat yang tidak ada lagi
padanya peluang untuk kita beramal soleh. Di sana adalah tempat untuk kita
menerima pembalasan berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan ketika hidup
kita pada hari ini. Ambillah pengajaran kepada jawapan Sayyidina Uthman bin Al-‘Affan
apabila beliau ditanya tentang sebab kenapakah beliau menangis sehingga basah
janggutnya ketika beliau berdiri di satu tanah perkuburan. Katanya:
“Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w ada bersabda”:
“Kubur adalah awal kehidupan akhirat.Jika seseorang itu selamat
daripadanya, maka kehidupan akhiratnya akan menjadi lebih mudah, dan jika dia
tidak selamat daripada seksa kubur, maka akhiratnya akan lebih mengerikan dengan
penderitaan api neraka yang akan dirasainya.”
(Riwayat
Ahmad dan Tirmidzi)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman
Allah s.w.t pada ayat 155-157 dalam Surah Al-Baqarah,
Yang
bermaksud :Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan
takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta (kekurangan) hasil tanaman, dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan (musibah), lalu mereka berkata:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
akan kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai
kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk hidayahNya.
Allah
s.w.t pasti akan menguji kita semua demi untuk membezakan antara kita siapakah
yang taat kepadaNya dan siapakah yang derhaka kepadaNya. Ujian Allahdatang
dalam berbagai rupa dan bentuk. Antara bentuk ujian yang disebut oleh Allah
s.w.t pada ayat yang dibacakan tadi ialah;
1. Ujian ketakutan
: yakni takut terhadap musuh
2. Ujian kelaparan
: yakni akan berlaku kepada kita kekurangan makanan, minuman yang menyebabkan
manusia berada dalam kesusahan
3. Ujian kekurangan
pada harta : yakni kerugian dalam perniagaan, kebakaran, kehilangan harta benda
dan sebagainya
4. Ujian kekurangan
manusia : yakni akan berlaku banyak kematian manusia sama ada melalui
peperangan, wabak penyakit, kemalangan dan sebagainya
5. Ujian kekurangan
hasil buah-buahan : yakni akan berlaku musim kemarau yang panjang hingga
menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan yang mati sehingga menjejaskan hasil
penuaian sebagaimana yang sedang kita hadapi pada saat ini.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Semua
bentuk ujian ini dikenakan ke atas kita sebagai satu ujian dari Allah s.w.t
untuk menguji siapakah di kalangan kita yang berjaya dan siapakah yang
gagal.Ianya juga sebagai peringatan terhadap umat manusia untuk segera kembali
dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.Usah berlagak sombong dengan mendabik dada
kononnya kita hebat.Walau sehebat mana pun teknologi yang kita ada, walau
secanggih mana pun peralatan yang kita miliki, walau sebijak mana pun akal yang
diberi, kita tetap terlalu lemah dan kerdil untuk berhadapan dengan kekuasaan
Allah s.w.t.
Apakah
kita lupa dengan apa yang berlaku kepada kapal penumpang ‘Titanic’ yang
dilengkapi dengan teknologi yang tercanggih dan paling maju pada masa itu
sehinggakan ada di kalangan jurutera-jurutera mereka pada waktu itu mengatakan
dengan sombong dan bongkak bahawa “Titanic tidak mungkin akan tenggelam”.
Namun Titanic yang dikatakan sebagai sebuah kapal penumpang yang termaju dan
tercanggih akhirnya tunduk dibawah kekuasaan Allah dan tenggelam juga akhirnya setelah
terlanggar ketulan ais atau ‘iceberg’ dalam pelayaran sulungnya pada
tanggal 14 April 1912, dan ianya dianggap sebagai tragedi yang terburuk yang
mengorbankan seramai hampir 1500 nyawa.
Hari
ini dan saat ini perhatian dunia tertumpu kepada Pesawat MAS MH370 yang sudah
seminggu hilang entah ke mana. Seluruh dunia berada dalam kebingungan. Pesawat
yang dikatakan antara yang tercanggih itu tiba-tiba hilang begitu sahaja tanpa
sebarang isyarat dan kemudiannya gagal pula untuk dikesan dengan kekuatan
teknologi yang manusia ada pada hari ini sekalipun bantuan dating dari segenap
penjuru dunia. Apakah teknologi yang mengapung dan menerbangkan kapal itu di
udara?. Kalau demikianlah keyakinan seseorang maka rosaklah imannya kerana firman
Allah s.w.t dalam surah Al-Mulk ayat 19,
Yang
bermaksud : Apakah mereka tidak melihat dan tidak memerhatikan (kekuasaan
Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang
menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak
ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha
Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Dalam
menghadapi ujian dan bala’ dari Allah s.w.t lebih-lebih lagi ujian ini, kita
dapat melihat berbagai aksi dan tindakan manusia untuk melepaskan diri
masing-masing dari ujian dan bala’ tersebut. Antaranya;
1. Ada yang segera
ingat dan kembali kepada Allah dan memohonnya kepadaNya agar dihindarkan dan
diselamatkan daripada bala’ yang ditimpakan ke atas mereka. Inilah yang
sepatutnya kerana semua ini milikNya belaka.
2. Ada juga
kalangan mereka yang terus berputus asa dari rahmat Allah hinggakan
kadang-kadang mereka menyalahkan Allah serta mempertikaikan ketentuanNya. Ini
adalah bertentangan dengan ajaran dan perintah agama kita.
3. Ada juga
kalangan mereka yang cuba melepaskan diri daripada bala’ ini dengan melakukan
amalan-amalan syirik dan khurafat yang boleh merosakkan akidah. Sebagai contohnya
ialah dengan menggunakan cara meramal atau menenung nasib, kemudian mereka
mendakwa kononnya mereka dapat melihat dan mengetahui sesuatu yang ghaib.
Mereka berselindung di sebalik bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi perbuatan
dan amalan mereka jelas terpesong jauh dari ajaran Islam kerana tidak ada yang
mengetahui sesuatu yang ghaib selain dari Allah s.w.t.
Ingatlah
bahawa kita dibenarkan bahkan disuruh untuk berikhtiar serta berusaha sekadar
yang kita mampu apabila kita ditimpa musibah, namun usaha dan ikhtiar tersebut
hendaklah dalam bentuk yang dibenarkan oleh syara’. Jangan sama sekali kita
berusaha dan berikhtiar dengan cara yang boleh merosakkan akidah serta membawa
kepada syirik kepada Allah s.w.t.
Dalam
hal ini, Nabi s.a.w telah pun memberi peringatan yang jelas melalui sabda Baginda yang bermaksud,
“Barangsiapa mendatangi seorang dukun, atau seorang jururamal
lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka orang itu telah kufur terhadap
apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”.
(Hadis
riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Maajah)
Dalam
riwayat yang lain pula, Baginda Nabi s.a.w menyatakan bahawa,
“Barangsiapa yang mendatangi jururamal atau peramal lalu
mempercayaiapa yang dikatakannya maka tidak diterima solatnya selama empat
puluh hari” (Hadis
riwayat Muslim)
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Kita
pada hari ini juga sangat-sangat mengharapkan hujan dari Allah s.w.t setelah
berbulan-bulan negeri kita khususnya dan Negara kita amnya dilanda kemarau dan
panas yang terik. Sudah pasti kemarau yang berlaku ini adalah berpunca daripada
kesilapan dan kesalahan kita terhadap Allah s.w.t. Nabi Nuh a.s berpesan dan
menyuruh kaumnya agar segera bertaubat kepada Allah s.w.t dalam usaha dakwahnya
kepada kaumnya jika seandainya mereka inginkan hujan yang lebat turun dari
langit. Maka dengan hujan ini kaumnya akan dapat menjalankan aktiviti pertanian
untuk mendapatkan hasil buah-buahan, biji-bijian yang akan memakmurkan
kehidupan mereka. Firman Allah s.w.t pada ayat 10-12 dalam Surah Nuh,
Yang
bermaksud :"Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun
kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu
berbuat demikian), Allah akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah,
kepada kamu; dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta
mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Jangan
pulak nanti muncul lagi “bomoh tikar pandai terbang” atau “bomoh bubu
dan teropong” atau “bomoh kelapa muda” mendakwa mereka boleh
menurunkan hujan dari langit. Islam menyediakan bentuk ikhtiar dan usaha kepada
kita untuk sama-sama kita memohon hujan dari Allah s.w.t iaitu dengan
beramai-ramai kita keluar ke kawasan yang lapang untuk sama-sama melaksanakan
solat sunat istisqa’ bagi memohon hujan dari Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah
s.w.t kurniakan kepada kita keamanan, keselamatan dan kesejahteraan dari
perkara-perkara buruk, dan mudah-mudah Allah perteguhkan iman di dalam dada
kita dalam kita menghadapi segala jenis ujian-ujian ini.
Yang
bermaksud :Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu
hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat
mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
الحمدُ لله
حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له. وأشهدُ أنّ
سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه. اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله
وأصحابه أجمعين.
أما بعد، فيا
عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا
نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. يأيها الذين ءامنوا
اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما
تعملون.
وقال تعالى
: إن الله وملائكته يصَلون على النبي،
يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى
ءاله وأصحابه أجمعين. وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ
وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر
للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع قريب مجيب
الدعوات، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا
من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ، أنت
الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا إلى
حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ آجِلٍ
. اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت . آمين يا
رب العالمين .
وأن تشمل
بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ
الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، وولىَّ عهده سموَّ الأمير تنكو الحاج
عبد الملك بن المرحوم السلطان بدليشه. اللهم امنحنهما الرشاد ووفقهما للسداد وأصلح
بهما العباد والبلاد واجعل التقوى لهما خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً
بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله
يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم
لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من
فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ,اللهُ يعلم ما تصنعون.
No comments:
Post a Comment