Wednesday 20 July 2016

Khutbah Jumaat : Yang Tunjuk Sama Dengan Yang Buat

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
     
 ( الحشر 18 ) 
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah [swt] dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagilah di akhirat.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sabda Nabi [saw] ;

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ:  أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ يَسْتَحْمِلُهُ فَلَمْ يَجِدْ عِنْدَهُ مَا يَحْمِلُهُ ، فَدَلَّهُ عَلَى آخَرِ فَحَمَلَهُ ، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ ، فَقَالَ : إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ.[1]
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik [ra] katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi [saw] meminta tunggangan daripadanya sebagai kenderaan untuk dia pulang ke negerinya, sedangkan tidak ada di sisi Nabi [saw] sebarang kenderaan pada ketika itu untuk diberikan kepadanya. Lalu Nabi [saw] menunjukkan kepadanya seseorang yang boleh memberikan kepadanya tunggangan yang dihajatkannya itu. Maka akhirnya dia pun mendapatkan tunggangan yang dihajatkannya itu. Kemudian dia kembali semula kepada Nabi [saw] untuk memberitahu bahawa dia sudah mempunyai tunggangan, lalu berkata Nabi [saw] : Bahawasanya orang yang menunjukkan kepada saudaranya akan kebajikan, maka dia akan mendapat ganjaran pahala sama sebagaimana orang yang melakukannya.[2]
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana pada suatu hari seorang sahabat telah datang untuk berjumpa dengan Nabi [saw] untuk meminta daripada Nabi [saw] seekor tunggangan yang hendak digunakannya sebagai kenderaan untuk dia pulang ke negerinya. Ini kerana tunggangannya yang sedia ada telah mati dan dia tidak dapat pulang ke negerinya melainkan dengan menaiki unta.  Pada masa yang sama juga, di sisi Nabi [saw] tidak ada sebarangan tunggangan yang boleh Baginda berikan kepadanya.

Walaupun demikian, Baginda Nabi [saw] tidak mengecewakan permintaan sahabat tersebut, bahkan Nabi [saw] mencadangkan agar dia pergi bertemu dengan seorang sahabat Nabi yang lain, kerana kata Nabi [saw] si fulan dapat memberikan kepadanya tunggangan yang dia hajatkan. Sahabat itu kemudiannya pergi berjumpa dengan lelaki yang dicadangkan oleh Rasulullah [saw] dan sememangnya lelaki tersebut memberi kepadanya seekor tunggangan sebagaimana yang dia hajatkan. Sahabat tersebut kemudiannya datang semula bertemu dengan Nabi [saw] untuk memberitahu Baginda bahawa dia sudah mendapat tunggangan untuk membawanya pulang ke negerinya. Maka Nabi [saw] berkata kepadanya ; 

“Orang yang menunjukkan atas sesuatu kebajikan adalah pahalanya seperti orang yang melakukannya”. [3]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Nabi [saw] memberi galakkan kepada kita semua supaya suka menolong atau menunjukkan kepada saudara kita akan perkara-perkara kebajikan dan kebaikan. Kadang-kadang kita mungkin tidak dapat memberi sesuatu kebajikan kepada seseorang, namun kita masih mampu untuk menunjukkan seseorang itu kepada kebajikan, maka janganlah kita sia-siakan peluang untuk mendapat pahala yang banyak ini. Sekalipun bukan kita yang melakukan kebajikan tersebut, namun pahala untuk orang yang menunjukkan kepada kebajikan tersebut adalah sama seperti orang yang melakukannya. 

Ini di antara amalan-amalan yang akan menambah bekalan akhirat kita, kerana apa yang kita tinggalkan itu kadang-kadang manfaatnya diwarisi oleh generasi yang akan datang. Sebagaimana ulama-ulama dahulu meninggalkan penulisan kitab-kitab mereka yang ada sebahagiannya sudah berusia ratusan tahun, namun masih lagi digunapakai oleh masyarakat kita. Maka apa yang mereka tinggalkan itu dianggap sebagai sesuatu yang dapat menunjukkan kita kepada kebaikan dan kebajikan, mereka juga tetap mendapaat ganjaran pahala yang sama di sisi Allah [swt] sekalipun mereka telah meninggal dunia.

Islam menggalakkan kita semua untuk membantu dan memberi pertolongan sesama kita. Sebagai contoh, seorang sahabat kita sangat memerlukan bantuan kewangan kerana musibah yang menimpa ke atasnya. Maka dia pergi meminta kepada satu orang kaya yang tidak mengenalinya. Maka orang kaya tersebut berasa ragu-ragu untuk memberikan pertolongan yang dimintanya kerana bimbang ditipu dan sebagainya, lalu kita memberitahu kepada orang kaya tersebut bahawa kita mengenalinya dan dia benar-benar berada di dalam kesusahan, maka orang kaya itupun memberi kepadanya apa yang dimintanya. Maka ini juga dikira sebagai bantuan yang mana pahalanya sama sepertimana pahala orang yang memberi bantuan tersebut.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Sebagaimana orang yang menunjukkan atau menolong kepada kebajikan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya, maka begitu juga orang yang menunjukkan atau menolong kepada sesuatu kejahatan maka dia juga akan mendapat dosa sepertimana dosa yang melakukannya. Ini berdasarkan hadis Nabi [saw] ;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ  قَالَ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ نَفْسٍ تُقْتَلُ ظُلْمًا إِلَّا كَانَ عَلَى ابْنِ آدَمَ الأَوَّلِ كِفْلٌ مِنْ دَمِهَا ، وَذَلِكَ بِأَنَّهُ أَسَنَّ الْقَتْلَ . [4]

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas`ud [ra] katanya, telah bersabda oleh Rasulullah [saw] : Tidak ada satu jiwa yang dibunuh secara zalim, melainkan ke atas anak Adam yang pertama ( iaitu Qabil ) habuan atau bahagian daripada dosa. Yang demikian ialah kerana bahawasanya dialah yang mula-mula mengadakan pembunuhan di atas muka bumi ini.

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa, apabila kita merupakan orang yang mengasaskan kepada sesuatu kejahatan, lalu kejahatan itu diikuti oleh orang lain, maka kita yang merupakan pengasas kepada kejahatan tersebut juga akan menerima padah daripada dosa. Sebagaimana yang Baginda Nabi [saw] terangkan di dalam hadis  yang dibacakan sebentar tadi bahawa, setiap kali berlakunya pembunuhan manusia secara zalim di atas muka bumi ini, maka bahagian dosanya tetap akan dipikul oleh Qabil yang telah membunuh saudaranya Habil secara zalim. Ini kerana dialah yang mula-mula melakukan pembunuhan di atas muka bumi ini disebabkan hasad dengki kepada saudaranya sendiri.

Sebagai contoh yang lain untuk mudah kita fahami, di dalam kampung kita tidak pernah ada pusat-pusat hiburan yang melalaikan, atau tidak pernah ada pembekal-pembekal dadah, pengusaha air ketum dan sebagainya. Tiba-tiba ada seorang dari kalangan kita yang mula mengusahakan atau membuka pusat hiburan seperti karaoke, atau menjadi pengusaha air ketum yang jelas merosakkan anak-anak kampung kita, sehingga melalaikan sebahagian anak-anak kampung tersebut daripada solat dan sebagainya dan merosakkan anak-anak kampung. Bahkan kadang-kadang menjadi punca kepada keruntuhan rumahtangga seseorang, punca kepada kejadian pecah rumah, samun, rompak dan sebagainya. Maka orang yang mengasaskan pusat hiburan terbabit, atau yang menjadi pengusaha air ketum, apa jua sebarang kejahatan, dia menanggung dosa di atas kejahatannya dan juga menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain disebabkan kejahatan dan kemungkaran tersebut diasaskan olehnya. Sekalipun dia telah mati, namun kejahatan tersebut masih diteruskan oleh orang lain. Firman Allah [swt] ;

Maksudnya :  Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan, serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan, dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (Ibu Suratan) yang jelas nyata.[5]

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Berfikirlah habis-habisan sebelum daripada kita melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan. Apa yang kita lakukan daripada kebaikan pasti akan dicatat kebaikan tersebut, begitu juga dicatatkan kesan-kesan yang ditinggalkan daripada kebaikan tersebut. Demikian juga jika kita melakukan sesuatu kejahatan, maka akan dicatat oleh Malaikat akan kejahatan tersebut, begitu juga akan dicatat kesan-kesan yang ditinggalkan daripada kejahatan tersebut.

Jangan kita hanya memikirkan soal keuntungan atau untuk mendapatkan wang semata-mata. Tetapi fikirkanlah tentang halal dan haramnya dari segi agama, kerana kita pasti akan dipertanggungjawabkan setiap perbuatan kita di hadapan Allah [swt] di Mahsyar nanti. Maka pada saat itulah kita akan menyesali atas perbuatan kita di dunia ini, namun penyesalan pada waktu itu pasti tidak ada gunanya lagi. Firman Allah [swt] ;

Maksudnya : Pada hari itu (akhirat) manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya), dan sesiapa yang berbuat kejahatan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). [6]

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

الخطبة الثانية :
الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر ، أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له ، وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه ، اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.
أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر ، وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر ، فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.
وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين ، وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين ، ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات ، والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك  كلمة الحق والدين ، اللهم اهدنا سبلَ السلام ، وأخرجنا من الظلمات إلى النور ، وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
اللهم أنت الله لا إله إلا الله ، أنت الغني ونحن الفقراء ، أنزل علينا الغيثَ ، واجعل ما أنزلتَ علينا قوةً وبلاغًا إلى حين . اللهم اسقِنا غَيْثًا مُغيثًا مَريعًا نافِعًا غير ضارٍّ عاجلًا غيرَ آجِلٍ . اللهم اسْقِ عبادَك وبهائِمَك وانشُرْ رحمتَك واحْيِ بلدَكَ الميِّت . آمين يا رب العالمين . 
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه، اللهم امنحنه الرشاد ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد ، إنك رؤوف رحيم جوَاد يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين
عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون ، فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر ، واللهُ يعلم ما تصنعون.   

[1]_ فهذا الحديث رواه الترمذي في سننه
[2] _Bahrul Mazi, Jilid 19, m/s : 42
[3] _Bahrul Mazi, Jilid 19, m/s : 42
[4] _Hadis Hasan Soheh Riwayat Imam Al-Tirmiziy
[5] _Surah Yasin, ayat : 12
[6] _Surah Al-Zalzalah, ayat : 6-8

Khutbah Jumaat : Disebalik Ujian Allah

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

 ( الحشر 18 ) 
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah [swt] dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagilah di akhirat.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah [swt] dalam ayat-33 Surah Luqman :

Maksudnya :Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Dunia hari ini semakin bercelaru dengan pelbagai fitnah, kekacauan, dan peperangan yang mana seolah-olah tidak ada penghujungnya. Mausia semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaannya, manakala keadaan cuaca pula semakin luar biasa dan tidak seperti dahulu kala. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah [swt] sepatutnya mengambil semua ini sebagai amaran dan peringatan penting untuk mempersiapkan diri kita dengan amal-amal soleh sebelum kita dijemput untuk melalui dua alam pembalasan, iaitu alam kubur dan alam akhirat yang tidak ada lagi padanya peluang untuk kita beramal soleh padanya. Di sana adalah tempat untuk kita menerima pembalasan berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan ketika hidup kita pada hari ini. Sayyidina Uthman Al-‘Affan [ra] ketika mana beliau beliau ditanya tentang sebab kenapakah beliau menangis sehingga basah janggutnya ketika beliau berdiri di tanah perkuburan berkata ;

“Sesungguhnya Rasulullah [saw] ada bersabda”

“Kubur adalah awal-awal kehidupan akhirat. Jika seseorang itu selamat daripadanya (yakni tidak diseksa), maka kehidupan akhiratnya akan menjadi lebih mudah, dan jika dia tidak selamat daripada seksa kubur (yakni diseksa), maka akhiratnya akan lebih mengerikan dengan penderitaan api neraka yang akan dirasainya.”
                                                                               (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah [swt] pada ayat 155-157 dalam Surah Al-Baqarah,

Yang bermaksud :Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta (kekurangan) hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan (musibah), lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayahNya.

Allah [swt] pasti akan menguji kita semua demi untuk membezakan antara kita siapakah yang taat kepadaNya dan siapakah yang derhaka kepadaNya serta siapakah yang paling baik amalnya. Ujian Allah datang dalam berbagai rupa dan bentuk. Antara bentuk ujian yang disebut oleh Allah [swt] pada ayat yang dibacakan tadi ialah;

1.    Ujian ketakutan : Yakni seperti takut terhadap musuh
2.    Ujian kelaparan : Yakni seperti akan berlaku kepada kita kekurangan makanan, minuman yang menyebabkan manusia berada dalam kesusahan
3.    Ujian kekurangan pada harta : Yakni kerugian dalam perniagaan, kebakaran, kehilangan harta benda dan sebagainya
4.    Ujian kekurangan manusia : Yakni akan berlaku banyak kematian manusia sama ada melalui peperangan, wabak penyakit, kemalangan, pembunuhan dan sebagainya
5.    Ujian kekurangan hasil buah-buahan : Yakni akan berlaku musim kemarau yang panjang sehingga menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan yang mati sehingga menjejaskan hasil penuaian sebagaimana yang sedang kita hadapi pada saat ini.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Semua bentuk ujian ini dikenakan ke atas kita sebagai satu ujian dari Allah [swt] untuk menguji siapakah di kalangan kita yang berjaya dan siapakah yang gagal. Ianya juga sebagai peringatan terhadap umat manusia untuk segera kembali dan menyerah diri kepada Allah [swt]. Ianya juga mungkin merupakan satu bala’ atau musibah yang dikenakan ke atas manusia disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Hari ini dan saat ini Allah [swt] sedang menguji kita dengan cuaca yang amat panas sehingga boleh membahayakan kesihatan kita jika terdedah terlalu lama kepadanya. Sudah pasti di sana ada sebab-sebabnya kenapakah Allah [swt] merasakan kepada kita semua cuaca yang sedemikian rupa. Mungkin disebabkan perbuatan maksiat yang manusia lakukan, maka Allah [swt] memberi peringatan kepada kita semua untuk segera kembali mengingatiNya. Ternyata tidak ada satu kuasa yang mampu menghalang atau menyekat cuaca yang sebegini rupa daripada berhenti. Ini bermakna walau secanggih mana dan sehebat mana pun teknologi yang kita ada pada hari ini, ternyata kita amat lemah di hadapan Allah [swt]. Tidak dapat tidak maka kita terpaksa tunduk kepada Allah [swt].

Dalam menghadapi ujian dan bala’ dari Allah [swt] lebih-lebih lagi ujian ini, kita dapat melihat berbagai aksi dan tindakan manusia untuk melepaskan diri masing-masing dari ujian dan bala’ tersebut. Antaranya;

1.    Ada yang segera ingat serta memohon keampunan dariNya dan segera kembali kepada Allah [swt], dan memohonnya kepadaNya agar dihindarkan dan diselamatkan daripada bala’ yang ditimpakan ke atas mereka. Inilah yang sepatutnya kita lakukan.
2.    Ada juga kalangan mereka yang terus berputus asa dari rahmat Allah hinggakan kadang-kadang mereka menyalahkan Allah serta mempertikaikan ketentuanNya. Ini adalah bertentangan dengan ajaran dan perintah agama kita.
3.    Ada juga kalangan mereka yang cuba melepaskan diri daripada bala’ ini dengan melakukan amalan-amalan syirik dan khurafat yang boleh merosakkan akidah. Sebagai contohnya ialah dengan menggunakan cara meramal atau menenung nasib, kemudian mereka mendakwa kononnya mereka dapat melihat dan mengetahui sesuatu yang ghaib. Mereka berselindung di sebalik bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi perbuatan dan amalan mereka jelas terpesong jauh dari ajaran Islam kerana tidak ada yang mengetahui sesuatu yang ghaib selain dari Allah [swt].

Ingatlah bahawa kita dibenarkan bahkan disuruh untuk berikhtiar serta berusaha sekadar yang kita mampu apabila kita ditimpa musibah, namun usaha dan ikhtiar tersebut hendaklah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara’. Jangan sama sekali kita berusaha dan berikhtiar dengan cara yang boleh merosakkan akidah serta membawa kepada syirik kepada Allah [swt]. 

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kita pada hari ini juga sangat-sangat mengharapkan hujan dari Allah [swt] setelah berbulan-bulan negeri kita khususnya dilanda kemarau dan panas yang amat terik sehingga memaksa pihak kerajaan mengumumkan cuti kepada anak-anak kita yang bersekolah demi kesihatan dan keselamatan mereka. Sudah pasti kemarau yang berlaku ini ada sebab-sebabnya. Nabi Nuh [as] berpesan dan menyuruh kaumnya agar segera bertaubat kepada Allah [swt] dalam usaha dakwahnya kepada kaumnya jika seandainya mereka inginkan hujan yang lebat turun dari langit. Maka dengan hujan ini kaumnya akan dapat menjalankan aktiviti pertanian untuk mendapatkan hasil buah-buahan, biji-bijian yang akan memakmurkan kehidupan mereka. Firman Allah [swt] pada ayat 10-12 dalam Surah Nuh,

Yang bermaksud :"Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Allah akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah, kepada kamu; dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Islam menganjurkan kepada kita untuk melaksanakan solat sunat istisqa’ atau solat sunat minta hujan. Solat istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah [swt] agar menurunkan hujan bagi mengatasi musim kemarau yang panjang. Ianya sangat dituntut bagi masyarakat Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air hujan.

Rasulullah [saw] bersabda yang bermaksud ; 

“Tiadalah sesuatu kaum itu mengurangi sukatan dan timbangan melainkan nanti Allah akan mencabut nikmatNya dan membuat penguasa yang zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat, kecuali Allah akan menahan turunnya hujan dari langit.”                                                 (Riwayat  Ibnu Majah)

Oleh kerana itu Rasulullah [saw] telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat sunat istisqa’, dengan memperbanyakkan doa serta istighfar memohon keampunan agar Allah [swt] akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hambaNya.

Yang bermaksud :Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".