Thursday, 11 October 2012

Khutbah : Di mana Silap Kita?


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ وَأَمَرَ فِعْلَ الخَيْراَتِ وَاَمْتِثاَلَ أَوَامِرِ اللهِ وَاجْتِناَبَ الفَوَاحِشَ ما ظهر مِنْهَا وَماَ بَطَنْ، أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.


أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ الله. اِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t selain daripada ketaqwaan kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
(Al-Isra' 4-8)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Ayat-ayat yang dibacakan sebentar tadi bermula dari ayat 4 hingga 8 yang dipetik daripada daripada surah al-Isra’ menceritakan kepada kita tentang penderhakaan dan kerosakan yang dilakukan oleh Bani Israel. Allah s.w.t menceritakan kepada mereka melalui kitab Taurat bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan penderhakaan terhadap Allah s.w.t sebanyak dua kali di bumi Palestin.

Mengikut satu riwayat, penderhakaan yang pertama ialah apabila mereka mengubah isi kandungan kitab Taurat agar ianya bersesuaian dengan kehendak nafsu mereka dan membunuh serta menyeksa Nabi-Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka. Ibnu A’bbas r.a berkata: ”kerosakan kali pertama yang mereka lakukan ialah dengan membunuh Nabi Allah Zakaria dan kerosakan kali yang kedua ialah apabila mereka membunuh Nabi Allah Yahya a.s”. Satu riwayat lain mengatakan bahawa kerosakan yang kedua ialah apabila mereka merancang untuk membunuh Nabi Allah Isa a.s.

Sebagai balasan terhadap penderhakaan ini maka Allah s.w.t  mendatangkan balasan yang pertama buat mereka. Raja Bukhtanasor yang merupakan raja negeri Baabil atau Babylon bersama tentera-tenteranya menyerang dan menawan Kota Baitul Maqdis berdasarkan satu riwayat. Ulama-ulama Yahudi dibunuh, pemimpin-pemimpin mereka diseksa dan kitab Taurat dibakar serta tanah air mereka dihancurkan. Mengikut riwayat, hampir 70,000 nyawa Bani Israel menjadi korban Bukhtanasor dan tentera-tenteranya. Ini adalah balasan Allah s.w.t  terhadap kerosakan dan penderhakaan mereka buat kali pertama di bumi Palestin.

Setelah hampir seratus tahun mereka dihina dan hidup dalam kesengsaraan, maka Allah s.w.t mengembalikan semula kemuliaan dan kemenangan kepada Bani Israel apabila mereka berjaya menawan negeri Babylon dan memperolehi harta rampasan yang banyak. Mereka hidup dalam suasana aman dan dikurniakan zuriat keturunan yang banyak. Kemuliaan ini dikembalikan setelah mereka kembali insaf dan kembali mentaati isi kandungan kitab Taurat  yang asal.

Namun ketaatan dan keinsafan Bani Israel tidak kekal lama. Setelah berlalu 500 tahun mereka kembali melakukan penderhakaan dan kerosakan buat kali yang kedua. Sebagai balasan terhadap kekejaman mereka buat kali yang kedua, maka Allah s.w.t mengirimkan buat mereka tentera-tentera Parsi yang masuk menyerang dan menakluki bumi Palestin. Bani Israel disembelih, golongan wanita diperkosa, dan Baitul Maqdis dimusnahkan seperti mana yang telah dilakukan oleh Raja Bukhtanasor pada kali yang pertama. Kedua-dua peristiwa ini juga turut dicatatkan di dalam kitab-kitab sejarah Yahudi.

Setelah dua kali mereka menerima penghinaan dan balasan daripada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t berjanji akan mengampunkan dan mengembalikan kemuliaan buat mereka jika sekiranya mereka kembali bertaubat kepadanya. Namun sudah menjadi sikap dan tabiat orang-orang Yahudi suka melakukan kerosakan dan penderhakaan terhadap Allah dan RasulNya. Di zaman baginda Nabi s.a.w, Yahudi sekali lagi menderhaka dengan mendustakan kenabian Nabi Muhammad s.a.w, bahkan mereka merancang untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang telah mereka lakukan terhadap Nabi Allah Isa a.s.

Sebagai balasannya, maka Allah s.w.t menghina mereka apabila tewasnya suku kaum Quraizah dan terhalaunya suku Bani Nadhir dari Kota Madinah. Manakala yang terselamat dikenakan jizyah atau ufti kepada kerajaan Islam. Mereka akhirnya terpaksa tunduk di bawah kekuasan Islam dengan penuh kehinaan. Namun Islam tidak sekali-kali pernah menzalimi mereka bahkan mereka diberikan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Kekejaman dan kezaliman Yahudi tidak terhenti di situ sahaja bahkan mereka akan terus-menerus melakukan kerosakan di bumi sampai bila-bila. Adolf Hitler menegaskan di dalam buku yang dikarangnya ketika dia ditahan di dalam penjara bahawa penderitaan dan kegawatan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Jerman pada ketika itu adalah berpunca daripada kejahatan bangsa Yahudi yang kuat mengamalkan riba’. Peristiwa “Holocaust” merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi di Jerman kepada beberapa kumpulan etnik dan agama sewaktu Perang Dunia yang kedua. Pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan dengan cara menggunakan sejenis pil beracun yang dilontarkan ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi oleh puak-puak Yahudi, dan pil ini kemudiannya akan bertukar menjadi gas yang boleh membawa maut. Apabila kesemua Yahudi yang berada di dalam bilik itu mati maka mayat mereka akan dikumpul dan dibakar.
Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama dalam peristiwa “Holocaust”, dan pembunuhan ini dianggap oleh Hitler sebagai "jalan penyelesaian terakhir dan terbaik bagi menghapuskan permasalahan dan kejahatan Yahudi". Sejarah mencatatkan lebih enam juta orang Yahudi dibunuh dalam peristiwa tersebut. Ini adalah di antara penghinaan yang telah Allah s.w.t janjikan buat mereka di atas muka bumi bagi setiap kezaliman dan kerosakan yang mereka lakukan. Firman Allah s.w.t,
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Saki-baki mangsa peristiwa “Holocaust”  inilah yang pada hari ini mendiami bumi Palestin yang pada asalnya mereka datang sebagai pelarian perang sekitar tahun 1948. Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pendita Kristian mendapati bahawa 80% Yahudi yang berada di bumi Palestin pada hari ini bukannya berasal daripada keturunan Bani Israel atau Nabi Allah Ya’kub a.s ,tetapi mereka adalah berasal dari keturunan Ya’juj dan Ma’juj yang suka melakukan kerosakan di bumi. Hanya sekitar abad ke sembilan mereka menjadikan Yahudi sebagai agama mereka. Salah satu perangai jahat Yahudi ialah, walaupun mereka hanya menumpang di negara orang dan berstatus pelarian, perangai dan sikap mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Inilah nasib yang menimpa umat Islam di Palestin pada hari ini. Namun di sana ada beberapa kesilapan kita sebagai umat Islam yang perlu kita insafi. 

Sebagai contoh, pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, iaitu Sultan Turki yang terakhir, satu undang-undang telah digubal dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Daulah Othmaniyah Turki adalah dilarang sama sekali untuk dijual kepada Yahudi. Ini telah menimbulkan kemarahan pihak British dan Perancis kerana kedua-dua negara Eropah ini merancang untuk memperkukuhkan kedudukan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah tumbangnya Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang tersebut telah dibatalkan oleh Kamal Attaturk, lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah di Palestin, dan silapnya rakyat Palestin sendiri pada waktu itu dengan rela hati menjual tanah-tanah mereka kerana ditawarkan harga yang tinggi oleh orang-orang Yahudi. Kesannya, maka banyaklah tanah yang pada asalnya menjadi hak milik rakyat Palestin telah bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga ke hari ini.

Tanah itu kini didiami oleh masyarakat Yahudi, ditambah pula dengan penempatan-penempatan baru yang mereka perolehi melalui kekerasan daripada rakyat Palestin. Tahun 2008 sahaja mencatatkan peningkatan penempatan haram Yahudi di bumi Palestin sebanyak lebih 60% dari sebelumnya. Nasib rakyat Palestin bertambah malang apabila mereka bukan sahaja terpaksa berperang dengan Yahudi tetapi turut bertarung dengan umat Islam sendiri yang menghalang sebarang bantuan dari luar dan sengaja menutup pintu-pintu sempadan mereka.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Janji Allah s.w.t pasti akan tiba. Islam akan kembali berkuasa dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali hidup dalam kesusahan dan penghinaan seperti mana asal mereka. Yakinlah kita bahawa, apa jua usaha mereka untuk merampas tanahair umat Islam hanya akan berakhir dengan penghapusan mereka sendiri dari muka bumi ini. Ini jelas digambarkan oleh sebuah hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: 

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai, sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka, kecuali sejenis pokok  yang bernama 'Gharqad' (ia akan melindungi mereka), kerana ia adalah pokok Yahudi". 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ  بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ. أقول قولى هذا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن.



Saturday, 29 September 2012

Khutbah : Jangan Biar Dunia Menipu Kita (Rakaman Masjid Bakar Arang Sg Petani)

http://www.ustream.tv/recorded/21459572

Khutbah : Syukur Merdeka


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الصَّادِقُ الْوَعْدُ الاَمِيْنُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون 

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketakwaan dan keimanan kita kepadaNya.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud : Dan Allah s.w.t membuat suatu perbandingan, sebuah negeri yang penduduknya hidup aman dan damai lagi tenteram, sumber rezekinya datang dengan mewah dari segenap tempat, kemudian penduduknya kufur terhadap nikmat-nikmat Allah itu, lalu Allah s.w.t menimpakan kelaparan dan ketakutan ke atas mereka yang meliputi keseluruhannya disebabkan kekufuran yang telah mereka lakukan.                                                       (An-Nahl 112)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Ayat 112 yang dipetik daripada Surah An-Nahli itu tadi menceritakan kepada kita tentang sebuah negeri iaitu Makkah, yang mana penduduknya hidup dalam keadaan aman dan damai, mewah dengan berbagai sumber rezeki yang datang dari segenap penjuru negeri. Namun kemewahan dan keamanan yang mereka kecapi tidak kekal lama apabila penduduknya kufur dan menolak risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, dan bukan sekadar menolak sahaja, bahkan Nabi dan para sahabat menerima tentangan yang cukup hebat dari kaum musyrikin Makkah  sehingga memaksa Nabi bersama para sahabat berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah, lalu Allah s.w.t menimpakan bala’ kelaparan disebabkan kekurangan sumber makanan, dan mereka juga ditimpakan bala’ ketakutan akibat daripada peperangan Badar dan beberapa peperangan yang lain sebagai balasan terhadap kekufuran mereka terhadap nikmat Allah dan penentangan yang telah mereka lakukan terhadap Rasulullah s.a.w.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Pada tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka daripada penjajah. Namun kemerdekaan tersebut hanya dapat dicapai setelah hampir 446 tahun Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Tanah air kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British buat kali yang keduanya bermula dari tahun 1511 yakni selepas kejatuhan Kota Melaka sehinggalah kemerdekaan dapat dicapai pada tahun 1957.

Beberapa faktor kejatuhan Empayar Kota Melaka pada tahun 1511 dicatatkan di dalam buku-buku sejarah. Mengikut fakta sejarah, antara sebab-sebab kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis ialah kelalaian dan ketidakcekapan pemimpin pada ketika itu, amalan rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin dan rakyat, wujudnya musuh dalam selimut, berleluasanya perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah, kelemahan pertahanan atau ketenteraan daripada menghadapi serangan musuh. Kesan daripada gabungan faktor-faktor tersebut maka bermulalah era penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu apabila Kota Melaka akhirnya berjaya ditawan oleh Portugis.

Tanggal 31 Ogos tahun 2012 yang lalu, Negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55, iaitu lebih kurang 1/8 daripada tempoh 446 tahun Negara kita dijajah. Syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kehadrat Allah s.w.t di atas nikmat kemerdekaan dan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pejuang-pejuang dan wira-wira negara yang telah berkorban harta benda dan nyawa mereka demi memastikan tanah air tercinta bebas daripada cengkaman penjajah. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat mereka di sana.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia, apabila ditimpa sesuatu musibah ataupun kesusahan maka kita akan segera ingat dan kembali kepada Allah s.w.t serta sentiasa menyebut-nyebut namaNya, tetapi jika musibah atau kesusahan itu hilang dan kita diberi sedikit  kesenangan dan kemewahan, manusia mudah lupa diri dan jarang sangat untuk mengingati Allah, bahkan ada yang lupa terus bahawa dirinya adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Esa. Ibarat kacang lupakan kulit. Sikap dan perangai buruk manusia ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
 
Yang bermaksud : Dan apabila seseorang manusia itu ditimpa kesusahan, maka dia akan berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Kami menghilangkan atau memalingkan kesusahan itu daripadanya serta memberi kepadanya kesenangan, dia terus kembali dengan perangai lamanya (yakni sikap buruknya) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami memohon agar dihapuskan kesusahan yang menimpanya. Demikianlah, orang yang melampaui batas itu sentiasa memandang baik terhadap keburukan yang mereka lakukan.                                                                                                              ( Yunus 12 )

Ayat 12 dari Surah Yunus ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan juga mensyukuri nikmatNya sama ada ketika kita senang mahupun susah, sama ada semasa kita dijajah dan lebih-lebih lagilah setelah kita mencapai kemerdekaan. Jangan hanya bila ditimpa kesusahan barulah kita ingat dan menyebut-nyebut namaNya tetapi apabila kita diberi sedikit kesenangan dan kemerdekaan langsung kita lupa kepadaNya.

Apabila manusia lupa kepada Allah s.w.t, maka Allah akan menguji dengan menambahkan lagi kesenangan dan kemewahan sehingga apabila manusia dalam keadaan lalai dan leka dengan kemewahan dan kesenangan tersebut, lalu Allah s.w.t merampas kembali nikmat tersebut dalam keadaan mengejut. Allah s.w.t menjelaskan keadaan ini dalam firmanNya pada ayat 44 dalam Surah Al-Ana’m:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Sidang jumaat yang dikasihi,

Kita boleh dikatakan amat bertuah dan sememangnya kita bertuah jika dibandingkan dengan rakyat di negara-negara yang lain. Mereka terpaksa hidup dalam suasana peperangan, rusuhan, perang saudara, bencana alam dan sebagainya, sedangkan kita di Malaysia hidup dalam keadaan yang cukup aman dan selesa, mewah dengan segala jenis nikmat dunia, lebih-lebih lagi setelah lebih 50 tahun Negara merdeka. Berbagai-bagai nikmat kemewahan hidup yang kita kecapi. Amat malang sekali jika segala nikmat yang kita kecapi selama ini tidak disyukuri yakni tidak digunakan dengan sebaiknya, kerana satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini melainkan Allah s.w.t. Dia yang memberi keamanan dan kesenangan kepada kita dan Dia juga berhak mengambil balik keamanan dan kemerdekaan pada bila-bila masa sahaja jika nikmat keamanan dan kemerdekaan yang diberikan tidak disyukuri dan tidak digunakan dengan sebaiknya. Firman Allah s.w.t,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم 

Yang bermaksud : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu, "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur di atas nikmat kurniaanku, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur atau ingkar maka sesungguhnya azabKu amatlah keras".                (Ibrahim 7)


Sidang jumaat moga-moga dirahmati Allah,

Bergembira menyambut kemerdekaan sebagai tanda kita bersyukur tidaklah menjadi kesalahan. Demikian juga kita dibolehkan berhibur dengan aturan yang diizinkan oleh syarak. Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan. Janganlah diajak anak-anak muda berkumpul sambil melaung-laungkan kemerdekaan bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi hanya sekadar untuk leka dengan hiburan yang melampau, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, mengabaikan solat dan sebagainya. 

Perhimpunan-perhimpunan sepeerti ini jika hanya untuk meramaikan anak-anak muda atau hanya untuk melihat hiburan-hiburan yang melalaikan semata-mata sementara menunggu detik 12 malam, tentu tidak mencapai matlamatnya. Kita mengharapkan bersempena dengan 55 tahun Negara merdeka, maka masyarakat kita akan lebih merdeka dalam erti kata yang sebenar iaitu merdeka yang benar-benar diredhoi oleh Allah s.w.t. Alangkah baiknya jika kita sambut kemerdekaan ini dengan mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa’ untuk para pejuang kemerdekaan dan mereka yang telah berjasa kepada negara. Bukankah itu lebih membuktikan bahawa kita amat menghargai nikmat kemerdekaan ini dan juga jasa-jasa mereka. Jangan sekali-kali kita terikut dengan budaya songsang yang diamalkan oleh masyarakat barat kerana mereka sememangnya mahu merosakkan akidah dan akhlak anak-anak bangsa kita. Sama-samalah kita menadah tangan memohon kepada Allah s.w.t agar nikmat kemerdekaan ini akan terus kita nikmati untuk selamanya dan sama-sama juga kita pohon kepadaNya agar sejarah penjajahan kuasa asing tidak akan berulang lagi di tanah air kita . Amin Ya Rabbal A’lamin.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Yang bermaksud : Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, tentu Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki Kami) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.                                (Al-A’raf 96)

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. 



Khutbah : Si Tanggang Moden


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلقَ الموْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أيُّكُمْ أحْسَنُ عَمَلا، َأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
  
Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.
  
Yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu-bapamu. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur yang tua dan berada dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan "Ah!", dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! cucurilah rahmatmu kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku semasa kecilku". Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang Yang bertaubat.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Setiap manusia yang lahir ke dunia sudah semestinya mempunyai ayah dan ibu. Kesibukan bekerja dan mengumpul harta dunia kadang-kadang menyebabkan kita lalai serta lupa kepada kedua insan yang amat banyak berjasa kepada kita. Sesuatu yang amat menyedihkan jika kita telah berjaya dalam kehidupan dunia kita tetapi gagal untuk memberikan sedikit ruang untuk ayah dan ibu kita sama ada dalam bentuk masa, wang ringgit serta yang lebih pentingnya adalah perhatian dan kasih sayang di saat mereka meniti usia tua.

Kadang-kadang pelbagai alasan dan masalah dicipta dan direka-reka oleh si anak untuk mengelakkan diri daripada terpaksa menjaga kedua orang tuanya yang mungkin sudah tua ataupun uzur. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa, anak-anak bersekolah dan sebagainya merupakan alasan yang selalu dilontarkan oleh si anak jika sekiranya tidak berkesempatan untuk menjenguk kedua mereka di kampung.

Mungkin ada benarnya kata orang tua-tua zaman dahulu, 

"Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau ayahnya". 

Siapa sangka anak-anak yang dibela dan dimanja-manjakan dari sebesar tapak tangan dan ditatang bagaikan minyak yang penuh tapi apabila mereka dewasa ada yang gamak dan sanggup menaikkan tangan kepada orang tua mereka. Amat memilukan hati bilamana ada kalangan anak-anak yang berjaya dalam hidupnya hasil daripada penat lelah serta pengorbanan ayah dan ibu yang membesar serta mendidiknya tetapi sanggup membiarkan si ibu atau si ayah keseorangan di kampung halaman tanpa berteman menunggu saat-saat kematiannya. Tidak kurang juga yang lupa daratan sehingga sanggup menghantar ayah dan ibunya ke rumah kebajikan dengan alasan masa mereka amat berkualiti dan tidak sepatutnya dibazirkan untuk menjaga kedua orang tuanya.

Satu kisah untuk kita jadikan tauladan bersama yang berlaku ketika Saidina Umar al-Khattab r.a menjadi Khalifah. Satu hari ketika Saidina Umar keluar berjalan-jalan di sekitar Kota Madinah, beliau ternampak seorang perempuan menanggung di atas belakangnya seorang laki-laki tua yang telah uzur dan nyanyuk. Setiap apa kehendak dan kemahuan laki-laki tua itu akan ditunaikan oleh perempuan tadi sedaya mungkin. Melihat kepada gelagat mereka berdua maka Saidina Umar pergi bertanya kepada perempuan tersebut, "Siapakah lelaki ini bagi kamu?", lalu jawap perempuan itu, "Dia adalah ayahku dan umurnya telah lanjut serta nyanyuk pula, apa jua kehendaknya akan aku tunaikan sedaya upayaku". Kata Umar kepada perempuan itu, "Sesungguhnya kamu telah menunaikan tanggungjawap kamu sebagai seorang anak bahkan terlebih pula". Lalu kata perempuan itu kepada Umar, "Tidak ya Amiralmu'minin, dahulu ketika aku kecil dia memeliharaku dan sentiasa mengharapkan agar aku terus hidup dengan sihat sejahtera, tapi kini walaupun aku menjaga dan melayannya setiap hari sebenarnya dalam hati kecilku mengharapkan agar dia segera mati supaya senang hidupku". 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Melihat kepada kisah tersebut maka tidak pelik apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat menyatakan bahawa mereka terpaksa menggalas bantu tugas memberi nafkah Bantuan Orang Tua kepada lebih 70,000 warga emas setakat September 2009 sahaja. Lebih mengejutkan lagi apabila 30 peratus daripada penghuni rumah-rumah kebajikan orang tua di Malaysia dihantar oleh anak-anak kandung mereka sendiri kerana tidak sanggup untuk menanggung beban perubatan serta enggan untuk menjaga ayah atau ibu mereka yang telah tua dan nyanyuk.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi ad-Darda' katanya, Rasulullah saw telah mewasiatkan kepadaku 9 perkara, (1) Jangan kamu syirikkan Allah dengan sesuatu pun sekalipun kamu dicincang atau dibakar, (2) Jangan sekali-kali meninggalkan solat 5 waktu, barangsiapa yang meninggalkannya maka terlepaslah dia daripada tanggungan dan keamanan Allah, (3) Jangan sekali-kali kamu minum arak kerana itulah punca segala maksiat, (4) Taatlah kamu kepada kedua orang tuamu sekalipun mereka menyuruh kamu meninggalkan kehidupan duniamu maka tinggalkanlah untuk mereka, (5) Jangan sekali-kali kamu berebut jawatan atau kuasa sekalipun kamu layak untuknya, (6) Jangan kamu lari dari medan peperangan sekalipun kamu kalah dan telah lari kawan-kawanmu, (7) Nafkahkanlah sebahagian daripada hasil pendapatanmu kepada ahli keluargamu, (8) Jangan kamu pukul anak isterimu tanpa kebenaran syarak, (9) Takutkanlah mereka kepada Allah swt.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Seorang anak tidak mungkin dapat membalas jasa kedua orang tuanya. Itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh kita semua, namun kadang-kadang disebabkan leka dan lalai dengan kesenangan dunia dan kemewahannya maka kita terlupa untuk membahagiakan mereka di penghujung usia mereka. Daripada Said bin Abi Burdah katanya, 

"Aku telah mendengar ayahku berkata, dia melihat Ibnu Umar dan juga seorang lelaki dari Yaman sedangkan melakukan tawaf di Baitullah. Lelaki Yaman itu melakukan tawaf sambil membawa ibunya di atas belakangnya dan sambil berkata kepada Ibnu Umar, "Wahai Ibnu Umar, apakah engkau melihat bahawa aku telah membalas jasa-jasa ibuku kepadaku?". Lalu jawap Ibnu Umar, "Tidak sekali-kali, bahkan apa yang kamu lakukan itu masih belum mampu untuk  membalas sekali kesakitan ibumu sewaktu dia mahu melahirkanmu".  

Mimbar ingin mengambil kesempatan, menyeru diri saya dan juga saudara-saudara sidang Jumaat sekalian, janganlah kita melangkah keluar dari rumah Allah yang mulia ini, melainkan setelah kita berjanji kepada Allah swt dan kepada diri kita sendiri, andainya ada di antara kita dan kedua ibu bapa kita perselisihan faham atau bermasam muka, maka rebutlah peluang yang masih ada ini untuk sama-sama kita memperbetulkannya. Jangan tertunggu-tunggu untuk memperbetulkan kesalahan kita terhadap mereka kerana ajal mereka, atau mungkin ajal kita akan datang pada bila-bila masa sahaja. Jika masih ada di kalangan kita yang sering melukakan hati kedua-dua insan mulia ini, maka berjanjilah di dalam tempat yang mulia ini yang kita akan berbakti kepada mereka selepas ini selagi hayat mereka ada. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada kita di hari tua kita nanti, begitulah juga perlunya kita berbakti kepada kedua orang tua kita pada hari ini. Tidak ada maknanya kejayaan dan kemewahan yang kita kecapi pada hari ini andainya kejayaan dan kemewahan tersebut tidak diiringi dengan doa dan restu mereka berdua.

Rebutlah peluang yang masih ada untuk menjaga dan memelihara mereka, lebih-lebih lagi di saat mereka meniti usia tua, kerana pada saat inilah mereka amat memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah di rumah kita yang seindah istana disebabkan layanan buruk kita atau isteri kita, atau anak-anak kita  terhadap mereka.

Ingatlah sedikit pesanan berguna dari Rasulullah saw ini, kata Baginda,

"Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia (sebanyak 3 kali), para sahabat bertanya, "Siapakah dia ya Rasulallah?", lalu jawap Nabi saw, "Dia ialah siapa yang sempat hidup sehingga ayah dan ibunya tua atau salah seorang dari keduanya, tetapi dia menjadi ahli neraka (kerana tidak berbakti kepada orang tuanya sekalipun dia berpeluang untuk berbuat demikian)."

Barangsiapa di kalangan kita yang telah melakukan ketaatan dan kebaikan kepada mereka berdua, maka teruskanlah. Jika kedua-dua mereka sudah pergi menghadap ilahi, maka perbanyakkanlah sedekah untuk pihak mereka di samping hadiahkanlah mereka dengan doa. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan bebanan mereka dan moga-moga mereka bahagia di sana, amin.

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ  بالْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.