Sunday, 14 May 2017

Khutbah : Marah dan Adabnya



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr 18)

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Ketahuilah bahawa sifat marah itu ialah satu sifat yang dicela dan sangat banyak kebinasaan padanya. Ia akan menyebabkan pada anggota zahir seperti memukul, memaki hamun bahkan kadang-kadang sehingga membunuh. Manakala di dalam hati akan menimbulkan perasaan dendam, dengki, sukacita dengan terkena bala’ orang-arang yang dimarahinya, dukacita bila dia mendapat ni’mat dan bercita-cita untuk membuka rahsianya. Di antara punca-punca yang menyebabkan tercetusnya sifat marah ialah ;

1.    Sifat ujub dalam diri seseorang yang merasakan dirinya hebat.
2.    Bertengkar atau berbalah kerana sesuatu perkara yang kadang-kadang puncanya adalah kecil sahaja.
3.    Bergurau atau melawak yang melampaui had dan batasan. Bergurau yang pada awalnya yang kadang-kadang dengan perkataan tetapi akhirnya membawa kepada maki hamun, caci cela dan pukul memukul dan sebagainya.

4.    Celupar lidah atau lidah yang tidak dikawal dengan baik sehingga mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti orang lain dan boleh mencetuskan kemarahan mereka. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Para ulama’ membahagikan sifat marah ini kepada beberapa jenis ;

1.    Marah yang dipuji : Seperti marah kerana Allah apabila hak-hak Allah dipermainkan atau dilanggar. Seperti kisah Nabi Musa [as] yang marah kepada kaumnya apabila kaumnya menjadikan anak lembu sebagai tuhan mereka. Firman Allah [swt] ;


Maksudnya : Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadaNya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika Aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim". (Al-A'raf 150)

2.    Marah yang dicela : Marah kerana mengikut hawa nafsu atau kerana termakan hasutan syaitan yang mana kadang-kadang dia tidak sepatutnya marah dalam keadaan tersebut.
3.    Marah yang diharuskan : Marah yang tidak melampui hukum Allah seperti marah akan seseorang yang mencela dan  memaki hamun kita. Akan tetapi mengawal sifat marah di sini adalah sangat mulia. Firman Allah  pada surah Al-Imran ayat 133-134 ;

Maksudnya :  Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Nabi [saw] mengajar kepada kita tentang bagaimanakah caranya untuk kita mengatasi dan mengawal sifat marah yang ada dalam diri kita.

1.    Membaca Istia’zah. Firman Allah swt ; 

Maksudnya :  Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-A'raf 200)

2.    Ubah Kedudukan kita. Sabda Nabi [saw] ;
 
عَنْ أَبِى ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ .

Maksudnya : Apabila marah seseorang daripada kamu sedangkan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, jika hilang marah itu daripadanya, jika tidak maka hendaklah dia berbaring.

3.    Elakkan perbalahan atau berpaling darpadanya. Ini kerana diam adalah yang terbaik. Bak kata pepatah arab ;

إِذَا نَطَقَ السَّفِيْهُ فَلَا تُجِبْهُ  #  فَخَيْرُ مِنْ إِجَابَتِهِ السُّكُوْتُ

Maksudnya : Apabila berkata-kata oleh orang yang bodoh kepada kamu (yakni sesuatu yang menyakitkan hati kamu), maka janganlah kamu menjawabnya, ini kerana sebaik-baik jawapan untuk orang yang seperti itu ialah ‘diam’ (yakni jangan menjawap dia).

4.    Ambil Wuduk. Sabda Nabi [saw] ;

عَنْ عَطِيَّةَ السعْدِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ :  إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ ، وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu dicipta daripada api, dan hanya sanya api itu dipadam dengan air, maka apabila marah seseorang daripada kamu maka hendaklah dia berwudhuk.

5.    Ingatkan ganjaran yang besar dari Allah untuk mereka yang menahan sifat marah. Firman Allah [swt] ;
 
Maksudnya :  Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya, dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. ( As-Syura 36)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kesimpulannya ialah, sifat marah perlu ada dalam diri setiap kita kerana ia adalah senjata untuk memerangi musuh-musuh Allah, dan senjata untuk mencegah kemungkaran-kemungkaran yang berlaku. Maka ianya perlu dikawal agar ianya digunakan pada tempat yang sepatutnya. Maka hendaklah dididik akan sifat marah yang ada dalam diri setiap daripada kita supaya ia tunduk dan patuh mengikut akal dan syara’. Maka pergerakannya biarlah dengan sebab petunjuk dari akal dan syara’ dan diamnya pun juga dengan sebab dari petunjuk dari akal dan syara’. Yang demikian itu mampu kita perolehi dengan bersungguh-sungguh pada mengajarnya iaitu membiasakan diri kita dengan lambat marah dan sedia member kemaafan kepada orang lain.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ. أقول قولى هذا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن.



خطبة كدوا
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر ، أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له ، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه ، اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر ، وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر ، فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً ، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين ، وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات ، والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك كلمة الحق والدين ، اللهم اهدنا سبلَ السلام ، وأخرجنا من الظلمات إلى النور ، وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله ، محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد ، ووفقه للسداد ، وأصلح به العباد والبلاد ، واجعل التقوى له خير زاد ، إنك رؤوف رحيم جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي ، يعظكم لعلكم تذكرون ، فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر ، واللهُ يعلم ما تصنعون.    

Saturday, 13 May 2017

Khutbah : Tabuk



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا ، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .

أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah [swt] dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Firman Allah [swt] ;
 [1]

Mafhumnya : Wahai orang-orang yang beriman! perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).

Pada bulan Rejab, tahun ke-9 hijrah, Rasulullah [saw] mendapat maklumat daripada risikan mengatakan bahawa Rom sedang mempersiapkan satu angkatan tentera untuk memerangi Kota Madinah. Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat pada ketika itu, dan selalu mencapai kemenangan di dalam peperangan yang disertainya. Disebabkan kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom pada ketika itu merasakan bahawa mereka perlu mengembangkan lagi pengaruhya sehingga ke pelusuk negara-negara Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar berita yang mengatakan bahawa sebuah kerajaan baru yang digelar  Kerajaan Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Nabi Muhammad [saw] pada ketika itu. 

Peperangan ini berlaku ketika cuaca yang amat panas, ditambah pula dengan kemarau yang sangat kuat. Manakala hasil tanaman pula sedang masak dan hanya menunggu masa sahaja untuk dituai. Ini semua menjadi faktor penyebab sebahagian kalangan muslimin merasa lebih selesa untuk menunggu dan memetik hasil tanaman daripada keluar untuk berperang.

Rasulullah [saw] mengarahkan tentera-tentera Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi pihak musuh. Baginda menyeru kalangan para sahabat yang kaya dan berharta untuk memberikan sumbangan berbentuk kelengkapan perang dan keperluan-keperluan tentera Islam. Ramai kalangan para sahabat yang membelanjakan harta mereka untuk menjayakan misi peperangan ini. Antaranya Saidina Uthman Al-Affan [ra] menyumbang sebanyak 10,000 Dinar, 300 ekor unta yang penuh denga barangan kelengkapan di atasnya serta 50 ekor kuda. Manakala Saidina Abu Bakar As-Siddiq [ra] pula menyumbang keseluruhan hartanya sebanyak 4000 Dirham, sehinggakan tidak ditinggalkan sedikit pun untuknya. Lalu Baginda Rasulullah [saw] bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu tinggalkan untuk ahli keluargamu?”, lalu jawap Abu Bakar [ra], “Aku tinggalkan buat mereka Allah dan juga RasulNya”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Peperangan ini benar-benar menguji keimanan umat Islam dari pelbagai sudut. Tabuk merupakan satu destinasi padang pasir yang terlalu jauh dan amat menyukarkan para musafir. Sebab itu juga peperangan ini disebut sebagai “Ghazwah Al-`Usrah”  [ غزوة العسرة ] atau “Peperangan Yang Sukar”. 

Walaupun dalam keadaan yang sukar, kalangan para sahabat yang teguh keimanannya tidak pernah bersungut bahkan mereka sanggup pula membelanjakan  harta mereka untuk menjayakan misi peperangan ini. Pun begitu ada juga kalangan sekumpulan para sahabat yang sememangnya keimanan mereka tidak diragukan lagi, tidak turut sama pergi ke Tabuk. Antaranya ialah Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah, Murarah bin Al-Rabi’. Namun kemudiannya mereka ini diberi keampunan oleh Allah [swt] setelah turunnya ayat 118 dalam Surah At-Taubah ; [2]

Mafhumnya :  Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadanya, kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Tentera Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin oleh Rasulullah [saw] sendiri. Dikhabarkan tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules.

Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab di bawah pemerintahan Rasulullah. Seorang ketua kaum munafiqin Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul telah meminta keizinan daripada Rasulullah [saw] untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafiqin tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah [saw] bersetuju untuk menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah [saw] telah menegur Baginda Rasulullah [saw] itu dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud:[3]
 
Mafhumnya : Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah), dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (Wahai Muhammad); "Api neraka jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

Akhirnya Rasulullah [saw] tidak menerima permohonan mereka untuk turut sama dalam peperangan Tabuk.

Abdullah bin Ubai bin Salul juga turut menghasut dengan berkata ;

“Muhammad ingin berperang dengan kaum berkulit kuning (bangsa Rom) dalam keadaan kita menghadapi kepayahan, kemarau dan tempat yang dituju pula jauh (yakni Tabuk). Apakah dia menyangkan bahawa berperang dengan bangsa Rom ini satu permainan?”.

Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, tentera Islam diuji lagi oleh Allah [swt] dengan ketiadaan air dan cuaca pula amat terlalu panas. Sebahagian para sahabat mengadukan hal ini kepada Baginda Nabi [saw], lalu Baginda Nabi [saw] berdoa kepada Allah [swt], dan kemudiannya diturunkan hujan yang lebat sehinggakan orang Islam dapat minum dan mandi dengan sepuas-puasnya.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Tidak ada pertempuran berlaku apabila Nabi Muhammad [saw] sampai di Tabuk. Ini disebabkan Tentera Rom tidak berani untuk meneruskan peperangan kerana gerun kepada Tentera Islam pimpanan Baginda Nabi [saw].

Setibanya angkatan Tentera Islam di Tabuk, Rasulullah [saw] telah mengadakan 'Perjanjian Damai' dengan penduduk di sekitar Tabuk. Rasulullah [saw] telah memberi jaminan keselamatan dan keamanan kepada penduduk Tabuk selagimana mereka tidak menyebelahi musuh Islam dalam memerangi dan berbuat khianat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah dan beliau sanggup untuk membayar jizyah. Tujuan Rasulullah [saw] berbuat sedemikian bukanlah untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi Rasulullah [saw] berbuat sedemikian adalah kerana untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islam serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pengkalan perang mereka. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasulullah [saw] itu dengan tangan terbuka.

Rasulullah [saw] telah berjaya menggerunkan pasukan tentera yang besar iaitu Tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules walaupun Kerajaan Islam pada ketika itu masih baru. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya ;
  • Tentera Islam berperang atas jalan Allah [saw], dan dengan pertolongan daripada Allah, dan semata-mata kerana menjunjung titah perintah Allah [swt] dan RasulNya. Bagi Tentera Islam mati syahid itu adalah satu kemenangan yang besar.
  • Dikatakan semasa angkatan Tentera Rom ingin memasuki wilayah Tabuk, Allah [swt] telah menghantar bantuan dari langit yakni para Malaikat. Dianggarkan sebanyak 100,000 para malaikat yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap di samping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah yang akhirnya menyebabkan Tentera Rom tidak berani mendekati bumi Tabuk.
Hal tersebut segera mematahkan semangat Tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


[1] _Surah Al-Taubah, ayat 123
[2] _Surah At-Taubah, ayat 118
[3] _Surah At-Taubah, ayat 81

Wednesday, 20 July 2016

Khutbah Jumaat : Yang Tunjuk Sama Dengan Yang Buat



اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
     
 ( الحشر 18 ) 
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah [swt] dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagilah di akhirat.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sabda Nabi [saw] ;

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ:  أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ يَسْتَحْمِلُهُ فَلَمْ يَجِدْ عِنْدَهُ مَا يَحْمِلُهُ ، فَدَلَّهُ عَلَى آخَرِ فَحَمَلَهُ ، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ ، فَقَالَ : إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ.[1]
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik [ra] katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi [saw] meminta tunggangan daripadanya sebagai kenderaan untuk dia pulang ke negerinya, sedangkan tidak ada di sisi Nabi [saw] sebarang kenderaan pada ketika itu untuk diberikan kepadanya. Lalu Nabi [saw] menunjukkan kepadanya seseorang yang boleh memberikan kepadanya tunggangan yang dihajatkannya itu. Maka akhirnya dia pun mendapatkan tunggangan yang dihajatkannya itu. Kemudian dia kembali semula kepada Nabi [saw] untuk memberitahu bahawa dia sudah mempunyai tunggangan, lalu berkata Nabi [saw] : Bahawasanya orang yang menunjukkan kepada saudaranya akan kebajikan, maka dia akan mendapat ganjaran pahala sama sebagaimana orang yang melakukannya.[2]
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana pada suatu hari seorang sahabat telah datang untuk berjumpa dengan Nabi [saw] untuk meminta daripada Nabi [saw] seekor tunggangan yang hendak digunakannya sebagai kenderaan untuk dia pulang ke negerinya. Ini kerana tunggangannya yang sedia ada telah mati dan dia tidak dapat pulang ke negerinya melainkan dengan menaiki unta.  Pada masa yang sama juga, di sisi Nabi [saw] tidak ada sebarangan tunggangan yang boleh Baginda berikan kepadanya.

Walaupun demikian, Baginda Nabi [saw] tidak mengecewakan permintaan sahabat tersebut, bahkan Nabi [saw] mencadangkan agar dia pergi bertemu dengan seorang sahabat Nabi yang lain, kerana kata Nabi [saw] si fulan dapat memberikan kepadanya tunggangan yang dia hajatkan. Sahabat itu kemudiannya pergi berjumpa dengan lelaki yang dicadangkan oleh Rasulullah [saw] dan sememangnya lelaki tersebut memberi kepadanya seekor tunggangan sebagaimana yang dia hajatkan. Sahabat tersebut kemudiannya datang semula bertemu dengan Nabi [saw] untuk memberitahu Baginda bahawa dia sudah mendapat tunggangan untuk membawanya pulang ke negerinya. Maka Nabi [saw] berkata kepadanya ; 

“Orang yang menunjukkan atas sesuatu kebajikan adalah pahalanya seperti orang yang melakukannya”. [3]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Nabi [saw] memberi galakkan kepada kita semua supaya suka menolong atau menunjukkan kepada saudara kita akan perkara-perkara kebajikan dan kebaikan. Kadang-kadang kita mungkin tidak dapat memberi sesuatu kebajikan kepada seseorang, namun kita masih mampu untuk menunjukkan seseorang itu kepada kebajikan, maka janganlah kita sia-siakan peluang untuk mendapat pahala yang banyak ini. Sekalipun bukan kita yang melakukan kebajikan tersebut, namun pahala untuk orang yang menunjukkan kepada kebajikan tersebut adalah sama seperti orang yang melakukannya. 

Ini di antara amalan-amalan yang akan menambah bekalan akhirat kita, kerana apa yang kita tinggalkan itu kadang-kadang manfaatnya diwarisi oleh generasi yang akan datang. Sebagaimana ulama-ulama dahulu meninggalkan penulisan kitab-kitab mereka yang ada sebahagiannya sudah berusia ratusan tahun, namun masih lagi digunapakai oleh masyarakat kita. Maka apa yang mereka tinggalkan itu dianggap sebagai sesuatu yang dapat menunjukkan kita kepada kebaikan dan kebajikan, mereka juga tetap mendapaat ganjaran pahala yang sama di sisi Allah [swt] sekalipun mereka telah meninggal dunia.

Islam menggalakkan kita semua untuk membantu dan memberi pertolongan sesama kita. Sebagai contoh, seorang sahabat kita sangat memerlukan bantuan kewangan kerana musibah yang menimpa ke atasnya. Maka dia pergi meminta kepada satu orang kaya yang tidak mengenalinya. Maka orang kaya tersebut berasa ragu-ragu untuk memberikan pertolongan yang dimintanya kerana bimbang ditipu dan sebagainya, lalu kita memberitahu kepada orang kaya tersebut bahawa kita mengenalinya dan dia benar-benar berada di dalam kesusahan, maka orang kaya itupun memberi kepadanya apa yang dimintanya. Maka ini juga dikira sebagai bantuan yang mana pahalanya sama sepertimana pahala orang yang memberi bantuan tersebut.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sebagaimana orang yang menunjukkan atau menolong kepada kebajikan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya, maka begitu juga orang yang menunjukkan atau menolong kepada sesuatu kejahatan maka dia juga akan mendapat dosa sepertimana dosa yang melakukannya. Ini berdasarkan hadis Nabi [saw] ;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ  قَالَ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ نَفْسٍ تُقْتَلُ ظُلْمًا إِلَّا كَانَ عَلَى ابْنِ آدَمَ الأَوَّلِ كِفْلٌ مِنْ دَمِهَا ، وَذَلِكَ بِأَنَّهُ أَسَنَّ الْقَتْلَ . [4]

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas`ud [ra] katanya, telah bersabda oleh Rasulullah [saw] : Tidak ada satu jiwa yang dibunuh secara zalim, melainkan ke atas anak Adam yang pertama ( iaitu Qabil ) habuan atau bahagian daripada dosa. Yang demikian ialah kerana bahawasanya dialah yang mula-mula mengadakan pembunuhan di atas muka bumi ini.

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa, apabila kita merupakan orang yang mengasaskan kepada sesuatu kejahatan, lalu kejahatan itu diikuti oleh orang lain, maka kita yang merupakan pengasas kepada kejahatan tersebut juga akan menerima padah daripada dosa. Sebagaimana yang Baginda Nabi [saw] terangkan di dalam hadis  yang dibacakan sebentar tadi bahawa, setiap kali berlakunya pembunuhan manusia secara zalim di atas muka bumi ini, maka bahagian dosanya tetap akan dipikul oleh Qabil yang telah membunuh saudaranya Habil secara zalim. Ini kerana dialah yang mula-mula melakukan pembunuhan di atas muka bumi ini disebabkan hasad dengki kepada saudaranya sendiri.

Sebagai contoh yang lain untuk mudah kita fahami, di dalam kampung kita tidak pernah ada pusat-pusat hiburan yang melalaikan, atau tidak pernah ada pembekal-pembekal dadah, pengusaha air ketum dan sebagainya. Tiba-tiba ada seorang dari kalangan kita yang mula mengusahakan atau membuka pusat hiburan seperti karaoke, atau menjadi pengusaha air ketum yang jelas merosakkan anak-anak kampung kita, sehingga melalaikan sebahagian anak-anak kampung tersebut daripada solat dan sebagainya dan merosakkan anak-anak kampung. Bahkan kadang-kadang menjadi punca kepada keruntuhan rumahtangga seseorang, punca kepada kejadian pecah rumah, samun, rompak dan sebagainya. Maka orang yang mengasaskan pusat hiburan terbabit, atau yang menjadi pengusaha air ketum, apa jua sebarang kejahatan, dia menanggung dosa di atas kejahatannya dan juga menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain disebabkan kejahatan dan kemungkaran tersebut diasaskan olehnya. Sekalipun dia telah mati, namun kejahatan tersebut masih diteruskan oleh orang lain. Firman Allah [swt] ;

Maksudnya :  Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan, serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan, dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (Ibu Suratan) yang jelas nyata.[5]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Berfikirlah habis-habisan sebelum daripada kita melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan. Apa yang kita lakukan daripada kebaikan pasti akan dicatat kebaikan tersebut, begitu juga dicatatkan kesan-kesan yang ditinggalkan daripada kebaikan tersebut. Demikian juga jika kita melakukan sesuatu kejahatan, maka akan dicatat oleh Malaikat akan kejahatan tersebut, begitu juga akan dicatat kesan-kesan yang ditinggalkan daripada kejahatan tersebut.

Jangan kita hanya memikirkan soal keuntungan atau untuk mendapatkan wang semata-mata. Tetapi fikirkanlah tentang halal dan haramnya dari segi agama, kerana kita pasti akan dipertanggungjawabkan setiap perbuatan kita di hadapan Allah [swt] di Mahsyar nanti. Maka pada saat itulah kita akan menyesali atas perbuatan kita di dunia ini, namun penyesalan pada waktu itu pasti tidak ada gunanya lagi. Firman Allah [swt] ;

Maksudnya : Pada hari itu (akhirat) manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya), dan sesiapa yang berbuat kejahatan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). [6]

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



 
 
الخطبة الثانية :
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر ، أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له ، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه ، اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر ، وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر ، فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين ، وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ، ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات ، والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك  كلمة الحق والدين ، اللهم اهدنا سبلَ السلام ، وأخرجنا من الظلمات إلى النور ، وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ، أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت . آمين يا رب العالمين . 
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، اللهم امنحنه الرشاد ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد ، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون ، فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر ، واللهُ يعلم ما تصنعون.   


[1]_ فهذا الحديث رواه الترمذي في سننه
[2] _Bahrul Mazi, Jilid 19, m/s : 42
[3] _Bahrul Mazi, Jilid 19, m/s : 42
[4] _Hadis Hasan Soheh Riwayat Imam Al-Tirmiziy
[5] _Surah Yasin, ayat : 12
[6] _Surah Al-Zalzalah, ayat : 6-8