Wednesday 22 January 2014

Khutbah : Datang Dan Kembalinya Kekasih Allah



الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ ,  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  ،  اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن.
قال الله تعالى ، أعوذ بالله من الشيطن الرجيم ،

Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr 18)

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk dipersembahkan kepada Allah. Berbahagialah mereka yang bertaqwa kepadaNya, kerana sesungguhnya kebahagian dan kejayaan hidup sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat adalah ditentukan oleh ketakwaan dan keimanan kita kepadaNya.
  
 Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
 
Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 128 dan 129,

Yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".  (at-Taubah 128-129)

Rabiul Awwal yang merupakan bulan ketiga dalam kalendar Islam telah mencatatkan sejarah agungnya yang tersendiri apabila lahirnya seorang bayi yang mulia pada tanggal 12 Rabiul Awwal yang kemudiannya diberi nama Muhammad bin Abdullah, utusan Allah yang kedatangannya menjadi rahmat ke seluruh alam. Antara mereka yang paling gembira menyambut berita kelahiran Nabi s.a.w ialah Abu Lahab yakni  bapa saudara Nabi s.a.w, sehinggakan beliau memerdekakan hambanya yang bernama Suwaibah sebagai tanda kegembiraannya serta menyembelih unta-unta miliknya sebagai tanda kegembiraan di atas kelahiran Nabi s.a.w. Namun setelah berlalunya tempoh 43 tahun, sewaktu Nabi s.a.w menyatakan tentang kenabian dan kerasulan Baginda, maka Abu Lahablah yang menjadi penghalang dan penentang utama terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi s.a.w sehinggakan al-Quran menceritakan kepada kita bahawa kecelakaan yang besar buat Abu Lahab dan isterinya yang bernama Ummu Jamil kerana menghalang dan menentang dakwah  yang dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam pada kita bergembira dengan menyambut hari kelahiran Rasul akhir zaman, Muhammad bin Abdullah  pada setiap tanggal 12 Rabiul Awwal, mungkin ada di kalangan kita yang terlupa bahawa dalam bulan dan hari yang sama juga turut merakamkan satu peristiwa yang amat menyedihkan buat seluruh umat akhir zaman. 

Pada akhir bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijriah, Nabi s.aw berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji yang turut disertai kira-kira hampir 90 ribu umat Islam dari seluruh semenanjung Tanah Arab. Ibadah haji ini juga dikenali sebagai “Hajjatul Wada’” iaitu haji perpisahan.

Ketika berkumpul di padang A’rafah, Baginda telah memberikan ucapan dan amanat penting tentang dasar-dasar Islam dan hukum-hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap muslim. Dalam amanat terakhir ini juga Baginda turut membayangkan bahawa kemungkinan Baginda tidak akan dapat bertemu lagi dengan umatnya selepas ini.
 
Setelah kembali daripada mengerjakan ibadah haji pada tahun tersebut Baginda Nabi s.a.w telah mempersiapkan satu angkatan tentera untuk dihantar ke suatu tempat di sempadan negeri Syam untuk bertindak balas terhadap golongan yang telah menceroboh dan membunuh utusan Baginda sebelumnya.

Angkatan tersebut telah diamanahkan kepada Usamah bin Zaid sebagai Panglima, dan apa yang menariknya ialah Usamah pada ketika itu baru berusia sekitar 18 tahun sedangkan ramai sahabat-sahabat lain yang lebih tua dan lebih senior darinya. Namun disebabkan ketokohan yang ada pada Usamah bin Zaid maka Nabi telah meletakkan tanggungjawab tersebut di atas bahunya. Namun belum sempat Baginda memberikan arahan yang terakhir kepada pasukan tentera tersebut maka Baginda jatuh sakit.

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi, 

Pada suatu hari ketika para isteri Nabi berada di samping Baginda, lalu anaknya Fatimah datang menghampirinya. Mereka memerhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan sesuatu kepada Fatimah di mana pada mulanya Fatimah menangis kesedihan dan kemudiannya dia tersenyum gembira. Apabila ditanya, maka Fatimah mengatakan bahawa dia menangis kerana Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa setiap tahun malaikat Jibril a.s akan datang menyemak al-Quran bersama-sama dengannya sekali sahaja, tetapi pada tahun ini Jibril a.s datang sebanyak dua kali, lalu Nabi berkata,

“Aku tidak melihat kedatangan Jibril dua kali pada tahun ini melainkan ianya menjadi petanda bahawa telah hampir tiba ajalku, dan sesungguhnya engkau wahai Fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan mengiringiku, dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau”. 

“Maka aku menangis apabila mendengar kata-kata itu. Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku” :
“Adakah engkau tidak redha untuk menjadi penghulu kepada seluruh wanita yang beriman di syurga nanti?, maka aku merasa amat gembira dengan pertanyaan tersebut”. 

Dalam keheningan fajar subuh Isnin tanggal 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 hijriah ketika mana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan para sahabat bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh, mereka terpandang wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri sedang tersenyum di sebalik tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah r.a, lalu Sayyidina Abu Bakar memberi ruang kepada Baginda Nabi untuk Baginda mengimamkan solat subuh pada pagi tersebut kerana pada sangkaannya Baginda ingin bersolat bersama-sama mereka. Para sahabat yang berada di belakang turut merasa gembira melihat keadaan Nabi yang ceria ketika itu, tetapi apabila tiba saat untuk menunaikan solat subuh pada pagi tersebut, Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangan Baginda agar mereka menyempurnakan solat mereka. 

Para sahabat terus merasa senang hati melihat keadaan Nabi kerana pada sangkaan mereka bahawa Nabi telah hampir pulih seperti biasa, namun sangkaan mereka meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w kembali berbaring dan keadaan Baginda bertambah tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang Rasul dan Nabi akhir zaman buat para sahabat, dan itu juga merupakan senyuman perpisahan daripada seorang Nabi dan pemimpin agung buat seluruh umat Islam sebelum Baginda pulang menemui pencipta dan kekasihnya.
 
Berita kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas. Setelah Sayyidina Abu Bakar menerima berita sedih itu beliau bergegas menuju ke Masjid Nabawi dan terus memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah di mana terletaknya jasad Baginda Nabi s.a.w. Beliau duduk berhampiran jasad Nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang menutupi muka Nabi dan terus mengucupnya. Kemudian Sayyidina Abu Bakar keluar menemui para sahabat yang masih bersedih dan terkejut dengan berita kewafatan Baginda Nabi s.a.w. Suasana ketika itu hampir tidak terkawal kerana masing-masing bagaikan tidak percaya apabila menerima tersebut. 

Mereka seolah-olah tidak dapat menerima berita kewafatan seorang insan yang mereka kasihi, ketua yang amat disegani, pemimpin yang telah memimpin umat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan Islam. Bahkan Sayyidina Umar sendiri tidak dapat menerima berita kewafatan Nabi s.a.w malah memberi amaran keras akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah wafat kerana baginya Nabi tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima hakikat tentang kewafatan Nabi s.a.w.

Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para sahabat lalu memberikan ucapan dengan tegas :
أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات , ومن كان يعبد الله فإن الله حى لا يموت .
"Wahai sekalian manusia! Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati tetapi sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati".
Selepas ucapan itu beliau membacakan ayat 144 dari surah ali- Imran,

Yang bermaksud : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika Muhammad telah wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah atau kembali murtad?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberikan balasan kepada mereka yang bersyukur terhadap nikmat-nikmatnya.               (ali-Imran 114)

Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,

Semoga kehadiran Rabiul Awwal kali ini akan membawa satu semangat dan sinar baru kepada umat Islam sebagaimana bersinarnya dunia setelah kelahiran Muhammad bin Abdullah yang merupakan Nabi dan Rasul akhir zaman. Oleh itu, sebagai insan yang diberi kelebihan untuk menjadi umat Nabi Muhammad dan mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya maka sepatutnya kita menjadi pembela kepada Agama suci ini. 

Di waktu sunnah Baginda Nabi s.a.w dihina, dicerca dan diperlekeh-lekehkan, di waktu Islam dituduh sebagai agama pengganas, di waktu umat Islam terus menjadi mangsa kerakusan musuh-musuh Islam, marilah sama-sama kita kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghidupkan sunnah Baginda dan mempertahankan Islam walaupun dengan nyawa kita. Jika Nabi dan para sahabat sanggup bersusah payah serta mengorbankan harta dan nyawa mereka dalam memastikan Islam sampai kepada kita, maka kita yang merasai kemanisan dan keadilan Islam hasil perjuangan suci mereka ini janganlah merasa mudah dan tidak menghiraukan walaupun Islam diserang di setiap penjuru. 

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawap kita semua untuk memastikan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w akan terus terbela, tersebar dan berkuasa. Kembalikanlah kegemilangan serta kekuasaan Islam sebagaimana gemilang dan berkuasanya Islam ketika hayat Baginda Nabi s.a.w.

Yang bermaksud : Apabila datangnya pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (al-Nasr 1-3)

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بالْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Khutbah Kedua


الحمدُ لله حمدًا كثيرًا كما أمر. أشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له . وأشهدُ أنّ سيدَنا محمدًا عبدُه ورسولُه . اللهمّ صلِّ وسلِّم على سيدِنا محمدٍ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين .

أما بعد ، فيا عبادَ الله ! اتقوا اللهَ مِنْ سِمَاعِ اللغوِ وفضول الخَبَر وانْتهُوا عمَّا نهاكم عنه وزَجَر. فقال تعالى ، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله ولتنظُرْ نفسٌ مَّا قدَّمتْ لغدٍ واتقوا الله إن الله خبيرٌ بما تعملون.

وقال تعالى :  إن الله وملائكته يصَلون على النبي ، يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وأصحابه أجمعين . وَارْضَ اللهم عن الخلفاء الراشدين ساداتنا أبى بكر وعمرَ وعثمانَ وعلىٍّ وعن بقية الصحابة والقرابة والتابعين   ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، إنك سميع قريب مجيب الدعوات ، اللهم إنا نسئلك أن تؤيِّد الإسلامَ والمسلمين ، وأن تُعْلِى بفضلك     كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنبنا الفواحشَ ما ظهر منها وما بطن.
وأن تشمل بعنايتك وتوفيقك مولانا الملك المعتصم بالله محبَّ الدين السلطانَ الحاج عبدَ الحليم معظم شاه بن المرحوم السلطان بدليشه ، اللهم امنحنه الرشاد ووفقه للسداد وأصلح به العباد والبلاد واجعل التقوى له خير زاد، إنك رؤوف رحيم جوَاد ، يا لطيفاً بالعباد يا أرحم الراحمين.

عبادَ الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، واسئلوه من فضله يعطكم ، ولذكر الله أكبر , واللهُ يعلم ما تصنعون.