اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ
أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً
وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ
الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى
نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا
بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ
بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 77-82 سورة الشعراء :
فَإِنَّهُمْ
عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧﴾ الَّذِي
خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي
هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ
فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾ وَالَّذِي
يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾ وَالَّذِي
أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ
Maksudnya : “(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya
berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan
sekalian alam; “Tuhan yang menciptakan daku, maka Dia lah yang memimpin dan
memberi petunjuk kepadaku; “Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan
dan memberi minum, “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan
penyakitku; “Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan
daku; “Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada
hari kiamat;
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh
kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke
hadrat Allah s.w.t yang telah memberi kesempatan buat kita untuk sama-sama menikmati nikmat hari raya korban pada tahun ini. Nikmat hari raya ini
mengetuk hati kita bagaimana sempurna dan lengkapnya agama Islam dalam
memastikan setiap gerak laku kita termasuk berhari raya mestilah mengikut
syariat agar mendatangkan pahala dan bukannya bebas mengikut nafsu syahwat yang
hanya akan menambahkan dosa. Nabi Ibrahim a.s pernah mengajak kaumnya agar
meninggalkan amalan penyembahan berhala yang sesat dan kembali kepada agama
fitrah iaitu Islam yang hanya menyembah Allah Tuhan Yang Maha Yang Maha Esa.
Baginda juga mengajak kaumnya agar yakin bahawa Allah yang mengatur
segala-galanya bukan sahaja penciptaan kita malah rezeki, sihat atau sakit ,
hidup dan mati, hidayah, pengampunan dosa dan balasan Syurga Neraka. Allah
tidak bergantung harap kepada kita sebaliknya seluruh makhluk ciptaanNya begitu
mengharapkan pertolongan dari Allah setiap tempat dan ketika. Apabila aqidah
yang kukuh tentang kekuasaan Allah yang mengatur segala-galanya telah berjaya
disemai dalam diri setiap manusia, sepastinya akan lahirlah umat yang mempunyai
jatidiri yang tinggi yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mudah berputus
asa dalam kehidupan sekalipun diuji.
اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah as-Syu’ara’ ayat 83-89
:
رَبِّ هَبْ
لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣﴾وَاجْعَل
لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ ﴿٨٤﴾ وَاجْعَلْنِي
مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ﴿٨٥﴾ وَاغْفِرْ
لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ ﴿٨٦﴾ وَلَا
تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ﴿٨٧﴾ يَوْمَ لَا
يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ
أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Maksudnya : “Wahai
Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan
orang-orang yang soleh;“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang
harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; “Dan jadikanlah daku dari
orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; “Dan ampunkanlah bagi bapaku,
kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; “Dan janganlah
engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - “Hari
yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan
sesuatu apapun, “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang
mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit
munafik);
Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa kita menyebut
tentang beberapa pengajaran penting daripada perjalanan hidup Nabi Ibrahim a.s
sekeluarga dalam usaha baginda dan keluarga meninggikan kalimah Allah di atas
muka bumi ini. Malah melalui doa-doa Nabi Ibrahim a.s yang tertera di dalam
al-Quran banyak mengajar kita bagaimana untuk membina keturunan atau generasi
yang tunduk serta patuh kepada Allah yang berjaya dunia akhirat. Antaranya
ialah wajib ditekankan ilmu agama yang akan memantapkan aqidah mengenal Allah
dan Rasul, mengetahui antara kewajipan dan larangan, dosa dan pahala, halal dan
haram. Ilmu agama tidak boleh dipandang remeh-temeh. Ilmu agama bukan pilihan
kedua, ketiga atau sebaginya. Jika masyarakat yang ada pada hari ini terus
memandang remeh pada urusan agama maka tahap buta agama yang menjurus kepada
kerosakan aqidah serta akhlak akan semakin meningkat. Maka akhirnya lahirlah
sebuah masyarakat yang hanya pandai khayal untuk memasuki Syurga Allah tetapi
tidak tahu dan tidak sedar bahawa amalan dan cara hidup yang mereka lakukan setiap
hari adalah amalan dan cara hidup ahli Neraka. Ini semua adalah berpunca
daripada kejahilan ilmu agama.
Dasar sekulerisme yang masih menguasai cara berfikir dan
bertindak masyarakat kita sebenarnya banyak membantu usaha musuh-musuh Islam untuk
meneruskan agenda penjajahan mereka sebagaimana yang pernah disebut oleh bekas
Perdana Menteri Britain Gladstone :
”Untuk menghancurkan kekuatan Islam mestilah dihapuskan
terlebih dahulu hijab dari muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran
dan mestilah dibawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan
juga mungkar”.
Begitu juga agenda bersama yahudi dan komunis :
”Kita akan hancurkan kehidupan sistem keluarga
orang-orang buta huruf (orang Islam) dan kita akan hancurkan kepentingan
pendidikan mereka”.
اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Nabi Ibrahim a.s yang diberi gelaran Khalilullah merupakan
salah seorang rasul dari kalangan rasul-rasul Ulul Azmi yang paling banyak
menghadapi ujian dan cubaan dari Allah s.w.t. Malah nama baginda sentiasa kita
sebut dalam bacaan tahiyyat akhir solat kita bersama nama Nabi Muhammad s.a.w.
Antara ujian yang dihadapi oleh baginda ialah, baginda diperintahkan untuk
meninggalkan isteri kesayangan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s yang
masih kecil di suatu lembah yang kering kontang sehingga sebelum baginda
beredar lalu Siti Hajar bertanya :
“Adakah ini merupakan arahan Allah?”.
Apabila mendengar jawapan Nabi Ibrahim bahawa ianya
adalah merupakan perintah dari Allah, lalu Siti Hajar pasrah dengan menyatakan
bahawa Allah pasti tidak akan mensia-siakan pengorbanan itu. Belum jauh baginda
meninggalkan isteri dan anak tercinta, maka Nabi Ibrahim a.s menadah tangan
seraya berdoa kepada Allah s.w.t sebagaimana yang dicatatkan dalam surah
Ibrahim ayat 37
:
رَّبَّنَا
إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ
الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ
النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ
يَشْكُرُونَ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci
Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka
mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah
hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang
beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai
jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
Kisah yang hebat ini sepatutnya meresap ke hati sanubari
kita untuk dijadikan sebagai contoh buat kita dalam usaha kita untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia, di mana setiap ahli keluarga bermula daripada suami,
isteri dan anak-anak wajib mentaati Allah dan Rasul, dan sedar serta
melaksanakan tanggungjawap masing-masing. Sibuk dan kalut dalam mencari nafkah
bukan penghalang dalam mendidik anak-anak. Sikap menyerah bulat-bulat urusan
pendidikan anak-anak kepada sekolah, pusat pengajian atau orang gaji tanpa disertai
dengan pemantauan susulan oleh ibu bapa akan menyebabkan berlakunya kekurangan
penghayatan beragama. Ini ditambah lagi dengan kemudahan teknologi maklumat
dengan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menonton tv, layari internet
tanpa kawalan, apatah lagi alat-alat tersebut dibenarkan untuk diletak di
tempat yang susah dipantau oleh ibubapa seperti di dalam bilik anak-anak. Ibubapa
juga tidak boleh memberi alasan bahawa mereka jahil agama menyebabkan urusan
pendidikan diserahkan kepada orang lain, sedangkan proses untuk belajar ilmu
agama sepatutnya berjalan terus-menerus selagimana hayat dikandung badan.
Tanyalah diri kita, dalam seminggu berapa jamkah kita
dapat luangkan masa terutamanya antara Maghrib dan Isya’ atau cuti hujung
minggu untuk mendalami ilmu agama?. Jangan cuba tipu diri sendiri kerana berapa
banyak masa kita habiskan untuk menonton tv, melayari internet, bersiar-siar
dan berbual kosong. Pastikan kita sekeluarga tidak menjadi umat yang muflis di
hari akhirat disebabkan jahilnya kita tentang agama.
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِي هَذِهِ السَّبَخَةِ مَجْرَى
قَنَاةٍ , فَيَكُونُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ
إِلَيْهِ النِّسَاءُ , حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمَتِهِ ،
وَإِلَى أُمِّهِ , وَابْنَتِهِ ، وَأُخْتِهِ ، وَعَمَّتِهِ , فَيُوثِقُهَا
رِبَاطًا , مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ….. – رواه أحمد
Maksudnya: “Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Majra
Qanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita,
sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat atau
menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya,
kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu
Dajjal dan menjadi pengikutnya……..”
Musuh-musuh Islam juga akan meneruskan penjajahan
terhadap bumi umat Islam dengan menghancurkan kaum wanitanya dan menyuburkan budaya
pergaulan bebas. Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti
kaum wanita adalah yang paling ramai akan lari keluar untuk mengikut dajjal. Kita dapat lihat pada hari ini kaum wanita tidak lagi lekat diam di
rumah tetapi turut keluar dari rumah dengan pelbagai tugasan dan tujuan samada untuk
urusan yang diizinkan oleh syara’ ataupun tidak. Tetapi tidak dapat dinafikan
keluarnya wanita dari rumah hari ini adalah lebih banyak menjurus kepada kesan
negatif daripada yang positif. Di tengah-tengah perpecahan dan keruntuhan dunia
Islam sekarang ini, kita dapat menyaksikan betapa banyaknya usaha dalam
mengeluarkan wanita dari agama dan Syariat Nabinya ke jalan yang amat jauh dari
jalan yang diredhai Allah atas laungan kononnya hak kebebasan wanita. Ingatlah
bagaimana Islam telah meletakkan kemuliaan wanita di tempat yang terbaik
setelah dilayan lebih teruk daripada binatang semasa jahiliah. Jangan tertipu
dengan laungan Dajjal sehingga maruah wanita kita menjadi lebih murah daripada
besi buruk. Pastikan maruah wanita tidak dirosakkan dengan pekerjaan yang tidak
sesuai dengan fitrah wanita, menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat, sebagai
pelaris kepada produk-produk kapitalis, mangsa jualan maruah di internet dan
sebagainya.
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لا تُكَلِّفُوا الصِّغَارَ مِنَ الْجَوَارِي الْكَسْبَ ،
فَإِنَّهُنَّ يَكْسِبْنَ بِفَرْجِهَا , وَلا تَكَلَّفُوا الصَّبِيَّ الصَّغِيرَ
الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُ يَسْرِقُ , وَعُفُّوا يُعِفَّكُمُ اللَّهُ - رواه
أبو نعيم
Maksudnya : Jangan kamu bebankan hamba perempuan yang
kecil dengan pekerjaan kerana mereka akan mencari hasil dengan menjual
kehormatan mereka. Jangan kamu memaksa anak kecil dengan pekerjaan kerana dia
akan mencuri. Dan berilah keringanan nescaya Allah meringankan kamu.
Renungilah juga ucapan seorang penulis terkenal Helen
Stanbury :
“Cegahlah percampuran antara lelaki dan perempuan. Kami
di Amerika banyak menerima padah daripada percampuran ini sehingga menjadi
sebuah masyarakat yang penuh dengan kehidupan bebas dan lucah. Akhirnya ramai
mangsa pergaulan bebas ini memenuhi penjara, kaki lima, kelab malam dan rumah
urut penuh kehinaan”.
اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 35-36
:
وَإِذْ قَالَ
إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ ﴿٣٥﴾ رَبِّ
إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ
مِنِّي ۖ وَمَنْ
عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan
berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan
jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai
Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat
manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (ikut Islam) maka dia adalah dari
golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (menolak Islam), maka
sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf
dan bertaubat)
Perjuangan Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail a.s bukan
sahaja dalam membentuk keluarga, malah membina Negara yang aman di mana
antaranya ciri-cirinya ialah dibersihkan daripada sebarang unsur syirik
disamping kepatuhan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan. Begitulah juga
Negara aman akan diraih dengan mempunyai kemimpinan yang bertaqwa kepada Allah
sehingga adil dalam melaksanakan urusan pemerintahan. Negara akan huru hara dan
kacau bilau apabila kepimpinan dan juga rakyat jelata tidak bertaqwa kepada
Allah s.w.t.
Firman Allah dalam ayat 85 surah an-Nisa’ :
إِنَّ
اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا
حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ
اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ
اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ
كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا.
الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا
شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ
اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية
103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا
أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ
صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا
لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (
menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami
menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi
itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami
tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Muslimin-muslimat
yang dirahmati Allah,
Ketika mengingati pengorbanan hebat Nabi Ibrahim yang diperintah
menyembelih anaknya Nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya, maka
umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan
dan kehebatan agama Islam dalam menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Kita yakin bahawa perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah atas muka
bumi ini perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan halangan sama ada
dari musuh atau umat Islam sendiri.
Oleh itu sempena berada pada hari raya korban yang
mengetuk hati kita supaya mengorbankan rasa cinta pada dunia dalam memastikan
Islam berada dipuncak jaya. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam
mengembalikan agama Islam dalam merajai dunia agar kemerdekaan Palestin dapat
diraih, kezaliman di Syria dapat dihentikan, pembunuhan etnik Ronghiya di
Myanmar dapat disekat, penderitaan saudara seagama di Mesir dapat dibela,
keganasan terhadap umat Islam Thailand mendapat perhatian, nasib umat Islam
seluruh dunia dapat dibantu di bawah satu bendera iaitu Islam yang mulia.
Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan
muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil
Adha ini dengan ibadah korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Sabda Nabi
s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a :
مَاعَمِلَ
ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ
إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا
وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia
pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni
menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan
tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas
timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di
sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu,
ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu
Majah dan al-Hakim )
اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ
مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ,
اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا,
اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ
كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى
فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى
أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى
تايلندوَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ
بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ
المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً
مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ
دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ
وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ
. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا
وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا
الملك المعصتم بالله محب الدين السلطان الحاج عبد الحليم معظم شاه ابن المرحوم
السلطان بدليشاه. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ
فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .
الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ! ولله الحمد.
No comments:
Post a Comment