الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ , أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له
، وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ
اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْن.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ،
Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan
untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr 18)
Marilah sama-sama kita
bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah
sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah. Berbahagialah mereka
yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama
ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketakwaan
dan keimanan kita kepadaNya.
Saudara-saudaraku
sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman
Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 128 dan 129,
Yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul
dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap
orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah :
"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku
bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung". (at-Taubah 128-129)
Rabiul
Awwal yang merupakan bulan ketiga dalam kalendar Islam telah mencatatkan
sejarah agungnya yang tersendiri apabila lahirnya seorang bayi yang mulia pada
tanggal 12 Rabiul Awwal yang kemudiannya diberi nama Muhammad bin Abdullah,
utusan Allah yang kedatangannya menjadi rahmat ke seluruh alam. Antara mereka
yang paling gembira menyambut berita kelahiran Nabi s.a.w ialah Abu Lahab yakni
bapa saudara Nabi s.a.w, sehinggakan
beliau memerdekakan hambanya yang bernama Suwaibah sebagai tanda kegembiraannya
serta menyembelih unta-unta miliknya sebagai tanda kegembiraan di atas
kelahiran Nabi s.a.w. Namun setelah berlalunya tempoh 43 tahun, sewaktu Nabi s.a.w
menyatakan tentang kenabian dan kerasulan Baginda, maka Abu Lahablah yang
menjadi penghalang dan penentang utama terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi
s.a.w sehinggakan al-Quran menceritakan kepada kita bahawa kecelakaan yang
besar buat Abu Lahab dan isterinya yang bernama Ummu Jamil kerana menghalang
dan menentang dakwah yang dibawa oleh
Baginda Nabi s.a.w.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam
pada kita bergembira dengan menyambut hari kelahiran Rasul akhir zaman,
Muhammad bin Abdullah pada setiap
tanggal 12 Rabiul Awwal, mungkin ada di kalangan kita yang terlupa bahawa dalam
bulan dan hari yang sama juga turut merakamkan satu peristiwa yang amat menyedihkan
buat seluruh umat akhir zaman.
Pada
akhir bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijriah, Nabi s.aw berangkat ke Makkah untuk
menunaikan ibadah haji yang turut disertai kira-kira hampir 90 ribu umat Islam
dari seluruh semenanjung Tanah Arab. Ibadah haji ini juga dikenali sebagai “Hajjatul
Wada’” iaitu haji perpisahan.
Ketika
berkumpul di padang A’rafah, Baginda telah memberikan ucapan dan amanat penting
tentang dasar-dasar Islam dan hukum-hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap
muslim. Dalam amanat terakhir ini juga Baginda turut membayangkan bahawa
kemungkinan Baginda tidak akan dapat bertemu lagi dengan umatnya selepas
ini.
Setelah
kembali daripada mengerjakan ibadah haji pada tahun tersebut Baginda Nabi s.a.w
telah mempersiapkan satu angkatan tentera untuk dihantar ke suatu tempat di
sempadan negeri Syam untuk bertindak balas terhadap golongan yang telah
menceroboh dan membunuh utusan Baginda sebelumnya.
Angkatan
tersebut telah diamanahkan kepada Usamah bin Zaid sebagai Panglima, dan apa
yang menariknya ialah Usamah pada ketika itu baru berusia sekitar 18 tahun
sedangkan ramai sahabat-sahabat lain yang lebih tua dan lebih senior darinya.
Namun disebabkan ketokohan yang ada pada Usamah bin Zaid maka Nabi telah
meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahunya. Namun belum sempat Baginda
memberikan arahan yang terakhir kepada pasukan tentera tersebut maka Baginda
jatuh sakit.
Saudara-saudaraku
sidang jumaat yang dikasihi,
Pada
suatu hari ketika para isteri Nabi berada di samping Baginda, lalu anaknya Fatimah
datang menghampirinya. Mereka memerhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan
sesuatu kepada Fatimah di mana pada mulanya Fatimah menangis kesedihan dan
kemudiannya dia tersenyum gembira. Apabila ditanya, maka Fatimah mengatakan
bahawa dia menangis kerana Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa setiap
tahun malaikat Jibril a.s akan datang menyemak al-Quran bersama-sama dengannya
sekali sahaja, tetapi pada tahun ini Jibril a.s datang sebanyak dua kali, lalu
Nabi berkata,
“Aku tidak melihat kedatangan Jibril dua kali pada
tahun ini melainkan ianya menjadi petanda bahawa telah hampir tiba ajalku, dan
sesungguhnya engkau wahai Fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan
mengiringiku, dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau”.
“Maka aku menangis apabila mendengar kata-kata itu.
Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w
bertanya kepadaku” :
“Adakah engkau tidak redha untuk menjadi penghulu
kepada seluruh wanita yang beriman di syurga nanti?, maka aku merasa amat gembira
dengan pertanyaan tersebut”.
Dalam
keheningan fajar subuh Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 hijriah ketika
mana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan para sahabat bersiap sedia untuk
menunaikan solat subuh, mereka terpandang wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri
sedang tersenyum di sebalik tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah r.a, lalu Sayyidina
Abu Bakar memberi ruang kepada Baginda Nabi untuk Baginda mengimamkan solat
subuh pada pagi tersebut kerana pada sangkaannya Baginda ingin bersolat bersama-sama
mereka. Para sahabat yang berada di belakang turut merasa gembira melihat
keadaan Nabi yang ceria ketika itu, tetapi apabila tiba saat untuk menunaikan
solat subuh pada pagi tersebut, Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangan Baginda
agar mereka menyempurnakan solat mereka.
Para
sahabat terus merasa senang hati melihat keadaan Nabi kerana pada sangkaan
mereka bahawa Nabi telah hampir pulih seperti biasa, namun sangkaan mereka
meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik Sayyidatina
‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w kembali berbaring dan keadaan Baginda bertambah
tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang Rasul dan Nabi akhir
zaman buat para sahabat, dan itu juga merupakan senyuman perpisahan daripada
seorang Nabi dan pemimpin agung buat seluruh umat Islam sebelum Baginda pulang
menemui pencipta dan kekasihnya.
Berita
kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas. Setelah Sayyidina Abu Bakar
menerima berita sedih itu beliau bergegas menuju ke Masjid Nabawi dan terus
memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah di mana terletaknya jasad Baginda Nabi
s.a.w. Beliau duduk berhampiran jasad Nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang
menutupi muka Nabi dan terus mengucupnya. Kemudian Sayyidina Abu Bakar keluar
menemui para sahabat yang masih bersedih dan terkejut dengan berita kewafatan
Baginda Nabi s.a.w. Suasana ketika itu hampir tidak terkawal kerana
masing-masing bagaikan tidak percaya apabila menerima tersebut.
Mereka
seolah-olah tidak dapat menerima berita kewafatan seorang insan yang mereka
kasihi, ketua yang amat disegani, pemimpin yang telah memimpin umat daripada
kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan Islam. Bahkan Sayyidina Umar sendiri
tidak dapat menerima berita kewafatan Nabi s.a.w malah memberi amaran keras
akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah wafat
kerana baginya Nabi tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik
dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad
kerana tidak dapat menerima hakikat tentang kewafatan Nabi s.a.w.
Dalam
keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri dengan tenang
di hadapan para sahabat lalu memberikan ucapan dengan tegas :
أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا
قد مات , ومن كان يعبد الله فإن الله حى لا يموت .
"Wahai sekalian manusia! Sesiapa di kalangan kamu
yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati tetapi sesiapa
yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan
mati".
Selepas
ucapan itu beliau membacakan ayat 144 dari surah ali- Imran,
Yang bermaksud
: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sesungguhnya telah berlalu
sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika Muhammad telah wafat atau dibunuh maka
kamu akan berpaling tadah atau kembali murtad?. Sesiapa yang berpaling tadah
maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah
akan memberikan balasan kepada mereka yang bersyukur terhadap nikmat-nikmatnya. (ali-Imran 114)
Saudara-saudaraku
sidang jumaat yang dikasihi,
Semoga
kehadiran Rabiul Awwal kali ini akan membawa satu semangat dan sinar baru kepada
umat Islam sebagaimana bersinarnya dunia setelah kelahiran Muhammad bin
Abdullah yang merupakan Nabi dan Rasul akhir zaman. Oleh itu, sebagai insan
yang diberi kelebihan untuk menjadi umat Nabi Muhammad dan mengaku beriman
kepada Allah dan rasulNya maka sepatutnya kita menjadi pembela kepada Agama
suci ini.
Di
waktu sunnah Baginda Nabi s.a.w dihina, dicerca dan diperlekeh-lekehkan, di
waktu Islam dituduh sebagai agama pengganas, di waktu umat Islam terus menjadi
mangsa kerakusan musuh-musuh Islam, marilah sama-sama kita kembali berpegang
teguh dengan ajaran Islam serta menghidupkan sunnah Baginda dan mempertahankan Islam
walaupun dengan nyawa kita. Jika Nabi dan para sahabat sanggup bersusah payah serta
mengorbankan harta dan nyawa mereka dalam memastikan Islam sampai kepada kita,
maka kita yang merasai kemanisan dan keadilan Islam hasil perjuangan suci
mereka ini janganlah merasa mudah dan tidak menghiraukan walaupun Islam
diserang di setiap penjuru.
Adalah
menjadi tugas dan tanggungjawap kita semua untuk memastikan Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w akan terus terbela, tersebar dan berkuasa. Kembalikanlah
kegemilangan serta kekuasaan Islam sebagaimana gemilang dan berkuasanya Islam
ketika hayat Baginda Nabi s.a.w.
Yang
bermaksud : Apabila datangnya pertolongan Allah dan kemenangan (semasa
Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), Dan Engkau melihat
manusia masuk Dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan
memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima
taubat. (al-Nasr 1-3)
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ
الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ
الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ,
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ.
Khutbah
Kedua
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا
شريكَ له . وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه . اللهمّ صلِّ وسلِّم على
سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين .
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر
وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن
الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى : إن الله وملائكته
يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم
على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين . وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين
ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات
، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ،
وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين.
اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر
منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ
الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد
ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد، إنك رؤوف رحيم
جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله ،
إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي،
يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، واسئلوه
من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر , واللهُ يعلم ما تصنعون.
No comments:
Post a Comment